Bilangan Pengunjung:

Showing posts with label annuar musa. Show all posts
Showing posts with label annuar musa. Show all posts

Monday, April 2, 2018

Annuar Musa Si Kaki Bodek?

Annuar Musa Si Kaki Bodek
Oleh: yieMEGA

MUNGKIN mendengar orang menyebut nama Tan Sri Annuar Musa, sudah tentu ramai yang sudah mengenalinya kerana bukan sahaja 'popular' di kalangan ahli-ahli politik, malah beliau turut dikenali di dalam dunia sukan terutamanya Bola Sepak. "Pelawok" itulah boleh yang penulis kata kalau ada orang Kelantan tidak mengenali salah seorang pemimpin UMNO yang kononya 'berwawasan" kerana beliau pernah mengemudi KAFA (sebuah badan Bola Sepak Negeri yang menguruskan hal ehwal Pasukan Bola Sepak Negeri Kelantan.

Kalau kita bercerita satu insiden yang terjadi tak lama dahulu di Kelantan mungkin orang lebih mengenali insan bernama Annuar Musa. Peristiwa menabalkan raja di bawah "Pohon Tere" (Pokok Gajus di dalam loghat Kelantan) tambahan pula dia pun merupakan Ahli Parlimen Ketereh yang mempunyai sebuah pusat khidmat rakyat yang akronimnya adalah KHADAM. Jadi amatlah janggal sekiranya ada orang Kelantan yang tidak mengenali beliau.

Salah satu kejayaan beliau adalah membantu skuad Bola Sepak Negeri Kelantan menjadi "Juara Trebble" sewaktu beliau memegang jawatan Presiden KAFA. Pembaharuan-pembaharuan yang dibuat beliau sememangnya 'menjadi' pada ketika itu, siapa sangka kerana manusia bernama Annuar Musa inilah yang membawa skuad Kelantan ke puncak jaya. Maaf cakap penulis kena cakap benda betul, di sini memang Annuar Musa hebat (bukan nak membodek ni tapi kenyataan).

Baca Lagi!

Tuesday, April 5, 2016

UMNO akan dikuburkan di Kubur yang Digali Oleh Najib Sendiri


 

UMNO akan dikuburkan di Kubur yang Digali Oleh Najib Sendiri

Oleh: yieMEGA

lama juga penulis menyepi di dalam arena penulisan blog ini kerana sebelum ini penulis memilih untuk mendiamkan diri dan tak mahu mengulas panjang lebar mengenai perjalanan arena politik tanah air. Namun, setelah muak dan bosan dengan perangai Najib dan Menteri Proksinya serta orang-orang Besar UMNO yang juga proksi Najib.

Para-para Pak Menteri Najib semakin kurang ajar apabila mereka terus melancarkan serangan bertali arus kepada Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad dengan bahasa-bahasa yang agak keterlaluan, sepatutnya sebagai orang yang menjadi public figure tidak boleh bertindak kurang ajar sedemikian rupa kerana mereka sepaptutnya menjadi role model untuk pemimpin-pemimpin pelapis yang bakal mewarisi kepimpinan negara. Mereka sepatutnya mempamerkan contoh yang baik untuk pemimpin pelapis kita bukanya dengan beraksi seperti budak hingusan yang tengah berebut alat mainan sesama mereka.

Kalau mereka bertegas mahu mempertahankan kepimpinan Najib terserah kepada mereka. Namun, penulis teramat bersetuju dengan pandangan Ayahnda Tun Dr. Mahathir agar Najib berundur demi menyelamatkan UMNO. Susahkah sangat untuk Najib berundur, kenapa nak dipertahankan lagi jawatan itu sedangnkan sudah terang lagi bersuluh Najib sememangnya Perdana Menteri yang gagal dan sekaligus ia boleh diumpamakan sebagai 'biawak hidup' buat UMNO. Apa perlu kita pelihara biawak hidup seperti Najib sedangkan rakyat semakin tertekan dengan keadaan ekonomi semasa disebabkan kegagalan Najib sebagai PM. 

Terpulanglah kepada mereka-mereka yang ingin teruskan mempertahankan Najib dan memelihara biawak hidup itu, nanti sekiranya PRU14 kelak menyaksikan UMNO tumbang jangan kata kami tak cakap pula. Cukuplah setialah bersama Najib nanti pada PRU14 biarlah kita semua dikuburkan Najib, Najib selaku Penggali Kubur UMNO akan meninggalkan kita di dalam lubang kubur itu dan hanyalah kita berada dalam kubur, sebaliknya Najib terselamat keran dia adalah penggali kubur di mana tugas penggali kubur ini akan selesai setelah kerja-kerja pengkebumian selesai, setelah itu dia akan meninggalkan kita begitu sahaja, jadi fikir-fikirkanlah buat apa kita nak mempertahankan orang yang pada masa akan datang tak mungkin dapat menolong kita, jika sayangkan parti bersuaralah menentang pemerintahan Diktaktor Najib Tun Razak.

Penulis juga tertarik dengan Ketua Penerangan UMNO yang baru dilantik yang juga Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa, ternyata setelah beliau dilantik memegang jawatan tersebut, kenyataan-kenyataan beliau sejak akhir-akhir ini boleh dikatakan kalau mengikut kata orang Kelantan "Agah" atau dalam bahasa surat Angkuh dan Sombong.

Baca Lagi!

Thursday, June 19, 2008

Ibu Annuar Musa Kembali Ke Rahmatullah

Ibu kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Annuar Musa telah kembali ke Rahmatullah di rumah anaknya pagi tadi. Rumah anaknya tersebut terletak di Bukit Marak, Bachok, Kelantan. Difahamkan Allahyarhamah kembali ke Rahmatullah pada jam 10:00 pagi tadi kerana Sakit Tua.

Allahyarhamah yang juga lebih mesra dengan panggilan Ummi dan berumur 96 Tahun meninggalkan tujuh orang anak, Tiga lelaki dan empat perempuan. Datuk Seri Annuar Musa adalah anak yang kedua.

Difahamkan DS Annuar Musa tiada di dalam negeri kerana berada di luar negara dan masih tidak dapat pulang ke Bukit Marak, Bachok, Kelantan kerana masalah penerbangan. Namun, ada pihak sedang mengusahakan sebuah helikopter untuk membawa DS Annuar Musa pulang ke Bukit Marak.

Marilah bersama-sama kita sedekahkan Al-fatihah kepada ibu DS Annuar Musa semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Setiap yang hidup pasti akan pergi, tiada yang kekal di atas dunia ini. Al-Fatihah.

Baca Lagi!

Thursday, May 22, 2008

Annuar Musa Dulu dan Sekarang

Tajuk artikel penulis pada kali ini ialah Annuar Musa dulu dan sekarang. Penulis rasa sesuailah tajuk ini dengan isu semasa memandangkan selepas negara dikejutkan dengan pegumuman mengejut mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir bin Mohammad untuk keluar Parti maka Annuar Musa yang sudah dimalukan oleh kekalahan teruk BN Kelantan yang juga masih Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan telah dengan tanpa segan-silu mengutuk Tun Dr. Mahathir dan membela Maharaja Abdullah Haji Ahmad.

Annuar Musa Dulu

Annuar Musa Dulu boleh dikatakan orang kuat Tun Dr. Mahathir bin Mohammad, beliau jugalah yang pernah menabalkan raja di bawah Pohon Tere (Gajus) atau Ketereh. Ramai orang kata dia ni orang politik yang berani tetapi bagi penulis beliau bukanlah ahli politik yang berani tetapi sebaliknya beliau adalah ahli politik yang pengecut kerana tindakan beliau hanyalah berharap beliau akan dapat jawatan di peringkat persekutuan dan menjaga 'periuk nasi' politiknya pada masa itu.

Annuar Musa dan UMNO Kelantan Pra & Pasca Pilihan Raya

Penulis memang menjangkakan BN Kelantan akan mengalami kekalahan teruk selepas Annuar Musa ini dilantik menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan memandangkan tindakan beliau yang menabalkan raja di bawah Pohon Tere (Gajus/Ketereh) masih menjadi punca kemarahan rakyat Kelantan dan nampaknya perlantikan Annuar Musa sudah membawa kepada langkah pertama kepada kekalahan BN di Kelantan.

Idea untuk menamakan Calon Menteri Besar juga datang daripada Annuar Musa dan penulis boleh katakan tindakan menamakan calon Menteri Besar juga merupakan punca kekalahan BN di Kelantan kerana kalau dibandingkan Awang Adik dengan Tuan Guru Nik Aziz memang jauh bezanya antara langit dan bumi, bukan tak boleh menamakan calon Menteri Besar boleh tetapi calon itu hendaklah sama seperti Tuan Guru Nik Aziz contohnya Ustaz Uthman El Muhammady mungkin boleh diletakkan sebagai calon Menteri Besar bukanya Awang Adek.

Annuar Musa Sekarang

Annuar Musa baru-baru ini telah bersandiwara dengan mengatakan beliau sedia melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan tetapi sampai sekarang beliau tidak melepaskan jawatan, penulis merasakan kata-kata Annuar Musa yang ingin melepaskan jawatan itu tiada ikhlasnya tindakan beliau hanyalah untuk menguji sokongan yang diberikan ke atasnya.

Annuar Musa sekali lagi berntindak di luar dugaan apabila mengkritik dan mencemuh Tun Dr. Mahathir selepas Tun Dr. Mahathir keluar daripada UMNO dan penulis rasakan Annuar Musa berkata demikian sekali lagi untuk memelihara 'periuk nasi' dan jawatan yang disandangnya sekarang. Itulah sebabnya Annuar Musa seperti Kera kena belacan mengkritik Tun Dr. Mahathir.

Sebenarnya pendirian Annuar Musa bukanlah pendirian UMNO Kelantan sebaliknya pendirian beliau sendiri. Mengikut maklumat yang penulis terima dia sedang berusaha untuk mengagalkan rancangan Tengku Razaleigh untuk bertanding jawatan Presiden bagi mengekalkan kepimpinan Pak Lah atau Ayah Lah untuk terus memimpin Malaysia bersama MT yang berdiri teguh di belakangnya kononya.

Sebagai Contoh Majlis Tengku Razaleigh yang dibuat di Kota Bharu Kelantan baru-baru ini telah disabotaj oleh Annuar Musa dengan melarang daripada ahli-ahli UMNO di beberapa bahagian untuk menghadiri majlis amanat khas Tengku Razaleigh ini jadi jelaslah beliau cuba melindungi kekuasaan Ayah Lah yang tiada bezanya dengan Ayah Pin itu.

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin