Bilangan Pengunjung:

Showing posts with label permatang pasir. Show all posts
Showing posts with label permatang pasir. Show all posts

Wednesday, August 26, 2009

Analisa Keputusan PRK Permatang Pasir...

Analisa Keputusan PRK Permatang Pasir...
Oleh: yieMEGA

MUNGKIN penulis agak terlewat, namun kata orang "better late than never" penulis ingin mengisi artikel blog penulis pada kali ini dengan artikel analisa keputusan Pilihan Raya Kecil Permatang Pasir. Sepertimana yang diketahui ramai pilihan raya ini telah dimenangi oleh PAS dengan majoriti yang agak tinggi berbanding majoriti yang penulis ramalkan sebelum ini, namun kesimpulanya Adalah PAS menang.

Penelitian perjalanan Pilihan Raya Kecil Permatang Pasir yang penulis buat mendapati ada beberapa faktor yang menjadikan Barisan Nasional tewas teruk di Permatang Pasir. Faktor pertama adalah faktor strategi yang penulis merasakan adalah faktor utama kekalahan BN di Permatang Pasir. Apa yang penulis dapat lihat adalah BN di Pilihan Raya Kecil ini menggunakan 'Strategi Politik Menyerang' berbeza dengan Pilihan Raya Kecil Manek Urai yang pada masa itu BN menggunakan 'Strategi Psikologi' yang hampir-hampir memberi kemenangan kepada BN di Manek Urai.

Penulis tidak pula mengetahui idea siapakah yang menggunakan 'strategi politik menyerang' di dalam Pilihan Raya Kecil Permatang Pasir ini. Tetapi yang pasti 'idea' ini memang boleh diguna pakai sehingga penulis merasa hairan kenapa mereka memilih untuk menggunakan 'strategi Manek Urai' tetapi memilih untuk 'Strategi Politik Menyerang'.

Faktor kedua adalah faktor yang tidak kurang pentingnya juga iaitu Faktor Calon, kelemahan calon ini menjadi ianya mudah dieksploitasikan oleh PAS untuk menjana kemenangan demi kuasa untuk hidup dan dunia. Penulis juga hairan bagaimana proses saringan untuk memilih calon dibuat sehinggakan calon yang lemah dipilih menjadi calon.

Faktor Ketiga isu bini kedua calon BN di Permatang Pasir juga berjaya menarik simpati orang ramai di Permatang Pasir. Untuk rekod isu ini dijaja oleh Ketua Dewan Pemuda PAS yang mungkin seorang yang anti dengan orang berbini lebih daripada satu dan juga kemenangan dunia lebih penting daripada kemenangan akhirat.

Faktor keempat 'sandiwara' yang dimainkan PAS berhubung isu arak di Selangor sehinggakan ADUN PAS dengan DAP 'berperang mulut' kononya, tetapi ia adalah sebenarnya lebih kepada bertujuan untuk mengelabui mata rakyat demi memenangi Pilihan Raya sepertimana yang penulis cakap sebelum ini mereka lebih mementingkan undi berbanding 'perjuangan Islam' yang kononya dibawa oleh mereka. Mungkin Perjuangan Islam mereka sudah terselam kerana apa yang mereka nampak mereka bakal memerintah Malaysia dan membentuk sebuah rejim yang lebih ganas daripada Saddam Hussein.

Faktor kelima adalah BN nampaknya kelihatan kurang untuk mempelajari 'Ilmu Ikhlas', mereka sepatutnya memahami konsep 'ilmu ikhlas' sebelum mereka berkempen. Apa yang penulis lihat sepanjang berkempen BN masih menggunakan modal yang sama dengan ayat yang berbunyi "Kalau kita menang kita akan bangunkan Permatang Pasir dan jadikan Permatang Pasir Anak Emas Kerajaan Pusat". Ia memang benar-benar satu penaburan janji manismu tidakkah mereka terfikir bahawa "Jika hasil yang berlainan, jangan harap untuk menggunakan cara yang sama".

Akhirkalam Permatang Pasir kita sudah tahu siapa pemenangnya, jangan pula rakyat ditimpa masalah, wakil yang dipilih sukar dijumpa yang menang pulang gembira, yang kalah pulang hampa. Sebagai pengakhiran satu kata-kata mutiara diberikan "Kalau nak tangkap semut jadilah semut, kalau nak tangkap tikus jadilah tikus, fikir-fikirkanlah...
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Tuesday, August 25, 2009

Analisa dan Ramalan Keputusan PRK Permatang Pasir...

Analisa dan Ramalan Keputusan Pilihan Raya Kecil Permatang Pasir
oleh: yieMEGA

ALHAMDULILLAH setelah sekian lama talian internet di rumah penulis mengalami kerosakkan, akhirnya hari ini, kerosakkan itu dapat dipulihkan apabila Jurutektik Penyedia Internet yang dilanggani penulis datang memperbaiki kerosakkan yang di alami di rumah penulis.

Pada kesempatan ini penulis ingin membuat sedikit analisa dan ramalan berhubung perjalanan dan keputusan Pilihan Raya Kecil DUN Permatang Pasir, Pulau Pinang. Penulis merasakan adalah lebih baik penulis mulakan dengan analisa perjalanan PRK Permatang Pasir terlebih dahulu.

Daripada pemerhatian penulis, Pilihan Raya Kecil kali ini amat berbeza sekali jika dibandingkan dengan Pilihan Raya Kecil Manek Urai kerana kedua-dua pihak tidak kira Pakatan Rakyat ataupun Barisan Nasional semuanya menggunakan modal yang sama iaitu 'serangan peribadi', penulis tertanya-tanya juga adakah kesemua mereka sudah kehabisan modal untuk berkempen sehingga menggunakan kaedah serangan peribadi ini. Mungkin mereka ada jawapan mereka sendiri.

Pada mulanya penulis menjangka BN akan mengguna pakai 'strategi di Manek Urai' untuk menghadapi PRK kali ini, namun jangkaan penulis meleset apabila BN pun turut menggunakan pendekatan 'serangan peribadi' apabila calon mereka diserang peribadinya oleh PAS. Mungkin betul mereka mungkin mengikut pepatah Melayu yang berbunyi "Jangan Dijolok Sarang Tebuan, Padah akibatnya", tetapi penulis merasakan 'strategi psikologi' yang digunakan semasa Manek Urai adalah cara yang terbaik tambahan pula PRK kali ini berlangsung di dalam bulan puasa dan maknanya cara psikologi adalah lebih bertepatan.

Sekiranya BN Tewas terbuktilah bahawa pendekatan serangan peribadi dan juga kempen yang agak keras juga menjadi punca kekalahan BN di Permatang Pasir. Begitu juga dengan PAS walaupun mereka tidak tewas mungkin majoriti yang dimenangi akan berkurangan kerana menggunakan pendekatan serangan peribadi.

Ramalan awal berdasarkan perjalanan terkini Pilihan Raya Kecil Permatang Pasir ialah PAS akan memenangi kerusi tersebut dengan majoriti tidak lebih daripada 150 undi ini berdasarkan setakat ini menunjukkan PAS lebih ke depan, namun dalam Pilihan Raya sebenar apa sahaja boleh terjadi.

Apa yang dapat penulis lihat sekiranya PAS memenangi majoriti bawah 1,000 ini maknanya Gagasan 1Malaysia semakin diterima rakyat dan sekaligus akan memberi peluang kepada BN untuk cermelang pada Pilihan Raya Umum Ke 13, namun sekiranya PAS memenangi majoriti melebihi 1000 undi, ini bermakna Gagasan 1Malaysia bawaan Najib juga akan dikebumikan dan senasib dengan Islam Hadhari.

Perlu diingat ramalan ini bukan semestinya tepat kerana kita insan biasa ini hanya mampu merancang tetapi yang menentukanya ialah Allah tuhan seru sekian alam. Penulis berharap menjelang hari pengundian tidak ada berlaku insiden-insiden yang tidak diingini demi keselamtan Pengundi di Permatang Pasir.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin