Bilangan Pengunjung:

Showing posts with label MUKHRIZ. Show all posts
Showing posts with label MUKHRIZ. Show all posts

Sunday, February 12, 2017

MEMBEBASKAN MALAYSIA DARI CENGKAMAN BARISAN NAJIB

MEMBEBASKAN MALAYSIA DARI CENGKAMAN BARISAN NAJIB
Oleh: yieMEGA

SUDAH agak lama juga penulis tidak mengemaskini blog ini kerana terlalu sibuk dengan tugasan harian penulis dan juga sepanjang penulis tidak mengemaskini blog ini penulis memilih untuk hanya menjadi pemerhati kepada arena politik tanah air kita buat sementara. Kini, penulis merasakan sudah tiba masanya untuk penulis bergiat aktif kembali di dalam arena penulis blog politik ini.

Terlebih dahulu penulis ingin ucapkan terima kasih kepada pembaca setia blog ini yang masih setia menjadi pembaca blog ini walaupun blog ini sudah lama tidak dikemaskini. "Membebaskan Malaysia Dari Cengkaman Barisan Najib menjadi tajuk artikel penulis pada kali ini. Umum mengetahui pada masa ini Malaysia dikuasai oleh Barisan Najib di mana Najib adalah seorang Perdana Menteri Malaysia merangkap Presiden UMNO yang berkuasa. 

Sudah bermacam-macam isu timbul sejak pemerintahan Najib Razak. Namun, dia masih dibela oleh pembodek-pembodek yang setia kerana 'dedak'. Inilah realiti kita perlu akui sekarang ini di dalam Barisan Najib, pembesar-pembesarnya dipenuhi dengan pemakan dedak. Oleh yang demikian, selagi mereka dapat dedak yang cukup sepertimana lembu yang dipelihara pengembalanya dia tidak akan ingkar atau melawan kehendak tuanya.

Baca Lagi!

Saturday, June 7, 2008

Kenyataan Media Dato' Mukhriz Mahathir Mengenai Pengumuman Kenaikan Harga Petrol

KENYATAAN MEDIA AHLI PARLIMEN JERLUN DAN EXCO PEMUDA UMNO MALAYSIA YB DATO’ MUKHRIZ MAHATHIR

Saya rasa terkejut dengan pengumuman Perdana Menteri Malaysia YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai kenaikan harga minyak mendadak dan tanpa amaran semalam, sedangkan kenyataan yang dibuat di dalam media massa hanya pada pagi kelmarin memberi amaran bahawa kenaikan tersebut hanya akan berlaku pada bulan Ogos.

Pada pendapat saya, kita mesti mengambil tindakan yang bijak dalam mengimbangi keperluan rakyat dan kos harga minyak yang semakin naik. Kita perlulah mengambil kira pandangan semua pihak dalam mencapai satu formula perlaksanaan yang sesuai buat semua orang; dan bukan secara terburu-buru.

Pada hemat saya, masanya amatlah tidak sesuai untuk tindakan ini diambil dengan cara ini, walaupun kita sedar masalah minyak global harus ditangani diperingkat negara juga..

Saya kira, lebih wajar kenaikan ini dibuat secara berperingkat mengikut jadual yang diumumkan terlebih dahulu, untuk mengelakan ketidak tentuan dan keresahan, seperti mana yang berlaku sekarang ini. Rakyat perlu masa dan peluang untuk menyesuaikan diri dengan kenaikan yang begitu tinggi. Seperti yang kita lihat, keputusan ini telah memberikan kesan yang negatif kepada rakyat. Golongan peniaga dan pedagang pula mengalami ketidak ketentuan yang merumitkan perancangan untuk perbelanjaan perniagaan mereka.

Kerajaan tidak harus mengunakan alasan masalah ini ialah masalah global kerana setiap negara mempunyai situasi dan keadaan berbeza. Apa yang berjaya ditempat lain, tidak semestinya berjaya untuk sistem kita. Kita mempunyai masalah dan cara penyelesaian kita sendiri. Sebagai contohnya, sewaktu Malaysia mengumumkan kawalan matawang dan modal serta Ringgit Malaysia ditetapkan nilai (peg) kepada US Dollar pada 3 September 1998, tindakan itu dikecam pelbagai pihak diperingkat dalam negara dan antarabangsa kerana dianggap tidak konvensyenal. Akhirnya, ianya terbukti berjaya menyelesaikan masalah krisis ekonomi negara, dan Malaysia sebaliknya menerima pelbagai pujian dan pengiktirafan kepada tindakan di’luar kotak’ tersebut.

Saya juga terkilan dengan kenyataan YAB Perdana Menteri sebelum ini menggesa rakyat untuk menyesuaikan diri dengan cara hidup berbeza sebagai reaksi kepada kenaikan harga minyak dan kos sara hidup yang meningkat. Rata rata, rakyat dipendalaman, termasuk kawasan Jerlun yang saya wakili, menyara hidup secara ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’. Sejauh mana lagi mereka perlu menyesuaikan diri, setelah meningkatnya kos sara hidup pada tahap terlalu membebankan kepada golongan ini.

dipetik dari:
http://www.mykmu.net

Baca Lagi!

Wednesday, June 4, 2008

Majlis Dialog Bersama Mukhriz


Peta Ke Lokasi

Baca Lagi!

Thursday, May 29, 2008

Kenyataan Media Ketua-Ketua Cawangan UMNO P005 JERLUN

KENYATAAN AKHBAR OLEH KETUA-KETUA CAWANGAN UMNO BAHAGIAN JERLUN

1. Kami dari ahli akhbar umbi UMNO Bahagian Jerlun memberi kenyataan akhbar seperti berikut :-

Kami memberi sokongan padu serta memahami tindakan Yg. Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad di atas tindakan beliau keluar daripada UMNO demi untuk memperkukuhkan UMNO dengan memberi kesedaran kepada pucuk pimpinan UMNO untuk berundur dan seterusnya membenarkan pucuk pimpinan baru mengambil alih teraju UMNO supaya proses pemulihan dapat dilaksanakan dengan segera bagi menghadapi pilihanraya ke 13 yang akan datang.

Kami faham bahawa proses membaikpulih parti akan memakan masa dan proses ini perlu dilaksanakan segera. Kami diperingkat akar umbi tidak berkeyakinan bahawa pucuk pimpinan sediaada mampu untuk menerajui proses pemulihan ini.

2. Kami juga menyokong dan berada dibelakang ahli Parlimen kami Yg berhormat Dato’ Mukhriz Mahathir untuk terus lantang menyuarakan hasrat akar umbi untuk mengkritik pucuk pimpinan demi keuntuhan UMNO. Dengan itu kami memohon supaya tiada tindakan dan juga sebarang tekanan dikenakan ke atas ahli Parlimen kami kerana tindakan beliau mengkritik pucuk pimpinan. Kritikan terhadap pucuk pimpinan tidak bermakna yang beliau mengkritik UMNO.

Pada hemah kami kritikan beliau adalah untuk memperkukuhkan UMNO dan tanda sayang beliau dan kepercayaan beliau bahawa hanya UMNO yang menjadi wadah perjuangan agama, bangsa, dan negara.

3. Kami juga ingin menyatakan bahawa tindakan Ketua Bahagian kami Yg. Bhg Dato’ Abd. Rahman Arifin yang mengeluarkan kenyataan baru-baru ini menyarankan agar ahli Parlimen kami YB Dato’ Mukhriz bin Mahathir tidak membuat sebarang kenyataan berhubung dengan pucuk pimpinan bukanlah satu tindakan yang mewakili ahli akar umbi UMNO Bahagian Jerlun. Tiada sebarang perbincangan dan mersyuarat diadakan dengan kami di peringkat akar umbi.


Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin