Bilangan Pengunjung:

Showing posts with label bagan pinang. Show all posts
Showing posts with label bagan pinang. Show all posts

Sunday, October 11, 2009

BN Menang Besar Di Bagan Pinang....

BN Menang Besar Di Bagan Pinang....
Oleh: yieMEGA

SETELAH dikecewakan dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini, hari ini menyaksikan Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang dimenangi oleh Barisan Nasional. Majoriti yang dimenangi oleh Barisan Nasional juga meningkat dan BN melalui calonya Datuk Isa Samad mendapat majoriti lebih daripada 5,000 yakni melebihi daripada majoriti yang dimenangi pada tahun 2004.

Mungkin dengan kemenangan ini penyokong-penyokong BN mula merasa selesa, namun bagi penulis ianya terlalu awal untuk mereka merasa selesa. Jangan terlalu selesa dengan kemenangan ini, kadang-kadang kemenangan selesa ini akan membuat kita terleka hingga membawa kita kepada kekalahan lagi.

Cuba kita lihat sebagaimana yang berlaku pada tahun 2004, Kemenangan Selesa pada tahun ini membuatkan petugas-petugas, pembesar-pembesar BN merasa terlesa seolah kedudukan mereka tidak akan tergugat, namun, akhirnya mereka 'dihukum rakyat' pada tahun 2008 di mana banyak negeri-negeri yang diperintah BN jatuh ke tangan pembangkang (pada waktu itu, pada waktu sekarang ia adalah Kerajaan).

Penulis merasakan ada beberapa faktor yang membawa kepada kemenangan besar Barisan Nasional di Bagan Pinang. Sebelum itu, penulis juga sempat membaca artikel Mohd Sayuti Omar (MSO) di blognya Merah Tinta MSO, artikel itu bertajuk "Kemenangan Yang Tidak Rasional".

Dalam artikel tersebut ada beberapa perkara yang penulis bersetuju dengan MSO, dan ada juga beberapa perkara yang penulis tidak bersetuju dengan MSO. Penulis akui penulis tidaklah sehebat MSO, namun tiada salahnya kalau kita berbeza pendapat walaupun dengan orang yang lebih hebat daripada kita.

Pertamanya, penulis bersetuju bahawa esok berkemungkinan besar akhbar-akhbar atau media arus perdana akan menyiarkan kemenangan tersebut secara besar-besaran kerana kemenangan hari ini pun kemenangan besar, bagi penulis kemenangan besar tersebut tak perlulah dirayakan secara besar-besaran cukuplah sekadar dengan bersyukur dengan kemenangan ini.

Keduanya, mengenai kemungkinan pembesar-pembesar BN akan membuat kenyataan yang angkuh dan sombong dan dalam masa sama merendah-rendahkan parti lawan yakni PAS. Bagi penulis tak perlulah kenyataan mendabik dada, kerana lazimnya ia akan membuat orang membenci kepada pembesar tersebut adalah lebih elok kalau pembesar-pembesar BN itu sekadar bersyukur di atas kemenangan itu, tak perlulah menghina yang kalah walaupun BN sudah banyak dihina dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini. Apa salahnya orang buat jahat kat kita, kita buat baik kat dia kerana itulah sebenarnya caranya.

Manakala yang penulis tidak bersetuju dengan pandangan MSO ialah mengenai undi pos. Walaupun undi pos yang memihak kepada BN melebihi 90% tidak semestinya ia kerana ia telah dirancang atau di kawal, penulis ingin bertanya kepada BN sekiranya Undi Pos yang memihak kepada PAS melebihi 90% adakah MSO akan berkata sedemikian? Sudah tentu tidak bukan?. Sebenarnya bukan undi pos menjadi penyebab kekalahan PAS di Bagan Pinang. Sebaliknya ada beberapa perkara yang menjadi punca kepada kekalahan PAS.

Isu Yang Menjadi Penyebab Kekalahan PAS Di Bagan Pinang

1. Gambar Mangsa Tetak Yang Menimbulkan Tanda Tanya?

2. Rasuah Keropok Cap Bulan

Pemberian Keropok Cap Bulan secara percuma juga mungkin salah satu isu yang menjadi penyebab kepada kekalahan PAS di Bagan Pinang. Mereka bercakap berdegar-degar dan menentang habis-habisan dengan amalan rasuah, sedangkan mereka sendiri yang memberi rasuah berupa keropok itu, ini berdasarkan kenyataan TGNA yang menyatakan bahawa 'buat jambatan' pun boleh dikira rasuah, maknanya beri keropok pun boleh dikira rasuah.

3. Pengedaran Duit Palsu

SINDIKET mengedarkan duit palsu yang kononya diberi oleh Barisan Nasional nampaknya terjawab apabila, mereka yang terlibat memalsukan duit telah ditangkap polis, dan paling mengejutkan mereka adalah ahli PAS, jadi terjawablah siapa yang mengedar duit palsu dalam beberapa pilihan raya sebelum ini. Benarlah Allah sentiasa berada di pihak yang benar.....

4. Port Dikson Digelar "Bandar Pembiakan Lalat" oleh Salahuddin Ayub
Salahuddin Ayub menggelarkan Port Dikson sebagai Bandar Pembiakkan Lalat, ini telah membuatkan orang di Bagan Pinang merasa mereka dihina, sedangkan Salahuddin Ayub bukan orang Bagan Pinang dan penggelar sedemikian dianggap satu penghinaan oleh penduduk Bagan Pinang.

Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Hari Penentuan Bagan Pinang...

Hari Penentuan Bagan Pinang...
Oleh: yieMEGA

HARI INI Ahad 11 Oktober 2009 merupakan hari penentuan mengenai siapakah yang bakal menduduki kerusi Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang. Prosese pembuangan undi untuk Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang sudahpun bermula.

Proses pembuangan undi dikatakan berjalan dengan lancar. Di pihak Barisan Nasional mereka mahu mempertahankan kerusi DUN Bagan Pinang ini yang dimenangi mereka pada Pilihan Raya Umum ke 12 yang lalu, manakala PAS pula ingin cuba merampas kerusi ini daripada tangan BN.

Presiden BN iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini berkata apa yang BN mahukan ialah menang di Bagan Pinang dan bukan majoriti menjadi perkiraan, pendek kata asalkan menang sahaja.

Mengikut ramalan awal Pilihan Raya ini mungkin dimenangi oleh Barisan Nasional, namun majoriti mereka mungkin berkurangan sekiranya pengundi Cina dan India beralih arah undianya.

Begitu juga dengan PAS, walaupun agak sukar parti ini untuk memenangi DUN Bagan Pinang tetapi peluangnya untuk memenanginya tetap ada, sekiranya undian cina dan india beralih arah kepada mereka berdasarkan slogan "PAS For All". Sekiranya PAS tidak menang pun berkemungkinan ia mampu mengurangkan majoriti BN.

Mungkin orang Bagan Pinang mempunyai cara penilaian mereka sendiri yang hanya orang Bagan Pinang sahaja yang tahu, kita tidak tahu. Diharap pilihan raya hari berlangsung dalam keadaan aman sehingga ke akhirnya.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Saturday, October 10, 2009

PAS Turut Bersandiwara di Bagan Pinang?



PAS Turut Bersandiwara di Bagan Pinang?
Oleh: yieMEGA

SERANGAN terhadap markas PAS di Bagan Pinang mendapat liputan luas di kalangan media-media pro PAS/Pembangkang, gambar mangsa yang tercedera kerana terkena libasan 'pedang samurai' juga menjadi sensasi.

Namun, beberapa pihak mendakwa bahawa kesahihan foto mangsa selepas mengalami kecederaan itu wajar diragui, kerana disebabkan beberapa faktor, seperti warna darah, kesan hirisan di bahagian belakang baju, di mana badanya tidak luka dan bermacam-macam lagi. Dr Novandri pun meragui kesahihan gambar yang disiarkan secara meluas di media-media pro pembangkang seperti mana artikel yang dimuatkan di blognya.

Selain itu, seorang penulis politik terkenal iaitu Mohd Sayuti Omar, turut meragui kesahihan gambar tersebut sepertimana artikel yang dimuatkan di dalam blognya iaitu Merah Tinta MSO. Perkara yang sama juga turut dibincangkan di forum MyKmu.net.

Penulis percaya insiden Ketua Putera UMNO yang ditumbuk semasa Penamaan Calon baru-baru ini masih diingati oleh rakyat Malaysia amnya dan Bagan Pinang khasnya. Pada waktu itu, pihak pembangkang menuduh bahawa ianya satu sandiwara.

Namun, apabila perkara yang sama terjadi di atas mereka, apa pula mereka nak panggil? Malah paling memeranjatkan mereka terlalu 'over acting' hinggakan menjadikan gambar mangsa mereka diragui mengenai luka yang di alaminya.

Seorang forummer MyKmu juga mendedahkan gambar mangsa tersebut telah melalui satu proses menggunakan Photoshop (atau dengan kata lain gambar tersebut telah diedit). Ianya dapat dikesan apabila gambar asal itu dizoom 300% mendapati ada kesan tampalan bada bahagian baju yang terkoyak itu.

Sementara itu MSO juga turut mempersoalkan tindakan ini, ia seolah-olah satu fitnah yang sengaja dibuat bagi meraih simpati pengundi Bagan Pinang. Malah mendakwa mungkin persahabatan PAS dengan PKR dan DAP menjadikan PAS terikut-ikut dengan rentak mereka.

Insiden ini mengingatkan penulis mengenai satu kisah di bulan puasa, di mana ada seorang hamba Allah tu, letihnya memang bukan kepalang lagi kita setiap hari di bulan puasa, namun jarang sekali bertemu orang yang berpuasa seletih hamba Allah itu, satu perkara yang meragukan. Mungkin Allah nak tunjukkan kebenaran akhirnya Hamba Allah itu tertangkap makan di siang hari pada bulan puasa. Jadi ianya boleh disamakan dengan apa yang terjadi pada PAS hari ini.

Akhirkalam penulis ingin memberikan satu ungkapan untuk renungan bersama "Yang Benar Perlu Dikatakan Benar, Yang Batil Perlu Dikatakan Batil walaupun ia tidak menguntungkan kita" Fikir-fikirkanlah.....
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Friday, October 9, 2009

Apabila Port Dikson Dipanggil Bandar Pembiakan Lalat, Kota Bharu Pula Bandar Pembiakkan Apa?

Apabila Port Dikson Dipanggil Bandar Pembiakan Lalat, Kota Bharu Pula Bandar Pembiakkan Apa?
Oleh: yieMEGA

Salahuddin Ayub (jangan salah sebut dia ni bukan Salahuddin Al-Ayubi tapi mungkin Salahudin Al-Lupali), wah mendengar ucapan Salahuddin Ayub ni yang berdegar-degar memang membuatkan kita bersemangat untuk mendengarnya.

Ini nak dikisahkan sewaktu Salahuddin Ayub berceramah semasa kempen Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang berlangsung. Dengan bersungguhnya beliau mendakwa bahawa Port Dikson bandar adalah Bandar Pembiakan Lalat, kesian kat lalat, tak pasal-pasal jadi bahan kempen maklum sahajalah Kelantan kan bebas daripada Lalat.

Paling menjatuhkan air muka orang Port Dikson apabila Salahuddin Ayub ni kata, guna lalat buat jadi maskot bandar Port Dikson. Amboi tak sayang mulut nampak, dalam keghairahan untuk memancing undi sampai mengabaikan perasaan orang Port Dikson, mungkin kemenangan dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini menyebabkan PAS menjadi semakin sombong dan berlagak. Sampai tergamak menghina orang Port Dikson.

Penulis nak nasihatkan sikit kat Salahuddin Ayub tu, sebelum anta menjaga negeri orang, cuba balik tengok sendiri dulu. Pertamanya di Pasar Siti Khatijah, di mana disitu bukan sahaja ada pembiakkan lalat malah tikus gergasi sebesar kucing pun boleh dijumpai di sana. Tak taulah apa kerja adun-adun yang ada kat sini, mungkin kerjanya cukup bulan terima duit gaji je kot.

Keduanya cuba pergi lihat di Medan Selera Buluh Kubu yang juga dikenali dengan nama Padang Bas, memang menjijikkan dah lah kotor, lepas tu bau busuk pulak tu, bagus betul perancangan bandar Kerajaan Pas ini, menikmati makan malam sambil menghidu aroma sampah, memang mengasyikkan.

Inilah yang dinamakan mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Begitu syok sekali berhujah mengenai keadaan di negeri orang, sedangkan negeri sendiri pun lebih teruk daripada itu. Betul lah kata peribahasa "Gajah di depan mata tak nampak, tapi kuman di seberang lautan nampak dengan jelas pulak"

Akhir kalam, sebelum berhujah pastikan yang ianya tak akan jadi mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih, ingat satu jari kita tunjuk ke arah orang, sembilan jari ditunjukkan ke arah kita sendiri, fahamilah kata-kata ini sedalam-dalamnya.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Thursday, October 8, 2009

Jurukomen Pejuang Palsu...

Jurukomen Pejuang Palsu...
Oleh: yieMEGA

JURUKOMEN memang aneh bunyinya kan, sebenarnya ia lebih merujuk seorang pembaca ini yang memberikan komen terhadap satu artikel dalam blog ini. Terlebih dahulu penulis mengucapkan terima kasih kerana sudi memberikan komen untuk blog ini, walaupun komen beliau bakal mencacatkan pemandangan artikel penulis namun penulis tetap luluskan jua komen beliau walaupun beliau menggunakan Anonymous. Cuba lihat di blog MSO adakah beliau menyiarkan komen yang menggunakan Anonymous, jawapanya tidak, tetapi atas dasar demokrasi penulis tetap meluluskanya.

Komen jurukomen tersebut berbunyi "kalo nak berikan hujah pada satu perkara tapi hati berpihak kepda yg lain,hujah akan jadi berat sebelah.. kalo nak tahu cite yg benar,pergi la ke kelantan,tgk sndiri keadaan kat sana.. bukan main petik mana2.. masuk je universiti,tapi otak bangang... cuba buat analisis kenapa kelantan susah ditumbgkan???"

Terima kasih di atas komen yang agak emosional daripada saudara yang tak ada nama, tak tahulah penulis dia ni masuk universiti ke tidak, sepatutnya beliau memperkenalkan dirinya iaitu namanya dahulu sebelum memberikan komen, ini tidak menggunakan Anonymous, kalau dia tak bersekolah memanglah tak tahu mengeja namanya, tetapi komen boleh pula, mungkin dia pandai mengeja, oleh begitu ego dengan kepandaian yang dia ada sampai terlupa nama sendiri.

Takpelah nak buat macamana dia orang yang lebih cerdik daripada penulis, malah boleh dikatakan lebih cerdik daripada Adi Putra. Tak kan lah penulis nak mengajar buaya berenang, dah memang dia pandai berenang buat apa nak ajar lagi.

Penulis juga ingin mengucapkan terima kasih kepada jurukomen yang budiman itu, Alhamdulillah di atas segala kata-katanya terhadap penulis. Semoga kata-katanya itu menjadi doa ke atas dirinya sendiri.

Keberanian jurukomen tersebut memberikan komen wajarlah kita puji, namun yang tak kenanya, kenapa tak guna nama sebenar tetapi sebalik menggunakan nama Anonymous, kalau dia seorang pejuang, ini maknaya dia seorang pejuang yang palsu. Tak berani mendedahkan diri atau dengan kata lain pejuang hipokrit.

Untuk pengetahuan saudara jurukomen sendiri, saya sendiri sememangnya berada di Kelantan, dan bukan petik mana-mana sepertimana yang saudara tanpa nama dakwa, untuk pengetahuan saudara, penulis bergaul dengan semua penyokong parti tak kira PAS atau UMNO untuk memastikan penulisan penulis tidak berat sebelah, dan untuk pengetahuan juga penulis mendapat tahu tuntutan supaya MB TGNA berundur daripada sahabat penulis yang juga merupakan ahli PAS Kota Bharu.

Mengenai cadangan membuat analisis kenapa Kelantan sukar ditumbangkan, sebenarnya sudah lama penulis ingin buat, namun buat masa ini penulis masih mengumpul maklumat daripada kedua-dua belah pihak agar analisis penulis tidak berat sebelah, dan sabarlah menunggu pasti tiba harinya.

Penulis ingin menegaskan di sini, penulis bukanya ingin mendesak TGNA untuk berundur, penulis hanya menyampaikan apa yang penulis dapati. Terpulang kepada pembaca untuk menerimanya atau tidak. Mungkin satu ungkapan yang boleh menjadi rujukan "Makan sebelum lapar, Berhenti sebelum kenyang" fahamilah apa yang tersirat di sebalik ungkapan itu.

Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Bagan Pinang...BN Jangan Cepat Merasa Selesa....

Bagan Pinang...BN Jangan Cepat Merasa Selesa....
Oleh: yieMEGA

NAMPAKNYA BN begitu teruja apabila ceramah-ceramah Kempen PAS di Bagan Pinang tidak mendapat sambutan. Keadaan ini menyebabkan petugas-petugas BN merasa selesa dan mula nak leka. Sedangkan hari penentuan sebenar adalah 10 Oktober 2009 dan bilangan kehadiran orang di ceramah-ceramah kempen politik bukanlah penentu mutlak bagi parti politik kerana apa-apa sahaja boleh terjadi.

Mungkin BN telah terlupa mengenai 'Virus Senyap' yang banyak terjadi di dalam arena politik tanah air sejak akhir-akhir ini, dua kali pernah terjadi di Kelantan, kali pertama berpihak kepada BN kali kedua Berpihak kepada PAS atau Pakatan Rakyat. Virus jenis inilah yang paling sukar di atasi, kerana biasanya ia tidak menunjukkan tanda-tanda yang mereka dijangkiti virus ini.

Mendengar ucapan pembesar-pembesar BN sehari dua ini, seolah-olah mereka begitu yakin yang Bagan Pinang memang milik mereka. Tak salah kita terlalu yakin, tetapi kita juga perlu beringat jangan tandi "bila dengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan".

Penulis ingin mengingatkan BN dan pembesar-besarnya, agar janganlah cepat merasa selesa dengan kehadiran yang tidak memberangsangkan di ceramah-ceramah kempen PAS. Cuba ingat balik cerita Arnab dan kura-kura, pada awalnya berada jauh di hadapan, namun pada akhirnya kura-kura dinobatkan juara.

Ini menandakan kita tidak boleh terlalu bongkak dengan pencapaian kita buat masa ini, kalau tidak di akhir nanti kita akan mendapat malu besar. Penulis bukanya bertujuan untuk memperlekehkan BN tetapi hanya sekadar bertujuan mengingatkan mereka sahaja.

Akhir kalam, "ikutlah resmi padi, semakin berisi, semakin menunduk" hormatilah sesiapa sahaja walaupun mereka adalah musuh kita. Hari ini mungkin musuh, esok lusa mungkin jadi kawan kita siapa yang tahu.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Sunday, October 4, 2009

Tiga Penjuru Tak Jadi Di Bagan Pinang...

Tiga Penjuru Tak Jadi Di Bagan Pinang...
Oleh: yieMEGA

PENAMAAN Calon bagi Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang di Negeri Sembilan telah berakhir kelmarin. Sebelum ini penulis menjangkakan pertandingan tiga penjuru di Bagan Pinang, namun ramalan penulis itu meleset apabila seorang lagi yang beriya-iya nak jadi calon gagal untuk menjadi calon apabila gagal mengemukakan pencadang dari kawasan Bagan Pinang.

Ekoran dengan itu SPR memutuskan hanya pertandingan satu lawan satu di Bagan Pinang iaitu antara Barisan Nasional dan PAS. Ini bermakna Datuk Isa Samad dan Zulkefli Omar sahaja yang bertanding sebagai calon di PRK Bagan Pinang.

Suasana di tempat penamaan calon agak Panas Sedikit apabila dihujani provokasi, dan mengikut laporan berita dua orang pemimpin UMNO dikasari. Salah seorangnya ditumbuk oleh penyokong pembangkang iaitu Ketua Putera UMNO Abdul Azeez.

Calon-calon yang bertanding wajar dipuji apabila mereka tidak bertelagah sebaliknya terus bermesra antara satu sama lain walaupun mereka dari parti berlawanan dan kedua-dua calon kelihatan ingin bertanding secara semangat setiakawan.

Namun, insiden di kalangan penyokong parti itu langsung tidak menyerupai apa yang dilakukan oleh calon mereka, mereka seolah-olah ghairah untuk berlawan dan tidak mahu bertanding dengan semangat setiakawan.

Khabarnya insiden itu terjadi selepas provokosi penyokong pembangkang gagal membuatkan kedua-dua pemimpin itu naik marah, walaupun pelbagai bentuk provokasi yang digunakan namun ia seolah-olah tidak diendahkan oleh kedua-dua pemimpin tersebut sebaliknya ia mendatangkan marah kepada penyokong pembangkang kerana provokasi mereka tidak menjadi.

Penulis berharap selepas ini tiada lagi insiden seumpama ini akan berlaku semasa Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang berlangsung, berkempenlah secara profesional, jangan jadikan Pilihan Raya Kita sebagai bahan ketawa oleh negara luar. Jangan biarkan emosi menguasai diri anda.

Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Friday, October 2, 2009

Milik Siapakah Bagan Pinang Itu...

Milik Siapakah Bagan Pinang Itu...
Oleh: yieMEGA

ESOK 'mood' Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang akan bermula apabila penamaan calon dilakukan untuk menentukan siapakah calon-calon yang disahkan SPR untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang. Buat masa ini diwar-warkan bahawa Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Isa Samad sebagai Calon BN, manakala Zulkefli Omar pula mewakili PAS. Petang tadi disebut-sebut pula Bekas Ketua Penaja PKR DUN Lukut dan juga merupakan AJK PKR Teluk Kemang yang baru sahaja mengisytiharkan keluar parti turut menyatakan kesediaanya untuk bertanding sebagai calon BEBAS di Bagan Pinang.

Berdasarkan keadaan ini penulis meramalkan akan berlaku pertandingan tiga penjuru di Bagan Pinang, menyaksikan BN Vs PAS Vs BEBAS. Kehadiran calon bebas menyebabkan undi mungkin berpecah tiga sekaligus mengurangkan sedikit undian terhadap BN dan PAS, kelazimanya BEBAS sukar untuk menang ia hanyalah sekadar pemecah undi sahaja atau dengan kata lain 'pengacau' kerana mungkin kerana PAS atau BN hilang satu undi pun boleh tewas dek kerana pengacau ini.

Ramai yang meramalkan BN mempunyai peluang cerah di Bagan Pinang ini berdasarkan Bagan Pinang dikatakan Kubu Kuat BN dan juga wujudnya banyak kem tentera di Kawasan ini. Namun penulis kurang bersetuju dengan ramalan ini.

Pertamanya jika dikatakan Bagan Pinang 'Kubu Kuat BN' tidak semestinya ia tak dapat ditembusi oleh Skuad Kempen PAS atau Pakatan Rakyat. Cuba kita lihat Selangor yang dahulunya dikatakan Kubu Kuat BN akhirnya tersungkur pada Pilihan Raya Umum Ke 12 yang lalu, jadi dalam politik tiada yang mustahil, dan tidak mustahil kerusi DUN Bagan Pinang terlepas kepada PAS.

Keduanya faktor Kem Tentera yang banyak terdapat di kawasan DUN ini juga tidak menjamin ia akan menjana kemenangan mudah buat BN. Ini adalah kerana kebanyakkan Tentera berani bersuara kerana sifirnya amat mudah, ditukar ke kawasan hulu mana pun mereka boleh hidup, ye lah, tentera dengan hutan sudah sinonim jadi tak ada masalah bagi mereka. Tidak mustahil mereka mengundi PAS sebagai tanda protes terutamanya ramai anggota tentera yang terkilan kerana Pendapatan Mereka lebih rendah daripada Polis, seolah-olah kerajaan menganggap tentera ni tidak begitu penting...itulah apa yang penulis dengari dari salah seorang anggota tentera. Jadi tugas kerajaan memperbaiki situasi ini jangan wujudkan jurang yang amat jauh antara tentera dengan Polis.

Penulis teringat dengan satu ayat pembakar semangat yang berbunyi "Berjuang untuk mendapatkan sesuatu yang ada adalah lebih mudah daripada berjuang untuk mempertahankan sesuatu yang ada". Dengan kata lain mempertahankan kemenangan adalah lebih susah daripada untuk mendapatkan kemenangan. Ini bermakna petugas-petugas BN perlukan usaha yang berganda-ganda bagi memastikan kerusi ini tidak terjatuh ke tangan Pembangkang.

Akhir kalam penulis akhiri dengan mutiara kata yang berbunyi "Setiap benda yang naik ke atas pasti akan turun ke bawah contohnya kapal terbang setinggi mana kapal terbang itu terbang tetapi ia tetap akan turun ke bawah". Jadi dengan mutiara kata ini fikir-fikirkanlah dan mungkin Bagan Pinang bukan Milik BN lagi.


Baca Lagi!

Thursday, October 1, 2009

1 Celaan Untuk Isa 1 Undi Tambahan Untuk BN

1 Celaan Untuk Isa 1 Undi Tambahan Untuk BN
Oleh: yieMEGA

PENULIS baru sahaja selesai membaca satu forum di MyKMU.Net dan forum tersebut ditulis dengan forumer yang menggunakan nama "Pres_UKM". Penulis tertarik dengan slogan yang forumer tersebut cadangkan iaitu "1 Celaan Untuk Isa 1 Undi Tambahan Untuk BN" katanya slogan ini amat sesuai kerana sekiranya Isa Samad dicela oleh orang luar makanya ia akan mendatangkan kemarahan orang tempatan kerana mereka begitu serasi dengan Isa Samad. Forum tersebut boleh di ikuti dengan KLIK DISINI.

Bagi penulis slogan tersebut menarik juga, tidak salah kalau BN mahu menggunakan slogan tersebut kerana mungkin ia salah satu strategi yang berkesan buat BN. Namun penulis ingin menegur sedikit BN supaya tidak mengamalkan cara yang sama iaitu menjaja 'Politik Pembangunan' dengan menjanjikan pembangunan-pembangunan kerana penulis merasakan rakyat di Bagan Pinang tidak dahagakan pembangunan.

BN Perlu mencari mekanisme baru kempen politik mereka, agar mereka tidak menggunakan cara yang sama bagi mengharapkan hasil berlainan. Teringat penulis dengan kata-kata seorang Pengurus Agensi sebuah syarikat Insurans yang bernama Nuzihan Zakaria yang berkata "orang yang mengharapkan hasil berlainan tetapi menggunakan cara yang sama adalah orang gila" Penulis yakin petugas BN tidak mahu orang melabelkanya sebagai 'orang gila' jadi gunakalah cara baru untuk meraih undi dari pengundi Bagan Pinang.

Sekali lagi penulis mengingatkan BN jangan sesekali menggunakan pendekatan 'Politik Serang Menyerang' kerana di Permatang Pasir sudah terbukti bahawa Politik Serang Menyerang tidak membuahkan hasil. Sebaliknya jika Calon BN diserang peribadinya, seeloknya BN sekadar mempertahankanya bukan menyerang balas.

Politik Psikologi memang sesuai digunakan di Bagan Pinang, jadi adalah lebih elok BN menggunakan Pendekatan Politik Psikologi, sepertimana yang pernah digunakan di Manek Urai dahulu. Penulis merasakan ini adalah strategi politik terbaik buat masa ini.

Akhir kalam, pengagihan peruntukan seperti bantuan kepada rakyat di Bagan Pinang hendaklah dilakukan dengan seadil-adilnya agar tidak ada rakyat yang keciciran daripada mendapat bantuan yang sewajarnya. Pembahagian Anak Beranak hendaklah dielakkan demi mengelakkan rakyat menghukum BN semasa Pilihan Raya.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Monday, September 7, 2009

Isu-isu Terkini Dan Sensasi.....

Isu-isu Terkini Dan Sensasi...
Oleh: yieMEGA

SUDAH lama blog ini tidak diisi dengan isu-isu semasa, sebenarnya penulis baru-baru ini giat membaca novel sampai terlupa nak mengemaskini blog ini. Kebetulan pula hari ini penulis teringat jadi secara tidak semena-mena penulis pun mencuri sedikit masa kebetulan pulak rasa malas nak membaca novel hari ini.

Sepanjang blog penulis tanpa kemaskini isu terbaru, macam-macam isu telah timbul, isu kepala lembu yang penulis sudah ulas dalam artikel blog penulis baru-baru ini pun sekali lagi ditimbulkan apabila satu perjumpaan Kerajaan Selangor bersama dengan penduduk yang membuat bantahan baru-baru ini. Khabarnya perjumpaan di sana riuh-rendah juga dengan MB Gagap dengan luahan perasaan penduduk yang direalisasikan dengan kata-kata yang berubah menyumpah-seranah kepada MB Gagap tersebut.

Selain daripada isu itu, nampaknya negara kita perlu sekali lagi menempuhi satu Pilihan Raya Kecil di DUN Bagan Pinang selepas wakilnya sebelum ini telah kembali Ke Rahmatullah kerana menyahut panggilan Ilahi. Mungkin Pilihan Raya Kecil kali ini benar-benar penting buat BN kerana ia adalah di kawasan di mana ianya dimenangi oleh BN sebelum ini, mungkin disinilah BN boleh menguji adakah mereka masih diterima rakyat. Begitu juga dengan Pakatan Rakyat mereka juga mungkin menganggap inilah peluang mereka untuk membuktikan samaada aspirasi mereka telah diterima rakyat terutamanya ianya di kubu BN katanya.

Mengenai Calon Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang, bagi calon BN orang yang benar-benar layak untuk menjadi calon adalah Mantan Menteri Besar Negeri Sembilan iaiatu Datuk Isa Samad kerana pengaruh beliau begitu hebat di sini, pendek kata sekiranya calon lain di letak BN dan bukanya Datuk Isa Samad berkemungkinan Besar BN akan kehilangan kerusi DUN Bagan Pinang, jadi penulis mencadangkan adalah lebih molek dan elok sekiranya BN Meletakkan Datuk Isa Samad Sebagai Calon di Bagan Pinang.

Bercakap mengenai PRK Bagan Pinang, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap undi POS untuk PRK Bagan Pinang, mungkin beliau tidak sedar Permatang Pasir DUN yang dimenangi PAS dikesan mempunyai Pengundi Hantu dan mungkin pengundi hantu itu berpihak kepada PAS menyebabkan PAS mengabaikan Pengundi hantu tersebut. Seandainya Pengundi Hantu tersebut berpihak kepada BN mereka akan membuat dakwaan yang pelbagai. Biasalah Politik "Wal haram mu, Wal Halal Ku"

Dalam kemeriahan negara kita menyambut kemerdekaan dengan sederhana, terjadi pula satu peristiwa di negara Jiran iaitu Kedutaan Malaysia diserang dengan lontaran telur oleh rakyat Indonesia dan juga bertindak membakar Jalur Gemilang. Inilah hasil 'tangan-tangan media indonesia' yang dikuasai oleh Kristian kerana mereka memang mahu negara Islam bertelagah sesama mereka.

Kejadian itu mengingatkan penulis kepada blog Malingsial yang secara jelas cuba mengeruhkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia tiada pula wujud blog yang mengapi-apikan rakyat Malaysia supaya membenci Indonesia.

Penulis pun hairan mengapa tidak memghiraukan rezeki yang telah Malaysia berikan kepada Mereka, masih berfikiran seperti orang yang berada di negara dunia ketiga, sedangkan mereka juga adalah negara membangun seperti Malaysia. Tindakan mereka itu seolah-olah Malaysia telah melepaskan anjing yang tersepit, akhirnya orang yang bertanggungjawap melepaskanya pulak digigitnya.

Kalau nak disebut sepatutnya rakyat Malaysia yang lebih marah kepada rakyat Indonesia, cuba bayangkan kalau diselidiki data-data jenayah yang ada boleh dikatakan hampir separuh ianya dilakukan oleh rakyat Indonesia. PATI Indonesia juga dilayan begitu baik sekali sehinggakan mereka diberi makan percuma oleh Kerajaan Malaysia sedangkan ada rakyat Malaysia yang hidup kais pagi makan petang, kais petang makan malam dan kadang-kadang kais tak dapat makan. Itulah realitinya, rakyat indonesia perlu menyelediki dulu apa agenda sebenar Media Massa mereka sebelum bertindak sedemikian rupa.

Tidak timbul soal buli membuli di sini, Penulis berharap rakyat Indonesia fahamilah dengan situasi ini, Mungkin mereka melihat perkara ini berdasarkan penderaan TKI oleh beberapa majikan mereka disini, namun perlu diingat tiada satupun ia dilakukan oleh kaum yang serumpun dengan mereka iaitu Melayu dan ianya dilakukan oleh bangsa yang tidak serumpun dengan mereka, walaupun begitu Kerajaan Malaysia tetap memandang serius terhadap perbuatan itu dan memastikan mereka yang terlibat tidak terlepas dari hukuman.

Akhir kalam penulis tinggalkan satu falsafah untuk difikirkan oleh rakyat Indonesia "Kita tidak boleh menyalahkan orang yang lapar kerana tidak makan, kerana mungkin dia tidak makan kerana tidak ada selera makan" jadi fikir-fikirkanlah kerana kita serumpun.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin