Bilangan Pengunjung:

Showing posts with label Ada. Show all posts
Showing posts with label Ada. Show all posts

Thursday, July 30, 2009

Bilakah Mentaliti Bangsaku Nak Berubah?

Bilakah Mentaliti Bangsaku Nak Berubah?
Oleh: yieMEGA

MENTALITI bangsaku masih tak berubah dari hari ke hari. Nak pastikan tandas awas bersih dan kebersihan tandas terjaga terpaksa pula diadakan kempen Tandas Bersih. Nak memulakan perniagaan pula tak ada modal lepas tu buat pinjaman dengan TEKUN dan Amanah Ikhtiar, dapat pula bukan guna untuk memajukan perniagaan sebaliknya buat bergaya akhir sekali mereka tak mampu bangsaku tak mampu bayar pinjaman tersebut.

Bila tak mampu bayar pinjaman, mulalah cari jalan yang singkat buat pulak pinjaman dengan along, dapat duit bukan buat bayar pinjaman TEKUN atau Amanah Ikhtiar sebaliknya terus bergaya dengan membeli kereta-kereta dan macam barang-barang peribadi. Akhir sekali, tak dapat bayar pinjaman Along, Along pun cari nak potong kepala pasal tak bayar pinjaman. Bilakah mentaliti ini nak berubah.

Bab pergaulan sesama bangsapun bangsaku masih di takuk lama, dan seringkali bergaduh sesama bangsa, kalau nak ikutkan pergaduhan sesama bangsa ni berlaku sejak dari zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, empayar Melaka jatuh disebabkan pertelingkahan sesama bangsa. Zaman Dato Onn' pun masih ada pergaduhan sesama bangsa, kini walaupun zaman Dato Onn' dan Kejatuhan Empayar Melaka sudah lama berlalu pun masih ada pergaduhan sesama bangsa.

Bangsaku sepatunya mencontohi bangsa lain, walaupun mereka berbeza fahaman politik zahirnya, namun dari segi batinya merek bersatu, dan penyatuan mereka kukuh disebalik 'Persatuan-Persatuan Bangsa Bukan Politik' tapi ia tidak berlaku pada bangsaku masing-masing berkeras untuk mempertahankan ideologi politik masing-masing sehinggakan mengabaikan penyatuan bangsa dan mungkin satu hari nanti bangsaku ini akan kehilangan negara Malaysia yang tercinta ini sepertimana nasib bangsaku di Singapura.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Rakyat Didahulukan: Kerajaan Perlu Kaji Semula Bayaran Insurans Kenderaan Motor

Rakyat Didahulukan: Kerajaan Perlu Kaji Semula Bayaran Insurans Kenderaan Motor
Oleh: yieMEGA

MENJADI kebiasaan bagi penulis selepas Solat Asar Berjemaah penulis akan singgah di kedai kopi untuk mendengar apa isu-isu semasa yang dibincangkan oleh 'jemaah kedai kopi' kerana penulis berpandangan dengan berkunjung ke kedai kopi penulis akan dapat gambaran sebenar permasalahan yang dialami rakyat.

Kelmarin kebetulan rata-rata 'jemaah Kedai Kopi' berbincang mengenai isu Insurans Kenderaan Motor. Izinkan penulis menggunakan istilah 'Wakil Rakyat Kedai Kopi' menjadi istilah pengganti kepada 'Jemaah Kedai Kopi'.

Kebanyakkan daripada mereka melahirkan rasa tidak berpuas hati dengan kadar bayaran baru insurans kenderaan motor yang dikatakan terlalu membebankan. Ada yang mendakwa insurans motosikalnya naik sehingga empat kali ganda. Sebagai contoh jika insurans motornya sebelum ini 100 jadi beliau terpaksa membayar RM100x4 bersamaan dengan RM400. Secara tidak langsung ia memang membebankan.

Bagaimana pula yang mereka hanya membayar sahaja insurans tersebut tetapi tidak pernah membuat sebarang tuntutan(Claim). Jadi mereka seolah-olah memberikan duit semata-mata padahal pada masa yang sama Syarikat Insurans mengaut keuntungan berlipat kali ganda. Bertahun-tahun mereka membayar insurans tetapi mereka tidak ada apa-apa keuntungan buat mereka, Adakah adil ini?

Memang penulis tidak dinafikan mereka diberikan potongan NCD, namun ia tidak mampu meringankan beban mereka. Perlu diingatkan di sini, motosikal dimiliki oleh semua golongan termasuk golongan bawahan yang berpendapatan rendah jadi secara tidak langsung rakyat marhaen ini akan terbeban denganya ataupun mereka memilih dengan cara tidak memperbaharui Insurans dan juga Lesen Kenderaan Motor mereka.

Penulis merayu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengambil pusing di dalam hal ini selaras dengan slogan rakyat didahulukan yang dilaung-laungkan beliau demi kepentingan rakyat dan juga untuk kelebihan beliau sendiri selaku Perdana Menteri.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Monday, July 6, 2009

Merisik Khabar Di Manek Urai...

Merisik Khabar Di Manek Urai....
Oleh: yieMEGA
Penyatuan Islam

Terlebih dahulu penulis ingin memohon maaf kerana kelewatan menyiarkan artikel berkenaan dengan Penamaan Calon Untuk Pilihan Raya Kecil Manek Urai, sebenarnya penulis merancang untuk menerbitkan pada petang tadi sekitar pada pukul enam petang, namun setelah penulis mendapat komen daripada PKR Bahagian Seremban jadi penulis memberi laluan untuk menjawab komen PKR Bahagian Seremban tersebut untuk mengelakkan penulis terlupa untuk menjawab komen tersebut nanti apa pula kata mereka, manalah tahu mereka akan kata penulis 'tong sampahkan' komen mereka.

Oleh yang demikian penulis telah menggunakan peluang yang ada pada petang tadi untuk menjawab komen PKR Bahagian Seremban itu, sekali lagi penulis mengucapkan Terima Kasih kepada PKR Bahagian Seremban kerana tidak memberi komen yang bersifat emosional dan subversif. Cara mereka komen wajar dicontohi oleh 'jurukomen' lain blog ini tidak kiralah mereka bernaung di bawah bendera mana sekalipun tetapi jagalah budi bahasa dalam memberikan komen dan janganlah menjadikan komen anda yang boleh dikategorikan sebagai 18SG ataupun 18SX.

Setakat itu sahaja penulis akan menyentuh mengenai kenapa penulis lewat menerbitkan artikel berkenaan dengan Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai. Penulis ingin terus bercerita mengenai Penamaan Calon di Manek Urai. Alhamdulillah tiada 'pergeseran' yang berlaku di Manek Urai, penulis amat gembira dengan situasi ini. Mungkin ini adalah kerana 'pengaruh Kerajaan Perpaduan' masih melekat di kalangan penyokong parti walaupun ianya telah 'ditalkinkan' baru-baru ini.

Kegembiraan penulis makin jelas terpancar apabila melihat gambar detik penamaan calon di umumkan yang menunjukkan kedua-dua calon dan 'orang penting' bagi parti yang diwakili calon berdiri bersama-sama sambil mengangkat tangan sama-sama. Ini menandakan satu revolusi telah berlaku di dalam arena politik tanah air. Inilah yang penulis mahukan dan penulis juga percaya ramai dari rakyat Malaysia yang mahu keadaan seperti ini.

Penulis boleh sifatkan satu Pilihan Raya Kecil yang aman (buat masa ini) dan penulis berharap ianya terus menjadi 'pilihan raya kecil' yang aman selepas ini sehingga Pilihan Raya ini melabuhkan tirainya.

Penulis akui kehadiran penyokong BN di Manek Urai untuk mengiringgi calon BN tidaklah seramai penyokong yang mengiringi calon PAS. Ini bermakna BN perlu melalui 'jalan yang sukar' untuk memenangi DUN Manek Urai tambahan pula penulis yakin bahawa calon PAS iaitu Fauzi Abdullah walaupun beliau hanyalah seorang pemborong ikan tetapi tentu beliau ada kelebihanya sendiri 'satu perkara yang pelayar/pembaca perlu ingat pemborong ikan ada kelebihanya sendiri' tak perlulah penulis menceritakan 'kelebihan' tersebut dengan lebih mendalam.

Dalam pada itu, izinkan penulis 'menegur' sedikit MSO (Mohd Sayuti Omar) mengenai artikelnya yang bertajuk "Pusingan Pertama PAS Telah Menang". Ya penulis akui beliau seorang penulis berpengalaman luas dalam bidang politik, penulis memang 'tak setaraf' denganya tetapi tidak salah kalau penulis memberi teguran. Penulis berharap MSO dapat menerima teguran ini. Memang benar kehadiran penyokong BN mengiringi calon partinya tidak seramai penyokong PAS yang mengiringi calonya ini memang penulis tidak nafikan.

Mungkin ada sebab tertentu bilangan penyokong BN mengiringi calon BN tidak seramai PAS, penulis masih ingat pesan Pengerusi SPR yang meminta agar parti yang bertanding tidak membawa begitu ramai penyokong semasa proses penamaan calon, jadi ada juga kebarangkalian ketidakhadiran mereka adalah disebabkan mereka 'taat' kepada arahan SPR.

Apa yang penulis bimbangi ialah serangan 'virus senyap' yang pernah menyerang PAS pada 2004 dan juga BN pada 2008 di Kelantan. Sepertimana yang penulis kata dalam artikel penulis sebelum ini, orang kelantan ada keunikan mereka sendiri, mereka marah dalam senyap tetapi tidak menzahirkan 'marah' mereka di dalam keadaan bentuk tindakan fizikal. Jadi MSO tidaklah boleh terlalu yakin membuat tafsiran berdasarkan 'bilangan penyokong' yang mengiringi calon kerana apa sahaja boleh terjadi di dalam 'politik'.

Memang kalah dan menang adat pertandingan, penulis juga tidak memperlekehkan kebolehan 'calon PAS', namun apa yang perlu ingat ialah mengenai 'virus senyap' kerana susah untuk kita mengesanya, mungkin jika mereka marah kepada PAS dan kemarahan mereka pada BN sudah reda mereka akan mentafsirkan dalam bentuk 'pangkah dacing', namun jika mereka masih tidak dapat 'memadamkan' kemarahan mereka kepada BN mereka pasti akan 'memangkah bulan'.

Penulis masih ingat dengan satu mutiara kata yang berbunyi "Meninggi diri mengundang kegagalan, merendah diri mengundang kejayaan" jadi fikir-fikirkanlah dengan akal yang dikurniakan Allah tuhan seru sekian alam.


Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Thursday, July 2, 2009

Peluang Calon PAS Dan BN di Manek Urai...


Peluang Calon PAS dan BN di Manek Urai
Oleh: yieMEGA

Sejak akhir-akhir ini kita dapati banyak juga rencana mengenai peluang calon-calon Pilihan Raya Kecil Manek Urai yang bakal berlangsung pada bulan ini. Macam-macam cerita yang kita dengar mengenainya sehingga sukar untuk kita membezakan yang mana berita yang benar dan yang mana berita yang palsu.

Itulah yang dinamakan 'politik' sukar mencari kebenaran senang mencari kepalsuan. Sejak akhir-akhir ini nama Manek Urai seringkali di sebut tidak kira di media-media berarus perdana ataupun media yang berarus alternatif.

Peluang untuk kedua-dua calon memenangi Pilihan Raya Kecil tersebut terus di bincangkan tidak kira di media arus perdana mahupun media alternatif. MalaysiaKini juga tidak terlepas di dalam membincangkan peluang kedua-dua calon untuk memenangi Pilihan Raya tumpuan ini. Mengikur Malaysiakini, peluang kedua-dua calon untuk pilihan raya ini adalah seimbang.

Penulis tidak bersetuju dengan artikel yang dikeluarkan oleh Malaysiakini ini kerana pada pandangan penulis peluang untuk memenangi pilihan raya ini PAS ada kelebihanya sendiri jika nak dibandingkan dengan BN. Kalau mengikut ratio ia bernisbah 60:40 di mana 60% peluang PAS untuk memenanginya dan BN hanya mempunyai peluang 40% berdasarkan penilaian penulis dengan beberapa faktor.

Artikel itu mungkin dikeluarkan Malaysiakini sebagai salah satu 'strategi psikologi' untuk menjana kemenangan kepada PAS. Ya lah kenyataan seumpama ini akan menyebabkan petugas-petugas BN akan memperlahankan 'gear' kempen kerana menjangka mereka akan menang mudah, jadi adalah lebih baik BN Kelantan tidak terleka dengan hal yang ini.

Dalam zaman yang begitu moden ini, sudah tentu banyak 'Political Strategy' yang berentak 'psikologi' digunakan untuk memikat pengundi yang kini di lihata semakin matang di dalam membuat keputusan. Penggunaan strategi 'psikologi' di lihat dapat memberi kesan yang mendalam ke atas pengundi.

Penulis bukanya ingin memperlekehkan kemampuan BN Kelantan, mereka juga perlu tahu hal ini agar ianya tidak akan membuat mereka leka dan terpesona. Memang benar BN Kelantan ada kelebihanya sendiri itu memang tidak dinafikan tambahan pula ianya diketuai oleh seseorang yang pernah memberikan kejayaan kepada BN Kelantan.

Penulis menerbitkan artikel ini adalah untuk memberi peringatan yang berguna buat BN Kelantan, di samping artikel ini mampu menjadi satu 'kelebihan' buat BN Kelantan dan secara tidak langsung ia akan menampakkan BN Kelantan lebih merendah diri berbanding lawanya.

Calon PAS Manek Urai




Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Saturday, June 20, 2009

Samseng Cilik Buluh Kubu...

Samseng Cilik Flat Buluh Kubu

Kelantan Darul Naim Ibu Negerinya Kota Bharu
Di situ letaknya Rumah Pangsa Buluh Kubu
Yang turut dikenali dengan nama Flat Buluh Kubu
Penghuninya ramai yang suka makan budu

Medan Selera Buluh Kubu Terletak Berhampiran denganya
Suasana di sini amat kotor dan jijik sekali
Orang ramai dengan selesa menjamu selera
Tikus sebesar kucing berlari-lari

Ini kisah samseng Cilik Buluh Kubu
Tidak kira siapa akan jadi mangsa mereka
Melayu, Cina, India atau Myanmar sentiasa mereka buru
Mereka sentiasa berlagak hebat walau belum tumbuh bulu

Satu Ringit, Dua Ringgit kadang semua dikebasnya
Apa pun terjadi mereka tidak akan disedari
Kadang-kadang cikgu mereka sendiri pun diugutnya
Hidup mereka sehari-hari dosa selalu mereka dekati

Ibu-bapanya terlalu sibuk mencari rezeki
Sampai tak ingat dunia ini bakal berakhir
Apa yang mereka tahu wang lebih penting daripada anak lelaki
Ada yang solat pun tidak, sibuk berniaga tanpa akhir

Samseng Cilik Flat Buluh Kubu
Orang berjasa padanya akan dibalas buruk olehnya
Mereka tidak bersyukur dengan pertolongan orang yang tak jemu-jemu
Kadang-kadang orang itu umpa melepaskan anjing tersepit padah akhirnya
[yiemega D'Wakaf Mek Zainab, KB, Kelantan]
dipetik dari http://karyamelayu2u.blogspot.com/
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Tuesday, June 16, 2009

Derita Yang Kau Alami...

Derita Yang Kau Alami
{Nukilan: yiemega}

Derita yang kau alami dapat ku rasai
Susuk tubuhmu dipenenuhi wayar-wayar berserabut
Topeng Penafasan menjadi nyawamu kini
Deritanya amat pedih aku rasai seolah mahu hatiku mahu tercabut

Dulu kau seorang insan yang lengkap kejadianya
Kini kau menderita dek kerana “Kuda Besi” yang kau tungangi
“Besi Bergerak” telah membuat kau menderita
Tangan kananmu sudah tiada kini

Mengenangkan nasibmu yang sebegitu
Air Mataku secara tidak sengaja membasahi pipi
Mengapa kau yang menangung derita itu
Tapi aku tak salahkan suratan Tuhan dalam hal ini

Aku juga tidak salahkan kau yang menunggang ‘kuda besimu’ dengan laju
Mungkin diwaktu itu kau tidak fikirkan apa akibatnya
Kau masih mudah remaja berdarah panas berhibur tanpa jemu
Sekarang kalau menyesal pun tidak ada gunanya

Aku lihat kau yang terbaring di atas katil pesakit itu
Wad ICU HUSM Kubang Kerian
Matamu masih enggan melihat keindahan dunia tempat lahirmu
Hanya bunyi-bunyi mesin yang dapat aku dengarkan

Aku mengangkat tanganku
Berdoa pada Tuhan Seru Sekian Alam
Agar menamatkan penderitaanmu
Agar kamu boleh melihat kembali keindahan siang dan malam.
[yiemega, D'HUSM Kubang Kerian Kelantan]

dipetik dari: http://karyamelayu2u.blogspot.com

Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Tuesday, May 19, 2009

Apa Agenda Sebenar Hussam Musa?

Penulis percaya pembaca sudah tentu kenal jika penulis sebut "Hussam Musa" kerana beliau memang terkenal tambahan dia antara nama-nama yang disebut bakal menggantikan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar Kelantan.

Baru-baru ini dilaporkan bahawa Hussam Musa telah membuat pertemuan dengan Tengku Razaleigh Hamzah yang popular dengan panggilan Ku Li. Penulis difahamkan bahawa tujuan pertemuan tersebut adalah bagi menyelesaikan "Krisis Politik" di Perak. Kalau itu tujuanya Alhamdullilah itu adalah salah satu cara penyelesaian yang amat baik.

Persoalanya adakah agenda tersembunyi Hussam mengadakan pertemuan dengan Tengku Razaleigh Hamzah? Perjumpaan dengan beliau sekadar hanya untuk menyelesaikan krisis politik Perak semata-mata sudah tentu ada agenda yang tersirat yang lain mungkin yang agak peribadi untuk diceritakan.

Khabarnya Pembantu Peribadi Hussam Musa sendiri tidak berapa menyukai beliau kerana ada sebab-sebab yang tidak boleh diceritakan jika mahu mengetahuinya bolehlah cuba mencungkil sendiri dengan bertanya dengan Pembantu Peribadi Hussam Musa tersebut.

Khabarnya juga beberapa rakyat Kelantan yang tinggal di Hulu Kelantan juga "marah" dengan Hussam Musa atas satu tindakan yang tidak perlu penulis ceritakan kerana kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang.

Adakah agenda tersirat Hussam membuat pertemuan dengan Tengku Razaleigh sebagai langkah untuk "menyambung nyawa" kerjaya politiknya, itu hanya Allah tuhan seru sekian alam sahaja yang mengetahuinya. Bersama-sama kita nantikan apakah agenda tersirat Hussam Musa.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin