Bilangan Pengunjung:

Showing posts with label Bajet. Show all posts
Showing posts with label Bajet. Show all posts

Wednesday, October 5, 2011

Bajet Angan-Angan Anwar

Bajet Angan-Angan Anwar
Oleh: yieMEGA

PENULIS percaya umum sudah mengetahui mengenai pembentangan Bajet "Kerajaan Dalam Penantian" Pakatan Rakyat yang telah dibentangkan oleh Anwar Ibrahim beberapa hari lalu. Bagi mereka-mereka yang masih belum mengetahuinya mereka boleh menyemak perkara tersebut di sini.

Banyak juga perkara-perkara yang dijanjikan Anwar di dalam Bajet Bayangan tersebut. Antara Kandungan Bajet Bayangan tersebut adalah sepertimana di bawah ini:

Bonus kepada warga emas yang berpendapatan tahunan RM18,000 ke bawah sebanyak RM 1000 setahun.
Elaun Suri Rumah diberikan RM1000 dan suri rumah digalakkan menabung di dalam KWSP.
Gaji Minima RM 1,100 diperkenalkan
Golongan Pendidik akan mendapat Elaun Khas RM 500 sebulan
Penjualan Lesen Import Akan Dibuat Secara Lelongan untuk menambah pendapatan negara

Indah sungguh janji-janji yang dibuat oleh Anwar Ibrahim dalam bajet angan-angan beliau. Mungkin sesiapa sahaja yang mendengarnya pasti akan terpengaruh dengan bajet angan-angan yang dibentangkan oleh Anwar itu. Tak apalah kalau Anwar rasa dia mampu buat begitu jangan nanti indah khabar dari rupa pula.

Tinggal lebih kurang dua hari lagi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan membentangkan Belanjawan 2012, kita nantikan apakah berita baik dan berita buruk mengenai belanjawan yang bakal dibentangkan oleh PM kelak. Menurut ramalan, bajet pada kali ini akan menfokuskan kepada mengurangkan bebanan rakyat, marilah sama-sama kita tunggu dan lihat.

Berbalik kita kepada bajet angan-angan yang dibentangkan oleh Anwar, bagi penulis begitu mudah kita membuat janji kerana ianya hanya bermodalkan air liur semata-mata, walaubagaimanapun untuk menunaikan janji agak susah kerana ia memerlukan modal wang ringgit.

Penulis tidak pasti bilakah "Kerajaan Dalam Penantian" akan berkuasa, kita cuma tunggu dan lihat ajelah. Hebat juga bunyi "Kerajaan Dalam Penantian" kelihatan Pakatan Rakyat begitu yakin untuk merampas Putrajaya daripada Barisan Nasional.

Nasihat penulis kepada Pakatan Rakyat, janganlah terlalu yakin yang mereka boleh menawan Putrajaya dalam PRU yang akan datang kerana di dalam politik macam-macam perkara yang mustahil boleh menjadi kenyataan. Ingatlah jika mereka terlalu yakin pasti ianya akan memakan diri.

Dalam pada itu, kepada Kerajaan Malaysia yang masih dikuasai oleh Barisan Nasional sekarang ini hendaklah memastikan bajet yang akan dibentangkan pada Jumaat ini benar-benar dapat meringankan  bebanan rakyat yang semakin hari semakin meningkat.

Kepada "Kerajaan Dalam Penantian" bersabarlah menanti kerana di sini menunggu saat "Kerajaan Dalam Penantian" berkuasa untuk melihat sejauh mana prestasi kerajaan tersebut.

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin