Bilangan Pengunjung:

Tuesday, March 20, 2018

PAS sudah tidak minat laksana Hudud?

PAS sudah tidak minat laksana Hudud?
Oleh: yieMEGA

PAS difahamkan telah melancarkan manifesto untuk Pilihan Raya Umum ke 14 yang dijangka diadakan tak lama lagi. Manifesto tersebut diberi nama "Malaysia Sejahtera" mungkin ini simbolik sekiranya rakyat memilih untuk mengundi PAS pada PRU14 kelak secara tidak langsung Malaysia akan lebih sejahtera sekiranya PAS berjaya membentuk kerajaan. Nampaknya, PAS benar-benar yakin bahawa mereka boleh 'menang besar' pada PRU kali ini. Malah bukan sahaja pemimpin mereka ahli-ahli akar umbi juga sudah mula angkuh dan sombong kerana meramalkan rakyat akan memilih PAS dalam PRU yang bakal mendatang ini. 

Inilah perangai PAS dari dulu sampai sekarang tak berubah-ubah, belum apa-apa sudah berangan lebih-lebih lepastu siap jadi angkuh dan sombong pulak tu, kerana bagi tiada siapa yang lebih Islam daripada mereka. Mereka adalah Tentera Allah, mereka adalah pembawa Ajaran Allah dan bagi mereka seolah-olah tiada siapa yang mampu jadi sehebat mereka. Apa yang orang lain buat semuanya 'tak betul' dan apa yang dia buat semuanya betul.Hanya mereka lebih Islam dari yang lain.

9 TERAS UTAMA MANIFESTO PAS - MALAYSIA SEJAHTERA

1) Membentuk sebuah kerajaan yang berintegriti, beramanah dan bebas daripada rasuah.

2) Penambahan pendapatan boleh guna dan penjanaan peluang baru kepada rakyat.

3) Usaha untuk meredakan kesan peningkatan inflasi kepada rakyat, dan kenaikan kos sara hidup.

4) Mengurangkan jurang agihan pendapatan dan kekayaan ekonomi antara kawasan bandar dan luar bandar.

5) Meningkatkan kualiti pendidikan ke arah pembinaan modal insan yang cemerlang.

6) Mengharmonikan sistem perundangan dan tadbir urus negara selaras dengan kehendak Syariah.

7) Mengukuhkan semula konsep federalisme dengan mengembalikan hak-hak tertentu kerajaan negeri.

8) Memerkasakan suara rakyat selaras dengan tuntutan syura dan amalan dekorasi.

9) Menambahbaik keberkesanan sistem sokongan sosial untuk golongan yang memerlukan.

Daripada 9 Teras Utama Manifesto PAS, penulis dapat ada kurang satu lagi teras penulis tak tahu kenapa Pelaksanaan Hudud tidak terkandung di dalam manifesto PAS kali ini, adakah Hudud sudah tidak penting bagi PAS? atau demi kemenangan Politik mereka sanggup gugurkan apa yang mereka perjuangkan selama ini hanya kerana ingin menang dalam pilihan raya. Persoalan itu akan terus menjadi persoalan selagi ianya tidak dirungkai dengan cermat oleh PAS. 

Penulis sendiri tidak pasti kenapa PAS meminggirkan Hukum Hudud pada manifesto kali ini, ataupun mungkin juga mereka berpandangan itu tak perlu diberitahu kerana itu perjuangan teras mereka dan tidak ada keperluan untuk meletakkanya di dalam manifesto mereka. 

Harapnya tiadanya perlaksanaan hudud di dalam manifesto kali ini bukan disebabkan kepimpinan yang membuat  keputusan "Flip-Flop" seperti era pemerintahan Pak Lah Badawi satu masa dahulu. Jika berlaku disebabkan perkara tersebut penulis khuatir akan berlaku salah faham dan ada yang akan kata PAS seolah-olah cuba mempermainkan Hukum Allah ini. Harap ianya tidak berlaku kerana dibimbangi lama-kelamaan boleh membawa kepada berlakunya pemesongan akidah.

PRU kali ini PAS tampak lebih bersedia dan tahap keyakinan PAS boleh dikatakan 300% mereka boleh menang besar, oleh sebab demikian mereka mula angkuh dan sombong walaupun mereka masih belum memenangi PRU tersebut, jadi tanya pada diri anda adakah layak kita memberi undi kepada PAS.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin