Bilangan Pengunjung:

Showing posts with label judi. Show all posts
Showing posts with label judi. Show all posts

Thursday, May 27, 2010

JUDI: Jangan Lebih Banyak Bercakap Dari Bertindak!

Official Logo of Pan-Malaysian Islamic Party (...Image via Wikipedia

JUDI: Jangan Lebih Banyak Bercakap Dari Bertindak!
Oleh: yieMEGA

NAMPAKNYA Isu judi yang timbul baru-baru ini tidak habis lagi, rata-rata kedai kopi atau Dewan Parlimen Rakyat masih membahaskan isu ini. Seperti yang penulis katakan baru ini penulis pun tidak bersetuju dengan Judi ini, kerana ia jelas haram disisi Islam. Namun penulis juga tidak bersetuju dengan yang lebih banyak bercakap dari bertindak.

Baru-baru ini diberitakan PAS ingin berdebat dengan Perkasa berhubung isu Judi kerana Perkasa mencabar negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat menarik balik lesen-lesen perjudian yang di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang bernaung di bawah Kerajaan negeri.

Jelas sekali kelihatan PAS di sini lebih banyak bercakap dari bertindak, mereka lebih suka untuk berdebat daripada membuat tindakan. Penulis percaya yang PAS tidak akan menutup pusat-pusat perjudian bagi menjaga hati DAP terutamanya di negeri-negeri yang ramai rakyat berbangsa Cina.

Penulis percaya kalau cadangan untuk meluluskan Pusat Perjudian ini datang dari DAP, pasti PAS akan berdiam diri, kecuali seorang dua di dalam PAS yang akan tidak berpuas hati, pada masa ini mungkin Tok Guru-Tok Guru PAS akan mengeluarkan fatwa-fatwa yang baru untuk membela DAP demi kesinambungan kekuasaan Politiknya.

Bagi penulis isu judi ini tidak akan selesai selagi semua pihak asyik nak bercakap daripada bertindak. Isu ini hanya akan selesai sekiranya semua pihak bertindak tanpa perlu banyak bercakap.

Orang yang lebih banyak bercakap daripada bertindak ini bagi penulis ia tidak guna satu sen pun ia ibarat penglipur lara di kala sunyi sahaja seperti anjing yang menyalak bukit dengan harapan bukit itu akan runtuh.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Monday, May 26, 2008

PAS Halalkan Arak dan Disco di Selangor

"Pesuruhjaya Pas Selangor itu juga menafikan pemimpin Pas di negeri itu pernah berjanji untuk menutup semua pusat hiburan dan kilang arak sekiranya mengambil alih tampuk pemerintahan negeri.

Beliau mencabar mana-mana pihak supaya tampil memberikan bukti yang menunjukkan ada pemimpin Pas, termasuk dirinya yang membuat janji itu kepada rakyat pada pilihan raya."

Petikan di atas di ambil oleh Komen Datuk Dr. Hassan Mohd Ali Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama dan Adat Istiadat Melayu Kerajaan Negeri Selangor.

Daripada petikan di atas sudah jelas sekali mereka telah menghalalkan Disko dan Arak yang sebelum ini yang mereka berceramah di pentas-pentas politik dengan penceramah mereka berjanji ingin menghapuskan arak dan judi dan secara automatiknya mereka sudah menghalalkan yang haram.
Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin