Negara Dikuasai Politik Pegampu
Oleh: yieMEGA
Oleh: yieMEGA
ARTIKEL penulis pada kali ini berkisar tentang suatu fenomena baru yang timbul di arena politik tanah air kita. Fenomena yang penulis gelarkanya sebagai 'Politik Pengampu'. Menurut Kamus Pelajar Dewan Bahasa Pengampu bermaksud orang yang suka mengampu atau memuji-muji seseorang.
Dewasa ini semakin banyak lahir pemimpin-pemimpin yang suka jadi pengampu. Paling melampau lagi pegampu ini akan menyerang sesiapa sahaja yang menyerang orang yang di ampunya. Sebenarnya pada pandangan penulis pengampu sememangnya tidak layak untuk bergelar pemimpin kerana mereka juga mungkin bergelar pemimpin kerana 'kuat mengampu'.
Kewujudan Pengampu dalam dunia politik hari ini tumbuh bak cendawan tumbuh selepas hujan. Pengampu selalunya tidak mengambil peduli apa orang bawah kata tetapi mereka lebih kepada mengambil tindakan sendiri dengan menyokong 100% orang yang disokongnya walaupun kredibiliti orang yang disokongnya itu diragui oleh akar umbi.
Tidak keterlaluan kewujudan pengampu dalam politik ini boleh mendatangkan bahaya besar kepada parti-parti politik di tanah air. Kewujudan golongan pengampu ini jugalah menyebabkan masalah-masalah rakyat peringkat bawahan gagal diselesaikan dengan baik. Permasalaahan rakyat di peringkat bawahan gagal diterjemah dengan baik dan hasilnya rakyat memberi undi kepada parti lawan. Itu hakikat yang kita kena akui.
Baca Lagi!




