Bilangan Pengunjung:

Wednesday, March 14, 2018

PILIHAN RAYA UMUM KE 14 MALAYSIA MILIK SIAPA?

PILIHAN RAYA UMUM KE 14 MALAYSIA MILIK SIAPA?
Oleh: yieMEGA

KEHANGATAN Pilihan Raya Umum Ke 14 semakin jelas terasa apabila semakin hari semakin banyak viral mengenai tarikh pembubaran Parlimen, tarikh penamaan calon dan juga tarikh hari pembuangan ini semakin banyak tersebar seumpama debu yang beterbangan di padang pasir. Begitu juga dengan semakin banyak pemimpin-pemimpin mula memberi ucapan retorik seumpama sudah mula berkempen untuk Pilihan Raya yang dianggap 'ibu segala Pilihanraya' itu.

Janji-janji manis sudah mula ditabur di merata-rata tempat, Yang Amat Berkuasa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sudah mula melakukan 'road show' di serata negeri. Katanya tiada parti-parti lain yang boleh jadi sehebat Barisan Nasional di dalam mentadbir negaraku Malaysia ini jadi jangan sekali-kali memberi undi kepada pembangkang terutamanya Pakatan Harapan dengan memberi contoh kegagalan Kerajaan Pakatan Harapan menangani isu masalah bekalan air yang berlaku di Selangor baru-baru ini. Dengan mendakwa bagaimana Pakatan Harapan ingin memerintah Malaysia sedangkan masalah air pun mereka gagal selesaikan. Mungkin juga beliau telah ketandusan atau kehabisan 'modal' di dalam isu untuk berhadapan dengan Pakatan Harapan pada pilihan raya umum yang akan diadakan tidak lama lagi sehingga sanggup memperbesarkan isu masalah bekalan air di Selangor ini. Rakyat perlu sedar masalah bekalan air ini bukan hanya dihadapi oleh rakyat di Selangor sahaja, malah negeri-negeri yang diimamkan oleh Imam Besar Mazhab 1Malaysia Transformasi Nasional 2050 juga turut mengalami masalah bekalan air tetapi tidak pula diperbesarkan oleh media-media yang sudah menjadi Anjing Lapar bagi Kerajaan Pimpinan DS Najib Tun Razak. 

Adakah BN sudah mula takut dengan kebangkitan rakyat di dalam menentang pemerintahan yang sudah sekian lama membuatkan rakyat menderita. Tidak keterlaluan sekiranya penulis katakan bahawa kemenangan Pakatan Harapan di dalam PRU14 adakah kemenangan rakyat. Tiba masanya kita sebagai rakyat marhaen memberi 'pengajaran' yang sudah tentunya tidak akan dilupakan oleh BN buat selamanya. Rakyat perlu fikir betulkah kata Najib tiada parti yang mampu menjadi sehebat BN di dalam mengurus negara, macam mana kita nak menilai sedangkan kita belum lagi memberi peluang kepada Pakatan Harapan untuk membentuk Kerajaan Malaysia.

"Acu Cuba Try Test Gak Sekali" itulah ungkapan yang popular di Pantai Timur sekarang ini. Bila lagi kita nak mencuba sesuatu yang baru. Ingatlah BN sekarang boleh diibaratkan seperti sebutir mempelam yang sudah buruk yang langsung tidak di makan lagi walaupun kita buang bahagian yang buruk itu ia tetap tak boleh dimakan kerana buruknya sudah sampai ke bijinya, oleh yang demikian kita perlu mempelam baru yang masih tiada buruknya dengan ini kita boleh makanya dengan begitu sahaja kerana sememangnya mempelam tersebut masih tiada bahagian yang rosak ataupun buruk.


PAS - Gagasan Sejahtera

PAS pula membentuk satu blok baru di dalam PRU14 selepas 'murtad' dari Pakatan Rakyat (sewaktu ini Pakatan Harapan dikenali sebagai Pakatan Rakyat). Kerjasama strategik PAS dengan membentuk satu gabungan yang dikenali dengan nama Gagasan Sejahtera.Gabungan ini disertai oleh Parti Ikatan Bangsa (IKATAN) dengan Parti Cinta Malaysia dan diketuai oleh PAS.

PAS juga 'mengidam' untuk membentuk Kerajaan Malaysia di samping mahu menjajah negeri-negeri yang dikuasai oleh Barisan Nasional terutamanya Terengganu, mungkin disebabkan di Terengganu 'kerja mudah' buat PAS yang diumpamakan hanya perlu 'basuh kaki' apabila berjaya membentuk Kerajaan PAS Terengganu.

Penulis melihat PAS hanyalah bersandiwara di sini bagi meyakinkan ahli-ahlinya bahawa tiada kerjasama 'sulit' yang dijalankan bersama dengan BN atau lebih tepat UMNO. Apa yang mereka lakukan sekarang hanyalah untuk membuat penyokong-penyokong mereka 'kelabu mata' dengan misi tersebut. Ini adalah terbukti dengan penguguran Baiah untuk calon-calon PAS, ini memungkinkan berlakunya di mana akan ada 'penyatuan saat akhir' apabila BN memerlukan life jacket untuk membentuk Kerajaan Malaysia dengan mewujudkan kerajaan campuran, ini ada kemungkinan ianya akan berlaku.

Ini bermakna sekiranya kita mengundi PAS boleh disama ertikan sebagai mengundi BN secara tidak langsung kita akan berjaya mengekalkan lagi pemerintahan Yang Amat Berkuasa Datuk Seri Najib Tun Razak. Namun, mungkin ada yang mengatakan sukar bagi PAS untuk bekerjasama dengan UMNO ekoran satu peristiwa yang tak lama dahulu yang berlaku sewaktu mereka sekapal dengan UMNO di dalam BN tak lama dahulu, peristiwa itu sudah tentunya meninggalkan kesan luka yang amat dalam khasnya bagi ahli-ahli PAS, sudah tentu mereka tidak mahu pisang berbuah dua kali.

Memang benar, agak sukar bagi PAS untuk bekerjasama tetapi di dalam politik tiada satupun yang mustahil tidak boleh berlaku. Jadi rakyat di sini perlu mempertimbangkan untuk mengundi Pakatan Harapan bagi membolehkan Pakatan Harapan membentuk kerajaan dan membuat pembaharuan di dalam pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Kemenangan Pakatan Harapan adalah kemenangan rakyat. 

Robert Kuok

Robert Kuok baru-baru ini menjadi mangsa serangan para pak Menteri dek kerana tularnya dakwaan bahawa Robert Kuok telah membantu parti-parti pembangkang terutamanya DAP dengan memberi dana kewangan di dalam membantu DAP yang merupakan salah satu komponen Pakatan Harapan di dalam menghadapi PRU.

Paling lantang dan kurang ajar yang mengkritik Robert Kuok adalah Yang Amat Kurang Ajar Nazri Aziz. Inilah pemimpin BN mereka memang suka simpan pemimpin Kurang Ajar berlagak samseng padahal dia bukanlah satu menteri yang berprestasi tinggi malah dia merupakan menteri buat duit rakyat sahaja lantik dia menteri, lebih baik dia berhenti jadi menteri dan memohon masuk sekolah tadika balik kerana itu lebih layak baginya daripada jadi menteri. Jadi terpulang kepada rakyat fikir-fikirkanlah. 

Pendekatan Berat Sebelah Kerajaan

Mungkin rakyat di Sabah dan Sarawak mampu menarik nafas lega apabila lebuh raya yang sedang dibina sekarang adalah Lebuh Raya Bebas Tol, rakyat di semenanjung pula merana apabila terpaksa membayar tol di lebuh raya disana-sini. Hingga timbul persoalan adakah rakyat di Sabah dan Sarawak sahaja ke rakyat Malaysia dan rakyat di semenanjung bukan rakyat Malaysia dimana mereka terpaksa 'menghabiskan' duit mereka untuk membayar tol yang ada di segenap ceruk walaupun hanya beberapa Tol telah dihapuskan. Ini adalah satu ketidakadilan buat rakyat, kerajaan dilihat telah mengambil pendekatan berat sebelah dalam isu tol ini. Sepatutnya Kalau Sabah dan Sarawak dapat Lebuhraya Bebas Tol, rakyat yang tinggal di Semenanjung ke berhak mendapatkan lebuh raya bebas tol juga. Ini baru adil.

Seperti mana-mana pilihan raya umum sebelum ini sudah tentu persoalan mengenai siapa yang bakal menjadi pemilik Kerajaan Malaysia untuk pilihan raya kali ini. Bagi penulis, Pakatan Harapan mungkin menghadapi laluan sukar untuk memenangi Pilihan Raya Umum kali ini kerana undi pembangkang berpecah kepada dua satu kepada Pakatan Harapan dan satu lagi kepada "Gagasan Sejahtera" yang dimomokan oleh PAS. 

Nampaknya Pakatan Harapan perlu bekerja keras lagi membolehkan mereka mencapai kemenangan dengan menumpukan kepada 'Atas Pagar' yang sudah tentu menjadi penentu di dalam pilihan raya kali ini. Sekiranya Pakatan Harapan gagal mempengaruhi Pengundi atas pagar ini bermakna mereka sekali lagi akan tewas. Mereka perlukan strategi yang begitu berkesan bagi memastikan kemenangan milik mereka.

Akhir kalam, pengundi menyeru kepada rakyat Malaysia agar keluar beramai-ramai untuk membuang undi dan jangan lupa Undilah Barisan Nasional tapi pangkahlah Pakatan Harapan agar kita dapat memberi harapan baru buat Rakyat Malaysia di dalam Membina Malaysia Baru yang lebih Progresif.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin