Bilangan Pengunjung:

Showing posts with label Kuala Lumpur. Show all posts
Showing posts with label Kuala Lumpur. Show all posts

Saturday, October 9, 2010

Ku Li Jeneral BN di Galas

One!Image by Syed Azidi AlBukhary via FlickrKu Li Jeneral BN di Galas
Oleh: yieMEGA

Ketua UMNO Bahagian Gua Musang yang juga merupakan Ahli Parlimen Gua Musang iaitu YBM Tengku Razaleigh Hamzah telah mengesahkan yang beliau menerima jawatan Pengarah Pilihan Raya BN PRK DUN Galas di dalam Sidang Media Khas yang diadakan beliau sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Sidang Media tersebut telah menjawab polemik yang timbul sejak kebelakangan ini yang mengatakan kemungkinan beliau (Ku Li) berkemungkinan tidak akan menerima jawatan PPR BN untuk PRK DUN Galas tetapi setelah beliau membuat Sidang Media akhirnya terjawab apabila beliau mengesahkan untuk menerima jawatan tersebut.

Bagaimanapun Ku Li masih belum mengesahkan atau tidak adakah beliau akan menerima sekiranya beliau sendiri dicalonkan untuk PRK DUN Galas itu. Kerana katanya perkara itu akan dibincangkan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terlebih dahulu.

Walaubagaimapun impian PAS untuk melihat Ku Li membuat perangai dan tidak menerima jawatan PPR BN untuk PRK DUN Galas sudah pun berkecai dengan penerimaan jawatan tersebut yang dibuat sendiri oleh Ku Li.

Kini cuma tinggal satu harapan PAS iaitu agar Ku Li tidak menjadi calon BN untuk PRK DUN Galas. Untuk rekod sebelum banyak cadangan dan harapan termasuk dari akar umbi yang mahukan YBM Tengku Razaleigh Hamzah menjadi calon untuk PRK tersebut.

Adakah harapan kedua PAS itu menjadi kenyataan atau sebaliknya, sama-sama kita nantikan keputusanya pada 24 Oktober 2010 nanti.
Enhanced by Zemanta

Baca Lagi!

Tuesday, September 28, 2010

Al-Fatihah - ADUN Galas Kembali ke Rahmatullah


Al-Fatihah - ADUN Galas Kembali ke Rahmatullah
Oleh: yieMEGA

Ahli Dewan Undangan Negeri Galas, Gua Musang, Kelantan iaitu Che Hashim Sulaiman telah pergi menyambut seruan Ilahi di Hospital Pakar Kampung Baru (KBMC) Kuala Lumpur, Pada jam 4.30 petang 27 September 2010. Terlebih dahulu penulis memohon maaf di atas kelewatan makluman ini disiarkan kerana semalam penulis terlalu banyak tugas untuk diselesaikan.

Jenazah Allahyarham akan disemadikan di Gua Musang, Kelantan pada sebelah malam 27 September 2010. Marilah bersama-sama kita menyedekahkan bacaan surah Al-Fatihah kepada Allahyarham, agar roh Allahyarham dicucuri rahmat hendaknya. Al-Fatihah...

Pemergian beliau menyebabkan kerusi Dewan Undangan Negeri Galas yang disandang Allahyarham sebelum ini menjadi kosong. Walaubagaimanapun penulis tidak mahu lagi bercerita mengenai Pilihan Raya Kecil DUN tersebut bagi menghormati Keluarga Allahyarham, PRK DUN Galas hanya akan diulas penulis beberapa hari lagi.

"Setiap yang bernyawa pasti akan mati, kematian itu hakiki" semoga semua pembaca insaf dengan kematian walau siapa pun kita, kita tetap akan mati. Dalam masa yang sama, penulis merasakan eloklah tidak menceritakan hal-hal negatif mengenai Allahyarham kerana kehidupan beliau sudah tamat. Usah lagi diaibkan Allahyarham, kita yang tinggal ini kena membuat persediaan untuk menghadapi perkara yang sama satu hari nanti.


Enhanced by Zemanta

Baca Lagi!

Saturday, September 25, 2010

RM 4B untuk Pas Kelantan: Siapa Kencing Siapa?


RM 4B untuk Pas Kelantan: Siapa Kencing Siapa?
Oleh: yieMEGA

RM 4 Billion untuk Pas kelantan: siapa kencing siapa menjadi tajuk pilihan penulis pada kali ini ekoran daripada isu yang sedang hangat diperkatakan kini. Malah isu ini juga turut menjadi perdebatan hangat di kalangan rakan-rakan blogawan.

Malah Kerajaan Negeri Kelantan pun telah mengambil tindakan drastik dengan mengharamkan syarikat yang ingin mendermakan RM4 Billion kepada PAS Kelantan itu dengan menyenarai hitamkan syarikat I'Da World Sdn Bhd. Penulis sendiri hairan apakah rasionalnya tindakan Kerajaan Negeri Kelantan itu.

Penulis sendiri tak sangka, syarikat sendirian berhad mempunyai dana sebanyak itu. Kalau syarikah Berhad tu boleh juga penulis percaya. Walau apa pun penulis sendiri pun kurang percaya dengan penafian Kerajaan Negeri Kelantan berkenaan dengan pemberian projek kepada syarikat tersebut.

Seperti biasa, PAS sekali lagi cuba mengaitkan pertikaian mereka dengan syarikat terbabit dengan UMNO, kerja mereka memang mudah, kalau apa-apa yang buruk berlaku mereka akan cuba mengaitkanya dengan UMNO, dari dulu sampai sekarang sepertimana dakwaan yang dibuat oleh MSO.

Di mana, MSO cuba mengaitkan CEO I'Da World Sdn Bhd dengan UMNO dengan menggunakan gambar CEO tersebut yang berada di majlis yang dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Seperti yang penulis katakan tadi akhirnya UMNO juga akan dikambing hitamkan oleh PAS.

Namun akhirnya I'Da World Sdn Bhd bertindak balas dengan mengeluarkan beberapa dokumen dan juga gambar lawatan-lawatan yang dilakukan ke tapak projek bersama Exco kerajaan negeri dan juga lawatan ke Pejabat Menteri Besar Kelantan. Maklumat berkenaan boleh didapati di sini.

Kenyataan daripada kedua-dua belah pihak itu telah menyebabkan kita sukar untuk mengetahui siapa yang kencing siapa di sini. Malah I'da world sendiri mempunyai bukti bertulis berupa dokumen berkenaan projek yang diberikan kepada I'da World.

Sebutkata 4Billion bukanya sedikit, malah ia hampir separuh tuntutan royalti minyak oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Jadi sekiranya derma tersebut dapat ditunaikan, maka dapatlah ia digunakan untuk membangunkan negeri Kelantan. Akhirnya syarikat yang ingin menderma itu disenarai hitamkan oleh kerajaan negeri.

Timbul satu persoalan di sini, tindakan kerajaan negeri Kelantan itu seolah-olah takut dengan bayang-bayang sendiri, kata orang berani kerana benar, jadi Kerajaan Kelantan sepatutnya tidak perlu tersentak dengan syarikat ini sekiranya mereka tidak melakukan kesalahan.

Dari segi Psikologi Kerajaan Kelantan sudah tewas dengan permainan syarikat ini. Cubaan mengait CEO syarikat ini dengan UMNO adalah mungkin satu usaha untuk menutup kesilapan mereka dan mengalihkan tumpuan daripada mereka kepada UMNO dan akhirnya UMNO dipersalahkan.

Seolah-olah apa yang baik datangnya dari PAS dan apa yang buruk datangnya dari UMNO. Walaubagaimanapun kita sama nantikan apakah kesudahan episod ini, dan berdoalah agar kita mengetahui siapa yang kencing siapa di dalam episod ini. Fikir-fikirkanlah.
Enhanced by Zemanta

Baca Lagi!

Monday, August 2, 2010

Pengumuman:- Penukaran Domain Suara Generasi Muda Malaysia


Penukaran Domain Suara Generasi Muda Malaysia

TERLEBIH dahulu penulis ingin memohon maaf kepada para pembaca setia blog Suara Generasi Muda Malaysia kerana sejak dua hari lepas berlaku kesukaran untuk mengakses blog ini yang menggunakan domain www.suaragenerasimuda.com kerana berlaku beberapa masalah teknikal.

Oleh yang demikian, penulis mengambil keputusan berkuatkuasa mulai hari ini iaitu Isnin 2 Ogos 2010 blog Suara Generasi Muda Malaysia tidak lagi menggunakan domain www.suaragenerasimuda.com.

Mulai daripada hari ini, blog Suara Generasi Muda kembali menggunakan domain asalnya iaitu http://suaragenerasimuda.blogspot.com/. Sebarang kesulitan yang di alami oleh para pembaca setia blog ini amatlah penulis kesali.

Sebagai makluman kepada para pembaca blog ini, mungkin selepas Hari Raya Aidilfitri blog ini akan menggunakan domain berbayar yang baru. Sekali lagi penulis memohon maaf di atas kesukaran yang di alami.

Walaubagaimanapun artikel-artikel baru akan terus disiarkan di dalam blog ini sebagaimana biasa.
Enhanced by Zemanta

Baca Lagi!

Tuesday, February 9, 2010

MB Perak Tetap Dr. Zambry

MB Perak Tetap Dr. Zambry
Oleh: yieMEGA

SETELAH bermacam-macam polemik dan persepsi yang timbul, diikuti dengan beberapa siri naik turun mahkamah akhirnya Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa Dr. Zambry adalah Menteri Besar Perak yang sah.

Dengan keputusan Mahkamah Persekutuan itu adalah diharap semua pihak menerimanya dengan hati yang terbuka. Penulis juga berharap jangan ada yang mempertikaikan keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Persekutuan itu.

Penulis ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Dr. Zambry kerana kini beliau merupakan Menteri Besar Perak yang telah disahkan oleh Mahkamah Persekutuan. Penulis berharap agar Dr. Zambry dapat melaksanakan tugas-tugasnya sebagai Menteri Besar Perak dengan penuh tanggungjawab dan mendahulukan serta mengutamakan pencapaian.

Kepada Bekas Menteri Besar Perak Ir. Nizar Jamaluddin bersabarlah dan cubalah menerima keputusan ini dengan hati yang terbuka. Percayalah kepada Qada' dan Qadar Allah kerana sesungguhnya Allah tuhan seru sekian alam Maha Berkuasa.

Penulis juga ingin menasihati kepada penyokong-penyokong Ir. Nizar Jamaluddin belajarlah menerima kenyataan dan tabahlah dengan keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Persekutuan ini.

Keputusan telah diketahui dan diharap selepas ini semua pihak akan kembali bekerja sebagaimana biasa dan berhentilah bersengketa kerana politik. Sesekali kita hendaklah lupakan perbezaan politik,

Mengenai keputusan Mahkamah Persekutuan itu penulis enggan mengulas dengan lebih lanjut kerana Mahkahmah pun telah membuat keputusanya jadi terimalah keputusan itu seadanya selagi ada waktu,
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Saturday, February 6, 2010

Matlamat Tidak Menghalalkan Cara...

Matlamat Tidak Menghalalkan Cara...
Oleh: yieMEGA

MATLAMAT tidak menghalalkan cara itulah yang menjadi isi utama artikel penulis pada kali ini. Penulis berharap pembaca dapat menilai artikel ini dan memikirkan adakah benar artikel ini untuk kesejahteraan semua tak kira bangsa, agama dan juga warna kulit.

Ramai yang telah mengetahui bahawa dalam beberapa hari lepas berlaku satu perhimpunan yang mengutuk Ketua Menteri Pulau Pinang termasuklah Ahli Parlimen Pasir Mas sendiri Datuk Paduka Ibrahim Ali. Penulis secara tidak sengaja juga menonton sedutan rakaman semasa perhimpunan itu berlaku, patung berupa Lim Guan Eng dibakar semasa perhimpunan itu.

Terlebih dahulu penulis ingin menegaskan bahawa penulis tidak dibayar ataupun diupah walau sesen pun dari Lim Guan Eng untuk membuat artikel ini dan artikel ini bukan bermakna penulis menyokong Lim Guan Eng. Bagi penulis daripada penulis mempertahankan Lim Guan Eng adalah lebih baik penulis menyapu sampah lagipun LGE memang setaraf dengan sampah yang dibuang dari Melaka.

Namun, walaupun penulis tidak bersetuju dengan beberapa tindakan beliau yang dilihat seolah-olah ingin menghapuskan Melayu di Pulau Pinang dan menjadikan Pulau Pinang sebagai Negara Cina Ketiga selepas Singapura. Namun tidak semestinya kita perlu mengadakan perhimpunan yang berarak ke sana ke mari dan membakar patung sesiapa sahaja yang tidak disukai.

Tidak adakah cara lain yang boleh digunakan untuk menghadapi Lim Guan Eng cara yang lebih baik dan juga tidak menguriskan hati kaum-kaum lain. Contohnya mengusulkan undi tidak percaya dalam sidang Dewan Undangan Negeri terhadap Lim Guan Eng. Bukankah tindakan ini lebih baik dan bertamadun.

Penulis mohon maaf kepada pembaca yang tidak bersetuju dengan pandangan penulis, tiada niat pun di hati penulis untuk mengecilkan hati dan perasaan mana-mana pihak. Penulis cuma tidak suka dengan cara perhimpunan di mana kebanyakkan perhimpunan akan merugikan harta benda rakyat.

Sekiranya nak buat juga perhimpunan, buatlah secara ilmiah dan janganlah mebakar patung itu patung ini, ini bukan budaya kita. Perhimpunan secara ilmiah ialah adakan forum atau ceramah dengan permit yang sah.

Akhir kalam, demi menjaga perpaduan dan keharmonian antara kaum adalah lebih baik kita memilih jalan Ilmiah dan bukanya jalan emosional. Ingat api tidak akan dipadam dengan menggunakan api, tetapi ia boleh padam dengan menggunakan air.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Thursday, December 24, 2009

Perlukah MB Terengganu Bersumpah?


Perlukah MB Terengganu Bersumpah?
Oleh: yieMEGA

BERITA MB Terengganu Datuk Ahmad Said yang bersumpah semasa Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu tentu sudah ramai yang mengetahuinya. Bagi yang belum mengetahuinya boleh membaca berita mengenainya DI SINI. Begitu memalukan seorang MB berperangai seperti budak-budak.

Penulis pun hairan kenapa MB Terengganu yang sebodoh itu melafazkan sumpah. Mungkin juga ekoran daripada peristiwa dua orang wira-wira rakyat yang mempersoalkan ketelusan dan kewibawaanya di dalam Sidang DUN sebelum ini.

Nampaknya kebodohan MB itu semakin terserlah selepas melafazkan sumpah itu. Soalnya di sini, adakah rakyat Terengganu akan mempercayai sumpah beliau? sedangkan Sumpah Bekas Pembancuh Kopi Anwar itu pun tidak dipercayai.

MB Terengganu itu begitu mudah mengambil jalan singkat dengan melakukan perbuatan demikian. Ternyatalah dakwaan-dakwaan yang timbul sebelum ini bahawa beliau adalah MB Paling Bodoh dalam sejarah MB Terengganu ada kebenaranya setelah beliau berbuat demikian.

Sepatutnya daripada bersumpah adalah lebih baik MB Terengganu itu mendedahkan siapakah yang menjadi syarikat pembekal Buah Kurma dan Air Zam Zam itu dan juga siapakah Ahli Lembaga Pengarahnya dan adakah syarikat itu ada kaitan dengan kaum keluarganya?

Adalah lebih baik Ahmad Said Menjawab soalan-soalan seperti sedemikian daripada terus bersumpah macam budak-budak. Teringat penulis pada zaman kanak-kanak, kerap mendengar rakan masa tu bersumpah, jadi maknanya tapi tak sangka pula 'otak' MB setaraf dengan mereka.

Kalau Ahmad Said ingat dengan bersumpah akan dapat membersihkan namanya, tindakanya itu ternyata silap sepatutnya beliau mengambil pengajaran daripada Sumpah Saiful. Untuk pengetahuan Ahmad Said kini rakyat Terengganu begitu hairan dengan kejadian Bumbung Runtuh yang kerap berlaku di negeri itu, paling menghairankan lagi kesemuanya melibatkan bumbung seakan-akan ianya telah dirancang.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Saturday, December 12, 2009

Apa Motif Anwar Membela Chin Peng?


Apa Motif Anwar Membela Chin Peng?
Oleh: yieMEGA

Ching Peng merupakan ketua Parti Komunis Malaya (PKM) yang telah diharamkan di bumi Malaysia ini, beliau juga telah dibuang negara. Parti ini memperjuangkan ideologi komunis dan ia tidak sesuai dengan negara kita. Namun, sejak akhir-akhir ini terdapat usaha-usaha untuk membawa Chin Peng balik dan dibantu oleh rakyat kita yang katanya semakin cerdik walhal mereka tu lebih bodoh daripada lembu.

Orang yang bertanggungjawab untuk menimbulkan isu Chin Peng dan juga berusaha untuk membawanya pulang ke Malaysia kononya atas alasan Chin Peng sudah tua. Bagi penulis ianya adalah satu strategi Anwar untuk memerintah Malaysia. Portal berita Alternatif yang merupakan anjing kurap peliharaan Anwar Malaysiakini.com juga berusaha keras untuk berkempen demi untuk membawa balik Chin Peng seperti laporan yang penulis petik daripada portal berita tersebut.

Orang-ramai seharusnya peka dan prihatin kenapakah Anwar beria-ria benar mahukan Chin Peng Kembali ke Malaysia. Adakah ada udang di sebalik batu, penulis percaya ia memang ada udang di sebalik batu kerana ia bakal memberi keuntungan politik terhadap Anwar yang digelar Chameleon ini.

Pertama sekali penulis menyeru pembaca menonton video rakaman ucapan AnwarIbrahim semasa beliau mengikuti kursus Biro Tata Negara dan buatlah penilaian anda sendiri bekenaan ucapan beliau yang dimuatkan di laman web youtube tersebut.

Seterusnya Anwar juga melantik peguam Chin Peng untuk menjadi peguam bela atas kes pertuduhan liwat keatasnya sepertimana yang dilaporkan oleh The Star. Ini adalah bukti pertama yang beliau sengaja menimbulkan isu Chin Peng untuk menjaga kepetingan politik dirinya sendiri kerana beliau dari dulu sampai sekarang memang suka pentingkan diri sendiri.

Penulis sendiri pun tak faham kenapa Anwar menggunakan khidmat begitu ramai peguam sedangkan orang yang menuduh hanya menggunakan seorang sahaja peguam. Adakah Anwar ini takut dengan bayang-bayang sendiri? Jawapan ini hanya beliau dan Allah sahaja yang tahu.

Bagi penulis usaha-usaha Anwar untuk membawa balik Chin Peng adalah salah satu usaha untuk melancarkan perang "An War" terhadap Kerajaan pimpinan Najib sekiranya partinya gagal mencapai kemenangan untuk memerintah Malaysia pada pilihan raya yang akan datang.

Kehadiran Chin Peng akan melengkapkan lagi Yakjuk dan Makjuk di Malaysia. Di Mana Anwar ialah Yakjuk dan Chin Peng adalah Makjuk. Tidak mustahil Anwar akan menggunakan Chin Peng untuk menjatuhkan Malaysia. Oleh itu, jangan biarkan anda terus tertipu dengan Anwar sepertimana Pengikut Ayah Pin yang ditipu dan diperbodohkan Ayah Pin dan mungkin juga Ayah Pin adalah idola Anwar.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Wednesday, November 4, 2009

Wang Ihsan Untuk Kelantan

Wang Ihsan Untuk Kelantan
Oleh: yieMEGA

PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan di Parlimen bahawa Royalti Minyak untuk Kelantan akan dibayar menggunakan pendekatan Wang Ihsan sepertimana amalan yang sama untuk Terengganu pada satu masa dulu. Berita itu walaupun tidak mengembirakan pemimpin-pemimpin PAS Kelantan, tetapi penulis percaya rakyat Kelantan tetap gembira daripada tak dapat langsung, ada baiknya dapat juga.

Penulis tidak mahu mempersoalkan adakah wajar atau tidak pembayaran dibuat dalam bentuk Wang Ihsan kerana penulis menghormati keputusan Kerajaan Persekutuan itu. Cuma apa yang penulis harapkan pembahagian Wang Ehsan kepada biarlah benar-benar telus dan adil lagi saksama.

Berkenaan dengan Projek Pembangunan yang akan dibangunkan menggunakan duit Wang Ihsan Kerajaan Persekutuan hendaklah memastikan projek itu benar-benar memberikan manfaat kepada rakyat Kelantan, jangan buat projek-projek yang hanya memberi kekayaan kepada orang tertentu sahaja, sebagai contoh jika nak dibangunkan kawasan perniagaan pastikan kawasan itu mempunyai kemudahan asas seperti Sekolah, Masjid, Perumahan Rakyat dan Pusat Pendidikan yang lain kerana ia akan menyumbang kepada kemajuan perniagaan di sekitarnya.

Penulis juga ingin mencadangkan agar pemberian Wang Ihsan khas kepada Rakyat Kelantan secara tahunan mungkin boleh dibuat terus kepada rakyat sepertimana Wang Ihsan Terengganu dulu tanpa mengira lambang parti.

Kerajaan Persekutuan juga hendaklah memastikan agar tidak berlaku kebocoran dana ataupun ketidak adilan dalam pembahagian Wang Ehsan untuk rakyat di Kelantan. Satu perkara lagi semua sektor di Kelantan termasuk sukan seperti Bola Sepak turut mendapat manfaat daripada Pembayaran Wang Ihsan tersebut.

Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Tuesday, August 11, 2009

Gula Oh Gula, Tiba Masanya Kerajaan Jadi Pengeluar...

Gula Oh Gula, Tiba Masanya Kerajaan Jadi Pengeluar...
Oleh: yieMEGA

GULA OH GULA, penulis merasakan sudah tiba masanya kerajaan jadi pengeluar gula dan tidak membiarkan si tauke mengambil kesempatan daripa peluang yang diberikan kerajaan. Pada pendapat penulis jika kerajaan jadi pengeluar gula secara tidak langsung masalah kekurangan gula di pasaran dapat di atasi.

Cuba bayangkan dengan kerajaan sendiri yang menjadi pengeluar gula bermakna, harga boleh ditetapkan kerajaan, kapasiti pengeluaran pun boleh ditetapkan oleh kerajaan, tiada lagi tauke-tauke besar yang sentiasa memikirkan bagaimana untuk menambahkan untung yang bermaharajalela seperti sekarang tak ada lagi syarikat yang menyorokkan gula untuk spekulasi harga.

Dalam menjaga hal ehwal rakyat, kerajaan perlu memandang serius isu bekalan gula ini. Tambahan pula Ramadhan makin menjelang, penulis amat bimbang jika bekalan gula ini terus kritikal bermakna kuih-kuih muih yang dijual pada bulan Ramadhan akan melambung tinggi yang ini akan menyusahkan rakyat terutamanya yang beragama Islam.

Dalam visi Rakyat Diutamakan kerajaan perlu mengambil alih tugas pengeluaran gula daripada pengeluar sedia ada, demi memastikan rakyat tidak terbeban bukan sahaja dengan kekurangan bekalan gula malah kenaikkan harga.

Metod ini boleh digunakan kerajaan dalam menangani kekurangan gula di pasaran Malaysia kerana penulis merasakan kekurangan gula di pasaran adalah berpunca daripada pengeluar yang cuba membuat spekulasi harga terhadap bahan mentah yang menjadi 'bahan wajib' oleh rakyat Malaysia.

Mungkin menteri tidak akan merasakan bebanan yang terpaksa ditanggung rakyat kerana mereka mendapat kelebihan untuk semuanya dengan percuma di tambah pula dengan elaun itu dan elaun ini gaji pulak tak terjejas, tetapi bagaimana pula bebanan yang terpaksa ditanggung oleh peniaga kecil, nelayan, penoreh getah dan peraih ikan. Tidakkah ini akan menjadikan mereka punca untuk memberontak dan sekali lagi membuat tsunami politik di Malaysia.

Berdasarkan slogat Rakyat Didahulukan, kerajaan perlu mempertimbangkan cadangan ini demi meringankan beban yang di alami rakyat. Penulis percaya jika langkah seperti ini dilaksanakan tidak ada lagi tauke kilang gula yang akan 'buncit perut' dan berjoli di sana-sini atas bebanan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat.

Bercakap mengenai gula, hasil tinjauan penulis ke beberapa pasaraya dan kedai runcit sekitar Kota Bharu, sememangnya mendapati bekalan gula memang tidak mencukupi. Walaupun operasi membanteras 'sorok gula' dibuat oleh KPDN, namun penulis dapati hanya 'kuman-kuman kecil' sahaja dapat ditangkap, tetapi yang berjuta-juta tan metrik masih bermaharajalela jadi untuk mengajar 'parasit' ini kerajaan perlu mengambil alih tugas-tugas mereka.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Friday, July 31, 2009

Takziah dan Al-Fatihah.....

TAKZIAH DAN AL-FATIHAH
Oleh: yieMEGA

TAKZIAH di atas kembalinya ke Rahmatullah ADUN PAS Permatang Pasir, Pulau Pinang iaitu Allahyarham Hamdan Abdul Rahman, 60. Allahyarham dikatakan menghebuskan nafasnya yang terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur pada pagi tadi.

Untuk rekod dalam pilihan raya yang lalu Hamdan berjaya mengekalkan kerusi tersebut dengan majoriti 5,433 menewaskan Calon BN Ahmad Sahar Shuib. Allahyarham dikatakan menyandang kerusi berkenaan sejak tahun 1999, Tahun 2004 beliau menang dengan majoriti 697 undi. Allahyarham juga merupakan seorang ADUN PAS tunggal dalam DUN Pulau Pinang dan menjadi ADUN disitu selama tiga penggal.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan enam orang anak. Semoga Allah tuhan seru sekian alam mencucuri rahmat ke atas rohnya hendaknya. Samalah-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah untuk Allahyarham.

Sudah menjadi kelaziman jika ada seorang ADUN Meninggal Dunia, selepas itu soal Pilihan Raya Kecil akan dibincangkan mengenai perihal siapa bakal jadi calon, parti mana yang mempunyai peluang dan permasalahan-permasalahan parti-parti yang bertanding.

Namun, penulis merasakan buat kali ini penulis tidak mahu membuat sebarang ulasan mengenai perihal Pilihan Raya Kecil yang bakal diadakan bagi menghormati roh Allahyarham dan penulis hanya akan membuat ulasan mengenai perihal PRK selepas satu tempoh yang akan ditetapkan kemudian. Penulis berharap pembaca tidak mendesak penulis untuk membuat ulasan tentang pilihan raya kecil yang bakal diadakan.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Monday, July 27, 2009

Setahun Jagung Suara Generasi Muda Malaysia

Setahun Jagung Suara Generasi Muda Malaysia
Oleh: yieMEGA

SETAHUN jagung mungkin itulah boleh diberikan kepada blog Suara Generasi Muda Malaysia ini. Esok 28 Julai 2009 genaplah setahun blog Suara Generasi Muda Malaysia di dalam dunia maya atau virtual ini. Penulis mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada pembaca blog ini kerana terus memberi sumbangan dengan melayari dan memberikan komen-komen mereka di dalam blog ini.

Bilangan pengujung yang dicatatkan oleh Pembilang Web (Web Counter) blog ini mencatatkan 28,433 pengunjung unik (Hanya satu Hits dikira bagi seseorang pengunjung yang mengujung blog walaupun mereka membaca artikel-artikel yang lain dalam satu masa). Walaupun ia tidak sehebat bilangan pengunjung blog Tun Dr. Mahathir mahupun MSO tetapi berpuas hati dengan pencapaian blog ini walaupun baru setahun jagung.

Berkemungkinan juga blog lain menggunakan pembilang web yang membilang hits satu pengunjung berpuluh-puluh hits tetapi tidak diketahuilah pula adakah mereka benar-benar menggunakan pembilang web sedemikian kerana hanya mereka sahaja yang tahu.

Ranking Alexa blog ini mencatatkan kedudukan dunia di tempat ke 3,928,971 setakat ini, Alhamdulillah ranking blog ini pun semakin meningkat berkat sokongan semua pembaca blog ini yang terus melawati blog ini walaupun penulisan penulis tidaklah sehebat MSO dan tidak juga sesinis tulisan Tun Dr. Mahathir. Kedudukan Ranking Alexa di Malaysia bagi blog ini ialah 53,395.

TERIMA KASIH semua yang telah menjayakan blog ini, tanpa anda pasti blog ini tidak bermakna. Teruskan menjadi pembaca setia blog ini, penulis janjikan akan berikan yang terbaik untuk anda.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Tuesday, June 16, 2009

"Politik Boogeyman" terus menjadi formula di Kelantan..

Pada tengahari tadi penulis pergi mengambil baju di sebuah kedai yang dicuci di Jalan Merbau, Kota Bharu Kelantan, kebetulan pula secara tidak sengaja penulis terpandak satu sepanduk yang dipasang berdekatan dengan persimpangan lampu isyarat di Jalan Merbau itu. Sepanduk itu berbunyi "Kerajaan Perpaduan Boneka UMNO, SAH".

Penulis cuba mendapatkan maklumat pihak mana yang memasang sepanduk sedemikian dari kedai-kedai yang berhampiran dengan tempat letaknya sepanduk itu, mengikut maklumat yang penulis terima sepanduk itu di pasang oleh beberapa penyokong PAS untuk melahirkan rasa tidak puas hati terhadap Kerajaan Perpaduan.

Nampaknya formula 'Politik Boogeyman' (meminjam istilah Dr. Khir Toyo) terus digunakan oleh PAS untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil Manik Urai. Sebenarnya isu itu melibatkan perbalahan dua puak yang berada di dalam PAS yakni puak Endorgan dengan Puak Kepimpina Ulama namun dalam Endorgan ada Puak Ulama' yang tersesat ke dalam Puak Endorgan kerana berjaya dimanipulasi oleh 'Puak Endorgan' di dalam PAS. Sebenarnya perbalahan mereka adalah masalah dalaman mereka tetapi seperti biasa mereka akan menyalahkan UMNO di akhirnya, bagi mereka mereka semua betul kalah Wali Allah, Tok Guru Nik Aziz tu maksum walaupun dia manusia biasa yang mudah dilembutkan oleh manusia yang hipokrit.

Sampai bila mereka nak terus menggunakan formula yang sama dalam meraih simpati rakyat undang memangkah mereka di kertas undi di bahagian yang berlambangkan Bulan? Teringat penulis dengan kata-kata mutiara yang diberikan oleh Pengurus Agensi Nuzihan Consultancy Sdn Bhd (D10) yang berbunyi "Orang yang menggunakan cara yang sama untuk mengharapkan hasil yang berlainan adalah orang bodoh" . Itu adalah diantara kata-kata mutiara yang diberikan jadi Fikir-Fikirkanlah.....
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Thursday, June 4, 2009

Undilah Saya Untuk Pilihan Raya Chief Talk Tune Talk.com



Video Kempen Untuk Pilihan Raya Chief Talk Tune Talk.com

Penulis ingin mengambil kesempatan ini untuk membuat pemakluman bahawa penulis telah menyertai Pilihan Raya untuk Memilih Chief Talk untuk Tune Talk.com. Dengan penyertaan itu bermakna penulis adalah calon untuk Pilihan Raya tersebut.

Penulis meminta jasa baik pengunjung-pengujung blog Suara Generasi Muda Malaysia untuk mengundi penulis sebagai Chief Talk Tune Talk.com. Penulis amat mengalu-alukan kerjasama pembaca-pembaca sekalian.

Bagi memudahkan pihak pembaca Suara Generasi Muda Malaysia penulis telah menggariskan beberapa manifesto penulis untuk memenangi Pilihan Raya Chief Talk Tune Talk.com:
Manifesto Pilihan Raya Chief Talk Tune Talk.com Penulis:
  1. Mendermakan seberapa banyak komputer untuk kegunaan anak-anak yatim di rumah-rumah anak yatim yang terpilih.
  2. Membuat seberapa banyak program pendedahan Teknologi Maklumat kepada anak-anak yatim di rumah-rumah anak yatim yang terpilih.
  3. Melaksanakan Program untuk meningkatkan prestasi pelajaran anak-anak yatim seperti program motivasi, kem jati diri dan seumpama denganya.
  4. Membuat sumbangan kepada beberapa orang anak yatim yang tidak tinggal di rumah anak yatim dan keluarganya kurang berkemampuan.
  5. Mengembalikan anak-anak yatim yang tercicir dari Pelajaran kerana desakkan hidup ke alam persekolahan dengan bantuan kewangan daripada penulis.
  6. Memberi perhatian khusus kepada anak-anak yatim yang bersekolah di sekolah harian biasa untuk mempertingkan prestasi pencapaian akademik mereka.
  7. Membantu keluarga-keluarga anak yatim dengan bantuan yang sewajarnya dan lebih kepada 'memberi pancing' dan bukanya 'memberi ikan' sebagaimana yang selalu dibuat oleh orang sebelum ini.
"UNDILAH SAYA UNTUK KEBAJIKAN"
"SATU UNDI UNTUK ANAK YATIM"
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Sunday, May 17, 2009

Kenapa Kerap Kali Kota Bharu Mengalami Ganguan Bekalan Elektrik?

Elektrik pada masa ini begitu penting kepada rakyat Malaysia. Ada sesetengah tempat tanpa elektrik perniagaan tidak boleh dijalankan dan ia mendatangkan kerugian kepada syarikat tersebut. Bagi suri-suri rumah pula mereka juga akan banyak tertangguh kerana ketiadaan bekalan elektrik tambahan pula kebanyakkan perkakasan untuk membuat kerja rumah menggunakan elektrik.

Pada malam ini rumah penulis mengalami gangguan bekalan elektrik, oleh yang demikian penulis terpaksa menunggu berjam-jam untuk mengemaskini blog ini. Sebenarnya dalam bulan ini bukan kali pertama rumah dan kawasan berdekatan mengalami gangguan bekalan elektrik, penulis merasakan ini sudah kali kedua rumah mengalami gangguan bekalan elektrik pada bulan ini.

Gangguan elektrik kali pertama berlaku beberapa hari yang lalu. Gangguan itu berlaku lebih kurang pada pukul 4 pagi waktu Malaysia. Gangguan bekalan elektrik itu menyebabkan penulis tidak dapat tidur lena kerana suhu di dalam bilik penulis terlalu panas ditambah pula dengan nyamuk yang bebas berterbangan memandangkan lampu dan kipas tidak berfungsi dek kerana ketiadaan bekalan elektrik.

Ganguan Elektrik kali kedua ini berlaku pada pukul 8 malam tadi sehinggakan penulis gagal untuk mengemaskini blog penulis pada waktu itu, Alhamdullilah penulis dapat mengemaskini blog penulis pada waktu ini.

Persoalanya di sini, kenapa bekalan elektrik di kawasan Kota Bharu ini kerap mengalami gangguan bekalan elektrik. Sepertimana yang pembaca tahu gangguan bekalan elektrik ini benar-benar membuat kita merasa rimas.

Pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) sepatutnya perlu lebih berhati-hati agar insiden gangguan elektrik ini tidak berulang lagi demi memastikan rakyat selesa dengan perkhidmatan yang diberikan kepada pengguna.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Sunday, May 10, 2009

Cubaan Menjadikan Malaysia Negara Republik?

Dewasa ini kita dapati sudah ada tanda-tanda, atau orang-orang yang tertentu cuba menjadikan Malaysia sebagai negara republik. Apabila sesebuah negara menjadi negara republik sudah tentu kedudukan raja-raja akan terjejas.

Di Malaysia raja-raja Melayu berperanan sebagai "Penyelamat" sekiranya berlaku sebarang musibah yang boleh memusnahkan khasnya umat Melayu. Singapura adalah salah satu contoh negara republik.

Sekiranya Malaysia dijadikan negara republik, secara tidak langsung kedudukan raja-raja Melayu di Malaysia juga dihapuskan, dan hak-hak mereka juga dinafikan serta mereka akan dibuang begitu sahaja seperti kain buruk.

SIAPA YANG MENJADI DALANG?

Siapa yang menjadi dalang di dalam misi untuk menjadikan Malaysia negara Republik? Sudah tentulah orang yang sejak dulu lagi membenci raja-raja Melayu walaupun dia adalah orang Melayu. Jika pembaca masih ingat tidak berapa lama dulu mengenai isu "Diablo" yang melibatkan Sultan dan Pemimpin Pusat Pada Masa itu yang bertanggungjawab dalam hal ehwal kewangan.

Dari dulu lagi pemimpin ini tidak suka dengan raja-raja Melayu tambahan pula dia bercita-cita untuk menjadi Presiden bukanya Perdana Menteri kerana jika beliau menjadi Presiden tidak perlu lagi mendapatkan perkenan raja-raja Melayu atau YDP Agung dan apabila negara kita dijadikan negara republik Jawatan Yang Dipertuan Agung pun akan dihapuskan dan digantikan dengan jawatan Presiden.

Pemimpin ini tidak ubah seperti "Dajjal" demi mencapai cita-cita sanggup berbuat apa sahaja, kehadiran pemimpin ini telah banyak memporak-peranda persada politik tanah air. Orang seperti ini sepatutnya dari dulu lagi dihukum mati kerana dengan adanya dia politik tanah air menjadi kelam kabut.



Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Tuesday, April 28, 2009

Liberasi Kewangan Malaysia

Artikel kali ini bertajuk "Liberasi Kewangan Malaysia", tajuk ini sengaja penulis pilih bersesuaian dengan keadaan semasa di mana Ekonomi kita mengalami kelembapan dan pada masa ini tidak nampak lagi tanda-tanda yang menunjukkan situasi ekonomi kita akan pulih.

"Liberasi" berasal daripada kata dasar "Liberal" yang bermaksud "keterbukaan", apabila Liberasi dan Kewangan disatukan ia bermaksud "Keterbukaan Kewangan" atau dengan kata lain "Keterbukaan Ekonomi".

Kandungan Liberasi Kewangan Malaysia:

  • Lesen Baru 2009: 2 Bank Islam, 2 Bank Perdagangan Kepakaran Khusus, 2 Takaful Keluarga, 3 Bank Perdagangan bertaraf dunia (2011).
  • Had Ekuiti Pelaburan Bank Islam, Syarikat Insurans dan Pengendali Takaful dinaikkan dari 49% kepada 70%. Had Ekuiti Asing Bank Perdagangan Kekal 30%.
  • Bank Perdagangan Asing dibenar buka 4 cawangan baru tahun depan dan 10 cawangan pembiayaan mikro tahun ini.
  • Mulai 1 Jun, Syarikat Induk Labuan dibenar tubuh Pejabat Operasi & Pengurusan di Kuala Lumpur.
  • Institusi perbankan luar persisir di bawah LOFSA boleh beroperasi di dalam negeri mulai 2010 dan syarikat insurans mulai 2011.
  • Pengambilan pekerja Ekspatriat lebih fleksibel.
Penulis berharap "Liberasi Kewangan" ini mampu memberikan "momentum" khas kepada senario ekonomi negara yang masih berada di paras kelembapan masa ini. Formula Liberasi Kewangan ini mungkin dapat menyumbangkan serba sedikit kepada "pemulihan ekonomi negara".


Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Thursday, April 9, 2009

Kabinet Rakyat 2009

Najib Tun Razak, Deputy Prime Minister of Mala...Image via Wikipedia


SENARAI MENTERI KABINET MALAYSIA BARU (9.4.2009)

PERDANA MENTERI:
Datuk Seri Najib Tun Razak

TIMBALAN PERDANA MENTERI:
Tan Sri Muhyiddin Yassin

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)
2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)
3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)
4. Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)

Timbalan-timbalan Menteri:
1. Datuk Liew Vui Keong
2. Datuk Dr Mashitah Ibrahim
3. Datuk S.K. Devamany
4. Ahmad Maslan
5. T.Murugiah

MENTERI KEWANGAN:
Datuk Seri Najib Tun Razak

MENTERI KEWANGAN II:
Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Timbalan:
1. Datuk Chor Chee Heung
2. Datuk Dr Awang Adek Hussin

MENTERI PELAJARAN:
Tan Sri Muhyiddin Yassin

Timbalan:
1. Datuk Dr Wee Ka Siong
2. Dr Mohd Puad Zarkashi

MENTERI PENGANGKUTAN:
Datuk Ong Tee Keat

Timbalan:
1. Datuk Abdul Rahim Bakri
2. Datuk Robert Lau Hoi Chew

MENTERI PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:
Tan Sri Bernard Dompok

Timbalan:
1. Datuk Hamzah Zainudin

MENTERI DALAM NEGERI:
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Timbalan:
1. Datuk Wira Abu Seman Yusop
2. Jelaing anak Mersat

MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:
Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim

Timbalan:
1. Datuk Joseph Salang Gandum
2. Senator Heng Seai Kie

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
Datuk Peter Chin Fah Kui

Timbalan:
Noriah Kasnon

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
Datuk Seri Shafie Apdal

Timbalan:
1. Datuk Hassan Malek
2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun

MENTERI PENGAJIAN TINGGI:
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin

Timbalan:
1. Datuk Dr Hou Kok Chung
2. Datuk Saifuddin Abdullah

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:
Datuk Mustapa Mohamed

Timbalan:
1. Datuk Mukhriz Mahathir
2. Datuk Jacob Dungau Sagan

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:
Datuk Dr Maximus Ongkili

Timbalan:
Fadillah Yusof

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
Datuk Douglas Uggah Embas
Timbalan:
Tan Sri Joseph Kurup

MENTERI PELANCONGAN:
Datuk Dr Ng Yen Yen

Timbalan:
Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib


MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
Datuk Noh Omar

Timbalan:
1. Datuk Johari Baharum
2. Datuk Rohani Abdul Karim

MENTERI PERTAHANAN:
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan:
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

MENTERI KERJA RAYA:
Datuk Shaziman Abu Mansor

Timbalan:
Datuk Yong Khoon Seng

MENTERI KESIHATAN:
Datuk Liow Tiong Lai
Timbalan:
Datuk Rosnah Rashid Shirlin

MENTERI BELIA DAN SUKAN:
Datuk Ahmad Shabery Cheek

Timbalan:
1. Datuk Razali Ibrahim
2. Wee Jeck Seng

MENTERI SUMBER MANUSIA:
Datuk Dr S.Subramaniam
Timbalan:Datuk Maznah Mazlan

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:
Datuk Ismail Sabri Yaakob

Timbalan:
Datuk Tan Lian Hoe
MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:
Datuk Kong Cho Ha

Timbalan:
Datuk Lajim Ukin

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:
Datuk Seri Sharizat Jalil
Timbalan:Datin Paduka Chew Mei Fun

MENTERI LUAR:
Datuk Anifah Aman

Timbalan:
1. A.Kohilan Pillay
2. Datuk Lee Chee Leong

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Timbalan:
Datuk M.Saravanan

"Kabinet Rakyat" itulah ungkapan yang keluar daripada Perdana Menteri Malaysia yang keenam yang baru sahaja mengangkat sumpah pada Jumaat Lepas. Penulis berharap apa yang diungkapkan oleh Perdana Menteri Baru tersebut tidak hanya kekal sebagai seindah ungkapan semata-mata.

Perdana Menteri yang keenam itu pada hari ini turut menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baru mengisi tempat yang telah dikosongkan oleh beliau kerana beliau telah beralih ke kerusi Perdana Menteri.

Pada sidang akhbar pengumuman Kabinet Baru juga, DS Najib Tun Razak turut membuat kenyataan bahawa "Era Kerajaan Sentiasa Betul" Sudah Berakhir. Selain itu, beliau turut mengumumkan penubuhan Jabatan Baru untuk menilai prestasi-prestasi Menteri berdasarkan KPI.

DS Najib turut mengumumkan penubuhan Majlis Penasihat Ekonomi yang dianggotai oleh beberapa orang dan mereka adalah bertaraf menteri. Namun masih belum diketahui siapa yang bakal menganggotai Majlis itu yang berfungsi sebagai Pasukan Khas untuk memulihkan ekonomi negara itu.

Penulis dan Rakyat Malaysia berharap Kabinet Malaysia yang baru dibentuk ini dapat bekerja dengan lebih bersungguh-sungguh, berdedikasi, bersih dan bebas dari Rasuah kerana Era Kerajaan Sentiasa Betul sudah berakhir.


Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Thursday, August 7, 2008

Mari Boikot Peguam !!!

Di dalam artikel penulis sebelum ini yang bertajuk 'Bantah Forum 'Memeluk Islam' Majlis Peguam yang bakal di adakan tidak lama lagi. Di dalam artikel tersebut penulis ada membuat seruan agar orang ramai memboikot semua peguam-peguam yang ada di Malaysia, marilah bersama memelihara kesucian agama Islam dan bersama-samalah kita mempertahankanya.

Dalam artikel kali ini penulis lebih suka untuk menyenaraikan nama-nama peguam yang yang menganggotai Majlis Peguam untuk memudahkan orang ramai memboikot peguam-peguam yang ada kaitan dengan Majlis Peguam terlebih dahulu. Jika Majlis peguam masih berdegil kita mulakan boikot semua peguam di seluruh Malaysia dan biarkan sahaja peguam tidak boleh cari makan bagi memberi pengajaran kepada Majlis Peguam biar mereka tahu langit tu tinggi ke rendah.

Penulis menyeru semua rakyat Malaysia yang beragama Islam mengambil langkah yang sama dan jangan menurut pendekatan orang tertentu yang mendapatkan sembilan orang menjadi peguam sedangkan Majlis Peguam telah mula untuk mengorbankan kesucian Islam di negara Malaysia ini.

Berikut disenaraikan nama-nama peguam yang ada kaitan dengan Majlis Peguam:

Malaysia Bar Council Member 2008/2009


Datuk Ambiga Sreenevasan (President)

Mr. Ragunath Kesavan (Vice-President)

Mr. Lim Chee Wee (Secretary)

Mr. George Varughese (Treasurer)

Pn. Hendon Mohamed

Haji Sulaiman Abdullah

Mr. Edmund Bon

Datuk Muhammad Shafee bin Md Abdullah

Datuk Hj. Kuthubul Zaman Bukhari

Mr. Roger Tan

Mr. Yeo Yang Poh

Ms. Low Beng Choo

Mr. Cecil Rajendra

Cik Yasmeen bte. Hj. Muhamad Shariff

Mr. Christopher Leong

Mr. K. Mohan a/l K Kumaran (Johor)

Mr Hisyam Teh Poh Teik (Johor)

Mr. G. Balakrishnan (Kedah/Perlis)

Mr. R. Kalianan Subramaniam (Kedah/Perlis)

Datuk Sukri bin Haji Mohamed (Kelantan)

Mr. Indran Rajalingam (Kelantan)

Mr. Ravindra Kumar (Kuala Lumpur)

Mr. Steven Thiruneelakandan (Kuala Lumpur)

Mr. Ng Kong Peng (Melaka)

Mr. R. R. Chelvarajah (Melaka)

Mr. Paul Krishnaraja Selladurai (Negri Sembilan)

Mr. Tony Woon Yeow Thong (Negri Sembilan)

En. Syed Azimal Amir Bin Syed Abu Bakar (Pahang)

Dato’ Ramachelvam Manimuthu (Pahang)

Mr. Murelidaran s/o M Navaratnam (Penang)

Ms. Lalitha Menon (Penang)

Mr. Shan Theivanthiran (Perak)

Ms. Asbir Kaur Sangha (Perak Bar)

Mr. Rajpal Singh a/l Mukhtiar Singh (Selangor)

En. Anuwar B Mohd (Terengganu)

Mr. Lee Leng Guan (Terengganu)


Terlebih dahulu elakkan daripada menggunakan khidmat guaman yang disediakan oleh nama-nama yang disenaraikan di atas. Mana-mana umat Islam di Malaysia hendaklah menghentikan khidmat guaman yang disediakan oleh nama-nama yang disebutkan di atas. Jangan bersubahat ke arah kemungkaran.

Dalam masa yang sama penulis dan juga mungkin juga ramai yang diluar sana mahukan forum 'Memeluk Islam' dihentikan dengan seberapa segera dan sekiranya Majlis Peguam terus berdegil kita akan teruskan boikot kita terhadap peguam-peguam di seluruh Malaysia. Bersatulah menentang musuh-musuh Islam.
Zemanta Pixie

Baca Lagi!

Sunday, July 27, 2008

Nik Aziz Cadang Bubar UMNO dan PAS kemudian Tubuh Parti Baru

Nik Aziz Nik MatImage via Wikipedia
Laporan Utusan:

Nik Aziz ajak UMNO tubuh parti baru satukan orang Melayu

26/07/2008 7:12pm

MACHANG 27 Julai — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mencadangkan supaya UMNO dan parti itu dibubarkan dengan menubuhkan sebuah parti baru berlandaskan Islam bagi menyatukan orang Melayu dan sebagai tempat berlindung kepada semua pihak termasuk bukan Islam.

Beliau berkata Islam menepati semua matlamat perjuangan termasuk politik dan perlu dijadikan asas kepada perjuangan mana-mana parti politik yang inginkan kepada perjuangan sebenar.

“UMNO bubar PAS pun bubar, tubuh parti lain dengan syarat berdasarkan kepada Islam,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Dewan Ulama Pas Kelantan ke-37 di sini, hari ini.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata UMNO tidak ada sebab untuk menolak dasar Islam yang dicadangkan oleh PAS melalui parti itu kerana Islam milik semua kaum termasuk bukan Melayu di negara ini.

“Kalau tidak kena dengan Islam di mana-mana, cuba beritahu dan kalau UMNO itu benar dan tidak bertentangan dengan agama cuba beritahu,” katanya ketika mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang membayangkan kemungkinan diadakan kerjasama politik dengan PAS suatu masa nanti.

Nik Abdul Aziz berkata dengan cara demikian ia dapat mengembalikan kekuatan Islam di negara ini di samping merapatkan hubungan antara kaum termasuk bukan Islam.

“Islam untuk semua kaum, bukan untuk orang Melayu sahaja atau Cina, India dan Orang Putih, semua perlu bersatu di bawah Islam,” katanya.

— BERNAMA

KOMEN SUARA GENERASI MUDA

Cadangan Mursyidul Am PAS itu boleh dikatakan baik kerana tujuanya untuk menyatupadukan Melayu tetapi kesan negatifnya tetap ada. Contohnya UMNO sebagai parti yang penuh bersejarah.

UMNO dan sejarah memang tidak dipisahkan di Malaysia kerana suatu ketika dahulu perjuangan kemerdekaan negara UMNO adalah di antara perjuangnya tetapi pada masa itu orang Melayu ataupun orang Islam sememangnya bersatu demi menentang penjajahan British di tanah air Malaysia pada ketika itu.

Mungkin padangan Tuan Guru Nik Aziz itu boleh diterima tetapi pada pandangan penulis ia tidak begitu sesuai memandangkan UMNO sebuah parti bersejarah dan setiap barang bersejarah tentu ada nilainya sebagai contoh adakah kita mahu satu artifak sejarah yang kita jumpai dimusnahkan begitu sahaja. Penulis percaya bukan sahaja di pihak UMNO yang tidak akan bersetuju parti itu dibubarkan tetapi Pihak PAS juga mungkin tidak bersetuju dengan pembubaran parti PAS yang memperjuangkan Islam tersebut.

Penulis cadangkan supaya UMNO dan PAS tidak dibubarkan tetapi mereka disatukan di dalam satu bumbung kerana ini adalah lebih baik kerana masing-masing akan boleh menasihati di antara satu sama lain selain perjuangan asal masing-masing tidak akan dikorbankan.
Zemanta Pixie

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin