Bilangan Pengunjung:

Showing posts with label mso melayu. Show all posts
Showing posts with label mso melayu. Show all posts

Monday, August 2, 2010

Polis Kembali Jahat ?

Coats of arms of MalaysiaImage via Wikipedia

Polis Kembali Jahat ?
Oleh: yieMEGA

PENULIS pada artikel kali ini memilih untuk mengulas artikel blog Merah Tinta MSO yang bertajuk "Polis Kembali Jahat". Persoalannya di sini, adakah Polis benar-benar kembali jahat? Penulis akan cuba mengulas perkara ini agar ianya tidak terlalu bias.

Dalam pada itu, blogger Keris Putera di dalam artikel blognya yang bertajuk "Kata Dua kepada Datuk H-2-O ". Dalam artikel tersebut Keris Putera telah mengatakan bahawa program Gelombang SSDE atau Selamatkan Selangor Darul Ehsan telah diggangu Polis, di mana Polis telah mengarahkan program itu dihentikan walaupun waktu itu baru pukul 11.30 malam, di mana kebiasaanya ia sepatutnya tamat pada pukul 12:00 tengah malam.

Kepada pembaca yang tidak tahu, Gelombang SSDE ini anjuran UMNO dan mempunyai permit tetapi ia tetap diganggu oleh Polis. Mungkin kita dapat lihat, polis adil dalam kes ini, namun bagi penulis ini semua berlaku bukan kerana silap Polis dan bukan juga silap Perdana Menteri tetapi ia lebih kepada silap Menteri Dalam Negeri itu sendiri.

Siapakah Datuk H-2-O? Datuk H-2-O adalah nama gelaran yang diberikan kepada Datuk Hishamuddin Tun Hussein iaitu Menteri Dalam Negeri. Dengan kata lain ia adalah kegagalan Menteri Dalam Negeri bertindak, boleh juga dikatakan seorang Menteri yang suka memberi amaran tanpa tindakan.

MSO boleh mendapatkan maklumat kenapa Polis Kembali Jahat sepertimana yang di dakwa oleh beliau dengan Datuk H-2-O kerana beliaulah yang lebih berhak mengeluarkan Amaran eh silap Arahan untuk sesuatu perkara.

Mungkin juga Datuk H-2-O tak sesuai dengan tugas sebagai Menteri Dalam Negeri, adalah lebih sesuai jawatan Menteri Amaran Dalam Negeri diberikan kepadanya selaras dengan banyak amaran-amaran yang dikeluarkan olehnya sebelum ini.

Izinkan penulis mencelah sedikit, kalau program yang ada permit polis ada kaitan dengan UMNO pun boleh diganggu Polis, apa lagi kalau yang tak ada permit yang boleh diklasifikasikan sebagai haram.

Mungkin selepas ini, adalah lebih baik setiap pehimpunan yang nak diadakan perlulah mendapat permit dahulu, barulah perkara seumpama ini tidak akan terjadi lagi, kalau terjadi pun mungkin senasib dengan program Gelombang SSDE tersebut.


Enhanced by Zemanta

Baca Lagi!

Saturday, April 17, 2010

Selamat Ulang Tahun Ketiga Merah Tinta MSO

Selamat Ulang Tahun Ketiga Merah Tinta MSO
Oleh: yieMEGA

HARI ini, 17 April 2010 genaplah tiga tahun blog Merah Tinta MSO yang dikendalikan oleh Penulis Buku Politik terkenal iaitu saudara Mohd Sayuti Omar atau MSO. Penulis mengetahuinya daripada perutusan khas yang dibuat di dalam blog miliknya itu, artikel tersebut yang bertajuk "Blog Merah Tinta Genap Tiga Tahun".

Mungkin pembaca setia blog penulis ini perasan kadang-kadang ada juga penulis mengkritik MSO, namun bukanlah bermakna penulis menolak bulat-bulat pandangan MSO, ada juga yang penulis bersetuju dengan MSO tetapi penulis bukanlah seorang yang suka menerima bulat-bulat pandangan MSO.

Walaupun penulis kadang-kadang tidak sependapat dengan MSO, namun penulis tetap menganggapnya sebagai idola penulis memandangkan banyak yang masih boleh penulis belajar darinya kerana beliau seorang penulis yang berpengalaman sedangkan penulis masih mentah dalam bidang penulisan dan juga politik. Mungkin satu hari nanti sekiranya diberikan peluang penulis akan berjumpa denga MSO untuk mempelajari lebih banyak lagi daripadanya.

Mungkin penulis dengan MSO kerap juga berbeza pendapat, namun tidak semestinya kami tidak boleh bersatu kerana penulis akui beliau seorang penulis yang hebat dan di kesempatan ini penulis ingin berterima kasih kerana menyiarkan komen penulis di blognya.

Penulis mengakhiri artikel kali ini dengan pantun empat kerat yang berbunyi begini:

Kalau Lapar Silalah Makan
Kat pasar ada Jual Ikan
Kalau ada kesalahan yang dilakukan
Harap MSO sudi maafkan



Baca Lagi!

Thursday, February 11, 2010

Mengapa Harus Sayangkan DAP?

Mengapa Harus Sayangkan DAP?
Oleh: yieMEGA

SEBELUM ini penulis telah membaca satu artikel blog MSO yang disiarkan menerusi blognya Merah Tinta MSO. Artikel tersebut bertajuk "Mengapa Harus Bencikan DAP". Daripada artikel tersebut timbullah idea penulis untuk membuat artikel terbaru di blog penulis.

Oleh kerana MSO atau Mohd Sayuti Omar memilih Mengapa Harus Bencikan DAP sebagai tajuk artikel untuk blognya, jadi penulis memilih untuk menerbitkan artikel yang berlawanan dengan MSO dengan erti kata lain penulis tidak sependapat dengan MSO dalam hal ini. Jadi penulis memilih Mengapa Harus Sayangkan DAP? menjadi tajuk artikel penulis pada kali ini.

Dalam artikel Mengapa Harus Bencikan DAP kelihatan MSO bertindak seolah-olah cuba mempertahankan Lim Guan Eng dan Kerajaan Anak Beranaknya. Penulis tidak kisah kalau MSO merasakan tindakan beliau lebih tepat kerana penulis akui memang beliau seorang penulis yang berpengalaman kalau nak dibandingkan dengan penulis jauh panggang dari api.

Penulis ingin menyentuh berkenaan kata-kata MSO di dalam artikelnya itu yang mendakwa Lim Guan Eng memerintah menggunakan cara yang sama digunakah oleh Khalifah Umar Abdul Aziz, penulis teruja untuk bertanya MSO apakah tindakan-tindakan yang telah dibuat oleh Lim Guan Eng yang dikatakan 'menyalin' pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz. Setahu penulis setakat ini, tiada lagi persamaan di antara pemerintahan Kalipoh Lim Guan Eng dengan Khalifah Umar Abdul Aziz. Dia sendiri pun masih tidak beragama Islam, penulis pun hairan mengapa MSO memuji LGE dengan begitu sekali.

Berkenaan dengan pengharaman DAP, saya bersetuju dengan MSO bahawa pengharaman boleh dibuat sekiranya parti ini terbukti boleh mendatangkan mudarat kepada Malaysia sepertimana yang dilakukan oleh Parti Komunis Malaya satu masa dahulu. Walaupun ada yang mengatakan bahawa DAP adalah parti serpihan Komunis.

Penulis percaya pembaca blog ini masih ingat Agenda 20 Tahun Kaum Imigran yang didedahkan oleh Harian Cahaya. DAP juga dikatakan parti yang bertanggungjawab untuk merealisasikan agenda 20 tahun perluasan tanah Singapura.

Ada juga yang mendakwa DAP akan menjadikan Pulau Pinang sebagai Singapura Kedua, oleh yang demikian kita lihat Lim Guan Eng begitu rakus memerintah Pulau Pinang bagaikan dialah raja di Pulau Pinang tak ada orang yang boleh bantah mereka.

Soalan penulis kepada MSO: Mengapa Harus Sayangkan DAP sedangkan mereka banyak memecahbelahkan kita, parti ini juga merupakan parti yang dilahirkan PAP. Kalau bangsa Melayu memperjuangkan hak bangsa mereka, mereka menentang sekeras-kerasnya, tetapi apa yang jelas kelihatan mereka lebih memperjuangkan hak bangsa mereka sendiri dan cuba mencapai impian bangsa mereka sendiri.


Baca Lagi!

Friday, February 5, 2010

Selamat Hari Lahir MSO...


Selamat Hari Lahir MSO...
Oleh: yieMEGA

BARU-BARU ini blogawan tersohor yang juga merupakan penulis buku-buku politik yang tersohor Mohd Sayuti Omar atau lebih dikenali dengan nama MSO telah menyambut ulang tahun kelahiranya yang ke 50.

Terlebih dahulu penulis ingin memohon maaf kerana lewat mengucapkan selamat hari lahir semoga panjang umur dan murah rezeki kepada beliau kerana baru-baru ini penulis begitu sibuk dengan tugas rutin penulis.

MSO seorang blogawan yang juga diminati penulis walaupun kadang-kadang kami berbeza pendapat di dalam beberap hal. Namun berbeza pendapat tidak semestinya kita tidak perlu mempedulikanya, kerana penting juga wujud perbezaan pendapat ini, sekurang-kurangnya kita dapat berfikir dan membandingkan pendapat-pendapat yang dilahirkan itu.

Sebenarnya, MSO lah yang banyak memberi sumber inspirasi kepada penulis untuk menulis di blog ini, sebab itu kalau pembaca perasan akan terjumpa artikel yang seakan-akan kesinambungan daripada artikel MSO. Ada setengah artikel yang bersetuju dengan MSO dan ada juga setengah artikel yang tidak bersetuju dengan MSO. Inilah yang dikatakan perbezaan pendapat.

Kalau pembaca tidak tahu siapa MSO jangan lupa taip dekat Google! Merah Tinta MSO ataupun mso melayu daripada itu pembaca boleh mengenali siapakah gerangan orang yang memakai gelaran MSO ini.

Sebelum menutup tirai tulisan penulis pada kali ini, penulis ingin mengucapkan Selamat Ulang Tahun Kelahiran yang ke 50 buat MSO. Moga Dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki hendaknya. Penulis juga ingin melafazkan terima kasih kepada MSO kerana banyak memberi sumber inspirasi kepada penulis sebelum ini.

Akhir kalam, semoga MSO akan meneruskan usaha-usaha murni MSO untuk menjadi blogawan pro kebenaran yang betul-betul pro kebenaran yang tidak condong ke kiri atau ke kanan. Penulis juga akan berusaha untuk menjadi blogawan yang pro kebenaran dan tidak condong ke kiri dan juga ke kanan.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin