Bilangan Pengunjung:

Showing posts with label Politics. Show all posts
Showing posts with label Politics. Show all posts

Thursday, October 14, 2010

Anwar Boleh Selesai Masalah Malaysia-Indonesia Dalam 2 Minggu

P36: Kubang Ikan, Kuala Terengganu. Anwar Ibra...Image via WikipediaAnwar Boleh Selesai Masalah Malaysia-Indonesia Dalam 2 Minggu
Oleh: yieMEGA

WOW! HEBATNYA mungkin itulah yang boleh dikatakan dengan dakwaan Ketua UMUM PKR yang juga Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim. Beliau membuat dakwaan sekiranya beliau menjadi Perdana Menteri dia boleh menyelesaikan hal itu dalam masa 2 minggu sahaja. Memang hebat percakapan Anwar Ibrahim yang sudah lama 'mengidam' ingin jadi Perdana Menteri ini.

Mungkin mereka-mereka yang menjadi pemuja setia Anwar Ibrahim akan bangga dengan kenyataan terbaru Anwar Ibrahim itu tambah lagi pemuja-pemuja yang sama perangainya dengan perangai pemuja-pemuja pengikut sebuah ajaran sesat yang dikenali dengan Kerajaan Langit iaitu Ayah Pin. Pengikut-pengikut ajaran ini akan tetap 'setia' pada Ayah Pin biarpun apa jua orang kata terhadap Ayah Pin. Penulis percaya juga, kebanyakkan blogger-blogger pro Pakatan Rakyat akan menghiaskan blog mereka dengan artikel memuatkan kenyataan Anwar ini.

Baguslah kalau Anwar betul-betul boleh menyelesaikan isu yang timbul yang membawa hubungan dingin di antara rakyat kedua-dua negara ini. Namun, penulis kurang yakin yang Anwar boleh menyelesaikan isu tersebut dalam masa minggu, dan penulis kenyataan Anwar itu lebih kepada 'ayat-ayat politik' yang lebih kurang sama dengan 'ayat-ayat cinta' walaupun kedua-dua perkara tersebut dalam maksud yang berlainan namun ianya tetap ada persamaan.

Kenapa penulis berpandangan sedemikian? Mari kita fikirkan secara mudah. Cuba bayangkan 'kemelut pemilihan' di dalam PKR yang sampai kini tidak selesai sedangkan Anwar Ibrahim merupakan Ketua Umum PKR, masalah kemelut ini sudah lama tapi sampai sekarang tidak dapat diselesaikan oleh Anwar.

Bagaiamana kita hendak percaya isu yang lebih besar daripada pemilihan PKR dapat diselesaikan Anwar dalam masa yang begitu singkat yakni 2 minggu. Bagi penulis sebelum menyelesaikan isu-isu besar yang melibatkan hubungan dengan dua negara secara 'Ekspres' adalah lebih baik Anwar menyelesaikan isu yang lebih kecil seperti pemilihan PKR secara ekspres.

Kita sebagai manusia yang rasional hendaklah berfikir secara rasional, bukanya menyokong apa sahaja kenyataan seseorang itu secara membuta tuli. Ingat ada perbezaan dengan pemimpin yang hebat dengan pemimpin yang berlagak hebat walaupun kedua-duanya adalah pemimpin tetapi ia tetap tidak sama.

Sementara itu, blogawan bumiyang turut mengulas perkara sama dan mungkin artikel beliau tidak sama dengan penulis tetapi boleh juga menjadi rujukan kepada pembaca-pembaca setia blog penulis.

Wahai rakyat-rakyat Malaysia yang budiman marilah kita fikir-fikirkan perkara ini dengan fikiran yang waras lagi rasional dan jangan biarkan diri kita terus diperbodohkan oleh orang yang berkepentingan diri sendiri.

Akhir kalam, rasional-rasionalkanlah permikiran anda kerana penulis percaya pembaca dan juga rakyat Malaysia akan lebih bijak sekiranya berfikir secara rasional dan bukannya emosional.
Enhanced by Zemanta

Baca Lagi!

Monday, October 11, 2010

Ladang Rakyat Mungkin Menjadi Isu di Galas


Ladang Rakyat Mungkin Menjadi Isu di Galas
Oleh: yieMEGA

PROJEK Ladang Rakyat mungkin menjadi satu isu besar di PRK DUN Galas semasa kempen nanti. Ini sedikit sebanyak akan menyukarkan PAS untuk berkempen di Galas kerana Ladang Rakyat adalah di dalam bidang kuasa Kerajaan Negeri dan mungkin mereka terpaksa menyelesaikan segera beberapa isu yang berbangkit di Galas.

Sebelum ini, penulis menjangkakan PAS mungkin akan menggunakan tanah sebagai senjata untuk menghadapi PRK DUN Galas. Berkemungkinan besar PAS akan menyelesaikan dengan segera isu ini dengan menggunakan jabatan di bawah Kerajaan Negeri Kelantan iaitu Pejabat Tanah dan Jajahan. Bagus benar sekiranya isu ini dapat diselesaikan oleh PAS dengan seberapa segera, tapi yang tak bagusnya PAS yang sebelum ini melarang BN daripada menggunakan agensi kerajaan untuk berkempen, akhirnya PAS sendiri menggunakan Agensi/Jabatan Kerajaan di dalam bidang kuasa mereka untuk berkempen.

Jangkaan penulis sebelum ini nampaknya sudah menjadi kenyataan, malah Hussam Musa dalam kenyataanya sebelum ini seperti mengesahkan kenyataan ini, apabila beliau berkata Kerajaan Negeri akan menyegerakan pemberian tanah-tanah di Galas. Untuk rekod kenyataan itu dikeluarkan semasa merasmikan program Dewan Pemuda PAS di Gua Musang.

Mungkin mereka-mereka yang mendengar ucapan Hussam yang kecewa dengan janji Kerajaan Negeri sebelum ini akan 'lembut hati' dan apa lagi bulan lah menjadi pilihan mereka. Mungkin juga ada yang sudah tak sanggup untuk ditipu untuk kali kedua, jadi pada mereka 'janji' Hussam ini sekadar bertanam tebu di pinggir bibir sahaja.

Isu Ladang Rakyat ini telah lama penulis dengar, namun sampai sekarang masih belum selesai. Kalau Kerajaan PAS Kelantan dapat menyelesaikanya semasa PRK Galas nanti sudah tentu ia bermakna PAS parti yang akan menyelesaikan masalah rakyat apabila pilihan raya tiba.

Sebenarnya, PAS tidak perlu menunggu pilihan raya sekiranya mereka benar-benar ingin membantu dan menolong rakyat marhaen. Sepatutnya isu ini telah lama diselesaikan oleh Kerajaan Negeri dan bukanya menjadi bahan k.i.v untuk diselesaikan menjelang pilihan raya.

Dengan hanya menyelesaikan permasalahan rakyat menjelang pilihan raya, sudah pasti rakyat akan ragu-ragu mengenai keikhlasan PAS di dalam membantu rakyat dalam segala segi. Mari bersama-sama kita saksikan bagaimana suasana kempen semasa PRK DUN Galas nanti adakah isu Ladang Rakyat ini akan menjadi isu hangat di sana, sama-samalah kita nantikanya.

Enhanced by Zemanta

Baca Lagi!

Tuesday, September 21, 2010

Anwar Membuat Kenyataan Ekonomi Bersandarkan Khabar Angin?

Anwar Membuat Kenyataan Ekonomi Bersandarkan Khabar Angin?
Oleh: yieMEGA

TELAH lama blog ini tidak dikemaskini, ini berikutan penulis baru sahaja pulang dari bercuti beberapa hari yang lalu, maaf dipohon kepada semua pembaca setia blog ini, dan diharapkan mereka terus setia membaca blog ini kerana tanpa mereka tidak berfungsilah blog ini. Terima kasih di atas sumbangan pembaca sebelum ini.

Pada artikel kali ini penulis ingin mengulas berhubung dakwaan Ketua Pembangkang Malaysia DS Anwar Ibrahim yang mempersoalkan "Akaun 1Malaysia Development Fund Berhad". Setelah membuat beberapa analisa terhadap kenyataan beliau penulis mendapati ia seolah-olah kenyataan ekonomi yang dibuat bersandarkan khabar angin atau dengan kata lain auta dan bukanya fakta.

Penulis sertakan cebisan kenyataan beliau di bawah ini:

Kini bertiup kencang berita bahawa audit akaun untuk tahun fiskal yang sepatutnya berakhir pada Mac 2010 belum dapat dimuktamadkan. Terdapat spekulasi bahawa juruaudit enggan menandatangani akaun tersebut kerana terdapat banyak percanggahan. Lazimnya, juruaudit enggan menandatangani akaun yang diauditnya apabila wujud masalah serius dalam akaun tersebut.

Kenyataan di atas telah mengambarkan bahawa Anwar Ibrahim telah membuat satu kenyataan atau ramalan yang ada sangkut paut dengan ekonomi hanya bersandarkan khabar angin. Penulis pun hairan bagaimana orang yang dikatakan Pakar Ekonomi ini boleh mengguna pakai khabar angin untuk dijadikan kenyataan ekonomi.

Penulis juga berharap agar kenyataan Anwar Ibrahim ini dikeluarkan bukanlah bertujuan mengalihkan 'tumpuan' rakyat di dalam beberapa isu yang timbul di dalam Pakatan Rakyat termasuk pemilihan PKR sebelum ini atau dengan kata lain ianya adalah hanya satu 'tricks' untuk menyelamatkan diri.

Walaubagaimanapun dalam masa yang sama penulis ingin meminta Kerajaan Malaysia membuat kenyataan berhubung Akaun 1Malaysia Development Fund Berhad ini. Kerajaan tidak boleh main-main dengan hal ini kerana ia melibatkan wang rakyat dan rakyat patut tahu mengenainya.

Perdana Menteri mungkin orang yang paling layak tampil mengeluarkan kenyataan kerana 1Malaysia diilhamkan oleh beliau. Penulis berharap PM tidak terus membuatkan rakyat tertanya-tanya dan akhir sekali terpengaruh dengan dakwaan Anwar itu.

Dalam masa yang sama penulis juga ingin menggesa kerajaan berdasarkan slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" sebarang apa jua bentuk program yang dibuat yang melibatkan wang rakyat ia hendaklah dibuat dengan benar-benar telus kerana ini lah baru dipanggil 'Rakyat Didahulukan'.


Enhanced by Zemanta

Baca Lagi!

Saturday, April 3, 2010

Milik Siapakah Hulu Selangor

Milik Siapakah Hulu Selangor
Oleh: yieMEGA

SEPERTI yang diketahui umum bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan Pilihan Raya Kecil P94 - Hulu Selangor diadakan pada Ahad 25 April 2010. Ini bermakna penamaan calon ditetapkan pada Sabtu 17 April 2010 bersamaan dengan tujuh hari waktu berkempen.

Pilihan raya kecil ini diadakan ekoran dari kematian penyandangnya pada Jumaat lepas iaitu Dr. Zainal Abidin Ahmad dari PKR. Dijangka Pakatan Rakyat akan mengemukakan calon daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), bagi pihak Barisan Nasional pula masih belum diketahui.

Bercakap mengenai Pra Pilihan Raya Kecil, semua pasti tertanya-tanya pihak manakah yang mempunyai peluang yang cerah bagi memenagi kerusi P94 - Hulu Selangor. Perlu diingatkan di sini ramalan tidak semestinya selalu tepat, nama pun ramalan.

Penulis melihat bagi pihak PKR mereka nampaknya mempunyai peluang besar sekiranya mereka meletakkan calon yang benar-benar disukai rakyat. Calon yang disukai rakyat memberikan satu kelebihan dan akan meletakkan PKR jauh lebih ke depan berbanding lawanya. Ditambah pula sekiranya Barisan Nasional gagal mengemukakan calon yang benar-benar disukai rakyat setempat.

Penulis juga melihat Barisan Nasional juga akan mempunyai peluang untuk merampas kerusi P94 - Hulu Selangor sekiranya mereka berjaya meletakkan calon yang benar-benar disukai rakyat dan ahli-ahli akar umbi parti-parti komponen mereka.

Kekuatan dan kerja kuat jentera parti-parti yang bertanding juga boleh menjadi penanda aras dan akan menentukan jentera parti yang kuat bekerja pasti mempunyai kelebihan untuk menawan hati rakyat P94 - Hulu Selangor.

Selain daripada itu, faktor wakil sebelum ini juga akan turut dipertimbangkan oleh rakyat di Hulu Selangor. Sekiranya Wakil Rakyat sebelum ini gagal menjalankan tugas dengan baik ia juga akan dijadikan perkiraan oleh rakyat Hulu Selangor untuk memilih siapa yang bakal mewakili mereka.

Kerjasama antara parti komponen juga merupakan salah satu faktor penentu kemenangan di dalam Pilihan Raya Kecil P94 - Hulu Selangor. Sekiranya mana-mana parti yang bertanding gagal mewujudkan persefahaman antara parti komponen besar kemungkinan mereka akan tewas kerana akan berlaku cantas-mencantas.

Ini bermakna parti-parti yang bertanding haruslah memastikan persefahaman antara parti-parti komponen wujud dan berkeaadaan baik dengan ini parti itu akan berpeluang cerah memenangi kerusi P94 - Hulu Selangor.

Akhir kalam, ini hanyalah sekadar ramalan. Ramalan tidak selalunya tepat kerana penulis bukanlah Nujum bukanlah bomoh cuma ia diramalkan berdasarkan keadaan semasa, biarpun siapa yang memenangi kerusi P94 - Hulu Selangor asalkan mereka benar-benar ingin berkhidmat kepada rakyat.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Saturday, February 20, 2010

Hadi Awang Bantah Campur Tangan Australia

Hadi Awang Bantah Campur Tangan Australia
Oleh: yieMEGA

UTUSAN ONLINE melaporkan bahawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah membuat kenyataan yang berupa membantah tindakan campur tangan Australia dalam urusan hal ehwal dalam negara Malaysia berhubung isu pendakwaan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim. [Laporan tersebut boleh dirujuk di sini].

Tahniah diucapkan kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana beliau telah membuktikkan bahawa beliau seorang yang tak suka negara-negara asing mencampuri sebarang urusan dalaman Malaysia lebih-lebih lagi negara tersebut bukanlah negara Islam. Nampaknya, walaupun kenyataan 50 MP Australia itu mungkin akan mengungtungkan bos Hadi Awang atau juga Bos Pakatan Rakyat, namun ia tidak sekali-kali membela tindakan yang dibuat oleh MP Australia itu.

Bercakap mengenai MP Australia, timbul persoalan di hati sanubari penulis, adakah sudah tiada perkara lain yang hendak dibincangkan oleh MP Australia itu sehinggakan mereka membincangkan perkara yang tiada kaitan langsung dengan mereka ataupun mereka sengaja membuat kenyataan berkenaan untuk mengalihkan pandangan rakyat mereka berhubung isu dalaman yang berlaku dalam negara mereka, jadi mereka memilih mencampuri urusan dalaman Malaysia dan mengkhianati amanah rakyat mereka sendiri dengan tidak memberi tumpuan terhadap hal dalaman negara mereka tetapi lebih suka menyibuk dalam hal ehwal dalaman negara lain.

Penulis secara jujurnya membantah sebarang campur tangan negara-negara lain terhadap urusan-urusan dalaman negara kita. Penulis ingin mendesak kepada negara-negara lain agar tidak mencampuri urusan dalaman negara ini, berikan apa yang berlaku di dalam negara kita diselesaikan dengan cara kita, negara asing tiada hak untuk mencampuri urusan dalam kita.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Saturday, February 13, 2010

Keluarnya Zahrain Dari PKR....

Keluarnya Zahrain Dari PKR....
Oleh: yieMEGA

SELEPAS berlaku pertelingkahan di antara Lim Guan Eng dengan ahli Parlimen Bayan Baru akhirnya isu ini membawa kepada keluarnya Ahli Parlimen Bayan Baru dari Parti Keadilan Rakyat (PKR). Perkara tersebut diumumkan sendiri oleh beliau Datuk Seri Zahrain Hashim di dalam satu sidang media yang dipanggil olehnya.

Dengan pengumuman perletakkan jawatan beliau dalam semua jawatan di dalam PKR dan juga keluarnya beliau daripada PKR ini bermakna beliau memilih untuk menjadi Ahli Parlimen BEBAS yang tidak menyokong Barisan Nasional.

Beliau turut berkata niat untuk menyertai parti lain tidak ada, beliau lebih selesa menjadi Ahli Parlimen BEBAS daripada menyertai mana-mana parti, dan kini beliau adalah orang bebas katanya.

Keputusan ini dikatakan kemuncak kepada krisisnya dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang baru-baru ini didakwanya sebagai Cauvinis dan berfikiran komunis.

Lim Guan Eng telah menafikanya manakala Penasihat Parti Keadilan Rakyat telah bertindak dengan 'backing' Lim Guan Eng dan cuba mengheret Zahrain mengadap Jawatankuasa Disiplin PKR.



Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Saturday, January 30, 2010

Khalid Samad Digantung 6 Bulan

Official Logo of Pan-Malaysian Islamic Party (...Image via Wikipedia


Khalid Samad Digantung 6 Bulan
Oleh: yieMEGA

GANTUNG tak bertali mungkin itulah yang boleh kita katakan terhadap Khalid Samad yang digantung oleh Jawatankuasa Disiplin PAS. Sepertimana yang dilaporkan oleh UTUSAN ONLINE. Manakalah Dr. Hassan Ali diberi surat amaran.

Keputusan itu dibuat setelah Jawatankuasa Disiplin PAS mendapati Khalid Samad bersalah mengeluarkan kenyataan yang menjejaskan imej parti serta mendedahkan kerahsian parti di dalam blognya.

Jawatankusa itu dipengerusikan oleh Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Jawatankuasa turut memutuskan bahawa Pesuruhjaya PAS Selangor bersalah tetapi tiada hukuman dikenakan terhadapnya kecuali surat amaran atas tuduhan mengkritik secara terbuka pentadbiran Kerajaan Selangor.

Mereka juga berdua dilarang membuat kenyataan media yang boleh menjejaskan imej parti, walaubagaimanapun merek dibenar membuat kenyataan media yang tidak akan menjejaskan parti.

Penulis merasakan hukuman yang dikenakan terhadap Khalid Samad itu memang wajar, dan lagi wajar sekiranya Jawatankuasa Disiplin PAS turut mengambil tindakan terhadap kenyataan Khalid Samad yang seolah-olah cuba menderhakai Titah Sultan Selangor berhubung Penggunaan nama Allah oleh agama lain.

Hukuman yang terbaik bagi kesalahan ini ialah beliau dipecat dari semua jawatan di dalam Parti kerana tindakan beliau itu bukan sahaja menjejaskan imej PAS malah merosakkan kredibiliti Pakatan Rakyat.

Dalam masa yang sama, penulis sedikit terkilan adakah kini pemimpin PAS sudah kebebasan bersuara, di mana kebebasan bersuara sering dilaung-laungkan oleh PAS, salahkah kalau kita menegur pentadbiran sesebuah kerajaan kalau kita rasa tindakan kerajaan itu tidak betul.

Dulu bukankan PAS pejuang kebebasan bersuara, tetapi apabila terjadi isu yang melibatkan ahli mereka sendiri, mereka cuba pula sekat kebebasan bersuara. Jadi ini menampakan sikap double standard PAS mungkin selepas ini semua pemimpin-pemimpin PAS kena fikir lapan belas kali sebelum membuat kenyataan media.

Bercakap mengenai kenyataan media yang boleh menjejaskan imej parti, Mursyidul Am PAS sendiri sudah banyak kali mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan imej parti tetapi tidak pula dikenakan tindakan, ataupun kerana TGNA ada kuasa pengampunan yang sama seperti paderi-paderi di gereja Kristian atau kerana TGNA seorang pemimpin diktaktor, autokratik dan kuku besi.

Sekiranya PAS benar-benar ingin menjaga imej parti, Jawatankuasa Disiplin PAS hendaklah mengambil tindakan terhadap Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat di atas beberapa kenyataanya sebelum ini.



Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Thursday, January 28, 2010

Kenapa Zaid Ibrahim Begitu Bersungguh-Sungguh Menyerang Zulkefli Noordin

Kenapa Zaid Ibrahim Begitu Bersungguh-Sungguh Menyerang Zulkefli Noordin
Oleh: yieMEGA

ZAID IBRAHIM nampaknya begitu bersungguh-sungguh menyerang Zulkefli Nordin (Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru) sehinggakan mendesak Zulkefli Nordin dikenakan tindakan tegas oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Penulis begitu hairan kenapa beliau dilihat telah menyerang Zulkefli Nordin dengan ulasan-ulasan media yang sudah melampaui batas. Macam-macam cadangan berbaur emosi yang dikeluarkan oleh Zaid Ibrahim terhadap YB Zulkefli Noordin.

Kadang-kadang penulis juga merasa hairan juga dengan tindakan Zaid Ibrahim itu, kerana perbuatanya itu memperlihatkan beliau begitu bersungguh-sungguh mahukan Zulkefli Nordin dipecat PKR, pada masa yang sama Zulkefli Nordin merupakan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, adakah Zaid Ibrahim berminat dengan kerusi parlimen tersebut? Kemungkinan itu ada tetapi tidak tahulah penulis adakah benar-benar Zaid Ibrahim mahukan kerusi tersebut kerana itu Allah tuhan Seru sekian Alam sahaja yang tahu.

Zaid Ibrahim, seorang bekas Menteri yang meletakkan jawatanya dan menyertai PKR tak sampai pun setahun lagi, kelihatan cuba menjadi jaguh dalam pertelingkahan Khalid Samad dengan Zulkefli Nordin.

Dengan gesaan-gesaan yang ditimbulkan oleh Zaid Ibrahim, ia seolah-oleh menampakkan seperti beliau cuba menjadikan PKR seperti parti miliknya seorang. Orang macam inilah yang merugikan PKR, inilah jadinya kalau sampah yang memang tidak boleh guna dikitar semula.

Dalam masa yang sama, Mohd Sayuti Omar (MSO) seakan-akan senada dengan Zaid Ibrahim sepertimana artikel blognya yang bertajuk "PKR Perlu Tegas Dengan Zulkefli Nordin". Tak tahulah penulis adakah MSO ini tukang kempen bagi Zaid Ibrahim, atau artikel tersebut merupakan pendapat peribadi beliau sendiri, bagi penulis hanya MSO dan Allah tuhan seru sekian alam sahaja yang mengetahuinya.

Pada pandangan penulis, tindakan Zaid Ibrahim itu langsung tidak akan membantu menyelesaikan masalah malah dia akan merumitkan masalah, seperti kita cuba memadamkan api dengan menggunakan api.

Jalan terbaik bagi PKR ialah, di samping mengenakan tindakan terhadap Zulkefli Nordin PKR juga perlu mengambil tindakan tegas terhadap Zaid Ibrahim kerana beliau telah menghuru-harakan keadaan, ini masalahnya kalau kita terlalu bergantung kepada pemimpin yang bertaraf 'Recycle' Ni.

Teringat penulis dengan kata-kata seorang forumer di dalam forum MyKMU.net semasa Zaid Ibrahim menyertai PKR "Baguslah sampah Di dalam UMNO, dikutip oleh PKR". Jadi keputusan membawa masuk Zaid Ibrahim ke dalam PKR merupakan satu tindakan yang silap.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Sunday, December 27, 2009

Perhimpunan Mendesak PAS Keluar Pakatan Rakyat?

Official Logo of Pan-Malaysian Islamic Party (...Image via Wikipedia

Perhimpunan Mendesak PAS Keluar Pakatan Rakyat?
Oleh: yieMEGA

MUNGKIN berita mengenai Perhimpunan Mendesak PAS Keluar Pakatan Rakyat sudah dijaja oleh media-media arus perdana. Mungkin pada sangkaan mereka dengan menyiarkan berita itu akan membuktikan Kerajaan Pakatan Rakyat kerajaan yang lemah. Kalau yang masih belum membaca berita itu bolehlah membacanya sekarang DI SINI.

Pada penulis tak usahlah menjaja berita tersebut kerana kalau menjaja tersebut kelak UMNO juga yang dituduh menjadi dalang. Bagi penulis ia satu sandiwara yang sengaja dibuat untuk menarik dan menuduh UMNO yang menjadi dalang, dengan ini ia akan berjaya mengalihkan beberapa isu yang timbul di Pakatan Rakyat dan UMNO jugalah yang terus dihina dan dipandang 'jijik' oleh rakyat.

Mungkin pandangan penulis ini berasas apabila Harakah Daily melaporkan bahawa "Umno anjur perhimpunan desak PAS Keluar Pakatan". Jadi terbuktilah bahawa perhimpunan ini sengaja dianjurkan untuk dikaitkan dengan UMNO. Seperti biasa UMNO akan menjadi kambing hitam PAS jika berlaku sesuatu yang tidak menguntungkan mereka.

Sekiranya media-media arus perdana mahu juga menjaja berita perhimpunan ini, adalah lebih mengkaji dahulu siapa pendokong utama perhimpunan itu sedalam-dalamnya sebelum menjajanya kerana menjadi kebiasaan ia akan dikaitkan dengan UMNO yang dikatakan bersandiwara.

Para blogawan boleh berusaha mendapatkan maklumat yang diperlukan bagi menafikan bahawa UMNO yang anjur perhimpunan desak PAS keluar Pakatan. Sekiranya dakwaan mereka tidak berasas ini maknanya satu cubaan untuk memfitnah UMNO dan sepatutnya UMNO tidak boleh berdiam diri.

Sebenarnya sudah lama penulis mengetahui tentang rancangan untuk mengadakan perhimpunan ini, tetapi tidak berminat untuk mempromosikanya sebelum ini kerana bimbang ia satu sandiwara untuk mengenakan UMNO, jadi tak perlulah media-media arus perdana 'menjaja' berita ini lagi ia bukan memberikan keuntungan kepada UMNO tetapi memberi kerugian kepada UMNO.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Saturday, December 19, 2009

Teguran Untuk Blogger Pembela Negara...

Khairy Jamaluddin, Deputy Youth Chief of Baris...Image via Wikipedia

Teguran Untuk Blogger Pembela Negara...
Oleh: yieMEGA

KEWUJUDAN Blogger Pembela Negara mungkin telah banyak membantu para blogger atau blogawan yang menjadi 'pembela kepada negara'. Namun penulis setakat ini tidak mahu menjadi Ahli Blogger Pembela Negara kerana lebih suka menjadi Blogawan Bebas tanpa menurut rentak sesuatu persatuan blogger seperti BPN.

Walaupun penulis bukan ahli BPN tetapi tidak ada salahnya penulis menegur BPN kerana itulah tugas kita sesama manusia, yang salah kita cuba betulkan tetapi terpulang BPN untuk menerima atau tidak teguran ini, penulis berjanji akan cuba memberikan teguran yang bercorak membina dan bukanya emosional serta tanpa auta.

Merujuk kepada kenyataan YDP Majlis Tertinggi BPN yang bertajuk "Edisi Khas: Resolusi BPN Boikot Blogger Biadap terhadap Pemimpin Pilihan Rakyat". Penulis bersetuju dengan beberapa resolusi tetapi untuk Resolusi bernombor 2 penulis sukar untuk bersetuju dengan BPN. Sebagai rujukan penulis menyertakan resolusi nombor 2 tersebut di bawah ini:

2. BPN telah mengenalpasti ada blogger yang menzahirkan sokongannya kepada Kerajaan/BN namun masih mengamalkan budaya 'kotor' dalam menjadi seorang blogger. Termasuklah mengugut PM jika melantik individu tertentu menjadi anggota kabinet dan mengutuk Ketua Pemuda UMNO yang telah dipilih oleh perwakilan sehingga menimbulkan polemik sesama blogger yang berjuang membela negara.


Terlebih dahulu sebenarnya penulis kurang faham apa yang cuba dimaksudkan oleh resolusi nombor dua ini. Adakah ianya bermaksud kita tidak boleh mengkritik Ketua Pemuda UMNO ataupun hanya tidak boleh mengutuk Ketua Pemuda UMNO semata-mata? Kalau mengutuk dengan perkataan-perkataan kesat memang penulis bersetuju tetapi bagaiamana dengan yang mengkritik dengan menggunakan perkataan-perkataan yang lebih berilmiah, adakah mereka akan dikenakan tindakan juga, jika ya penulis tidak bersetuju dengan resolusi ini?

Kalau apa yang saya andaikan benar, maknanya ahli-ahli Blogger Pembela Negara tidak boleh mengkritik Ketua Pemuda UMNO dan juga Perdana Menteri kalaupun mereka melakukan kesilapan. Bagi penulis ahli-ahli BPN berhak mengkritik apa-apa tindakan yang salah, tambahan pula ia adalah salah satu cara untuk membela negara, mereka mengkritik pun kerana sayangkan negara bukan kerana membenci negara.

Merujuk kepada Ketua Pemuda UMNO, mungkin BPN telah terlupa ataupun sengaja buat-buat lupa yang salah satu sebab kejatuhan beberapa negeri BN ke Pakatan Rakyat adalah bencinya rakyat terhadap Khairy Jamaluddin, sekali lagi penulis tidak faham kenapa BPN meistilahkan KJ ini sebagai Pemimpin Pilihan Rakyat, sedangkan kemenangan beliau di Parlimen Rembau pun kerana nasib menyebelahi beliau dan hampir-hampir tersungkur, bermakna beliau bukan menjadi pilihan rakyat. Jadi merasakan tindakan blogger mengkritik beliau kena dengan tempatnya.

Ingatlah sehebat mana pun kita, berjalan di dalam gelab kita tetap memerlukan bantuan lampu. Begitu juga sehebat mana pun pemimpin kita, tetapi dia tetap memerlukan pertolongan rakyat dan mengkritik adalah salah satu caranya.

Jangan pula artikel penulis ini disalah ertikan oleh orang tertentu untuk menyekat Khairy Jamaluddin daripada menjadi anggota kabinet, bagi penulis ini bukan masa yang sesuai untuk Khairy dilantik menganggotai kabinet, mungkin selepas tiba waktu yang sesuai barulah beliau boleh dilantik menggaggotai kabinet.

Bukan niat penulis untuk menyekat rezeki mana-mana orang mahupun pemimpin, tetapi yang terbaik itulah harapan daripada penulis. Dalam pada itu, penulis juga tidak gemar orang yang mengkritik pemimpin dengan gaya yang terlampau-lampau seperti menggunakan perkataan yang tak sepatutnya kerana itu bukan budaya kita.

Tiada salahnya mengkritik asalkan tidak bertentangan dengan norma-norma masyarakat kita, tidak mengandungi tingkah laku bi lazim dan juga kritikan itu perlulah membina dan tidak emosional serta berlandaskan fakta dan bukanya auta.


Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Wednesday, November 25, 2009

Ching Peng - MAAF ATAU TIADA MAAF?

Ching Peng - MAAF ATAU TIADA MAAF?
Oleh: yieMEGA

PARTI KOMUNIS MALAYA (PKM) merupakan parti yang memperjuangkan ideologi komunis yang pernah bertapak di Malaysia (Ketika itu Malaya). Ching Peng adalah salah seorang pendokong perjuangan komunis yang di bawa oleh PKM, ketika ini beliau hidup di dalam buangan kerana PKM telah meninggalkan satu sejarah hitam buat penduduk Malaya (sekarang Malaysia).

Beberapa hari lalu diberitakan bahawa Ching Peng memohon maaf. Ada juga sebilangan rakyat Malaysia yang bersedia untuk maafkan Ching Peng atas alasan usia Ching Peng sudah tua, dan ada juga yang tidak boleh memaafkan Ching Peng kerana kekejaman PKM di masa lalu. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin juga berkata tiada maaf untuk Ching Peng.

Memang adat manusia yang melakukan kesalahan akan memohon keampunan, dan lazimnya manusia akan memaafkan kesilapan manusia tersebut kerana manusia sememangnya tidak lekang daripada melakukan kesilapan. Namun, penulis melihat dalam isu permohonan Ching Peng ini kita perlu berfikir sedalam-dalamnya untuk memaafkan beliau.

Sebagai warga emas, penulis hormati dia, namun apa yang penulis bimbangkan sekiranya beliau dimaafkan dan pulang ke Malaysia walaupun beliau adalah warga emas, kemungkinan besar ideologi komunis akan balik ke Malaysia dan anak-anak muda kita akan terpengaruh dengan ideologi berhaluan kiri itu.

Pada pandangan penulis sekiranya Chin Peng hendak dimaafkan, tidak salah memaafkanya dengan syarat Ching Peng tetap tidak dibenarkan pulang ke Malaysia. Namun, jauh di sudut hati penulis amat sukar untuk penulis memaafkan Ching Peng kerana mengingatkan penderitaan yang terpaksa dilalui oleh nenek moyang kita di zaman kekejaman komunis.

Ada juga pemimpin sesetengah parti politik yang menggesa Ching Peng dimaafkan, mungkin mereka telah lupakan apakah yang telah dilakukan oleh Ching Peng sebelum ini ataupun mungkin mereka ada agenda tersembunyi demi kepentingan politik mereka, maklumlah zaman sekarang ni manusia sanggup berbuat apa sahaja asal dapat kuasa dan menduduki kerusi kepimpinan negara.

Penulis tidak nafikan yang ada juga blogger yang menggesa Ching Peng diberikan keampunan, namun mungkin mereka tidak dapat merasakan bahawa PKM adalah satu pertubuhan kejam. Satu soalan untuk blogger yang menyokong Ching Peng "Andai kata ibu atau ayah anda di bunuh oleh seseorang, dan ketika seseorang itu lanjut usianya dan memohon maaf di atas perbuatanya adakah anda sanggup memaafkanya? Fikir-fikirkanlah....


Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Wednesday, October 14, 2009

UMNO Perlu Betul-Betul Berubah...

Official logo of United Malays National Organi...Image via Wikipedia

UMNO Perlu Betul-Betul Berubah...
Oleh: yieMEGA

KELMARIN bermulalah Perhimpunan Agung Khas UMNO di mana tujuan utamanya adalah untuk meminda perlembagaan UMNO. Di sinilah bermulanya janji-janji di mana UMNO ingin berubah. Syukur juga UMNO dah mulai sedar, namun ia tidak cukup sekadar berjanji ingin berubah sudah menjadi kelaziman janji mesti di kota.

Teringat penulis mengenai satu kata-kata pembakar semangat "Kalau nak buat, buat betul-betul, Buat Biar Betul, Betul-Betul Buat pastikan kita Betul" penulis rasakan kata-kata ini kita boleh hubungkan dengan janji-janji UMNO untuk berubah.

Pada penulis perubahan yang UMNO perlu lakukan bukan setakat 'rebranding' semata-mata. Malah juga bukan setakat perubahan perlembagaan tetapi perubahan sikap ahli UMNO dan pembesar UMNO itu sendiri perlu dititikberatkan.

Adalah lebih elok UMNO bersifat 'Parti Kampung' daripada bersifat 'Parti Korperat'. Hari ini ramai golongan korperat menyertai UMNO tetapi bukanya kerana perjuangan UMNO ia lebih kepada 'perjuangan poket sendiri' seperti mengharapkan projek-projek tertentu daripada Kerajaan. Golongan inilah yang menjadi perosak dalam UMNO atau dengan kata lain mereka ini adalah 'parasit' di dalam UMNO.

Penulis tidak bermaksud menghalang golongan korporat untuk menyertai UMNO, tetapi niat mereka hendaklah dibetulkan biar mereka benar-benar ikhlas untuk berjuang di dalam UMNO. Bukan tak dapat projek dah mula nak jadi 'ular air'.

Begitu juga dengan pemimpin-pemimpin UMNO di peringkat cawangan dan juga Pengerusi JKKK di negeri-negeri yang ditadbir oleh UMNO. Sebagai rakyat Marhaen penulis sudah tidak lagi mendengar rungutan daripada penduduk kampung apabila adanya JKKK yang hanya mementingkan kaum keluarga mereka sahaja. Secara tidak langsung ia memberikan imej yang buruk buat UMNO. Jadi jika UMNO bersedia untuk berubah, golongan ini pun perlu bersedia untuk berubah, pengagihan sebarang bantuan perlulah adil dan saksama dan diberikan kepada semua tak mengira warna dan lambang parti bersesuaian dengan matlamat 1Malaysia.

Para ADUN dan Ahli Parlimen UMNO juga perlu berubah, rungutan yang sering kita dengar ialah ADUN dan Ahli Parlimen sukar ditemui oleh rakyat, malah bukan setakat itu 'muka dan batang hidungnya' hanya boleh dilihat apabila tibanya pilihan raya. Perkara ini telah membuat sentimen kebencian rakyat terhadap UMNO menjadi meningkat, oleh itu selaras dengan kesediaan UMNO untuk berubah, pemimpin-pemimpin ini juga perlu berubah kalau boleh singgah di setiap kedai kopi di kawasan mereka untuk mengambil tahu permasalaahan rakyat terutamanya kedai kopi yang menjadi 'Dewan Rakyat' di mana rakyat-rakyat marhaen bersidang.



Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Sunday, October 4, 2009

Tiga Penjuru Tak Jadi Di Bagan Pinang...

Tiga Penjuru Tak Jadi Di Bagan Pinang...
Oleh: yieMEGA

PENAMAAN Calon bagi Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang di Negeri Sembilan telah berakhir kelmarin. Sebelum ini penulis menjangkakan pertandingan tiga penjuru di Bagan Pinang, namun ramalan penulis itu meleset apabila seorang lagi yang beriya-iya nak jadi calon gagal untuk menjadi calon apabila gagal mengemukakan pencadang dari kawasan Bagan Pinang.

Ekoran dengan itu SPR memutuskan hanya pertandingan satu lawan satu di Bagan Pinang iaitu antara Barisan Nasional dan PAS. Ini bermakna Datuk Isa Samad dan Zulkefli Omar sahaja yang bertanding sebagai calon di PRK Bagan Pinang.

Suasana di tempat penamaan calon agak Panas Sedikit apabila dihujani provokasi, dan mengikut laporan berita dua orang pemimpin UMNO dikasari. Salah seorangnya ditumbuk oleh penyokong pembangkang iaitu Ketua Putera UMNO Abdul Azeez.

Calon-calon yang bertanding wajar dipuji apabila mereka tidak bertelagah sebaliknya terus bermesra antara satu sama lain walaupun mereka dari parti berlawanan dan kedua-dua calon kelihatan ingin bertanding secara semangat setiakawan.

Namun, insiden di kalangan penyokong parti itu langsung tidak menyerupai apa yang dilakukan oleh calon mereka, mereka seolah-olah ghairah untuk berlawan dan tidak mahu bertanding dengan semangat setiakawan.

Khabarnya insiden itu terjadi selepas provokosi penyokong pembangkang gagal membuatkan kedua-dua pemimpin itu naik marah, walaupun pelbagai bentuk provokasi yang digunakan namun ia seolah-olah tidak diendahkan oleh kedua-dua pemimpin tersebut sebaliknya ia mendatangkan marah kepada penyokong pembangkang kerana provokasi mereka tidak menjadi.

Penulis berharap selepas ini tiada lagi insiden seumpama ini akan berlaku semasa Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang berlangsung, berkempenlah secara profesional, jangan jadikan Pilihan Raya Kita sebagai bahan ketawa oleh negara luar. Jangan biarkan emosi menguasai diri anda.

Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Wednesday, September 16, 2009

80% Golongan Muda Tidak Menyokong BN - DAIM

80% Golongan Muda Tidak Menyokong BN - DAIM
Oleh: yieMEGA

80% Golongan Muda Tidak Menyokong Bn itulah fakta angka yang diberikan oleh Tun Daim Zainuddin. Penulis memohon maaf sekiranya fakta ini membuat hati seseorang terluka, namun inilah hakikatnya walaupun pahit kita perlu menelanya juga sebagaimana di waktu kita sakit kita akan menelan ubat yang pahit untuk menyembuhkan penyakit yang dialami.

Bagi penulis fakta angka yang dikemukakan oleh Daim itu ada kebenaranya ini berdasarkan kebanyakkan rakan yang sebaya dengan penulis bukan sahaja tidak berminat dengan BN tetapi langsung terus membenci BN walau apa sahaja yang BN buat ia tidak akan menarik minat mereka.

Kebanyakkan rakan yang sebaya dengan penulis hampir 80% tidak menyokong BN sebaliknya mereka lebih gemar menyokong PAS ataupun PKR atau dengan kata lain Pakatan Rakyat. Penulis pernah bertanya kenapa mereka menyokong Pakatan Rakyat, mereka jawab "peluang untuk kami jadi pemimpin adalah lebih cerah" di dalam Pakatan Rakyat berbanding BN.

Penulis juga bertanya kenapa mereka berpendapat sedemikian? Mereka menjawab di dalam BN sukar untuk golongan-golongan muda untuk membarisi jawatan-jawatan penting bukan sahaja di dalam parti malah di peringkat kerajaan kerana ada pemimpin-pemimpin yang lebih tua seolah-olah ingin menjadi pemimpin seumur hidup dan tidak membenarkan golongan muda naik dengan menggunakan cara-cara tertentu, ianya tidak berlaku pada Pakatan Rakyat.

Penulis berpendapat jika BN mahu Golongan Muda lebih meminati mereka, adalah lebih baik mereka membuat perubahan agar kepimpinan golongan muda di dalam parti tidak diperkecilkan kebolehanya dan tidak disekat untuk mereka bergelar pemimpin parti.

Sebaiknya golongan yang lebih veteran di dalam parti tidak menyekat 'ruang' golongan muda untuk menjadi pemimpin, adalah lebih baik mereka bertindak sebagai 'mentor' kepada golongan muda di dalam parti daripada bertindak sebagai pemimpin golongan muda di dalam parti.

Akhir kalam, BN perlu membuka peluang yang lebih luas kepada golongan muda untuk menunjukkan kebolehan mereka sebagai pemimpin yang serba boleh. Pemimpin-pemimpin yang lebih veteran memberi tunjuk ajar yang sewajarnya demi kesinambungan parti.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Wednesday, July 15, 2009

Antara Peraih Ikan dan Nyawa-Nyawa Ikan...


Antara Peraih Ikan dan Nyawa-Nyawa Ikan...
Oleh: yieMEGA

KEPUTUSAN Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Manek Urai telah diketahui. Di mana Mohd Fauzi telah disytiharkan pemenang bagi DUN Manek Urai dengan Majoriti 65 undi. Walaupun PAS berjaya mengekalkan kerusi DUN Manek Urai tetapi kemenangan itu diibaratkan 'nyawa-nyawa ikan' bagi PAS apabila berlaku kemerosotan undi terhadap PAS dan juga paling mengejutkan apabila beberapa Peti Undi yang dikatakan 'kubu Kuat PAS' telah dimenangi oleh BN. Peti undi tersebut ialah Manek Urai Lama dan Manek Urai Baru.

Bekas Naib Presiden PAS yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan membuat kenyataan 65 undi pun dikira menang sambil menyifatkan senario majoriti tipis itu berlaku kerana 'umpan wang ringgit' yang dilakukan oleh Barisan Nasional (umum mengetahui alasan ini alasan lapuk seolah-olah sekadar untuk melepaskan diri dari lilitan semata-mata).

Apa yang penulis dapat lihat daripada Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai ialah pertambahan sokongan terhadap Barisan Nasional mungkin kerana berlakunya 'peralihan kuasa' ditambah pula 'slogan baru' yang diperkenalkan seperti "1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan"

Selain itu, Strategi atau pendekatan baru yang digunakan oleh Barisan Nasional juga nampaknya membuahkan hasil yang memberangsangnya walaupun gagal merampas DUN Manek Urai tetapi sekurang-kurangya telah menafikan majoriti PAS yang sebelum ini lebih kurang 1,000 lebih. Strategi tersebut adalah strategi Psikologi di mana penulis juga pernah meminta BN Menggunakan strategi Psikologi dalam artikel penulis sebelum ini.

Sebelum ini juga penulis pernah 'menegur' penulis bebas Mohd Sayuti Omar (MSO) mengenai artikel beliau yang seakan-akan terlalu yakin PAS akan menang dengan majoriti besar di Manek Urai, nampaknya teguran penulis itu ada kebenaranya apabila 'virus senyap' hampir-hampir melumpuhkan PAS di Manek Urai.

Dalam artikel lain sebelum ini yang juga dikeluarkan oleh MSO, membuat ramalan bahawa PAS akan memenangi DUN Manek Urai tetapi majoritinya akan berkurang iaitu dengan kemenangan majoriti 500 undi, walaupun ramalan MSO dikatakan meleset dari segi bilangan majoriti undian tetapi sekurang-kurangya ramalan bahawa majoriti pas bakal berkurang adalah tepat.

Apa yang Penulis dapat rumuskan dalam Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai berlaku persandingan sengit tidak sebagaimana biasa yang lazimnya BN akan ditinggal jauh ke belakang oleh PAS. Namun kali ini ada sedikit perubahan di mana kadang-kadang BN Mendahului dan Kemudian PAS Mendahului....


Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Saturday, July 11, 2009

100 Hari Najib Menjana perubahan...

100 Hari Najib Menjana Perubahan
Oleh: yieMEGA

Hari ini genaplah 100 hari Perdana Menteri Malaysia yang Keenam iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak membawa perubahan kepada Malaysia. 100 Hari dikatakan tempoh eddah bagi seseorang ahli politik ataupun dengan kata lain ia merupakan tempoh 'Percubaan" sebagai Perdana Menteri.

Biasanya insan politik akan, berusaha-usaha bersungguh-sungguh dalam eddah yang dinyatakan ini bagi memastikan kepimpinan beliau diterima oleh rakyat dari setiap genap lapisan masyarakat yang bertaraf 'MultiCultural' di Malaysia ini. DS Najib perlu berusaha untuk memuaskan hati semua pihak di dalam tempoh ini dan juga tempoh selepas ini.

Kalau kita lihat 100 hari DS Najib sebagai Perdana Menteri banyak juga perubahan yang beliau telah lakukan yang bersifat serampang dua mata iaitu memberi kesenangan kepada rakyat dan dalam masa yang sama memperkukuhkan semula kedudukan Barisan Nasional sebagai parti pemerintah di Malaysia.

Antara perkara-perkara baru yang diperkenalkan beliau adalah konsep 1Malaysia di mana menyeru ke arah masyarakat berbilang bangsa di Malaysia menghormati antara satu sama lain dan bernaung di bawah payung bernama Malaysia. Ia adalah usaha ke arah perpaduan nasional. Namun, adat manusia sukar berpuas hati dengan pendekatan orang lain jadi ada juga yang mendakwa bahawa konsep 1Malaysia ini hanyalah retorik semata-mata.

DS Najib juga telah memperkenalkan Biasiswa Nasional yang diberikan secara merit yang membawa maksud hanya yang betul-betul layak sahaja dapat. Biasiswa ini telah sedikit sebanyak mendatangkan kemarahan sesetengah pihak, penulis sendiri pernah mengkritik penubuhan biasiswa ini kerana penulis rasakan ia seolah-olah terlalu gelojoh untuk mengembalikan kepercayaan bangsa lain terhadap BN, namun setelah penulis mengkaji semula ada baiknya juga penubuhan Biasiswa Nasional ini.

Dalam masa yang sama, 100 hari sebelum ini DS Najib telah melaksanakan beberapa 'revolusi ekonomi' dengan meliberalkan ekonomi dalam usaha memulihkan ekonomi Malaysia hasil daripada kelembapan ekonomi dunia.

Selain itu, beliau juga dikatakan berusaha sedaya upaya untuk menghapuskan 'identiti' bangsawan yang berada di dalam susuk tubuhnya itu, ini jelas apabila beliau 'turun padang' kepada banyak kawasan yang menjadi permasalahan rakyat seperti LRT, tempat penjaja dan bermacam-macam lagi.

Setakat ini, maaf cakap penulis boleh memberikan Najib 98% markah di atas kesungguhan beliau untuk melakukan perubahan di Malaysia, markah ini penulis berikan berdasarkan apa yang telah dilakukan oleh beliau 100 hari sebelum ini, permakahan seterusnya akan menyusul selepas 100 hari akan datang.


Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Monday, July 6, 2009

Menjawab Komen Parti KeADILan Bahagian Seremban...

Suara Generasi Muda Malaysia & adalah generasi BN dan mempunyai rentak UMNO / BN. jadi apa yang dikomenkan mempunyai prinsip BN tetapi sebagai membangun bersama ISLAH membangun bersama perjuangan keadilan dan keimanan siapa jua calon berpegang prinsip alQuran dan Hadis sbg jalan arah hidup maka nilai wang ringgit, harta tidak terlihat oleh mata sbg pedoman pentadbiran, kepimpinan dan mengimarahkan rakyat sebagai jalan pentadbiran bukan sbg.peraih diwaktu pilihan raya aje akhirnya nilai sbnr hilang tanpa prinsip...di sini pada pandangan prinsip keislaman lebih dari segalanya.....
- Parti Keadilan Bahagian Seremban (http://pkrseremban.blogspot.com/ )


Terlebih dahulu penulis mengucapkan terima kasih kepada PKR Bahagian Seremban kerana sudi komen dalam blog Suara Generasi Muda Malaysia ini. Penulis juga mengucapkan tahniah kepada PKR Bahagian Seremban kerana telah memberikan komen yang tidak bersifat subversif dan emosional inilah cara komen yang paling betul walaupun tidak bersetuju dengan penulis tetapi tidaklah mengeluarkan komen yang emosional dan subversif seperti kebanyakkan komen yang penulis pernah terima sebelum ini.

Dalam pada itu penulis ingin memberikan sedikit pujian kepada PKR Bahagian Seremban kerana telah mengekalkan nilai Budi Bahasa dalam memberikan komen. Penulis tidak 'double stardard' dalam memuji orang kerana yang benar perlu dikatakan benar, yang salah perlu dikatakan salah.

Penulis melihat komen yang diberikan oleh PKR Bahagian Seremban bersifat membina dan bukanya sekadar melempiaskan nafsu amarah seperti mana-mana 'jurukomen' yang pernah 'komen' blog ini sebelum ini.

Terima kasih sekali lagi penulis ucapkan kepada PKR Bahagian Seremban di atas 'susah payah' memberikan komen di blog ini. Penulis ingin menjelaskan kepada PKR Bahagian Seremban bahawa penulis bukanlah 'jurutulis' berbayar bagi pihak Barisan Nasional dan penulis sudah cuba sedaya upaya untuk 'mengurangkan' rentak BN di dalam penulisan penulis cuma penulis berpegang kepada prinsip yang salah perlu dikatakan salah, yang benar perlu dikatakan benar. Kalau PKR Bahagian Seremban masih ingat sudah banyak artikel penulis yang mengkritik beberapa dasar Barisan Nasional untuk menampakkan penulisan penulis yang lebih adil penulis juga mengkritik parti yang lain adalah diharap PKR Bahagian Seremban dapat menerima penjelasan ini dengan hati yang terbuka.

Penulis sentiasa akan memastikan agar penulisan artikel penulis bebas mengkritik sesiapa sahaja yang penulis rasakan melakukan satu tindakan yang tidak betul, pernah juga sebelum ini seorang 'jurukomen' blog ini bertanyakan penulis dengan soalan "Parti Apa Yang Menjadi Anutan Penulis' kerana beliau mendapati penulisan artikel penulis sekejap condong ke pembangkang sekejap condong ke Barisan Nasional". Apa yang penulis jawab ialah "Itulah prinsip saya di dalam menulis, parti apa saya anuti biarlah rahsia".

Prinsip yang sentiasa penulis pegang sampai ke hari ini ialah "Mengkritik Bukan Bermakna Tidak menyokong, Menyokong bukan bermakna tidak perlu mengkritik" jadi penulis berharap PKR Bahagian Seremban dapat memahami apa yang dimaksudkan dengan 'prinsip' penulis ini.

Penulis tidak juga menolak bahawa 'prinsip keislaman' tidak penting di dalam politik. Penulis sendiri pernah menegur beberapa pemimpin besar di dalam BN yang terbaru mengenai keprihatinan kerajaan tentang "Solat" di kalangan rakyat Malaysia yang penulis tujukan terus kepada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak.

Penulis sentiasa berusaha agar memastikan 'prinsip keislaman' tidak diabaikan oleh mereka-mereka yang bertanggungjawab dengan mengeluarkan artikel-artikel yang bertindak ke arah 'memartabatkan' 'prinsip keislaman' di dalam pemerintahan tidak kira siapa.

Penulis berharap selepas ini tidak berlaku 'salah tafsir' terhadap penulisan penulis di dalam blog ini, pelayar blog ini hanya perlu ingat prinsip penulis adalah "Mengkritik Bukan Kerana Tidak Menyokong, Menyokong bukan bermakna tidak boleh mengkritik" Jadi fikir-fikirkanlah....




Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Monday, June 29, 2009

Biasiswa Nasional - Kerajaan Jangan Terlalu Gelojoh...

Artikel penulis kali ini ingin bercakap mengenai Biasiswa Nasional atau akronimnya BN, eh kebetulan akronimnya sama dengan Barisan Nasional. Dalam merealisasikan hasrat 1Malaysia memanglah Biasiswa Nasional selaras dengan 1Malaysia tetapi kerajaan tidak boleh 'terlalu gelojoh' untuk melaksanakanya.

Petang tadi penulis seperti biasa Selepas Solat Asar di Masjid penulis akan singgah di kedai untuk berbual-bual dengan rakan-rakan penulis. Topik yang dibincangkan hari ini ialah mengenai Biasiswa Nasional, rata-rata rakan penulis yang berbangsa Melayu 'bimbang' dengan "Biasiswa Nasional".

Kebimbangan mereka pasti ada sebabnya dan penulis juga terikut sama rasa bimbang dengan senario ini. Ya mereka tidak menentang nak melaksanakan dasar 1Malaysia mereka menyokongnya atas dasar 'perpaduan nasional', namun sebelum melakukan sesuatu perubahan janganlah terlalu gelojoh kerana ia bakalan membuat rakyat tergamam dan 'terkejut beruk'.

Memang benar ini adalah di antara 'hadiah' kerana kegagalan orang Melayu yang juga beragama Islam bersatu. Pihak yang lain menuntut macam-macam kadang-kadang perkara yang tidak masuk akal ini juga adalah rentetan daripada 'Ketuanan Rakyat' yang dijaja Anwar Ibrahim menyebabkan mereka itu menuntut macam-macam.

Penulis menggesa kerajaan agar tidak terlalu gelojoh di dalam melaksanakan Biasiswa Nasional ini, penulis yakin dengan isu Biasiswa Nasional ini 'peluang BN di Manek Urai kembali gelab' kerana pihak pembangkang akan memanipulasikan isu ini.

Penulis bersetuju sekiranya kerajaan hendak melaksanakan dasar 1Malaysia tetapi janganlah menampakkah kegelojohan yang melampau. Benar, mereka juga rakyat Malaysia tetapi apabila meritrokrasi dijalankan penulis percaya ramai anak-anak bangsa kita yang ketinggalan jauh ke belakang.

Sekiranya kerajaan hendak meneruskan juga Biasiswa Nasional pastikan perkara itu dikaji dengan betul-betul jangan nanti 'rumah dah siap pahat masih berbunyi', sebelum perlaksanaan kalau boleh perjelaskan kepada rakyat apa itu Biasiswa Nasional dan berikan sekali apa kelemahan dan kebaikanya sebelum ia dijadikan realiti.


Akhir Kalam seperti biasa penulis akhiri dengan mutiara kata. Kali ini Mutiara Katanya berbunyi bergini "Perpaduan Nasional Tidak Semestinya Kita Perlu Berikan Semuanya, pemberian biarlah berpada jangan nanti diharapkan emas akhirnya dapat besi buruk" Jadi Fikir-fikirkanlah....


Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Sunday, June 28, 2009

Tuan Aziz Tuan Mat Calon BN Di Manek Urai...

Tuan Aziz Tuan Mat telah diumumkan sebagai calon Barisan Nasional untuk Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai. Beliau berumur 39 tahun dan merupakan pengurus Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR).

Pegumumuman tersebut dibuat oleh Timbalan Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin di Kelantan. Beliau bakal bertanding dengan Calon PAS Fauzi Abdullah berumur 50 tahun yang merupakan seorang pemborong ikan.

Ada desas-desus yang mengatakan bahawa calon BN ini iaitu Tuan Aziz Tuan Mat ini tidak direstui oleh Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai, namun tidak dapat dipastikan adakah desas-desus ini benar ataupun tidak, sekiranya benar maka BN terpaksa melalui jalan yang sukar untuk memenangi PRK Manek Urai ini.

Mungkin BN perlu bekerja lebih kuat lagi untuk menawan 'kubu kuat' PAS ini, di mana untuk rekod baru sekali PAS gagal mempertahankan kerusi ini pada tahun 2004. Budaya 'cah keting' yang sinonim dengan UMNO Kelantan juga mungkin akan 'membantutkan' peluang BN.

Usaha yang kuat dan juga penyatuan ahli UMNO juga boleh menjadi faktor penentu kemenangan BN di Manek Urai selain Pengundi Atas Pagar. BN juga jangan sekali-kali melupakan peranan 'pengundi atas pagar' kerana mereka boleh jadi faktor penentu kemenangan BN di Manek Urai.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Saturday, June 20, 2009

Akhirnya Nik Aziz Mengaku Emosional...

Isu Kerajaan Perpaduan yang membawa kepada pertikaian di antara Mursyidul Am PAS dan juga Timbalan Presiden PAS membawa kepada pengakuan Mursyidul Am PAS itu yang berkata beliau mengaku bahawa kenyataan yang dikeluarkanya di Kota Bharu terhadap Timbalan Presiden PAS iaitu Ustaz Nasharuddin Mat Isa kerana terlalu ikutkan perasaan marah atau dalam kata lain 'emosional'.

Isu Kerajaan Perpaduan juga mendapat tentangan daripada sepuluh Ahli Parlimen PAS dan menolak idea kerajaan perpaduan ini dengan membuat kenyataan bersama baru-baru ini. Paling kesemua ahli parlimen ini adalah yang berwalikan Anwar Ibrahim atau dengan kata lain "Stealth Soldier" Anwar Ibrahim.

10 Ahli Parlimen ini boleh dianggap virus yang dihantar kepada PAS untuk memastikan PAS terus mengikut telunjuknya sampai bila-bila demi merealisasikan hasratnya untuk menjadi Perdana Menteri dan membolot kekayaan negara itulah sebenarnya apa yang cuba diperjuangkan oleh Anwar Ibrahim, perjuangan untuk rakyat yang kononya Anwar Ibrahim itu perjuangkan itu hanyalah sekadar topeng untuk menutup impian peribadinya.

Penulis tetap berpegang kepada "Bersatu Teguh, Bercerai Roboh" kerana jika kita tidak bersatu ia akan mendatangkan bahaya pada kita, akan ada orang yang ketiga yang cuba "menangguk di air yang keruh" kerana kita tidak bersatu, mereka akan menuntut macam-macam perkara yang tidak masuk akal sekiranya tidak bersatu.

Penulis secara dasarnya bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Mohd Sayuti Omar di Blog Merah Tinta MSO yang boleh diikuti dengan KLIK DISINI. Kata-kata mutiara untuk kali ini ialah "Setinggi mana kita berada walau sehebat manapun kita akan jatuh ke bawah juga" Jadi Fikir-fikirkanlah....
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin