Bilangan Pengunjung:

Showing posts with label perdana menteri. Show all posts
Showing posts with label perdana menteri. Show all posts

Friday, August 9, 2013

Salam Aidilfitri 1434

Salam Aidilfitri 1434
Oleh: yieMEGA

KELMARIN 8 Ogos 2013 bersamaan dengan 1 Syawal 1434 umat Islam di negara kita menyambut hari raya kemenangan iaitu Hari Raya Aidilfitri selepas sebulan kita menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan Al-Mubarak. Sempena dengan bulan yang mulia ini penulis ingin mengambil kesempatan untuk menyusun sepuluh jari memohon sejuta kemaafan kepada semua pembaca-pembaca setia blog penulis tidak kiralah yang menyukai artikel penulis ataupun yang sebaliknya. Selamat Hari Raya Aidilfitri penulis ucapkan kepada semua umat-umat Islam di Malaysia.

Penulis hanyalah manusia biasa yang tak lekang melakukan kesalahan moga kalau ada silap dan salah harap dimaafkan dan diampunkan dosa semoga tali silaturrahim kita terus berkekalan hingga ke anak cucu. Bercakap mengenai raya ni pasti kita bayangkan makanan-makanan yang ada kaitan dengan raya, ye lah lemang, ketupat, dodol, kuih semprit, Biskut Almond London, lontong dan bermacam-macam lagilah makanan yang boleh kita jumpa sewaktu kita menyambut hari raya.

Kelmarin penulis dapat makan tapai, sate, nasi minyak dan paling istimewa untuk raya kali ini penulis dapat makan spagheti. Mungkin pada tahun ini rumah yang penulis kunjungi ingin membuat kelainan apabila menyediakan spagheti untuk menjadi menu raya kali ini, walaupun penulis tidak menyukai spagheti sekurang-kurangya dapat juga rasa bagaimana rasa spagheti yang sebelum ini penulis hanya dengar namanya dan belum pernah makan tetapi semalam dapatlah juga penulis merasainya. 

Baca Lagi!

Sunday, September 18, 2011

HARI MALAYSIA


HARI MALAYSIA
oleh: yieMEGA

TANGGAL 16 September merupakan detik bersejarah bagi negara kita Malaysia. Pada tarikh keramat itulah negara bernama Malaysia ditubuhkan, kini Hari Malaysia telah diisytiharkan sebagai cuti umum.

16 September 2011 sekali lagi sejarah diukir apabila sambutan hari kemerdekaan dan Hari Malaysia disambut serentak ini menjadikan sambutan Hari Malaysia lebih meriah berbanding tahun-tahun yang lalu.

Di kesempatan ini penulis ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia kepada semua rakyat Malaysia, dalam pada itu marilah kita bersama-sama bersatu untuk merealisasikan hasrat transformasi berjaya, rakyat sejahtera.
Penulis berharap sempena Hari Malaysia ini semua pemimpin-pemimpin tak kiralah daripada pihak kerajaan mahupun oposisi hendaklah bekerja dengan lebih keras lagi dan janganlah mereka kerja secara main-main lagi.

ISA DIMANSUHKAN

SEPERTIMANA yang anda semua tahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah membuat satu pengumuman yang boleh dikatakan berani iaitu mengenai pemansuhan undang-undang yang tidak disenangi oleh oposisi iaitu ISA atau Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Mungkin pihak oposisi akan mendakwa perjuangan mereka selama ini telah berjaya apabila DS Najib mengisytiharkan demikian rupa, namun mereka silap kerana pemansuhan tersebut dibuat ialah lanjutan daripada program-program transformasi yang sedang dilakukan oleh kerajaan pada masa ini.

Pihak oposisi tidak boleh mendabik dada mengatakan perjuangan mereka selama ini berhasil kerana pemansuhan ini dibuat adalah sebahagian daripada plan transformasi Kerajaan Malaysia.

Bercakap mengenai pemansuhan ISA, penulis merasakan adalah lebih baik undang-undang baru yang digubal oleh kerajaan untuk menggantikan ISA hendaklah lebih baik daripada ISA. Penulis percaya sudah tentu PM sudah ada cara yang terbaik untuk menggubal undang-undang untuk menggantikan ISA.


Baca Lagi!

Tuesday, September 6, 2011

Mengenang Allahyarham Noramfaizul

Mengenang Allahyarham Noramfaizul
Oleh: yieMEGA

MUNGKIN anda semua telah membaca mengenai berita kematian wartawan BernamaTV yang terkorban semasa mengikuti Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia di negara bergolak Somalia.

Baru-baru ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan yang Allahyarham Noramfaizul merupakan Wira Malaysia yang sebenar. Penulis bersetuju dengan pandangan yang dilontarkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak itu bahawa Noramfaizul merupakan wira Malaysia yang sebenar.

Walaubagaimanapun, penulis kecewa dengan ada segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab yang cuba menanguk di air yang keruh dan cuba bermain dengan permainan 'blame game' apabila menyalahkan UMNO berkenaan dengan tragedi ini.

Pada pandangan penulis, UMNO tidak patut dipersalahkan dalam hal ini kerana semua ini berlaku sememangnya malang tidak berbau lagipun mengikut laporan Allahyarham Noramfaizul tidak sepatutnya pergi tetapi Allahyarham yang beria-ria nak pergi. Jadi sepatutnya permainan siapa salah diteruskan lagi.

Walauapapun penulis merasakan pengorbanan Allahyarham begitu besar dan sememanya layak digelar Wira Malaysia yang sebenar. Kepada keluarga Allahyarham penulis ingin merakamkan ucapan takziah bersabarlah di atas apa yang berlaku ini adalah salah satu dugaan Allah tuhan seru sekian alam.

Ingin penulis tegaskan di sini, jasa-jasa Allahyarham begitu besar kepada negara kita dan mungkin kita boleh memberi pengiktirafan tertentu kepada Allahyarham di atas pengorbanan demi pengorbanan yang dilakukan oleh beliau semasa hayatnya.

Baca Lagi!

Friday, August 29, 2008

MENANTI BAJET "KEMPEN" PAK LAH !

Hari ini 29 Ogos 2008 dijadualkan pembentangan bajet akan dilakukan oleh Perdana Menteri Berlagak Alim DS Abdullah Ahmad Badawi di Parlimen. Pembentangan itu katanya akan disiarkan secara langsung menerusi RTM1 bermula pada pukul 3.30 petang ini. Penulis menjangkakan "Bajet" kali ini ada keistimewaanya memandangkan bukan sahaja kedudukan Barisan Nasional tergugat malahan kedudukan Jawatan Abdullah Haji Ahmad juga tergugat walaupun jika DS Anwar Ibrahim Imam Besar Mazhab Masyarakat Madani gagal menjatuhkan kerajaan yang diketuai Abdullah, beliau juga terpaksa menghadapi kemungkinan hilang jawatan melalui dalam UMNO sendiri apabila beliau bakal ditentang oleh YBM Tengku Razaleigh Hamzah untuk jawatan Presiden UMNO yang mana secara 'pukul rata' Jawatan Perdana Menteri akan disandang oleh Presiden UMNO.

Mungkin banyak gula-gula akan diberikan melalui bajet yang disifatkan oleh sebuah organisasi penyelidikan ekonomi sebagai "Bajet Popular", namun penulis lebih suka dengan mengistilahkan bajet ini sebagai "Bajet Kempen Pak Lah" untuk mempertahankan jawatanya sebagai Perdana Menteri dan jawatan menantunya yang merupakan Pembantu Khas Abdullah Ahmad Badawi yang mempunyai kuasa lebih besar daripada PM.

Gula-gula itu akan digunakan untuk menambahkan lagi sokongan terhadapnya dan memperkukuhkan lagi jawatanya sebagai Perdana Menteri yang memegang jawatan Presiden UMNO. Penulis harapkan agar rakyat tidak tertipu dengan 'bajet kempen' Abdullah Ahmad Badawi yang terkenal dengan kebaikan luaranya dalaman mungkin anda tidak tahu.

Beliau lebih suka untuk mempertahankan jawatanya daripada memberi kesenangan kepada rakyat. Beliau juga lebih suka memberi kesenangan kepada menantunya daripada memberi kesenangan kepada rakyat dan jika dia memberi sedikit kesenangan kepada rakyat sudah tentu ada makna yang tersirat disebaliknya.

Penulis juga ternanti-nanti apakah gula-gula yang bakal diumumkan oleh Perdana Menteri yang bernama Abdullah Haji Ahmad, rakyat betul-betul tertindas dan tertekan semasa era pemerintahanya, namun penulis juga berharap di dalam keghairahan beliau mempertahankan jawatan jangan nanti jawatan itu bertukar menjadi jawatan Ketua Pembangkang kerana pada waktu itu menangis air mata darah pun tiada guna lagi.

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin