Bilangan Pengunjung:

Showing posts with label Education. Show all posts
Showing posts with label Education. Show all posts

Friday, October 8, 2010

BN Jangan Terlalu Yakin di Galas

Flag of Barisan Nasional.Image via Wikipedia
BN Jangan Terlalu Yakin di Galas
Oleh: yieMEGA

BARISAN NASIONAL nampaknya terlalu yakin menang di Galas. Sindrom terlalu yakin ini amatlah merbahaya buat BN kerana ia boleh makan diri. Kenyataan Pengarah Pilihan Raya Kecil Galas PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman pada dasarnya kelihatan mengambarkan PAS mungkin lemah di Galas tetapi sebenarnya ia adalah 'strategi psikologi' PAS untuk melekakan lawanya, kalau tersilap tafsir pasti petugas-petugas BN akan terleka di dodoikan cerita-cerita sebegitu.

Ini bukan masanya untuk BN terlalu yakin dengan kemenangan. Kita lihat di pengalaman-pengalaman PRK yang lalu apa akan jadi sekiranya BN terlalu yakin dengan kemenangan mereka, akhirnya mereka tewas, ini berbeza dengan apa yang berlaku di Bagan Pinang di mana BN tidak kelihatan terlalu yakin untuk menang.

Penulis akui sekiranya BN mempertaruhkan YBM Tengku Razaleigh Hamzah mereka berpeluang untuk menang di Galas, namun perlu diingatkan di sini walaubagaimanapun mereka tidak boleh merendahkan kemampuan PAS kerana PAS pun mempunyai peluang untuk menang di sana dengan alasan yang tersendiri.

Apa yang penulis lihat, tujuan sebenar PAS melabelkan mereka sebagai 'underdog' adalah untuk membuat petugas-petugas BN terleka dan dengan strategi ini mereka akan mendapat 'laluan mudah' untuk memenangi PRK tersebut.

Penulis meminta semua petugas-petugas pilihan raya BN supaya tidak terpengaruh dengan 'strategi Psikologi' PAS ini kerana kelak ia akan membahayakan pencapaian parti. Tindakan PAS melabelkan PAS sebagai 'underdog' sebenarnya bukan perkara baru, malah Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri sebelum ini telah mengatakan BN adalah 'underdog' dan hasilnya BN menang di Pilihan Raya tersebut kerana petugas-petugas kempen PAS terjerat dengan 'strategi psikologi' BN.

Dalam masa yang sama, penulis ingin meminta kesemua pemimpin-pemimpin UMNO menghentikan kenyataan-kenyataan yang mereka terlalu yakin untuk memenangi PRK tersebut.

Apa yang boleh penulis katakan sekiranya selain daripada Tengku Razaleigh menjadi calon di Galas, penulis percaya peluang untuk memenangi pilihan raya tersebut agaklah tipis, ini menjadikan calon BN akan menjadi 'Calon Underdog'.
Enhanced by Zemanta

Baca Lagi!

Wednesday, September 15, 2010

Bantahan Terhadap Cadangan CUEPACS


Bantahan Terhadap Cadangan CUEPACS
Oleh: yieMEGA

KELMARIN Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Perkhidmatan Awam atau ringkasnya Cuepacs telah mencadangkan kepada kerajaan supaya usia persaraan dinaikkan dari 58 tahun pada masa ini kepada 60 tahun kerana kata mereka di negara-negara lain umur persaraan kebanyakkanya 60 tahun, jadi Malaysia pun perlu mengambil mereka sebagai contoh.

Ini bukan kali pertama Cuepacs mencadangkan umur bersara dinaikkan, malah umur bersara yang baru dinaikkan baru-baru ini pun ianya dicadangkan oleh Cuepacs. Penulis tidak bersetuju dengan cadangan Cuepacs tersebut kerana ianya akan memberi impak yang sangat besar kepada negara kita.

Pertama sekali, sekiranya umur bersara dinaikkan dari 58 tahun ke 60 tahun, besar kemungkinan kadar pengganguran di dalam negara semakin bertambah, ia sesuatu yang tidak elok untuk ekonomi negara kita. Cuba bayangkan had umur bersara 58 tahun pun kadar pengangguran masuh tinggi, inikan pula dilanjutkan sehingga 60 tahun. Penulis merasakan cadanga Cuepacs ini tidak praktikal.

Apabila kadar pengangguran tinggi ia dikhuatiri mendatangkan masalah lain seperti peningkatan kes-kes jenayah berdasarkan teori pengangguran akan menggangu ekonomi negara dan sepertimana kata kebanyakkan pakar ekonomi "If Economy Go Down, Crime Go UP". Secara tidak langsung jika cadangan Cuepacs ini dilaksanakan ia akan mengundang peningkatan kes jenayah.

Tambahan pula, mengikut tahap-tahap kehidupan berdasarkan ilmu Psikologi umur 55 tahun ke atas sudah hilang motivasi dirinya dan juga semangat kerja juga akan berkurangan. Kerja secara acuh dan tak acuh mula menjadi pilihan pada waktu umur ini atau dalam bahasa yang lebih mudah, biasanya pekerja di dalam lingkungan umur ini akan dijangkiti sindrom 'Malas Bekerja'. Ini bermakna Kerajaan terpaksa mengeluarkan peruntukkan wang rakyat untuk pekerja yang kurang kualiti kerjanya.

Dengan ini, penulis berpendapat cadangan Cuepacs ini harus dibantah kerana ia akan merugikan negara dan juga matlamat "Pencapaian diutamakan" tidak akan tercapai sekiranya kerajaan menerima pakai cadangan Cuepacs ini.

Kepada Cuepacs penulis ingin menyatakan jangan hanya pandai mengeluarkan cadangan tanpa berfikir apa implikasinya terhadap orang-orang yang berada di luar daripada kongres itu contohnya siswazah-siswazah yang masih ramai menganggur. Dalam masa yang sama, penulis merasakan umur bersara yang terbaik bagi kakitangan awam ialah 55 tahun sepertimana yang telah diamalkan Kerajaan sebelum ini.
Enhanced by Zemanta

Baca Lagi!

Saturday, June 6, 2009

Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Menjunjung Tahniah...


Hari ini tanggal 6 Jun 2009 merupakan hari bersejarah bagi negara apabila Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung Tuanku Mizan Zainal Abdin Ibni Al Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Bilal Shah meraikan Hari Keputeraan Baginda dan Pada Kesempatan ini Patik Pacar yang hina menjunjung Tahniah diatas sambutan Hari Keputeraan Tuanku.

Patik Doakan agar Tuanku dikurniakan Kesihatan yang baik dan dapat Memerintah Malaysia dengan penuh hikmah yakni Bijaksana ke hadrat Allah Tuhan Seru Sekalian Alam. Sepanjang pemerintahan Tuanku patik merasa sungguh selesa dek kerana Kebijaksanaan Tuanku Memerintah dengan Adil dan Bijaksana.

Patik juga berharap agar Tuanku dapat terus memberi pandangan yang berguna kepada Memanda Perdana Menteri ke enam iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak. Patik juga ingin menjunjung Kasih di atas pemerintahan Adil dan Saksama yang Tuanku berikan pada patik dan rakyat jelata sebelum ini. Moga Allah merahmati Tuanku, demikianlah sudah ucapan menjunjung Tahniah patik untuk DYMM Tuanku akhir kata, Tuanku Payung Rakyat Negara ini.

Daulat Tuanku Daulat Tuanku Daulat Tuanku Daulat Tuanku Daulat Tuanku Daulat Tuanku Daulat Tuanku
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Saturday, May 16, 2009

Guru Pembina Negara Bangsa



"Guru Pembina Negara Bangsa" itulah tema bagi sambutan hari guru pada tahun ini. Sebenarnya misi "Membina Negara Bangsa" ini terdapat di dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).

Jasa Guru memang tidak ternilai, mereka ibarat lilin membakar diri untuk menerangi dan kesenangan orang lain. Pada zaman penulis bersekolah dulu pelajar-pelajar sekolah memang menghormati guru dan tidak berani untuk melawan guru.

Namun, itu dulu, sekarang zaman sudah berubah dunia sudah maju. Kalau perhatikan pada hari ini berapa kerat sahaja pelajar-pelajar sekolah yang menghormati gurunya. Pada masa ini lebih ramai pelajar yang suka melawan guru. Kerjaya sebagai seorang guru memang mencabar dewasa ini.

Ditambah pula dengan banyak ibu-bapa yang "Educated" dan juga suka menyebelahi anak-anak mereka membuta tuli tanpa usul periksa. Pendek kata sekiranya guru membuat silap sedikit mereka akan berdepan dengan saman yang akan dikenakan oleh pihak ibu-bapa. Penulis memberi contoh jika dahulu kita dirotan ataupun apa sahaja di sekolah kita balik dan cerita kepada ibu-bapa kita, apa yang kita dapat ialah silap-silap mereka akan menambah rotan kat kita, namun itu dulu, sekarang ibu-bapa lebih mendengar anak daripada guru.

Cabaran sebagai seorang guru dewasa ini memang agak mencabar jika dibandingkan dengan dahulu. Penulis kecewa dengan kebanyakkan ibu bapa yang suka menyebelahi anak mereka, tak hairanlah bilangan Pelajar sekolah yang terlibat dengan jenayah semakin meningkat dari hari ke hari.

Pada masa ini undang-undang melibatkan guru lebih memihak kepada ibu-bapa, guru terlalu terikat dengan undang-undang yang langsung tidak memberi keuntungan kepada guru. Pihak kerajaan sepatutnya menggubal undang-undang yang lebih "pro" kepada guru agar misi membina negara bangsa dapat menjadi realiti.

Di kesempatan ini, penulis ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada guru-guru yang pernah mengajar penulis dari tadika hinggalah sekolah menengah. Jasamu sentiasa aku kenang sampai bila-bila, terima kasih di atas ilmumu.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin