Bilangan Pengunjung:

Showing posts with label India. Show all posts
Showing posts with label India. Show all posts

Sunday, November 21, 2010

Samy: Persaraan Yang Sudah Lama Dinanti

Samy: Persaraan Yang Sudah Lama Dinanti
Oleh: yieMEGA

PASTI semua orang sudah mengetahui mengenai hasrat Presiden MIC atau nama panjangnya Malaysian Indian Congress untuk bersara pada Januari tahun depan. Tak dinafikan juga ada juga yang masih belum mengetahuinya terutamanya bagi orang-orang yang kurang peduli mengenai apa yang berlaku di dalam pentas politik tanah air. Tak mengapa mungkin mereka mempunyai alasan yang tersendiri untuk berbuat demikian.

Namun, bukanlah tujuan penulis untuk membicangkan berkenaan dengan orang yang mengambil peduli tentang isu-isu politik tanah air, penulis sebenarnya ingin mengulas berkenaan dengan hasrat Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu yang ingin bersara daripada MIC awal Januari tahun depan.

Sebenarnya penulis percaya bahawa ahli-ahli MIC di peringkat akar umbi sudah lama mengimpikan agar beliau (Samy) bersara daripada terus menjadi Presiden MIC, malah sudah lama ahli-ahli akar umbi MIC menyuarakan hasrat mereka secara diam atau sembunyi-sembunyi sehinggalah ada ahli yang sudah mula berani membuat gerakkan menentangnya secara terang-terangan contohnya Gerakan Anti Samy (GAS) yang begitu lantang mengkritik Samy baru-baru ini.

Kalau nak diikutkan sudah ramai pemimpin yang segenerasi denganya dari parti Komponen Barisan Nasional yang lain sudah bersara sebelum, tetapi pada waktu itu Samy berkeras tidak mahu bersara dan akhirnya beliau menyuarakan hasrat untuk bersara yang sememangnya hasrat itu sudah lama dinantikan oleh ahli MIC akar umbi yang lain.

Penulis ucapkan syabas kepada Samy kerana mengambil pendirian untuk bersara, walaupun sedikit terlewat namun ia tetap berguna kepada ahli-ahli akar umbi MIC. Tapi janganlah pula bila sampai waktu dan ketikanya pendirian beliau berubah. Jangan hampakan lagi hasrat ahli akar umbi MIC.

Dalam masa yang sama, penulis berharap selepas bersara Samy hendaklah tidak masuk campur lagi dalam urusan dalaman MIC terutamanya di dalam pemilihan parti yang mewakili bangsa India tersebut.

Jangan pula timbul cerita selepas ini, Samy mengatur orang-orangnya untuk menganggotai Barisan Kepimpinan MIC, bagi penulis barisan kepimpinan MIC biarlah ditentukan oleh ahlinya dan bukan ditentukan oleh pemimpin tertentu.

Penulis juga percaya bahawa persaraan Samy akan memberikan nafas baru kepada parti yang menjadi wadah perjuangan kaum india tersebut. Selepas ini cukuplah Samy sebagai pembimbing pemimpin-pemimpin baru di dalam MIC.

Ingatlah Samy zaman beliau sudah lama berlalu, kini berilah peluang kepada mereka yang benar-benar berhak untuk bergelar Presiden demi kejayaan MIC di masa hadapan.

Enhanced by Zemanta

Baca Lagi!

Saturday, September 12, 2009

Pemilihan MIC dan Isu Semasa Politik Tanah Air

Pemilihan MIC dan Isu Semasa Politik Tanah Air
Oleh: yieMEGA

Pemilihan MIC

PEMILIHAN MIC telah pun selesai hari ini menyaksikan Palanivel mengekalkan jawatan Timbalan Presiden MIC menewaskan calon-calon lain. Untuk rekod Palanivel merupakan orang yang Samy Vellu kehendaki menjadi Timbalan Presiden MIC kerana sealiran denganya.

Kemenangan G. Palanivel sekaligus membuatkan seolah-olah Permintaan Samy dipersetujui oleh ahli-ahli MIC atau dengan kata lain sindrom 'yes boss' masih ada di kalangan ahli-ahli MIC. Penulis sendiri sedikit keliru adakah kemenangan Palanivel ini adakah kemenangan sejati ataupun kemenangan berdasarkan undian ikut boss sajalah. Jikalau keputusan ini berdasarkan Ikut Boss Sajalah ataupun Ikut Samy Ajelah (ISA) bermakna undia ini tidak ikhlas dan boleh menggugatkan kedudukan MIC. Secara automatisnya ia menjadikan MIC bukan parti untuk orang India tetapi parti untuk Samy.

Mengapa perlu ahli-ahli MIC hanya bertindak mengikut arahan Samy sahaja tanpa berfikir apakah rasionalnya sekiranya permintaan Samy itu dituruti. Dalam Critical Thinking kita perlu berfikir secara rasional apakah kebaikkan dan tujuan sesuatu sesuatu tindakan. Penulis memberi contoh sekiranya seseorang itu mengajak terjun longkang, kita hendaklah fikir apakah faedahnya, untuk apa kita buat, mengapa kita perlu turut sesuatu permintaan itu bukan main terjun sahaja tanpa menyoal.

Penulis juga ingin menegur Samy mengapa beliau seolah-olah cuba mempengaruhi keputusan pemilihan MIC, jarang sekali penulis mendengar seseorang Presiden sebuah parti cuba mempengaruhi keputusan pemilihan. Jangan menjadikan parti milik kaum india sebagai parti beliau sendiri, sepatutnya adalah lebih elok Samy berkecuali dalam hal pemilihan parti ini. Penulis yakin selepas ini mungkin akan timbul gelaran baru pada MIC sebagai Parti Samy dan bukanya parti untuk kaum India.

Penulis juga setuju dengan pandangan Tun Dr. Mahathir yang mengatakan Selagi Samy jadi Presiden MIC akan terus kehilangan sokongan kaum india, dan kaum India sudah makin 'hilang percaya pada MIC' dengan kemenangan Palanivel ini penulis yakin, ia turut akan terus menjauhkan Kaum India dengan MIC.

Penulis bersetuju dengan pandangan Tun Dr. Mahathir tersebut kerana rata-rata kawan penulis yang berbangsa India mengatakan mereka sudah tidak mahukan Samy kerana corak kepimpinan beliau sudah tidak selari dengan keperluan semasa masyarakat India dan lebih kepada menjadikan MIC sebagai Parti Perjuangan Diri bukanya untuk masyarakat India.

Penulis pun hairan kenapa susah sangat Samy nak letak jawatan, sedangkan UMNO sendiri pun sudah dua kali jawatan Presiden bertukar tangan, namun di MIC masih yang sama menjadi Presiden, adakah ini kerana Samy berfikir bahawa beliau sehebat Mahatma Gandhi? ataupun masih belum puas menjadi Presiden MIC sedangkan di dalam MIC ramai lagi yang layak menjadi Presiden dan mungkin kepimpinan mereka lebih hebat daripada Samy Vellu, mungkin inilah sebab rakyat di kawasanya (Sungai Siput) menolak beliau dan mungkin juga salah satu sebab kenapa masyarakat India menolak MIC.

Penulis ada sedikit falsafah mudah untuk Samy Vellu "Berfikirlah sebelum bertindak, bukanya bertindak sebelum berfikir". Samy patut fikir apakah matlamat sebenar MIC, penulis beri contoh sekiranya bermain golf, matlamatnya untuk menang, di mana menang apabila kita berjaya memasukkan bola kedalam lubang golf, adakah kita boleh menang kalau padang golf tersebut tiada lubang golf? Begitu juga dengan MIC, Adakah MIC boleh menang tanpa sokongan kaum india? Adakah tanpa MIC rakyat berbangsa India tidak boleh hidup senang? Ataupun Adakah tanpa Samy MIC tidak boleh berjaya? Fikir-fikirkanlah

Isu Semasa Politik Tanah Air

Hu Ha PRK Bagan Pinang sudah semakin hangat nampaknya, semakin ramai yang cuba melobi untuk menjadi calon PRK tersebut, baik lelaki, baik wanita. Bagi penulis calon yang sesuai ialah calon yang diterima rakyat bukanya calon yang diterima pemimpin. Lobi melobi inilah merosakkan sesebuah parti di mana ia akan berlaku, yang terbaik keciciran, yang terburuk diangkat.

Penulis mendapat gambaran daripada beberapa rakan penulis di Bagan Pinang, nampaknya rata-rata mereka lebih selesa dengan Datuk Isa Samad berbanding yang lain, ini bermakna kedudukan kerusi BN di Bagan Pinang lebih selamat sekiranya Datuk Isa Samad menjadi calonya.

Namun, sekiranya ada pemimpin muda lain yang juga diterima rakyat tidak ada salahnya kita memberi peluang tetapi dengan syarat pemimpin muda ini benar-benar diterima rakyat dan bukanya melalui lobi melobi. Cukuplah lobi melobi ini rakyat sudah muak dengan lobi melobi ini, kalau nak sangat Lobi pergilah hotel kat sana ada Lobi dan jangan jadikan Parti sebagai Parti Mak Bapak Dia punya.

Sepatutnya budaya lobi melobi ini sudah lama tamat, namun ia masih kekal di kalangan Masyarakat Melayu. Bagaimana bangsa kita mahu maju kalau asyik nak melobi sahaja tanpa bersaing secara sihat. Bersainglah secara sihat demi masa depan parti dan juga bangsa.

Bagi yang sibuk ingin melobi untuk menjadi calon ada sedikit ungkapan Inggeris untuk mereka. "No Pain, No Gain", kalau nak menjadi calon tak payah nak lobi melobi, sebaiknya berusahalah secara sihat. Bagi penulis orang yang melobi untuk menjadi calon ini samalah seperti seorang yang jahil Agama minta jadi Imam. jadi fikir-fikirkanlah yang mana terbaik buat anda.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Saturday, June 20, 2009

Samseng Cilik Buluh Kubu...

Samseng Cilik Flat Buluh Kubu

Kelantan Darul Naim Ibu Negerinya Kota Bharu
Di situ letaknya Rumah Pangsa Buluh Kubu
Yang turut dikenali dengan nama Flat Buluh Kubu
Penghuninya ramai yang suka makan budu

Medan Selera Buluh Kubu Terletak Berhampiran denganya
Suasana di sini amat kotor dan jijik sekali
Orang ramai dengan selesa menjamu selera
Tikus sebesar kucing berlari-lari

Ini kisah samseng Cilik Buluh Kubu
Tidak kira siapa akan jadi mangsa mereka
Melayu, Cina, India atau Myanmar sentiasa mereka buru
Mereka sentiasa berlagak hebat walau belum tumbuh bulu

Satu Ringit, Dua Ringgit kadang semua dikebasnya
Apa pun terjadi mereka tidak akan disedari
Kadang-kadang cikgu mereka sendiri pun diugutnya
Hidup mereka sehari-hari dosa selalu mereka dekati

Ibu-bapanya terlalu sibuk mencari rezeki
Sampai tak ingat dunia ini bakal berakhir
Apa yang mereka tahu wang lebih penting daripada anak lelaki
Ada yang solat pun tidak, sibuk berniaga tanpa akhir

Samseng Cilik Flat Buluh Kubu
Orang berjasa padanya akan dibalas buruk olehnya
Mereka tidak bersyukur dengan pertolongan orang yang tak jemu-jemu
Kadang-kadang orang itu umpa melepaskan anjing tersepit padah akhirnya
[yiemega D'Wakaf Mek Zainab, KB, Kelantan]
dipetik dari http://karyamelayu2u.blogspot.com/
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Thursday, May 21, 2009

HINDRAF yang tak sudah!!!

U.S. Secretary of Defense William S. Cohen (ri...Image via Wikipedia

Penulis percaya ramai pembaca yang meminati lagu "Mimpi yang tak Sudah" nyanyian Ibnor Rizar, lagu itu memang hits satu ketika dulu dan bukan sahaja diminati oleh orang dulu tetapi juga orang zaman sekarang pun masih meminati lagu itu yang sudah boleh digelar "Lagu Evergreen" itu.

Pada kali ini bukan penulis bermaksud untuk berbicara mengenai lagu itu, apa yang penulis ingin bincangkan di sini ialah "Hidraf yang tak sudah" mengisahkan sebuah pertubuhan haram yang tak sudah-sudah mencabar kewibaan kerajaan iaitu HINDRAF. Kebetulan pula penulis mendapat inspirasi untuk membuat tajuk artikel ini semasa mendengar lagu "Mimpi yang tak sudah" nyanyian Ibnor Riza itu di laman web video atas talian youtube.

Baru sahaja beberapa hari lalu pemimpin pertubuhan haram ini yang ditahan di bawah Akta Keselematan Dalam Negeri (ISA) dibebaskan dah mula nak buat hal balik dengan merancang mengadakan Perhimpunan Haram sekali lagi.

Penulis ingin menyamakan HIDRAF dengan LTTE kerana corak perjuangan mereka hampir sama cuma pendekatan mereka berbeza iaitu LTTE menggunakan senjata manakala HINDRAF pula lebih kepada menganjurkan perhimpunan-perhimpunan haram walaupun tindakan tersebut boleh dikira membuang masa, mungkin "Orang-Orang Kuat HINDRAF" ini memang suka membuang masa.

HINDRAF memang mengancam keselamatan negara kerajaan perlu berbuat sesuatu agar HINDRAF ini tidak naik lemak, kerajaan boleh isytiharkan HINDRAF sebagai musuh nombor satu negara sepertimana Parti Komunis Malaya (PKM) dahulu.

Penulis pun hairan dengan HINDRAF ini apa tujuan perjuanganya pun kurang jelas ataupun ia sekadar sandiwara Politik yang dicipta oleh Anwar Ibrahim untuk mendatangkan kemarahan kaum India kepada Kerajaan Malaysia.

Cuba kita simpulkan apakah makna sebenar disebalik perkataan HINDRAF, Hidup Ikut Naluri Raja Anwar Fulus mungkin ini salah satu kita boleh tafsirkan daripada akronim HINDRAF. Persoalanya kenapa baru sekarang timbul HINDRAF tidak dari dulu lagi, apa yang menarik selepas Anwar Ibrahim dibebaskan maka timbullah HINDRAF seolah-olah ia berkaitan.

Teringat penulis kepada Pemimpin Kerajaan Langit iaitu Ayah Pin yang mendakwa beliau ketua semua agama, memang tidak bezanya dengan Anwar Ibrahim. Mereka berdua ini memang serupa. Cuma orang yang mudah terpedaya dengan "jelmaan" yang ditunjukkan oleh beliau.


Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Friday, May 15, 2009

Pertubuhan Pribumi Perkasa Mahu Hak Biasiswa Bumiputera Dikembalikan.....

Official logo of United Malays National Organi...Image via Wikipedia

Laporan Utusan Online:

"Kembalikan hak biasiswa bumiputera- Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR 14 Mei - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mendesak kerajaan bersikap tegas dengan mengembalikan sepenuhnya hak biasiswa bumiputera.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali menegaskan, langkah itu wajar agar kepentingan bumiputera sentiasa terpelihara seperti yang termaktub di dalam perlembagaan.

Sambil menyifatkan kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat supaya kerajaan mengkaji semula dasar biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) adalah angkuh dan buta perlembagaan, beliau berkata, kerajaan 'sudah banyak bertolak ansur' khususnya dalam pemberian biasiswa.

''Kenyataan (Tee Keat) berkenaan juga hanya mementingkan politik kaum semata-mata. Sudah cukup sebelum ini hak biasiswa JPA bumiputera dicabul dengan pembahagian 51-49 peratus.

''Berapa banyak pun kerajaan bertolak ansur dengan kaum Cina, India dan lain-lain, mereka tidak akan berterima kasih atau undi Barisan Nasional (BN) lagi,'' kata beliau dalam kenyataannya yang dihantar menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kenyataan berkenaan mengulas kenyataan Tee Keat dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini bahawa kerajaan akan menilai semula kriteria pemilihan bagi biasiswa JPA.

Tee Keat berkata, mesyuarat akan diadakan di antara pemimpin parti komponen BN, Ketua Pengarah JPA dan Ketua Setiausaha Negara hari ini.

Tee Keat menambah, MCA mendapat banyak aduan mengenai pelajar terbaik dari beberapa negeri yang tidak menerima biasiswa tersebut.

Tambah Ibrahim, UMNO akan hilang sokongan orang Melayu sepenuhnya jika terus bertolak ansur.

''Jika kerajaan tidak hormati hak istimewa orang Melayu, Perkasa juga akan mula turun ke jalan raya macam pertubuhan haram Hindraf.

''Jika kena Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pun tidak lama, akan dibebaskan dan tidak payah berterima kasih,'' katanya.

Jelas Ibrahim, ramai anak Melayu kini yang layak mendapat biasiswa, namun tidak menerima biasiswa tersebut."{http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0515&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_20.htm&arc=hive}

Komen Suara Generasi Muda Malaysia:


Biasiswa kepada Kaum Bumiputera hendaklah diteruskan kerana penulis merasakan belum sampai masanya untuk kerajaan "memansuhkan" biasiswa kepada Bumiputera kerana kedudukan ekonomi kaum Bumiputera masih belum kukuh dan utuh jika dibandingkan dengan kedudukan ekonomi bangsa lain.

Sebagai Contoh, kalau kita lihat senario kedudukan Ekonomi pada hari ini kita akan dapati Kedudukan Ekonomi rakyat Berbangsa Cina lebih terkedepan jika kita bandingkan dengan kedudukan ekonomi umat Melayu pada masa ini.

Penulis secara dasarnya bersetuju dengan pandangan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa supaya Kerajaan perlu meneruskan biasiswa untuk Bumiputera di negara ini. Jangan dalam keghairahan melaksanakan Visi dan Misi 1 Malaysia, bumiputera terabai begitu sahaja.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin