Bilangan Pengunjung:

Showing posts with label yang dipertuan agung. Show all posts
Showing posts with label yang dipertuan agung. Show all posts

Friday, August 9, 2013

Salam Aidilfitri 1434

Salam Aidilfitri 1434
Oleh: yieMEGA

KELMARIN 8 Ogos 2013 bersamaan dengan 1 Syawal 1434 umat Islam di negara kita menyambut hari raya kemenangan iaitu Hari Raya Aidilfitri selepas sebulan kita menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan Al-Mubarak. Sempena dengan bulan yang mulia ini penulis ingin mengambil kesempatan untuk menyusun sepuluh jari memohon sejuta kemaafan kepada semua pembaca-pembaca setia blog penulis tidak kiralah yang menyukai artikel penulis ataupun yang sebaliknya. Selamat Hari Raya Aidilfitri penulis ucapkan kepada semua umat-umat Islam di Malaysia.

Penulis hanyalah manusia biasa yang tak lekang melakukan kesalahan moga kalau ada silap dan salah harap dimaafkan dan diampunkan dosa semoga tali silaturrahim kita terus berkekalan hingga ke anak cucu. Bercakap mengenai raya ni pasti kita bayangkan makanan-makanan yang ada kaitan dengan raya, ye lah lemang, ketupat, dodol, kuih semprit, Biskut Almond London, lontong dan bermacam-macam lagilah makanan yang boleh kita jumpa sewaktu kita menyambut hari raya.

Kelmarin penulis dapat makan tapai, sate, nasi minyak dan paling istimewa untuk raya kali ini penulis dapat makan spagheti. Mungkin pada tahun ini rumah yang penulis kunjungi ingin membuat kelainan apabila menyediakan spagheti untuk menjadi menu raya kali ini, walaupun penulis tidak menyukai spagheti sekurang-kurangya dapat juga rasa bagaimana rasa spagheti yang sebelum ini penulis hanya dengar namanya dan belum pernah makan tetapi semalam dapatlah juga penulis merasainya. 

Baca Lagi!

Saturday, June 7, 2008

Daulat Tuaku ! Daulat Tuanku ! Daulat Tuanku!

Hari ini Sabtu tanggal 7 Jun 2008 merupakan hari keputeraan bagi Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Penulis mengambil kesempatan ini untuk mempersembahkan sembah tahnian kepada Duli Yang Maha Mulia seorang raja yang adil lagi berdaulat.

Ampun Tuanku Beribu-ribu Ampun,

Sembah Patik harap diampun, Patik sebagai rakyat Malaysia ingin mempersembahkan sembah tahniah kepada Tuanku selaku Raja yang adil dan lagi saksama, patik juga mendoakan semoga umur Tuanku terus dilanjutkan bagi memastikan kelicinan pentadbiran negara ini di bawah Naungan Tuanku.

Patik Juga mendoakan agar Tuanku dapat mengekalkan keadaan kesihatan Tuanku bagi membantu patik dan rakyat jelata yang lain bagi memacu Malaysia pantas ke hadapan.

Ampun Tuanku,

Sembah Patik Harap Di ampun,

Sembah terima kasih patik akan menakhirinya dengan rakaman jutaan terima kasih sepanjang Tuanku menjadi payung dan naungan negara Malaysia tercinta ini. Semoga Malaysia terus aman.

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin