Bilangan Pengunjung:

Showing posts with label Mukhriz Mahathir. Show all posts
Showing posts with label Mukhriz Mahathir. Show all posts

Friday, August 4, 2017

Bersatu Ke Arah Revolusi Malaysia Bersama PBBM

Bersatu Ke Arah Revolusi Malaysia Bersama PBBM
Oleh: yieMEGA

MALAYSIA adalah tanah tumpahnya darahku, tempat lahirnya kita, tempat kita dibesarkan, tempat kita mencari sesuap nasi. Malaysia adalah milik kita. Tak berapa lama lagi kita akan menyambut hari Kemerdekaan negara kita. 31 Ogos 1957 detik bersejarah apabila laungan "Merdeka, Merdeka, Merdeka, Merdeka, Merdeka, Merdeka, Merdeka" menguasai ruang angkasa Tanah Melayu (sekarang Malaysia). Detik-detik indah tersebut terus dirakam dan menjadi sejarah besar buat negara kita. Namun, kini kemerdekaan kita tiada maknanya dek kerana pemimpin yang ada sekarang kita hidup semakin merana. 

Dulu kita berbangga dengan ekonomi negara, kini tidak lagi, dulu kita berbangga dengan pencapaian pemimpin nombor wahid negara yakni perdana menteri kini tidak lagi, dulu kita berbangga dengan kedudukan mata wang kita, kini tidak lagi. Dulu kita berbangga dengan kepimpinan melalui tauladan kini tidak lagi, kini cuma tinggal pemimpin yang suka penuhkan poket diri sendiri. Rakyat marhaen yang merana dipeduli jangan. Itulah hakikat yang perlu kita terima kita hanya merdeka di atas kertas tetapi sebenarnya kita masih belum merdeka dari kepimpinan yang zalim dan pentingkan diri. 

Ayuh bangsaku, kini sudah tiba masanya untuk kita bangkit menentang kezaliman dan kemungkaran. Malaysia milik kita bukan milik pemimpin tertentu yang hanya tahu memenuhkan kantung kewangan diri mereka sendiri sahaja dan membiarkan rakyat merana dengan pelbagai macam, kenaikkan harga tol, peningkatan kos sara hidup, peningkatan kadar pengangguran, peningkatan kadar jenayah, peningkatan kes rasuah, peningkatan harga tol dan bermacam-macam lagi hadiah yang pemimpin kita sanjungi sekarang bagi dekat kita. Tanya pada diri sendiri adakah patut lagi kita memilih pemimpin seumpama ini. Cukup-cukup sudah kita menjadi makmum kepada imam yang sebenarnya tidak layak menjadi imam. 

Ayuh bangkitlah bangsaku menentang kezaliman, mengembalikan hak rakyat bersama kita bersatu merevolusikan Malaysia agar dapat dikembalikan zaman kegemilangan negara kita yang tercinta. Usahlah takut, usahlah malu kita bersama berusaha membuat perubahan demi negara yang tercinta. Jangan kita terus menjadi pemakan dedak, kerana kalau kita kerap memakan dedak akhirnya duit negara kita tinggal keladak. 

Baca Lagi!

Monday, July 24, 2017

Cadangan Buat Parti Pribumi Bersatu Malaysia

Cadangan Buat Parti Pribumi Bersatu Malaysia
Oleh: yieMEGA

PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA atau ringkasnya PPBM merupakan sebuah parti baru yang ditubuhkan atas dasar untuk menyelamatkan Malaysia daripada kerajaan rejim Barisan Najib. Ia dipengerusikan oleh mantan Perdana Menteri iaitu Tun Dr. Mahathir Mohd dan Presidenya adalah Tan Sri Muhyidin Yassin.

Walaupun PPBM merupakan sebuah parti yang baru, namun pengikutnya terus bertambah dari hari ke hari. Perkara ini telah membuatkan beberapa pemimpin di dalam kerajaan rejim Barisan Najib tidak senang duduk, begitu juga saluran media massa swasta yang terkenal sebagai penjilat nombor satu kerajaan rejim Barisan Najib telah memperhebatkan serangan demi serangan ke atas PPBM bagi mengurangkan pengaruh parti tersebut di samping bermatlamat mengagalkan usaha PPBM untuk membentuk kerajaan selepas PRU 14 kelak.

Namun, usaha-usaha mereka ternyata sia-sia kerana sedikitpun tidak melemahkan para pemimpin parti PPBM malah mereka telah membuat pekerja-pekerja parti bertambah semangat demi memastikan kerajaan rejim Barisan Najib dapat digugurkan selepas PRU14. Apa-apa pun tujuan artikel penulis pada kali ini bukanlah untuk mempromosi parti PPBM tapi lebih kepada memberi cadangan yang mungkin berguna buat mereka di dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) tak lama lagi.

Pertama sekali sebagai sebuah parti baru penulis ingin cadangkan agar mereka menggunakan graduan-graduan yang menganggur mahupun graduan yang sudah bekerja tetapi yang tak setaraf dengan kelayakkan akademik mereka sebagai calon-calon pilihan raya untuk parti mereka. Tindakan ini boleh disifatkan sebagai serampang dua mata di mana PPBM boleh menarik sokongan ramai kerana mereka sendiri tiada isu yang boleh dimanipulasikan oleh kerajaan rejim Barisan Najib. Keduanya, PPBM membantu mengurangkan kadar pengangguran negara kita dengan mengambil graduan menganggur sebagai calon pilihan raya untuk parti mereka.

Baca Lagi!

Saturday, April 16, 2016

TUN MAHATHIR BOLEH MENGANCAM NEGARA - KETUA POLIS NEGARA

TUN MAHATHIR BOLEH MENGANCAM NEGARA - KETUA POLIS NEGARA
Oleh: yieMEGA

PENULIS telah membaca laporan Utusan Online berkenaan dengan kenyataan Ketua Polis Negara yang kononya Tun Mahathir boleh mengancam negara. [Rujuk artikel ini]. Adakah dengan hanya mengatakan bahawa tiada lagi wujud demokrasi berparlimen di Malaysia ini dikatakan mengancam negara. Kalau ini dikatakan 'bijak' betul KPN kita membuat kenyataan, selepas ini rakyat tak boleh kata apa-apa, hanya duduk diam-diam dan terus diam dan jalan terbaik ialah mengugurkan Najib Razak pada PRU14 dengan menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional, eh silap Kerajaan Barisan Najib. 

Terfikirkah juga penulis adakah orang yang 'bebal' seperti KPN ini layak atau tidak sebenarnya bergelar KPN. Tak perlulah penulis ulas lebih-lebih tentang KPN ini kerana di atas kertas kita sudah nampak bahawa KPN kita sekarang adalah Ketua Pelindung Najib dengan melihat kepada tindak tanduknya. Dalam pada kita mendesak Najib Razak meletak jawatan dalam masa yang sama kita perlu mendesak supaya KPN juga turut meletak jawatan kerana kebebalanya.

Penulis pasti rakyat tidak merasa apa-apa kenyataan yang dibuat oleh Tun Dr. Mahathir itu akan mengancam negara, malah ia tidak lebih bagi memberi kebaikkan kepada negara. Umum mengetahui bahawa Najib Razak adalah PM paling banyak menyusahkan rakyat terutamanya memperkenalkan GST yang sekaligus semememangnya membebankan rakyat. Ya memang PM tidak terkesan dengan perlaksanaan GST kerana dia tidak perlu mengeluarkan pendapatan dirinya untuk berbelanja, malah perbelanjaan melibatkanya ditanggung kerajaan dengan menggunakan duit rakyat, rakyat yang menderita kerana perlaksanaan GST oleh Kerajaan yang dipilih rakyat ataupun Kerajaan Barisan Najib. 

Kelmarin kita 'dijamu' dengan berita Menteri Luar Arab Saudi yang mengesahkan bahawa duit 2.6B di dalam akaun peribadi Najib Razak adalah pemberian derma dari Arab Saudi. Kalau begitu ceritanya baguslah, tapi yang menjadi persoalan di sini ialah kenapa sebelum ini menteri itu mengatakan bukan derma tetapi pelaburan?. Satu lagi persoalan ialah kenapa ianya disimpan di akaun peribadi? Adakah wang milik parti adalah milik peribadi? Persoalan lain tentang wang itu ialah adakah wang itu milik UMNO ataupun milik Najib Razak ataupun milik Kerajaan Malaysia. Ia perlu dinyatakan secara terang dan jelas. Derma itu untuk siapa sebenarnya, kalau untuk Najib Razak tak apalah ia disimpan di dalam akaun peribadi, tapi bagaimana kiranya sekiranya wang itu didermakan untuk parti mahupun untuk negara kita Malaysia? Adakah ia dibolehkan disimpan di dalam akaun peribadi? Jika boleh dan tidak mendatangkan kesalahan penulis meminta semua ketua-ketua jabatan kerajaan menyimpan duit jabatan masing-masing di dalam akaun peribadi masing-masing kerana ia tidak mendatangkan kesalahan.

Rasionalnya apakah wajar derma berjumlah 2.6B ini diberikan oleh Arab Saudi? Bukankan banyak lagi negara Islam yang lebih memerlukan berbanding Malaysia, jadi mengapa Malaysia jadi pilihan. Sebenarnya umat Islam dari seluruh dunia mempunyai hak terhadap pendapatan Arab Saudi terutamanya melibatkan Mekah kerana hasil pendapatan itu sepatutnya dikongsikan kepada negara-negara Islam di seluruh dunia, tetapi tidak pendapatan itu hanya disimpan oleh Arab Saudi dan tidak disalurkan kepada negara-negara Islam yang memerlukanya. Cuba fikir adakah wajar Arab Saudi menderma 2.6B kepada Najib Razak. 

Baca Lagi!

Friday, April 15, 2016

Jangan Tunggu Lama-Lama Zahid Hamidi

Jangan Tunggu Lama-Lama Zahid Hamidi
Oleh: yieMEGA

"JANGAN tunggu lama-lama nanti lama-lama ia diambil orang" itulah bait-bait lagu yang dinyanyikan oleh Papa Rock Malaysia iaitu Ramly Sarip. Lagu ini memberi mesej yang berguna bukan sahaja bagi mereka yang sedang bercinta malah ia juga turut berguna bagi seorang ahli politik. Sepertimana ada perempuan yang kita minati tetapi kita lambat bertindak akhirnya ianya telah dikebas orang.

Sebagai Ahli Politik kita cepat di dalam membuat tindakan. Jangan merasa selesa dengan kedudukan kita sekarang kerana kedudukan kita sekarang belum menjamin kita akan menduduki hierarki tertinggi di dalam parti dan kerajaan di masa hadapan. Penulis berharap ianya tidak terjadi pada manusia yang bernama Zahid Hamidi. 

Zahid Hamidi perlu mengerakkan jenteranya mulai sekarang menuntut Najib Razak berundur daripada jawatanya sekarang bagi membolehkan jawatan itu di ambil alih oleh beliau. Penulis percaya kalau Zahid Hamidi lambat bertindak mungkin jawatan PM bukan lagi milikya di masa depan, malah dia sendiri akan kehilangan jawatan TPM serta akan tersisih daripada kepimpinan UMNO kerana mungkin akan ada orang yang akan cuba 'memintas' kedudukan beliau. 

Zahid Hamidi tak boleh menjadi Pak Turut dan sekadar mengikut apa sahaja arahan Najib Razak, kerana pada ini Zahid Hamidi diangkat menjadi TPM adalah kerana Zahid Hamidi lebih mudah dipergunakan kerana beliau seorang TPM "Saya menurut Perintah", mungkin juga sekiranya Najib Razak mengarahkan Zahid Hamidi untuk membasuh beraknya penulis percaya Zahid Hamidi akan sanggup membasuh berak Najib Razak. Zahid Hamidi dilantik menjadi TPM kerana Najib Razak percaya bahawa Zahid Hamidi ini boleh dicucuk hidung sepertimana lembu yang dicucuk hidungnya mengikut arahan tuanya. 

Zahid Hamidi tak boleh menunggu lama lagi kerana masa sudah begitu suntuk, beliau perlu merangka strategi berkesan bagi memastikan kerusi yang diduki PM Najib Razak sekarang tidak terlepas ke tangan orang lain. Beliau perlu mendesak Najib sekarang, penulis percaya sekiranya Zahid Hamidi lambat bertindak pasti akan ada orang yang akan cuba menjatuhkanya sebelum sempat beliau menjadi PM.

Baca Lagi!

Thursday, April 9, 2009

Kabinet Rakyat 2009

Najib Tun Razak, Deputy Prime Minister of Mala...Image via Wikipedia


SENARAI MENTERI KABINET MALAYSIA BARU (9.4.2009)

PERDANA MENTERI:
Datuk Seri Najib Tun Razak

TIMBALAN PERDANA MENTERI:
Tan Sri Muhyiddin Yassin

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)
2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)
3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)
4. Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)

Timbalan-timbalan Menteri:
1. Datuk Liew Vui Keong
2. Datuk Dr Mashitah Ibrahim
3. Datuk S.K. Devamany
4. Ahmad Maslan
5. T.Murugiah

MENTERI KEWANGAN:
Datuk Seri Najib Tun Razak

MENTERI KEWANGAN II:
Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Timbalan:
1. Datuk Chor Chee Heung
2. Datuk Dr Awang Adek Hussin

MENTERI PELAJARAN:
Tan Sri Muhyiddin Yassin

Timbalan:
1. Datuk Dr Wee Ka Siong
2. Dr Mohd Puad Zarkashi

MENTERI PENGANGKUTAN:
Datuk Ong Tee Keat

Timbalan:
1. Datuk Abdul Rahim Bakri
2. Datuk Robert Lau Hoi Chew

MENTERI PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:
Tan Sri Bernard Dompok

Timbalan:
1. Datuk Hamzah Zainudin

MENTERI DALAM NEGERI:
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Timbalan:
1. Datuk Wira Abu Seman Yusop
2. Jelaing anak Mersat

MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:
Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim

Timbalan:
1. Datuk Joseph Salang Gandum
2. Senator Heng Seai Kie

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
Datuk Peter Chin Fah Kui

Timbalan:
Noriah Kasnon

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
Datuk Seri Shafie Apdal

Timbalan:
1. Datuk Hassan Malek
2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun

MENTERI PENGAJIAN TINGGI:
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin

Timbalan:
1. Datuk Dr Hou Kok Chung
2. Datuk Saifuddin Abdullah

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:
Datuk Mustapa Mohamed

Timbalan:
1. Datuk Mukhriz Mahathir
2. Datuk Jacob Dungau Sagan

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:
Datuk Dr Maximus Ongkili

Timbalan:
Fadillah Yusof

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
Datuk Douglas Uggah Embas
Timbalan:
Tan Sri Joseph Kurup

MENTERI PELANCONGAN:
Datuk Dr Ng Yen Yen

Timbalan:
Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib


MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
Datuk Noh Omar

Timbalan:
1. Datuk Johari Baharum
2. Datuk Rohani Abdul Karim

MENTERI PERTAHANAN:
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan:
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

MENTERI KERJA RAYA:
Datuk Shaziman Abu Mansor

Timbalan:
Datuk Yong Khoon Seng

MENTERI KESIHATAN:
Datuk Liow Tiong Lai
Timbalan:
Datuk Rosnah Rashid Shirlin

MENTERI BELIA DAN SUKAN:
Datuk Ahmad Shabery Cheek

Timbalan:
1. Datuk Razali Ibrahim
2. Wee Jeck Seng

MENTERI SUMBER MANUSIA:
Datuk Dr S.Subramaniam
Timbalan:Datuk Maznah Mazlan

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:
Datuk Ismail Sabri Yaakob

Timbalan:
Datuk Tan Lian Hoe
MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:
Datuk Kong Cho Ha

Timbalan:
Datuk Lajim Ukin

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:
Datuk Seri Sharizat Jalil
Timbalan:Datin Paduka Chew Mei Fun

MENTERI LUAR:
Datuk Anifah Aman

Timbalan:
1. A.Kohilan Pillay
2. Datuk Lee Chee Leong

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Timbalan:
Datuk M.Saravanan

"Kabinet Rakyat" itulah ungkapan yang keluar daripada Perdana Menteri Malaysia yang keenam yang baru sahaja mengangkat sumpah pada Jumaat Lepas. Penulis berharap apa yang diungkapkan oleh Perdana Menteri Baru tersebut tidak hanya kekal sebagai seindah ungkapan semata-mata.

Perdana Menteri yang keenam itu pada hari ini turut menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baru mengisi tempat yang telah dikosongkan oleh beliau kerana beliau telah beralih ke kerusi Perdana Menteri.

Pada sidang akhbar pengumuman Kabinet Baru juga, DS Najib Tun Razak turut membuat kenyataan bahawa "Era Kerajaan Sentiasa Betul" Sudah Berakhir. Selain itu, beliau turut mengumumkan penubuhan Jabatan Baru untuk menilai prestasi-prestasi Menteri berdasarkan KPI.

DS Najib turut mengumumkan penubuhan Majlis Penasihat Ekonomi yang dianggotai oleh beberapa orang dan mereka adalah bertaraf menteri. Namun masih belum diketahui siapa yang bakal menganggotai Majlis itu yang berfungsi sebagai Pasukan Khas untuk memulihkan ekonomi negara itu.

Penulis dan Rakyat Malaysia berharap Kabinet Malaysia yang baru dibentuk ini dapat bekerja dengan lebih bersungguh-sungguh, berdedikasi, bersih dan bebas dari Rasuah kerana Era Kerajaan Sentiasa Betul sudah berakhir.


Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin