Bilangan Pengunjung:

Showing posts with label Multiple system operator. Show all posts
Showing posts with label Multiple system operator. Show all posts

Monday, August 31, 2009

Didahulukan Manek Urai, Disambung Permatang Pasir dan Mungkin Disambung lagi di Kota Seputeh

Didahulukan Manek Urai, Disambung Permatang Pasir dan Mungkin Disambung lagi di Kota Seputeh

Oleh: yieMEGA

PASCA Pilihan Raya Umum Ke 12 baru-baru ini begitu banyak pilihan raya kecil diadakan ada yang baru aje selesai Pilihan Raya Kecil sudah pula ada pilihan raya kecil yang kedua nak diadakan, sebelum ini yang terakhir ialah Permatang Pasir dan terbaru berkemungkinan besar pilihan raya kecil Kota Seputeh juga mungkin di adakan.

Mohd Sayuti Omar ataupun nama glamour MSO telah memberi kata dua kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di dalam blognya. Berhubung SPR yang akan bermesyuarat esok dan akan memutuskan samaada akan berlaku pilihan raya kecil di Kota Seputeh. MSO mendakwa sekiranya SPR membuat keputusan tidak perlu pilihan raya kecil di Kota Seputeh dan kerusi tersebut tidak akan kosong maka keputusan ini dikatakan memihak kepada BN.

Saya tidak pasti sama ada MSO mengetahui atau tidak fakta sebenar tentang isu tidak kehadiran ADUN Kota Seputeh tersebut, namun berdasarkan artikelnya penulis mengandaikan beliau tidak mengetahui faktanya itu kerana tidak dinyatakan sebenarnya ketidak hadiran ADUN tersebut sudah dimaklumkan kepada speaker beserta Sijil Cuti Sakit yang diberikan namun mungkin MSO terlalu ghairah kerana parti yang disokongnya sudah banyak kali menang pilihan raya membuatkan beliau mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa.

Penulis yakin seandainya perkara yang seumpama ini berlaku ke atas ADUN Pakatan Rakyat sudah tentu mereka akan mengamuk sakan lebih-lebih lagi jika SPR memutuskan kerusi ADUN Pakatan Rakyat patut dikosongkan makin ramai lah 'pak pandir-pak pandir' akan tidur di atas jalan kerana tidur di atas tilam tak berapa selesa agaknya dan mungkin juga akan berlaku bantahan di sana sini, tetapi sekiranya perkara ini terjadi kepada BN mereka menuntut supaya ia dikosongkan.

Mungkin agak susah bagi SPR untuk membuat keputusan seperti mana kata pepatah melayu 'diluah mati mak, ditelan mati bapak' untuk keputusan bagi memuaskan hati semua pihak. Umum mengetahui bahawa fitrah manusia yang tidak berpuas hati dengan apa mereka ada, jadi memang betul-betul susah buat SPR untuk membuat keputusan. Penulis berharap SPR dapat membuat keputusan yang seadil yang mungkin.

Seadainya ditakdirkan mengumumkan kerusi Kota Seputeh dikosongkan adalah diharap BN tidak mengulangi kesilapan yang sama semasa memilih calon untuk Pilihan Raya Kecil Permatang Pasir baru-baru ini. Proses pemilihan calon hendaklah yang benar-benar disukai rakyat bukan hanya disukai oleh pemimpin-pemimpin tertentu.


Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Thursday, July 9, 2009

Semoga Cepat Sembuh Ustaz Nasharuddin..



Gambar Ihsan MSO

Baru sekejap tadi penulis menjenguk blog Merah Tinta MSO Kendalian Penulis terkenal Mohd Sayuti Omar, alangkah terkejutnya penulis apabila mendapat berita Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharuddin Mat Isa dimasukkan ke hospital untuk menjalani satu pembedahan kecil di Hospital Serdang, Selangor.

Pembedahan itu dibuat bagi mengatasi masalah pendarahan usus kecilnya. Beliau di masukkan ke hospital berkenaan pada pagi tadi, dan pembedahan ke atasnya baru aje selesai sekejap tadi.

Beliau dijangka keluar pada petang ini, Penulis berharap semua pihak turut mendoakan agar Timbalan Presiden PAS cepat sembuh, lupakan perbezaan politik, doakanlah untuk beliau, bagi yang sibuk berkempen di Manek Urai penulis berharap mereka pun tidak terkecuali untuk mendoakan kesejahteraan kepada Ustaz Nasharuddin Mat Isa.

Penulis juga mendoakan moga-moga Ustaz Nasharuddin cepat sembuh dan dapat menjalankan tugasnya sebagai Timbalan Presiden PAS dan Ahli Parlimen Bachok semula dengan selamat hendaknya. Penulis juga ingin menggesa mereka yang mendakwa Ustaz Nasharuddin tak pergi Ke Manek Urai kerana 'Malu Mata' memohon maaf kepadanya kerana penulis yakin dakwaan itu tidak benar sama sekali.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Monday, July 6, 2009

Merisik Khabar Di Manek Urai...

Merisik Khabar Di Manek Urai....
Oleh: yieMEGA
Penyatuan Islam

Terlebih dahulu penulis ingin memohon maaf kerana kelewatan menyiarkan artikel berkenaan dengan Penamaan Calon Untuk Pilihan Raya Kecil Manek Urai, sebenarnya penulis merancang untuk menerbitkan pada petang tadi sekitar pada pukul enam petang, namun setelah penulis mendapat komen daripada PKR Bahagian Seremban jadi penulis memberi laluan untuk menjawab komen PKR Bahagian Seremban tersebut untuk mengelakkan penulis terlupa untuk menjawab komen tersebut nanti apa pula kata mereka, manalah tahu mereka akan kata penulis 'tong sampahkan' komen mereka.

Oleh yang demikian penulis telah menggunakan peluang yang ada pada petang tadi untuk menjawab komen PKR Bahagian Seremban itu, sekali lagi penulis mengucapkan Terima Kasih kepada PKR Bahagian Seremban kerana tidak memberi komen yang bersifat emosional dan subversif. Cara mereka komen wajar dicontohi oleh 'jurukomen' lain blog ini tidak kiralah mereka bernaung di bawah bendera mana sekalipun tetapi jagalah budi bahasa dalam memberikan komen dan janganlah menjadikan komen anda yang boleh dikategorikan sebagai 18SG ataupun 18SX.

Setakat itu sahaja penulis akan menyentuh mengenai kenapa penulis lewat menerbitkan artikel berkenaan dengan Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai. Penulis ingin terus bercerita mengenai Penamaan Calon di Manek Urai. Alhamdulillah tiada 'pergeseran' yang berlaku di Manek Urai, penulis amat gembira dengan situasi ini. Mungkin ini adalah kerana 'pengaruh Kerajaan Perpaduan' masih melekat di kalangan penyokong parti walaupun ianya telah 'ditalkinkan' baru-baru ini.

Kegembiraan penulis makin jelas terpancar apabila melihat gambar detik penamaan calon di umumkan yang menunjukkan kedua-dua calon dan 'orang penting' bagi parti yang diwakili calon berdiri bersama-sama sambil mengangkat tangan sama-sama. Ini menandakan satu revolusi telah berlaku di dalam arena politik tanah air. Inilah yang penulis mahukan dan penulis juga percaya ramai dari rakyat Malaysia yang mahu keadaan seperti ini.

Penulis boleh sifatkan satu Pilihan Raya Kecil yang aman (buat masa ini) dan penulis berharap ianya terus menjadi 'pilihan raya kecil' yang aman selepas ini sehingga Pilihan Raya ini melabuhkan tirainya.

Penulis akui kehadiran penyokong BN di Manek Urai untuk mengiringgi calon BN tidaklah seramai penyokong yang mengiringi calon PAS. Ini bermakna BN perlu melalui 'jalan yang sukar' untuk memenangi DUN Manek Urai tambahan pula penulis yakin bahawa calon PAS iaitu Fauzi Abdullah walaupun beliau hanyalah seorang pemborong ikan tetapi tentu beliau ada kelebihanya sendiri 'satu perkara yang pelayar/pembaca perlu ingat pemborong ikan ada kelebihanya sendiri' tak perlulah penulis menceritakan 'kelebihan' tersebut dengan lebih mendalam.

Dalam pada itu, izinkan penulis 'menegur' sedikit MSO (Mohd Sayuti Omar) mengenai artikelnya yang bertajuk "Pusingan Pertama PAS Telah Menang". Ya penulis akui beliau seorang penulis berpengalaman luas dalam bidang politik, penulis memang 'tak setaraf' denganya tetapi tidak salah kalau penulis memberi teguran. Penulis berharap MSO dapat menerima teguran ini. Memang benar kehadiran penyokong BN mengiringi calon partinya tidak seramai penyokong PAS yang mengiringi calonya ini memang penulis tidak nafikan.

Mungkin ada sebab tertentu bilangan penyokong BN mengiringi calon BN tidak seramai PAS, penulis masih ingat pesan Pengerusi SPR yang meminta agar parti yang bertanding tidak membawa begitu ramai penyokong semasa proses penamaan calon, jadi ada juga kebarangkalian ketidakhadiran mereka adalah disebabkan mereka 'taat' kepada arahan SPR.

Apa yang penulis bimbangi ialah serangan 'virus senyap' yang pernah menyerang PAS pada 2004 dan juga BN pada 2008 di Kelantan. Sepertimana yang penulis kata dalam artikel penulis sebelum ini, orang kelantan ada keunikan mereka sendiri, mereka marah dalam senyap tetapi tidak menzahirkan 'marah' mereka di dalam keadaan bentuk tindakan fizikal. Jadi MSO tidaklah boleh terlalu yakin membuat tafsiran berdasarkan 'bilangan penyokong' yang mengiringi calon kerana apa sahaja boleh terjadi di dalam 'politik'.

Memang kalah dan menang adat pertandingan, penulis juga tidak memperlekehkan kebolehan 'calon PAS', namun apa yang perlu ingat ialah mengenai 'virus senyap' kerana susah untuk kita mengesanya, mungkin jika mereka marah kepada PAS dan kemarahan mereka pada BN sudah reda mereka akan mentafsirkan dalam bentuk 'pangkah dacing', namun jika mereka masih tidak dapat 'memadamkan' kemarahan mereka kepada BN mereka pasti akan 'memangkah bulan'.

Penulis masih ingat dengan satu mutiara kata yang berbunyi "Meninggi diri mengundang kegagalan, merendah diri mengundang kejayaan" jadi fikir-fikirkanlah dengan akal yang dikurniakan Allah tuhan seru sekian alam.


Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Monday, June 15, 2009

Ahli Parlimen 'Gila' Publisiti Murahan...

Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, Chief...Image via Wikipedia

Kalau kita perhatikan kini semakin banyak ahli parlimen yang "Gilakan" Publisiti Murahan. Berlagak macam hebat kononya 'pejuang rakyat' walhal sebaliknya mereka lebih tergila-gilakan "Publisiti Murahan" agar rakyat merasa simpati denganya dan rakyat tertipu dengan mudahnya dengan mereka-mereka yang tergila-gilakan 'kuasa' seperti ayam yang gilakan sangkaknya tak bertelur pun masih mengeram di sangkak itulah hakikatnya.

Hari ini dilaporkan bahawa 7 Orang Wakil Pembangkang di Parlimen dihalau keluar oleh Speaker Pandikar Amin Mulia kerana dikatakan gagal mematuhi kod etika berpakaian dewan dan juga tidak menghormati dewan apabila melaungkan "Bubar DUN" sepertimana yang dilaporkan oleh Mohd Sayuti Omar (MSO) di blognya Merah Tinta MSO.

Tak sangka penulis di zaman ini ingatkan artis sahaja yang menggunakan 'publisiti murahan' ini rupanya ahli politik yang tidak diiktiraf Ir. pun ada hati juga nak guna 'publisiti murahan' murah betul peribadi ahli politik ini. Ahli Politik yang penulis maksudkan ialah Datuk Seri (tak perlu panggil datuk seri pun takpe sebab mukanya tak berseri, cucu pula entah ada entah takde) Nizar.

Pada pandangan penulis Nizar dan konco-konconya sengaja melakukan tindakan sedemikian walaupun ia tahu ia tidak boleh tetapi biasalah 'politik' nak dijadikan modal untuk berkempen Manik Urai Agaknya. Melihat perangai Nizar seolah-olah Nizar ni Badut yang cuba membuat orang tertawa dengan tingkah laku budak tadikanya sehingga beliau berjaya "Mengkedai kopikan" Parlimen.

Tindakan kebudak-kebudakkan ini perlu ditolak oleh semua pihak tak kiralah Pembangkang ke Kerajaan ke, Biru ke, Hijau Ke, Bulan ke, bintang ke, dacing ataupun apa-apa sahaja. Jangan biarkan anda tenpengaruh dengan 'badut-badut ini'.

Penulis juga bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Mohd Sayuti Omar (MSO) yang dikeluarkan dalam blog beliau mengenai isu ini yang boleh diikuti di sini. Akhirkata penulis tinggalkan satu kata-kata mutiara "Manusia Sentiasa Tidak Berpuas Hati Dengan Apa yang mereka ada" Fikir-fikirkanlah.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin