Bilangan Pengunjung:

Showing posts with label Bukit Gantang. Show all posts
Showing posts with label Bukit Gantang. Show all posts

Saturday, July 25, 2009

Demi Kuasa Politik Anwar Ibrahim Gadaikan Islam?

Demi Kuasa Politik Anwar Ibrahim Gadaikan Islam?
oleh: yieMEGA

DEMI kuasa politik Anwar Ibrahim Gadaikan Islam itulah yang menjadi tajuk artikel blog penulis pada kali ini. Selepas kematian Beng Hock sudah banyak upacara keagamaan agama lain telah dipratikkan oleh pemimpin-peminpin parti politik yang beragama Islam. Baru-baru ini Bekas Menteri Besar Perak yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang Perak Ir. Nizar Jamaluddin menyalakan lilin di satu majlis, dan diikuti pula dengan Anwar Ibrahim dengan membuat tiga kali tunduk hormat kepada mendiang Beng Hock.

Gambar di atas menunjukkan tindak-tanduk Anwar Ibrahim dan beberapa yang lain turut menyembah colok semasa majlis memperingati Beng Hock tersebut. Jelas sekali Anwar Ibrahim sanggup berbuat apa sahaja asalkan dapat 'kuas politik' untuk membolehkan impian beliau menjadi Perdana Menteri tercapai termasuklah mengandaikan agama yang beliau anuti yakni Islam dengan melakukan upacara-upacara yang bertentangan dengan ajaran Islam tersebut.

Mungkin ada yang berpandangan sekadar gambar belum cukup bukti bahawa itu adalah gambar beliau, mungkin akan timbul dakwaan bahawa gambar beliau itu di edit menggunakana perisian photoshop, jadi penulis cuba mencari video tersebut di youtube dan penulis dapat mengambil video tersebut, jadi anda boleh menonton video tersebut di bawah:




Video itu menunjukkan dengan jelas tindak tanduk Anwar Ibrahim menyembah colok semasa upacara memperingati Beng Hock, jadi sahlah dakwaan Anwar Ibrahim menyembah colok adalah benar dan bukan rekaan semata-mata, mungkin beliau akan memberi alasan 'niatnya' lain tetapi jauh di sudut hatinya adalah demi mendapat sokongan kaum Cina beliau sanggup membuat apa sahaja termasuk mengandaikan Islam demi hajatnya untuk menjadi Perdana Menteri tercapai.

Itulah dinamakan ayam kalau dah gilakan sangkak, tak bertelur pun masih mengeram di sangkak. Fahamilah kata-kata ini dan renung-renungkanlah. Satu ketika dahulu ketika Tun Dr. Mahathir berucap di satu Majlis isu mengenai janggut dan gillete dijaja oleh PAS dengan mengatakan ucapan Tun tersebut sebagai Menghina Sunnah Nabi tapi bagaimana pula pandangan mereka mengenai tindakan Anwar Ibrahim ini adakah mereka akan 'menghalalkan saja' tindakan Anwar Ibrahim ini demi kuasa politik mereka atau selama ini mereka hanya memperalatkan Islam untuk politik dan bukanya memperalatkan politik untuk Islam. Fikir-fikirkanlah.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Monday, April 27, 2009

Ahli PAS Ortodoks VS Ahli PAS Profesional....

Hadi Awang and Anwar Ibrahim at the Bersih RallyImage via Wikipedia

Artikel penulis pada kali ini akan membincangkan tajuk "Ahli PAS Ortodoks VS Ahli PAS Professional", penulis memilih tajuk ini bersesuaian dengan keadaan semasa di mana PAS sedang mengadakan Pemilihan Agung Mereka.

Apa yang penulis dapat lihat daripada Pemilihan PAS yang sedang berlaku sekarang, berlaku "pertempuran" hebat di antara dua kumpulan besar yang berada di dalam PAS. Kumpulan yang dimaksudkan ialah Kumpulan Penyokong PAS Ortodoks dan Kumpulan Penyokong PAS Profesional.

Apa yang dimaksudkan dengan "Penyokong PAS Ortodoks" ?

Penyokong PAS "Ortodoks" gelaran yang penulis berikan kepada kumpulan penyokong PAS yang menyokong Kepimpinan Ulama' di dalam PAS diteruskan atau dengan kata lain Penyokong PAS Tradisional dan Asli.

Kumpulan ini akan berjuang bermati-matian untuk memastikan PAS terus diterajui oleh Kepimpinan Ulama' dan tidak akan sama sekali membenarkan Ahli PAS yang bersifat profesional serta materialistik di angkat menjadi pemimpin.

Apa Yang Dimaksudkan dengan "Penyokong PAS Profesional"?

Penyokong PAS profesional adalah penyokong PAS yang beraliran Profesional dan materialistik dan sentiasa cuba untuk menjatuhkan kepimpinan Ulama' di dalam PAS. Kebanyakkan Penyokong PAS beraliran Profesional berasal daripada "penyokong-penyokong Anwar Ibrahim yang menyusup masuk untuk "menghapuskan secara senyap Perjuangan Menuntut Negara Islam di dalam PAS".

Ahli PAS yang beraliran Profesional sentiasa berusaha untuk memastikan satu masa nanti ahli yang sealiran denganya akan dapat menerajui PAS sekaligus dalam masa yang sama dapat menghapuskan kepimpinan ulama' di dalam PAS.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Monday, March 16, 2009

Bukit Gantang dalam Penantian !!!!

Hari ini penulis meluangkan sedikit masa untuk mengemaskini blog ini secara kebetulan Pilihan Raya Kecil bukit gantang sudah semakin hampir. Bercakap mengenai PRK sudah tentu ada ramalan siapa yang menang dan kalah nanti.

Ramalan sudah menjadi kelaziman untuk artikel yang bercakap mengenai pilihan raya. Penulis juga akan membuat ramalan dalam artikel penulis pada kali ini. Setiap pilihan raya tentu ada pemenangnya, di mana pemenangnya akan dihadiahkan kerusi, kerusi yang dimaksudkan bukan kerusi biasa tetapi kerusi yang berkuasa dan boleh menyampaikan 'suara rakyat' di Dewan Rakyat.

Jatuh bangun ahli Politik sudah menjadi kelaziman bagi manusia yang bergelar "Ahli Politik", mungkin hari ini seorang ahli politik tiada kuasa, mungkin pada masa depan ahli politik itu berkuasa. Ahli Politik biasanya tidak serik-serik mengharungi 'sepak terajang politik'.

Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang merupakan medan pertempuran kecil antara parti-parti politik yang ada di tanah air kita. Pada waktu itu, seluruh Malaysia akan tertumpu di Bukit Gantang, pada masa itu peniaga-peniaga di sekitarnya akan mendapat 'durian runtuh' tak kurang pula peniaga yang tamak haloba akan 'cekik darah' dalam perniagaan mereka atau lebih tepat sekiranya kita katakan "menangguk di air yang keruh".

Ramalan penulis pada Pilihan Raya Kecil tersebut mungkin Barisan Nasional menghadapi kesukaran untuk memenangi kerusi tersebut tambahan pula pelbagai masalah dalaman yang timbul sejak kebelakangan ini. Sekiranya nasib menyebelahi BN sekalipun kemungkinan kemenanganya hanyalah kemenangan yang tipis. Marilah kita menantinya dengan penuh kesabaran.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin