Ada Apa Dengan Parti Amanah Negara (PAN)?
Oleh: yieMEGA
BARU-baru ini Parti Amanah Negara telah dilancarkan di Malaysia. Penubuhan parti ini dimulakan dengan pengambil alihan Parti Pekerja Malaysia oleh Mat Sabu kemudian ia dijenamakan semula menjadi Parti Amanah Negara. Mat Sabu merupakan Presiden Parti Amanah Negara.
Disamping di dalam PAS berlaku penghijrahan besar-besaran yang kebanyakkan menyertai Parti Amanah Negara dan sebilangan kecil menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR). Begitulah nasib yang perlu diterima PAS akibat perbuatanya sendiri.
Sebelum ini penulis telah beberapa kali mengingati PAS berkenaan wujudnya parasit dalam PAS, namun pada waktu itu PAS seolah-olah pandang sebelah mata dalam hal ini. Paling menyakitkan hati penulis ada yang mendakwa bahawa dakwaan seumpama itu sebelum ini hanyalah bertujuan untuk memporak-perandakan PAS. Akhirnya kali ini terjawaplah siapa yang ingin memporak-perandakan PAS.
Parasit-parasit menyusup masuk ke dalam PAS untuk memudahkan mereka bertapak dalam arena politik. Mereka masuk dan kemudian keluar membawa penyokong-penyokong walhal sebelum ini mereka diluar PAS tapi masuk PAS untuk ambil penyokong untuk memudahkan cita-cita politik mereka.
Kerana menerima mereka memasuki PAS tak lama dahulu, kini mereka telah memberi kerugian besar terhadap PAS. Nasihat penulis kepada PAS usahlah ditanggisi pemergian mereka kerana bukan PAS yang menumpang populariti mereka tetapi yang sebetulnya mereka yang menumpang populariti PAS.
Baca Lagi!



