Bilangan Pengunjung:

Showing posts with label gagasan sejahtera. Show all posts
Showing posts with label gagasan sejahtera. Show all posts

Monday, April 9, 2018

PRU14: RAKYAT MALAYSIA PILIH 'DEDAK' ATAU MARUAH?

PRU14: RAKYAT MALAYSIA PILIH 'DEDAK' ATAU MARUAH?
Oleh: yieMEGA

PARLIMEN baru sahaja dibubarkan pada Sabtu lalu (7 April 2018), ini menandakan bahawa bahang Pilihan Raya Umum Ke 14 semakin 'panas' dan kini hanya membilang hari untuk ke hari yang penuh bersejarah itu. PRU14 yang disifatkan Perdana Menteri Kerajaan Sementara Barisan Najib sebagai 'Bapa segala Pilihan Raya' manakala ada juga yang menyifatkan pilihan raya ini sebagai 'Ibu segala Pilihan Raya'. Di mana diramalkan berlakunya 'pertandingan sengit' di antara Barisan Najib yang menaungi Kerajaan Sementara dan Pembangkang terutamanya Pakatan Harapan yang dikatakan mampu memberi saingan sengit kepada Barisan Najib.

Barisan Najib dengan angkuhnya mereka berkata "Mereka boleh menang Besar kali ini, Pakatan Harapan tidak akan mampu menawan Putrajaya". Semasa Melancarkan Manifesto Barisan Najib baru-baru ini beberapa jenis 'dedak' ditawarkan kepada rakyat yang sanggup menjadi 'pemakan dedak' hingga sanggup mengabaikan maruah diri sendiri.

Persoalan pada PRU kali ini yang belum terungkai adalah "Adakah rakyat Malaysia Pilih 'Dedak' ataupun 'Maruah Diri". Sekiranya rakyat Malaysia yang sanggup korbankan 'maruah diri' demi sesuap 'dedak' ternyata itu adalah Kejayaan terbesar Kerajaan Barisan Najib ialah Berjaya menjadikan rakyat Malaysia sebagai rakyat tidak bermaruah dan hanya setia pada yang satu iaitu 'dedak'. 

Ayuh rakyat Malaysia bangkitlah kita menentang orang yang memperkenalkan GST, usah terpedaya dengan janji kenaikan BR1M kerana BR1M walau naik sekalipun duit tu cepat je habis digunakan. Sedangkan bertahun-tahun kita terpaksa membayar GST, Adakah kita hendak pilih Kerajaan yang menyusahkan rakyat seperti ini? Tidak cukupkah kita merana hampir lima tahun kita terpaksa menangung beban GST, sanggupkan kita membenarkan Kleptokrasi terus bermahajaralela. Adakah kita nak wariskan kepada anak cucu kita Kerajaan yang dibebani hutang yang bertimbun-timbun. 


Baca Lagi!

Thursday, March 29, 2018

Adakah PAS Bersekutu Dengan UMNO Dalam Diam ?

Adakah PAS Bersekutu Dengan UMNO Dalam Diam ?
Oleh: yieMEGA

DEMAM Pilihan Raya Umum yang ke 14 semakin jelas terasa, semakin hari terasa semakin dekat dengan detik keramat negara kita itu. Bermacam-macam isu timbul dari 1MDB, Persempadanan Semula Kawasan Pilihan Raya, Undang-undang Anti Berita Palsu, Isu Air di Selangor, Isu Air di Besut. Sudah bermacam-macam "statement" kita sudah dengar baik di pihak Barisan Najib mahupun di pihak Pakatan Harapan Termasuklah "Statement" dari Imam Besar Mazhab Gagasan Sejahtera YB Tuan Guru Haji Hadi yang berkaitan dengan pilihan raya yang disifatkan sebagai 'ibu segala pilihan raya' tersebut.

Penulis hanya ingin fokus mengenai "statement" yang dikeluarkan oleh pihak PAS akhir-akhir ini. Kalau kita lihat beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak PAS sejak mutakhir ini, kita akan dapati kebanyakkan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh PAS seolah-olah mereka 'sebulu' dengan Barisan Najib. Paling memeranjatkan mereka lebih banyak menyerang Pakatan Harapan daripada Barisan Najib. Berdasarkan beberapa kenyataan PAS sebelum ini penulis merasakan ada sesuatu yang tak kena dengan PAS. Daripada pemerhatian penulis, kelihatan beberapa kenyataan yang dikeluarkan PAS sejak mutakhir ini seolah-olah menunjukkan PAS sudah bersekutu dengan UMNO secara diam-diam. Maklum sahaja teringat pula satu ayat yang berbunyi "Bersekutu menambahkan mutu". Mungkin itu adalah salah satu cara PAS untuk menambahkan mutu.

Namun, masih samar samaada PAS sudah bersekutu dengan UMNO atau tidak cuma ciri-cirinya sudah kelihatan semakin ketara. Andai kata PAS benar-benar bersekutu dengan UMNO, ini bermakna PAS telah memperbodohkan ahlinya sendiri yang sudah sedia bodoh itu kerana bagi mereka semua pemimpin-pemimpin PAS semuanya 'maksum' kerana katanya "ulama-ulama" mereka adalah perwaris nabi kononya. 

Baca Lagi!

Tuesday, March 20, 2018

PAS sudah tidak minat laksana Hudud?

PAS sudah tidak minat laksana Hudud?
Oleh: yieMEGA

PAS difahamkan telah melancarkan manifesto untuk Pilihan Raya Umum ke 14 yang dijangka diadakan tak lama lagi. Manifesto tersebut diberi nama "Malaysia Sejahtera" mungkin ini simbolik sekiranya rakyat memilih untuk mengundi PAS pada PRU14 kelak secara tidak langsung Malaysia akan lebih sejahtera sekiranya PAS berjaya membentuk kerajaan. Nampaknya, PAS benar-benar yakin bahawa mereka boleh 'menang besar' pada PRU kali ini. Malah bukan sahaja pemimpin mereka ahli-ahli akar umbi juga sudah mula angkuh dan sombong kerana meramalkan rakyat akan memilih PAS dalam PRU yang bakal mendatang ini. 

Inilah perangai PAS dari dulu sampai sekarang tak berubah-ubah, belum apa-apa sudah berangan lebih-lebih lepastu siap jadi angkuh dan sombong pulak tu, kerana bagi tiada siapa yang lebih Islam daripada mereka. Mereka adalah Tentera Allah, mereka adalah pembawa Ajaran Allah dan bagi mereka seolah-olah tiada siapa yang mampu jadi sehebat mereka. Apa yang orang lain buat semuanya 'tak betul' dan apa yang dia buat semuanya betul.Hanya mereka lebih Islam dari yang lain.

9 TERAS UTAMA MANIFESTO PAS - MALAYSIA SEJAHTERA

1) Membentuk sebuah kerajaan yang berintegriti, beramanah dan bebas daripada rasuah.

2) Penambahan pendapatan boleh guna dan penjanaan peluang baru kepada rakyat.

3) Usaha untuk meredakan kesan peningkatan inflasi kepada rakyat, dan kenaikan kos sara hidup.

4) Mengurangkan jurang agihan pendapatan dan kekayaan ekonomi antara kawasan bandar dan luar bandar.

5) Meningkatkan kualiti pendidikan ke arah pembinaan modal insan yang cemerlang.

6) Mengharmonikan sistem perundangan dan tadbir urus negara selaras dengan kehendak Syariah.

7) Mengukuhkan semula konsep federalisme dengan mengembalikan hak-hak tertentu kerajaan negeri.

8) Memerkasakan suara rakyat selaras dengan tuntutan syura dan amalan dekorasi.

9) Menambahbaik keberkesanan sistem sokongan sosial untuk golongan yang memerlukan.

Daripada 9 Teras Utama Manifesto PAS, penulis dapat ada kurang satu lagi teras penulis tak tahu kenapa Pelaksanaan Hudud tidak terkandung di dalam manifesto PAS kali ini, adakah Hudud sudah tidak penting bagi PAS? atau demi kemenangan Politik mereka sanggup gugurkan apa yang mereka perjuangkan selama ini hanya kerana ingin menang dalam pilihan raya. Persoalan itu akan terus menjadi persoalan selagi ianya tidak dirungkai dengan cermat oleh PAS. 

Penulis sendiri tidak pasti kenapa PAS meminggirkan Hukum Hudud pada manifesto kali ini, ataupun mungkin juga mereka berpandangan itu tak perlu diberitahu kerana itu perjuangan teras mereka dan tidak ada keperluan untuk meletakkanya di dalam manifesto mereka. 

Harapnya tiadanya perlaksanaan hudud di dalam manifesto kali ini bukan disebabkan kepimpinan yang membuat  keputusan "Flip-Flop" seperti era pemerintahan Pak Lah Badawi satu masa dahulu. Jika berlaku disebabkan perkara tersebut penulis khuatir akan berlaku salah faham dan ada yang akan kata PAS seolah-olah cuba mempermainkan Hukum Allah ini. Harap ianya tidak berlaku kerana dibimbangi lama-kelamaan boleh membawa kepada berlakunya pemesongan akidah.

PRU kali ini PAS tampak lebih bersedia dan tahap keyakinan PAS boleh dikatakan 300% mereka boleh menang besar, oleh sebab demikian mereka mula angkuh dan sombong walaupun mereka masih belum memenangi PRU tersebut, jadi tanya pada diri anda adakah layak kita memberi undi kepada PAS.


Baca Lagi!

Wednesday, March 14, 2018

PILIHAN RAYA UMUM KE 14 MALAYSIA MILIK SIAPA?

PILIHAN RAYA UMUM KE 14 MALAYSIA MILIK SIAPA?
Oleh: yieMEGA

KEHANGATAN Pilihan Raya Umum Ke 14 semakin jelas terasa apabila semakin hari semakin banyak viral mengenai tarikh pembubaran Parlimen, tarikh penamaan calon dan juga tarikh hari pembuangan ini semakin banyak tersebar seumpama debu yang beterbangan di padang pasir. Begitu juga dengan semakin banyak pemimpin-pemimpin mula memberi ucapan retorik seumpama sudah mula berkempen untuk Pilihan Raya yang dianggap 'ibu segala Pilihanraya' itu.

Janji-janji manis sudah mula ditabur di merata-rata tempat, Yang Amat Berkuasa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sudah mula melakukan 'road show' di serata negeri. Katanya tiada parti-parti lain yang boleh jadi sehebat Barisan Nasional di dalam mentadbir negaraku Malaysia ini jadi jangan sekali-kali memberi undi kepada pembangkang terutamanya Pakatan Harapan dengan memberi contoh kegagalan Kerajaan Pakatan Harapan menangani isu masalah bekalan air yang berlaku di Selangor baru-baru ini. Dengan mendakwa bagaimana Pakatan Harapan ingin memerintah Malaysia sedangkan masalah air pun mereka gagal selesaikan. Mungkin juga beliau telah ketandusan atau kehabisan 'modal' di dalam isu untuk berhadapan dengan Pakatan Harapan pada pilihan raya umum yang akan diadakan tidak lama lagi sehingga sanggup memperbesarkan isu masalah bekalan air di Selangor ini. Rakyat perlu sedar masalah bekalan air ini bukan hanya dihadapi oleh rakyat di Selangor sahaja, malah negeri-negeri yang diimamkan oleh Imam Besar Mazhab 1Malaysia Transformasi Nasional 2050 juga turut mengalami masalah bekalan air tetapi tidak pula diperbesarkan oleh media-media yang sudah menjadi Anjing Lapar bagi Kerajaan Pimpinan DS Najib Tun Razak. 

Adakah BN sudah mula takut dengan kebangkitan rakyat di dalam menentang pemerintahan yang sudah sekian lama membuatkan rakyat menderita. Tidak keterlaluan sekiranya penulis katakan bahawa kemenangan Pakatan Harapan di dalam PRU14 adakah kemenangan rakyat. Tiba masanya kita sebagai rakyat marhaen memberi 'pengajaran' yang sudah tentunya tidak akan dilupakan oleh BN buat selamanya. Rakyat perlu fikir betulkah kata Najib tiada parti yang mampu menjadi sehebat BN di dalam mengurus negara, macam mana kita nak menilai sedangkan kita belum lagi memberi peluang kepada Pakatan Harapan untuk membentuk Kerajaan Malaysia.

"Acu Cuba Try Test Gak Sekali" itulah ungkapan yang popular di Pantai Timur sekarang ini. Bila lagi kita nak mencuba sesuatu yang baru. Ingatlah BN sekarang boleh diibaratkan seperti sebutir mempelam yang sudah buruk yang langsung tidak di makan lagi walaupun kita buang bahagian yang buruk itu ia tetap tak boleh dimakan kerana buruknya sudah sampai ke bijinya, oleh yang demikian kita perlu mempelam baru yang masih tiada buruknya dengan ini kita boleh makanya dengan begitu sahaja kerana sememangnya mempelam tersebut masih tiada bahagian yang rosak ataupun buruk.

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin