Bilangan Pengunjung:

Showing posts with label sapp. Show all posts
Showing posts with label sapp. Show all posts

Thursday, September 18, 2008

Menanti Berita Gembira Dari Menteri Kewangan Baru


Beberapa hari lalu, Timbalan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak kini tidak lagi memegang jawatan sebagai Menteri Pertahanan. Mulai daripada tarikh itu beliau mula memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan.

Penulis percaya rakyat Malaysia pasti ternanti-nantikan apakah berita gembira yang akan disampaikan oleh Menteri Kewangan 1 yang baru itu. Ada juga yang membayangkan harga minyak akan turun sehingga menjadi RM2 satu liter tetapi setakat ini belum ada perkembangan positif mengenainya.

Posisi Menteri Kewangan 1 bukan posisi yang amat mudah kerana ia melibatkan 'pembangunan ekonomi' negara. Daripada situlah bermula beberapa perancangan ekonomi yang perlu dibuat untuk kesejahteraan rakyat Malaysia.

Penulis percaya sebagai Menteri Kewangan 1 banyak halangan dan dugaan yang perlu ditempuhi oleh Najib kerana posisi itu sememangnya bergantungan dengan suasana ekonomi negara dan dunia. Krisis Ekonomi dunia sedikit sebanyak memberi tempias kepada ekonomi negara.

Masalah melanda sebuah firma antarabangsa yang berpangkalan di Amerika juga sedikit sebanyak menganggu-gugat ekonomi negara kita. American Insurance Group (AIG) sebuah syarikat gergasi Insurans di Amerika dan bertaraf multinasional kini dikatakan terpaksa menangung kerugian ekoran daripada kelembapan ekonomi dunia. Keadaaan itu memaksa Kerajaa Amerika Syarikat untuk tampil membantu syarikat tersebut. Namun, ia dikatakan masih gagal membendung masalah yang dialami oleh syarikat Insurans Multinasional tersebut dan secara tidak langsung ia memberi kesan kepada ekonomi Malaysia.

Pada waktu sekarang, Datuk Seri Najib yang memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan 1 perlu mengambil langkah bagi memulihkan ekonomi negara. Selain itu, beliau juga perlu mengeluarkan berita gembira kepada rakyat contohnya penurunan harga Petrol dan Diesel di mana, pada ketika ini rakyat masih tertekan dengan harganya dan secara tidak langsung ia memberi kesan kepada peningkatan kes jenayah yang naik secara mendadak sejak kebelakangan ini.

Datuk Seri Najib hendaklah tidak mensia-siakan peluang keemasan ini untuk menunjukkan kepintaran ekonominya dan pasti pelabur-pelabur di luar sana ternanti-nantikan pendekatan ekonomi yang baru yang mungkin bakal digunakan oleh beliau selaku Menteri Kewangan 1. Ia boleh diumpamakan, pentas untuk bersilat sudah disiapkan, terpulang kepada beliau untuk bersilat cara mana ataupun langsung tidak bersilat.

Namun dalam keadaan kehuru-haraan ekonomi dunia sekarang penulis percaya negara perlu khidmat seorang yang berpengalaman di dalam bidang ekonomi contohnya Tengku Razaleigh Hamzah, tambahan pula ekonomi sememangnya bidangnya. Pengalaman beliau memang diperlukan untuk memperbaiki kedudukan ekonomi negara. Sememangnya pengalamanya tidak boleh disia-siakan oleh Kerajaan Malaysia.

Keadaan ekonomi sekarang jika tidak dirawat berkemungkinan besar ia akan memberi kesan buruk kepada negara tidak kira dalam jangkamasa panjang ataupun dalam jangkamasa pendek. Jadi Tengku Razaleigh perlu diberi peluang sekali lagi untuk memperbetulkan kedudukan ekonomi negara yang tidak menentu pada masa ini.

Dalam masa yang sama, penulis turut menantikan berita gembira daripada Menteri Kewangan 1 yang baru kerana pada masa sekarang ini rakyat Malaysia sememangnya memerlukan penurunan harga minyak petrol dan diesel kerana bebanya semakin hari semakin menghantui rakyat.

Akhir kalam, penulis mengucapkan selamat bertugas di bawah Kementerian baru kepada Datuk Seri Najib, semoga beliau berjaya memperbaiki ekonomi negara yang terjejas teruk pada masa ini ekoran kelembapan ekonomi dunia dicampur pula krisis kepercayaan di kalangan Pelabur di Amerika Syarikat.



Baca Lagi!

Thursday, September 11, 2008

Komen Pengunjung Mengenai Pakatan Tun Dr. M, Ku Li dan TS Muhyidin Yasin

Salam saudara Yie,

Saya juga sependapat dengan saudara yie bahawa inilah zaman Tengku Razaleigh Hamzah kembali dipersada kepimpinan UMNO setelah kewibawaan beliau selama ini cuba ditenggelamkan.

Saya masih ingat kata-kata TRH suatu masa dahulu antaranya berbunyi "sebagai seorang ahli politik kalau hari ini saya tenggelam, besok InsyaAllah saya akan timbul balik. Saya akan bangkit dengan segala kekuatan untuk memimpin rakyat."

Tidak mengejutkan untuk Tun Dr Mahathir kembali ke pangkuan UMNO seterusnya memberi sokongan penuh kepada Tengku Razaleigh. Jika dahulu TRH memberikan laluan kepada TDM untuk menjadi orang kedua kepada Tun Hussien Onn, jadi inilah masa yang paling sesuai untuk TDM mengembalikan semula kepercayaan Tun Hussein Onn kepada TRH memimpin UMNO. UMNO akan kembali bersinar andai gandingan Tengku Razaleigh (Presiden) dan Tan Sri Muhyiddin (Timbalan Presiden) diketengahkan dalam keadaan parti yang boleh disifatkan nazak kini.

Saya juga pernah meramalkan gandingan Muhyiddin-Tengku Razaleigh-Mahathir adalah paling bersesuaian untuk memulihkan dan merawat UMNO. Satu gandingan mantap dan berpengalaman dibentuk umpama mewakili suara akar umbi ahli UMNO di bahagian Selatan-Timur-Utara. Tulisan saya ini pernah dikirimkan di blog kudakepang, Datuk Ruhanie Ahmad.

http://kuda-kepang.blogspot.com/2008/03/gandingan-muhyiddin-tengku-razaleigh.html

Wasalam.- Zeme (http://zarulzeme.blogspot.com/)

Komen yieMEGA:

Sepertimana janji yang penulis buat kepada Zeme yang penulis akan membincangkan komen beliau di blog ini, bagi merealisasikan janji penulis telah membuat keputusan untuk membincangkanya pada artikel penulis pada hari ini. Terlebih dahulu penulis memohon maaf kepada saudara Zeme kerana agak lambat sedikit membincangkan komen ini kerana kebelakangan banyak sangat isu yang timbul untuk penulis kupas satu persatu tetapi kata orang 'better late than never' .

Terlebih dahulu penulis ingin mengucapkan terima kasih kepada saudara Zeme kerana sudi memberi maklumbalas mengenai tulisan penulis sebelum ini. Penulis ingin meneruskan artikel penulis kali ini mengenai kata-kata yang pernah diungkapkan oleh YBM Tengku Razaleigh a.k.a Ku Li.

"Sebagai seorang ahli politik kalau hari ini saya tenggelam, besok InsyaAllah saya akan timbul balik. Saya akan bangkit dengan segala kekuatan untuk memimpin rakyat."
YBM TENGKU RAZALEIGH HAMZAH
Ahli Parlimen Gua Musang
Mantan Menteri Kewangan
Calon Presiden UMNO 2008
Penulis amat bersetuju dengan ungkapan Ku Li tersebut kerana di dalam dunia politik ini diibaratkan sebagai 'berlayar dan berenang di lautan' ada ketikanya kita ditimpa ombak yang kuat sehingga membuatkan kita hampir lemas, dan ada ketikanya kita berupaya mengharungi ombak dan badai sehingga kita berjaya sampai ke daratan".

Ku Li boleh dikatakan sebagai orang yang paling berpengalaman di dalam UMNO tambahan pula beliau sekarang sudah bergelar negarawan. Dari segi kelebihan jika nak dibandingkan Ku Li dengan Presiden AAB memang boleh diibaratkan 'jauh panggang daripada api' Ku Li sebagai seorang yang mempunyai kepakaran ekonomi dan juga digelar 'Bapa Ekonomi' semasa eranya menjadi Menteri Kewangan yang memperkenalkan perubahan dasar sepertimana lahirnya syarikat minyak bertaraf antarabangsa iaitu Petronas, mata wang Malaysia pada era beliau juga jika dibandingkan dengan Singapura adalah sama nilainya. Selain daripada itu, sumbangan beliau kepada UMNO tidak kurang besarnya kerana sudi mengorbankan tanah peribadinya untuk kepentingan UMNO (tanah PWTC dan Menara Dato Onn).

Namun, sampai kini jasa-jasanya tidak diiktiraf oleh UMNO dan beliau terus dilayan seperti 'Askar Gurkha' semasa berada di dalam UMNO. Namun 'layanan' tersebut langsung tidak mematahkan semangat juangnya. Kini tiba masanya ahli UMNO memberi 'layanan istimewa' kepada 'Putera Raja Berjiwa Rakyat ini'.

Penulis mengharapkan laungan 'Perubahan' bergema di setiap ahli UMNO dan laungan 'Berani Berubah' juga hendaklah disemai mulai sekarang bagi memastikan kepimpinan cacat dan bisu 'Presiden AAB' menemui penghujungnya pada Pemilihan Agung UMNO Disember nanti.

Akhir Kalam, "Manusia Tidak Gagal dengan merancang, Manusia gagal kerana tidak merancang". Beranilah berubah dan fikir-fikirkanlah.


Baca Lagi!

Friday, June 20, 2008

Apabila Pak Lah dan Konco-konconya Meludah Ke Langit!

Kelmarin berita tv melaporkan bahawa Barisan Nasional mengutuk SAPP yang ingin mengusulkan usul tidak percaya kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Perdana Menteri Malaysia yang 'glamour' dengan panggilan Pak Lah walaupun beliau sering mengambil tindakan tidak popular.

Tindakan mengutuk SAPP ini bukanlah satu tindakan yang bijak kerana mengutuk ini budak-budak sekolah tadika pun boleh buat. Apa lah nasib dapat Perdana Menteri berotak budak tadika yang pekak dan tuli.

SAPP sepatutnya dipanggil untuk mengambil keterangan dan tanyalah sebab kenapa mereka ingin mengusulkan usul tidak percaya kepada Perdana Menteri. Bincanglah elok-elok ini tidak sebaliknya mengutuk pula SAPP tanpa dipanggil untuk berbincang. Ingatlah untuk melawan api kita boleh menggunakan api, untuk melawan api kita boleh menggunakan air.

Tindakan Pak Lah dan pemimpin-pemimpin komponen Barisan Nasional yang lain yang mengutuk tindakan SAPP boleh diumpamakan sebagai meludah ke langit dan mungkin bakal menyemarakkan lagi api kemarahan tertutamanya ahli SAPP.

Berapa kali sudah ingatkan agar pemimpin perlulah berfikir sebelum bertindak dan bukanya bertindak sebelum berfikir. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya. Jangan nanti sudah terhantuk baru nak tergadah. Allah s.w.t tuhan seru sekian alam mengurniakan manusia akal untuk berfikir jadi jangan siasiakan akal anda. Fikirlah sehabis baik.

Baca Lagi!

Thursday, June 19, 2008

BesutLonih: Menanti Debaran Isnin 23 Jun 2008

Beberapa hari lalu Mantan Naib Presiden UMNO YBM Tengku Razaleigh Hamzah yang lebih dikenali dengan nama "Ku Li" telah mengatakan bahawa ada parti komponen Barisan Nasional (BN) dari sabah akan meninggalkan BN, namun amaran itu tidak dipedulikan oleh Presiden UMNO yang juga Presiden BN malah ada pembodek-pembodek Datuk Seri Abdullah menyelar Ku Li.

Namun amaran Ku Li akhirnya terbukti sahih apabila Presiden SAPP akan mengemukakan usul undi tidak percaya kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Parlimen pada hari isnin ini 23 Jun 2008. Tindakan Presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee benar-benar membuat Datuk Seri Abdullah atau Pak Lah ini 'gelisah' bagai kera kena belacan. Hari ini TV3 menerusi Buletin 1.30 melaporkan Dewan Tertinggi BN akan mengadakan mesyuarat tergempar untuk membicangkan isu SAPP tersebut dan Naib Presiden UMNO yang juga Ketua Menteri Melaka mengusulkan SAPP dipecat daripada Barisan Nasional.

HUKUMAN BUKAN JALAN PENYELESAIAN

Mengikut Teori Ketingkahlakuan (Behaviorism), sememangnya ada dua cara untuk menyelesaikan isu-isu yang melibatkan tingkah laku. Pertama sekali ialah ganjaran iaitu 'Reward' dan yang Kedua ialah Hukuman atau 'Punishment, tindakan untuk memecat SAPP boleh dikatakan tindakan "Punishment" mengikut Teori Ketingkahlakuan. Pada pandangan penulis pendekatan "Punishment" sudah tidak sesuai pada zaman ini. Penulis ingin memberi contoh berdasarkan realiti pelajar sekolah hari ini, Jika seseorang guru di sesebuah sekolah menggunakan pendekatan "Punishment" pada hari ini, maka pelajar ini akan cuba mempengaruhi ibu-bapa mereka untuk turut membuat pendekatan "punishment" terhadap guru tersebut ini terbukti apabila semakin ramai ibu-bapa yang ingin menyaman guru sedangkan ianya tidak berlaku pada suatu masa dahulu. Pendekatan "punishment" ini juga sudah menjadikan pelajar itu gemar melakukan kesalahan. Jadi tindakan hukuman kepada SAPP adalah tidak sesuai dengan zaman sekarang.

Pendekatan "Reward" hendaklah diberi perhatian oleh Presiden BN merangkap Perdana Menteri kerana cara ini tentu akan memberikan peluang kedua kepada BN. Pertama sekali BN Perlu bertanya dahulu punca SAPP bertindak untuk mengusulkan undi tidak percaya dan kalau boleh selesaikan sebab-sebab mereka mahu mengusulkan undi tidak percaya dan kedua sebagai ganjaran atau "Reward" berikan apa sahaja keperluan yang mereka sepatutnya dapat.

Tindakan menghukum bukan dapat menyelesaikan masalah malahan bakal menambahkan menambahkan lagi masalah bersesuaian dengan realiti "orang yang berasal di negeri yang sama akan menyokong tindakan orang yang berasal daripada negeri yang sama juga" jadi tidak mustahil sekiranya 'Orang Sabah' dipecat sudah tentu ada kemungkinan "Orang Sabah" juga akan memecat dirinya sendiri daripada BN.

Sebagai Pemimpin di dalam membuat keputusan perlulah berfikir sebelum bertindak bukanya bertindak sebelum berfikir. Teringat penulis kepada satu Falsafah "Semalam adalah sejarah, hari ini adalah hadiah dan masa depan masih misteri". Samalah dengan situasi sekarang ini semalam sememangnya sudah berlaku, tindakan SAPP untuk mengusulkan undi tidak percaya adalah hadiah dan adakah Kerajaan Barisan Nasional sekarang akan tersungkur ianya masih menjadi misteri.

dipetik dari:
www.besutlonih.com

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin