Bilangan Pengunjung:

Showing posts with label Saya. Show all posts
Showing posts with label Saya. Show all posts

Tuesday, June 23, 2009

Penyokong Nasharuddin Tetap Akan "Mengamuk" Di Manek Urai?

Nik Aziz Nik MatImage via Wikipedia

Beberapa hari lalu apabila isu "Kerajaan Perpaduan" hangat diperkatakan, Mursyidul Am PAS telah mengeluarkan kenyataan seumpama 'menghalau' Timbalan Presiden PAS keluar daripada PAS, namun semalam Mursyidul Am PAS itu mengeluarkan kenyataan memohon maaf di atas kenyataanya yang disifatkan emosional itu.

Pada mulanya penulis beranggapan bahawa dengan kenyataan maaf daripada Mursyidul Am PAS itu yang juga lebih dikenali dengan nama Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat itu, penyokong-penyokong Nasharuddin akan lembut hati rupanya ternyata tanggapan penulis itu silap apabila penulis mendapat maklumat daripada Manek Urai yang mengatakan penyokong-penyokong Nasharuddin akan tetap 'mengamuk' di Manek Urai biarpun TGNA telah membuat kenyataan maaf di atas kenyataanya sebelum ini.

Antara kata-kata mereka mengikut maklumat yang penulis terima ialah "Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata padah akibatnya" rata-rata penyokong Nasharuddin terguris dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh TGNA yang disifatkan seolah-olah menghalau keluar Nasharuddin daripada PAS dan dalam masa yang sama juga TGNA melabelkan 'Nasharuddin' yakni golongan yang menyokong "Kerajaan Perpaduan" sebagai "Boneka UMNO", itu satu tuduhan yang kerterlaluan dan kami akan tetap akan 'mengamuk' di Manek Urai.

Selain itu ada juga yang menggesa TGNA supaya meletak jawatan kerana katanya TGNA dah expired, kepimpinan beliau sudah tidak diperlukan di Kelantan kata mereka, sebelum ini kami berdiam diri sahaja memikirkan beliau adalah seorang Tok Guru namun selepas TGNA mengeluarkan kenyataan yang sedemikian kami dengan bersungguh-sungguh mendesak TGNA meletakkan jawatanya sebagai Menteri Besar Kelantan.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Sunday, August 31, 2008

Marhaban Ya Ramadhan Al-Mubarak

Esok kita akan menyambut kedatangan bulan yang penuh keberkatan di dalam Islam iaitu bulan yang dikenali dengan nama Ramadhan Al-Mubarak. Pada bulan ini umat Islam akan menyempurnakan rukun Islam yang ketiga iaitu berpuasa di bulan Ramadhan.

Puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga sahaja ia bulan yang boleh mendidik umat Islam supaya berdisiplin dan menambahkan amal dan mengurangkan sebanyak mungkin kemungkaran.

Penulis bertekad mahu jadikan puasa kali ini sebagai puasa yang terbaik berbanding tahun-tahun yang sudah berlalu. Pada kesempatan ini penulis ingin mengucapkan Selamat Menyambut Kedatangan Bulan Sejuta Rahmat ini kepada para pembaca blog ini yang terus setia membaca blog ini.

Penulis berharap agar pembaca blog ini akan bertekad untuk menjadikan bulan yang penuh keberkatan ini sebagai bulan yang terbaik, kepada ahli-ahli politik tanah air kalau boleh kurangkan kontroversi tetapi tingkatkanlah prestasi. Kepada para pembaca adalah penulis harapkan jangan pula terlupa untuk menunaikan Solat Sunat Terawih di malamnya ketepikan seketika kesibukkan dunia, belilah saham-saham akhirat dan jadikanlah bulan Ramadhan ini bulan membeli saham akhirat kerana hidup kita tidak menongkat langit daripadaNYA kita datang kepadaNYA kita pergi.

Apabila bulan Ramadhan menjelma pasti di siang harinya ada tempat-tempat untuk membeli juadah berbuka yang dikenali dengan Bazar Ramadhan, kalau boleh cubalah elakkan pembaziran semasa membeli di Bazar Ramadhan, membeli itu tak salah tetapi janganlah terlampau menurut nafsu kerana kalau turut nafsu satu Bazar Ramadhan pun rasa boleh habis dimakan waktu berbuka tetapi apabila sampai waktu berbuka paling banyak pun satu perkara sahaja yang sempat dijamah.

Akhir kalam, semoga Ramadhan kali ini Ramadhan yang terbaik buat penulis dan juga para pembaca blog ini yang setia dan tidak jemu-jemu membaca artikel yang ditulis oleh penulis.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin