Bilangan Pengunjung:

Showing posts with label United States. Show all posts
Showing posts with label United States. Show all posts

Sunday, September 26, 2010

Perhimpunan Melayu PERKASA: MSO Kata Hanya 5,000 hadir

Perhimpunan Melayu PERKASA: MSO Kata Hanya 5,000 hadir
Oleh: yieMEGA



PERHIMPUNAN Melayu PERKASA yang diadakan pada 25 September 2010 yang diadakan di berhampiran Stesen Keretapi Pasir Mas, Kelantan nampaknya berjaya mendapat sambutan hangat di kalangan rakyat Kelantan. Sementara itu, Mohd Sayuti Omar (MSO) melalui artikel blognya yang bertajuk "Ibrahim dan Mahathir sedang menanti Keretapi" di dalam artikel tersebut MSO mendakwa hanya 5,000 pengunjug yang hadir ke perhimpunan itu.

Menurut artikel itu, lagi bilangan kehadiran itu dipetik daripada satu portal berita internet, ini bermakna ternyata MSO telah tersilap tempat mengambil maklumat berkenaan. Ini kerana berdasarkan gambar yang penulis terima agak mustahil bilangan pengunjungnya hanya 5,000 orang.

Kalau dulu mereka kata media arus perdana akan memperkecilkan program-program yang diadakan oleh Pakatan Rakyat dengan membuat spekulasi bilangan kehadiran orang ke program mereka. Hari ini adakah giliran mereka pula membuat spekulasi bilangan kehadiran orang ke program anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa itu.

Penulis tidak menyalahkan MSO berhubung artikel yang disiarkan oleh blog Merah Tinta MSO itu, tapi apa yang penulis kesalkan mengapa portal berita yang menjadi sumber maklumat MSO itu memberikan maklumat yang salah.

Apa yang penulis kesalkan lagi, kenapa MSO tak menyatakan secara terus terang apakah nama portal berita itu. Kalau dikatakan dengan terang dan disertakan link atau pautan ke berita tersebut dengan itu orang tidak akan menyalahkan MSO jika berlaku perkara begini.

Kalau kita lihat, gambar-gambar di sekitar perhimpunan tersebut, agak mustahil hanya 5,000 orang yang hadir. Sekaligus membuktikan laporan portal berita internet tersebut auta dan bukanya fakta. Hairan juga kalau mereka memperjuangkan ketelusan laporan berita sebelum ini, kenapa mereka turut melakukan perbuatan yang sama, tak kan ketam nak mengajar anaknya berjalan lurus.

Dalam masa yang sama, penulis menggesa MSO agar mendedahkan nama portal berita yang memberikan maklumat yang salah kepada beliau. Sebagai pengajaran kepada portal berita internet yang lain yang suka memperlekehkan kemampuan orang lain.

Enhanced by Zemanta

Baca Lagi!

Tuesday, November 17, 2009

Perang Harimau Husam?



Perang Harimau Husam?

PERANG mungkin itulah yang boleh kita nyatakan terhadap perbalahan harimau-harimau yang dipelihara Hussam. Harimau-harimau tersebut ialah Blogger Lidah Rasmi Hussam Syed Azidi ataupun lebih dikenali dengan nama kickdefella dan juga CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang juga menantu kepada Menteri Besar Kelantan iaitu Ariffahmi.

Mengikut apa yang diceritakan oleh MSO dalam blognya Merah Tinta MSO kedua-duanya dibawa masuk oleh Hussam Musa. Dengan erti kata lain kedua-dua orang ini adalah harimau peliharaan Hussam Musa. Musykil juga apakah perancangan Hussam Musa ini tetapi biarlah hanya Allah tuhan seru sekian alam sahaja yang tahu.

Apa yang membuatkan penulis merasakan sedikit pelik ialah kenapa Hussam tidak mententeramkan sahaja harimau-harimau peliharaan beliau, apa yang penulis dapat lihat setakat ini Hussam masih berdiam diri tanpa membuat sebarang media statement tetapi tak tahulah selepas posting ini adakah Hussam akan membuat media statement atau tidak.

Lagi yang membuat penulis merasa hairan adalah kenapa harimau yang bertuankan yang sama bercakaran sesama sendiri? kalau kita lihat di Zoo Negara sekalipun tak pernah kita lihat harimau di dalam itu bercakaran sesama sendiri. Sekali lagi kenapa Hussam membiarkan sahaja harimau peliharaanya bercakaran sesama sendiri?

Mungkinkah Hussam ada perancangan sendiri? ataupun percakaran itu memang sengaja dirancang Hussam? jawapan itu hanya Allah tuhan seru sekian alam sahaja dan batang tubuh Hussam sendiri yang mengetahuinya,

Percakaran harimau-harimau Hussam ini mengapa Tok Guru Nik Aziz yang mendapat tempiasnya, malah ia menjadikan TG Nik Aziz lebih buruk daripada kedua-dua ekor harimau peliharaan Hussam itu.

Mungkinkah tsunami politik disebabkan Menantu yang pernah berlaku di Malaysia akan berulang di Kelantan? Apa yang penulis boleh jawap adalah perkara ini tak mustahil boleh berlaku tambahan pula iklim politik negara kita menjadi tak menentu sejak akhir-akhir ini.

Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Friday, August 28, 2009

AL-Fatihah: Senator OKU Pertama Negara Kembali Ke Rahmatullah


AL-Fatihah: Senator OKU Pertama Negara Kembali Ke Rahmatullah

SENATOR OKU pertama negara iaitu Dr. Ismail Salleh telah kembali ke Rahmatullah pada awal pagi ini di Singapura sebaik tiba ke negara itu dalam penerbangan dari China menurut agensi berita kerajaan.

Allahyarham juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Twintech dan juga Naib Canselor Kolej Universiti Teknologi Antarabangsa Twintech yang juga merupakan sebuah IPTS yang dimiliki oleh Allahyarham.

Pemergian Allahyarham satu kehilangan besar buat negara kerana dengan ini hilang lagi satu Pakar Ekonomi yang bukan calang-calang orangnya dan amat berharga buat negara. Allahyarham juga merupakan OKU Pertama yang menerima Anugerah Doktor Falsafah. Untuk rekod Allahyarham juga pernah menjadi pensyarah.

Allahyarham berasal dari Salor, Seberang Pasir Mas Kelantan. Allahyarham meninggalkan seorang balu dan enam orang anak. Marilah bersama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Wednesday, July 22, 2009

Peniaga Persoal Tindakan MPKB-BRI!!

Peniaga Persoal Tindakan MPKB-BRI
Oleh: yieMEGA

TINDAKAN Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) dipertikai oleh seorang peniaga di premis milik MPKB-BRI berdekatan dengan Kampung Kraftangan Kota Bharu dan Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Kelantan. Peniaga mempersoalkan kenapa hanya kedainya sahaja yang disita oleh MPKB-BRI kerana kelewatan membayar sewa premis berkenaan sedangkan kebanyakkan pemilik premis itu juga rata-rata tidak membayar sewa ataupun lewat membayar sewa.

Beliau mempersoalkan tindakan itu kerana ada yang tidak membayar sewa tidak pula dikenakan tindakan yang sama sedangkan kesalahan mereka adalah sama. Seolah-olah mereka yang tidak dikenakan tindakan itu berlindung di bawah orang yang mempunyai 'kuasa' di MPKB-BRI ataupun mungkin juga peniaga-peniaga lain mengamalkan 'bawah meja' untuk meneruskan perniagaan mereka.

Dalam pada itu, beliau menuntut MPKB-BRI mengambil tindakan yang sama ke atas peniaga-peniaga yang lain. Tambahnya lagi, ada juga dia mendengar khabar kebanyakkan peniaga-peniaga lain itu diselamatkan dengan menggunakan 'kabel politik' tetapi beliau tidak tahu sejauh mana benarnya dakwaan itu.

Beliau juga menuntut agar MPKB-BRI agar berlaku lebih adil, jangan pilih bulu dalam membuat tindakan kerana tindakan itu boleh dianggap satu kezaliman yang akan menjadi kelaziman. Lagipun beliau pun adalah rakyat Kelantan juga, bukan pendatang siam, bukan pendatang haram dan juga bukan peniaga haram.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Sunday, May 17, 2009

Kenapa Kerap Kali Kota Bharu Mengalami Ganguan Bekalan Elektrik?

Elektrik pada masa ini begitu penting kepada rakyat Malaysia. Ada sesetengah tempat tanpa elektrik perniagaan tidak boleh dijalankan dan ia mendatangkan kerugian kepada syarikat tersebut. Bagi suri-suri rumah pula mereka juga akan banyak tertangguh kerana ketiadaan bekalan elektrik tambahan pula kebanyakkan perkakasan untuk membuat kerja rumah menggunakan elektrik.

Pada malam ini rumah penulis mengalami gangguan bekalan elektrik, oleh yang demikian penulis terpaksa menunggu berjam-jam untuk mengemaskini blog ini. Sebenarnya dalam bulan ini bukan kali pertama rumah dan kawasan berdekatan mengalami gangguan bekalan elektrik, penulis merasakan ini sudah kali kedua rumah mengalami gangguan bekalan elektrik pada bulan ini.

Gangguan elektrik kali pertama berlaku beberapa hari yang lalu. Gangguan itu berlaku lebih kurang pada pukul 4 pagi waktu Malaysia. Gangguan bekalan elektrik itu menyebabkan penulis tidak dapat tidur lena kerana suhu di dalam bilik penulis terlalu panas ditambah pula dengan nyamuk yang bebas berterbangan memandangkan lampu dan kipas tidak berfungsi dek kerana ketiadaan bekalan elektrik.

Ganguan Elektrik kali kedua ini berlaku pada pukul 8 malam tadi sehinggakan penulis gagal untuk mengemaskini blog penulis pada waktu itu, Alhamdullilah penulis dapat mengemaskini blog penulis pada waktu ini.

Persoalanya di sini, kenapa bekalan elektrik di kawasan Kota Bharu ini kerap mengalami gangguan bekalan elektrik. Sepertimana yang pembaca tahu gangguan bekalan elektrik ini benar-benar membuat kita merasa rimas.

Pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) sepatutnya perlu lebih berhati-hati agar insiden gangguan elektrik ini tidak berulang lagi demi memastikan rakyat selesa dengan perkhidmatan yang diberikan kepada pengguna.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin