Bilangan Pengunjung:

Showing posts with label Computers and Internet. Show all posts
Showing posts with label Computers and Internet. Show all posts

Friday, February 5, 2010

Selamat Hari Lahir MSO...


Selamat Hari Lahir MSO...
Oleh: yieMEGA

BARU-BARU ini blogawan tersohor yang juga merupakan penulis buku-buku politik yang tersohor Mohd Sayuti Omar atau lebih dikenali dengan nama MSO telah menyambut ulang tahun kelahiranya yang ke 50.

Terlebih dahulu penulis ingin memohon maaf kerana lewat mengucapkan selamat hari lahir semoga panjang umur dan murah rezeki kepada beliau kerana baru-baru ini penulis begitu sibuk dengan tugas rutin penulis.

MSO seorang blogawan yang juga diminati penulis walaupun kadang-kadang kami berbeza pendapat di dalam beberap hal. Namun berbeza pendapat tidak semestinya kita tidak perlu mempedulikanya, kerana penting juga wujud perbezaan pendapat ini, sekurang-kurangnya kita dapat berfikir dan membandingkan pendapat-pendapat yang dilahirkan itu.

Sebenarnya, MSO lah yang banyak memberi sumber inspirasi kepada penulis untuk menulis di blog ini, sebab itu kalau pembaca perasan akan terjumpa artikel yang seakan-akan kesinambungan daripada artikel MSO. Ada setengah artikel yang bersetuju dengan MSO dan ada juga setengah artikel yang tidak bersetuju dengan MSO. Inilah yang dikatakan perbezaan pendapat.

Kalau pembaca tidak tahu siapa MSO jangan lupa taip dekat Google! Merah Tinta MSO ataupun mso melayu daripada itu pembaca boleh mengenali siapakah gerangan orang yang memakai gelaran MSO ini.

Sebelum menutup tirai tulisan penulis pada kali ini, penulis ingin mengucapkan Selamat Ulang Tahun Kelahiran yang ke 50 buat MSO. Moga Dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki hendaknya. Penulis juga ingin melafazkan terima kasih kepada MSO kerana banyak memberi sumber inspirasi kepada penulis sebelum ini.

Akhir kalam, semoga MSO akan meneruskan usaha-usaha murni MSO untuk menjadi blogawan pro kebenaran yang betul-betul pro kebenaran yang tidak condong ke kiri atau ke kanan. Penulis juga akan berusaha untuk menjadi blogawan yang pro kebenaran dan tidak condong ke kiri dan juga ke kanan.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Sunday, December 13, 2009

Kod Etika Blogger...

Kod Etika Blogger

PENULIS telah membaca artikel terbaru daripada blog Perdana Menteri Kita iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak yang beralamat di http://www.1malaysia.com.my. Artikel yang bertajuk "Kod Etika Bagi Penulis Blog" bagi penulis kod etika penulis blog ada pro dan kontranya.

Saranan Najib tersebut telah mendapat perhatian beberapa blogger antaranya Blogger atau Blogawan tersohor MSO melalui blognya Merah Tinta MSO melalui satu artikel blognya yang bertajuk "Perlukah Kod Etika Kepada Blogger".

Antara Isi Kandungan Kod Etika Blogger Yang Disarankan Najib Adalah:

Penulis Blog Hendaklah:

  • Jujur dan Adil dalam mendapatkan, melaporkan dan menintepretasikan maklumat.
  • Jangan Sesekali Menciplak
  • Mengenalpasti sumber dan membuat pautan kepada sumber apabila sesuai dan boleh dilaksanakan.
  • Jangan sesekali menyiarkan maklumat yang diketahui tidak tepat sekiranya disiarkan juga perlu dijelaskan keraguan tentangnya.
  • Bezakan sokongan, komentar dan maklumat berasaskan fakta
  • Mengakui Akan Kesilapan dan Cepat Memperbetulkanya.
  • Elakkan daripada rasa ingin tahu yang mengerikan atau sensasi
  • Jelaskan setiap misi blog dan alu-alukan dialog dengan khalayak ramai tentang kandungan dan cara pengendalianya daripada penulis blog.
  • Mendedahkan pertentangan kepentingan, penggabungan, aktiviti dan agenda peribadi.
  • Mematuhi standard yang tinggi


Ada juga yang kurang bersetuju dengan saranan kod etika blogger ini izinkan penulis memetik satu komen pembaca blog 1Malaysia yang menggunakan nama YM Tengku Khairol dan penulis tidak pasti adakah jurukomen tersebut menggunakan nama sebenar atau nama samaran.

Di Bawah Ini Ialah Komen Beliau:

YM Tengku Khairol: TAK PERLU WUJUD ETIKA, MANA ERTI KEBEBASAN?
Kod Etika untuk penulis blog tidak perlu diwujudkan kerana negara telah mempunyai undang-undang yang cukup khusus untuk planitif mendakwa atau menyaman atau mengheret penulis blog yg menulis artikel berunsur fitnah atau yg berbau perkauman ke mahkamah. Kita ada suruhanjaya komunikasi dan multimedia yg mampu menyekat keterlaluan atau kebiadapan bloger. Kod etika tidak rasional diwujudkan kerana menyekat cara pemikiran dan pandangan rakyat yang cintakan demokrasi. Rakyat mampu menilaikan mana yang buruk dan mana yang baik. Itu rasionalnya.


Sebenarnya Najib menyarankan Kod Etika tersebut sepertimana yang dicadangkan oleh sebuah portal khas untuk jurnalis siber melalu artikel yang bertajuk "A Bloggers' Code Of Ethics". Penulis sendiri tidak nampak yang akan berlaku terhadap kebebasan blogawan sekiranya Kod Etika ini menjadi kenyataan.

Sebelum itu penulis meminta pembaca cuba fahami betul dengan apa itu Kod Etika dan Apa Itu Undang-Undang. Mungkin kedua-dua hampir sama tetapi ia tidak membawa maksud yang sama. Kod Etika ini sebenarnya panduan untuk menjadikan sesuatu profesyen itu beretika contohnya kaunselor pun mempunyai kod etikanya sendiri. Manakala undang-undang pula merupakan satu arahan atau peraturan yang memang perlu dipatuhi dan bukan sekadar panduan. Oleh yang demikian, penulis tidak melihat Kod Etika Blogger akan menghalang kebebasan bersuara blogger.

Ramai orang yang cepat melenting apabila Najib menyarankan kod etika bagi Blogger. Ini berlaku kerana mereka salah faham tentang konsep Kod Etika dan Undang-undang. Jadi penulis tiada halangan yang timbul sekiranya Kod Etika ini ada.

Malah daripada pandangan penulis Kod Etika ini lebih kepada untuk melindungi blogawan-blogawan dan bukan untuk menyekat kebebasan blogawan-blogawan kita. Cuba kita lihat kod etika yang kedua yang berbunyi "Jangan sesekali menciplak", artikel-artikel blog yang diterbitkan oleh blogawan adalah harta intelek milik blogawan tersebut, sekiranya berlaku ciplak menciplak tidakkah berlaku cetak rompak di situ?.

Kita jangan jumudkan pemikiran kita untuk satu sudut semata-mata, penulis percaya ramai blogawan yang lebih bijak dan cerdik daripada penulis dapat memikirkan apakah kelebihan yang lain sekiranya kod etika ini wujud.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Thursday, July 2, 2009

Peluang Calon PAS Dan BN di Manek Urai...


Peluang Calon PAS dan BN di Manek Urai
Oleh: yieMEGA

Sejak akhir-akhir ini kita dapati banyak juga rencana mengenai peluang calon-calon Pilihan Raya Kecil Manek Urai yang bakal berlangsung pada bulan ini. Macam-macam cerita yang kita dengar mengenainya sehingga sukar untuk kita membezakan yang mana berita yang benar dan yang mana berita yang palsu.

Itulah yang dinamakan 'politik' sukar mencari kebenaran senang mencari kepalsuan. Sejak akhir-akhir ini nama Manek Urai seringkali di sebut tidak kira di media-media berarus perdana ataupun media yang berarus alternatif.

Peluang untuk kedua-dua calon memenangi Pilihan Raya Kecil tersebut terus di bincangkan tidak kira di media arus perdana mahupun media alternatif. MalaysiaKini juga tidak terlepas di dalam membincangkan peluang kedua-dua calon untuk memenangi Pilihan Raya tumpuan ini. Mengikur Malaysiakini, peluang kedua-dua calon untuk pilihan raya ini adalah seimbang.

Penulis tidak bersetuju dengan artikel yang dikeluarkan oleh Malaysiakini ini kerana pada pandangan penulis peluang untuk memenangi pilihan raya ini PAS ada kelebihanya sendiri jika nak dibandingkan dengan BN. Kalau mengikut ratio ia bernisbah 60:40 di mana 60% peluang PAS untuk memenanginya dan BN hanya mempunyai peluang 40% berdasarkan penilaian penulis dengan beberapa faktor.

Artikel itu mungkin dikeluarkan Malaysiakini sebagai salah satu 'strategi psikologi' untuk menjana kemenangan kepada PAS. Ya lah kenyataan seumpama ini akan menyebabkan petugas-petugas BN akan memperlahankan 'gear' kempen kerana menjangka mereka akan menang mudah, jadi adalah lebih baik BN Kelantan tidak terleka dengan hal yang ini.

Dalam zaman yang begitu moden ini, sudah tentu banyak 'Political Strategy' yang berentak 'psikologi' digunakan untuk memikat pengundi yang kini di lihata semakin matang di dalam membuat keputusan. Penggunaan strategi 'psikologi' di lihat dapat memberi kesan yang mendalam ke atas pengundi.

Penulis bukanya ingin memperlekehkan kemampuan BN Kelantan, mereka juga perlu tahu hal ini agar ianya tidak akan membuat mereka leka dan terpesona. Memang benar BN Kelantan ada kelebihanya sendiri itu memang tidak dinafikan tambahan pula ianya diketuai oleh seseorang yang pernah memberikan kejayaan kepada BN Kelantan.

Penulis menerbitkan artikel ini adalah untuk memberi peringatan yang berguna buat BN Kelantan, di samping artikel ini mampu menjadi satu 'kelebihan' buat BN Kelantan dan secara tidak langsung ia akan menampakkan BN Kelantan lebih merendah diri berbanding lawanya.

Calon PAS Manek Urai




Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Saturday, June 20, 2009

Petua Kempen PRK Manik Urai...


Penulis nak bagi sedikit petua untuk petugas-petugas kempen yang bakal berkempen pada Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai, Kuala Krai Kelantan.

Rakan blogger penulis iaitu Husin Lempoyang turut memberikan tips-tips untuk berkempen di Manik Urai sepertimana artikel terbaru blognya yang bertajuk "Petua-petua Kempen di Manik Urai". Sila baca artikel blog beliau untuk mendapatkan 'petua kempen' versi Husin Lempoyang. Tahniah Husin Lempoyang...

Penulis pun ada petua untuk berkempen yang hendak diberikan kepada 'hulubalang' yang bakal berkempen di Manek Urai di negeri Tanah serendah sekebun bunga dan juga negeri Cik Siti Wan Kembang yang terkenal dengan jolokkan "Serambi Mekah" ini.



Petua-petua untuk berkempen di Manek Urai

Menolong Membantu dan Menyanyangi
Ambil tahu masalah rakyat setempat
Naik Motosikal atau Basikal buruk semasa berkempen
Empati dengan masalah yang dialami rakyat
Kotakan segala janji dan tidak membuat janji pembangunan sekiranya menang

Usahakan apa yang diperlukan rakyat
Robohkan jurang pemimpin dengan rakyat
Agama Islam mesti diutamakan
Ikhlas di dalam berkempen

Pesanan buat ahli UMNO di Manek Urai:

Mesti bersatu dan usah berbalah sesama sendiri
Ego mesti diketipikan bersatulah demi kemenangan
Naikkan semangat perpaduan di kalangan ahli
Anggap Manik Urai Perlu dimenangi oleh UMNO
Naikkan sesiapa sahaja yang bakal menjadi calon BN
Gigihkan usaha anda untuk menawan hati pengundi manik urai

Usahakan pertolongan sewajarnya buat rakyat dalam kesusahan
Membela rakyat yang memerlukan pembelaan
Namakan apa yang diperlukan oleh pengundi tanpa mengira fahaman politik
Ok saya nanti semak(Kenyataan ini perlu dihindari kalau nak buat juga pastikan ia tertunai)

Ingat jangan cah keting sesama kita, berpadulah demi kemenangan UMNO JANGAN NANTI SKMK. SKMK bukan Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan tetapi "Silap Konar Mapuh Kerah"
yang bermaksud silap membelok ia akan membawa padah.

Kepada yang berminat untuk CAH KETING ingat seperkara:

Silap
Konar
Mapuh
Kerah

Akhir kalam seperti biasa penulis akhiri dengan kata-kata mutiara yang berbunyi "Sesekali kita kena makan benda pahit, biarpun pahit tetapi pahit itu ubat yang berguna buat kita" Jadi Fikir-fikikanlah.


Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Sunday, June 7, 2009

Berakhirnya Karier Anak Musa....


Muktamar tahunan PAS sudahpun melabuhkan tirainya, calon-calon yang bertanding untuk jawatan-jawatan di dalam PAS yang dipertandingkan sudah diketahui siapa pemenangnya. Paling menarik dan hangat pada Muktamar PAS kali ini ialah kedudukan kerusi Timbalan Presiden PAS yang boleh dikatakan 'kerusi panas' semasa Muktamar dijalankan.

Bagi merebut jawatan Timbalan Presiden PAS tiga orang dicalonkan untuk merebut 'kerusi panas' tersebut. Calon-calonya ialah Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Mat Sabu dan Juga Hussam Musa. Lebih menghangatkan lagi pertandingan untuk merebut jawatan Timbalan Presiden PAS ialah 'perlumbaan dua kelompok besar di dalam PAS' iaitu kelompok kepimpinan Ulama' yang diketuai DS Abdul Hadi Awang dan bergandingan bersama Ustaz Nasharuddin Mat Isa dan juga kelompok kepimpinan Endorgan yang cuba menjadikan PAS parti liberal yang diketuai Hussam Musa.

Penulis ingin membawa kembali kenangan lalu yang berlaku semasa dua kelompok besar ini berkempen untuk memenangi hati para perwakilan. Kumpulan Endorgan yang diketuai Hussam Musa kelihatan lebih 'agresif' menjalankan kempen untuk merebut jawatan no 2 di dalam PAS itu, Ustaz Nasharuddin popularitinya 'tenggelam' sewaktu kumpulan Endorgan mengadakan kempen yang agresif. Namun nasib nampaknya lebih menyebelahi Ustaz Nasharuddin Mat Isa dan mungkin juga Allah tuhan seru sekian alam tidak merestui Hussam Musa menjadi antara tonggak utama PAS.

Dengan kekalahan yang memalukan itu, penulis membayangkan karier politik anak musa ini akan berakhir sampai di sini dan cita-cita untuk beliau menjadi MB bagi mengantikan TG Nik Aziz juga akan hanya tinggal cita-cita umpama debu-debu berterbangan ditiup angin. Dengan sekarang anak Musa ini hanyalah Ketua PAS Kawasan Kubang Kerian, pemimpin kedua kerdil di dalam PAS, besar kemungkinan populari dan aura Hussam Musa akan hilang begitu sahaja.

Kalau kita imbas kembali kempen yang dibuat oleh anak Musa ini memang agresif sehinggakan ada penulis blog berperang untuk mempertahankan beliau, agar beliau terus dilihat 'putih bersih' sampai bila-bila, dan di satu pihak lagi mengatakan bahawa anak Musa ini sudah dilihat seolah-olah baju putih yang terpalit selut di sana-sini dan akhirnya orang yang mengatakan Anak Musa ini umpama baju putih yang terpalit selut di sana sini mencapai kemenanganya apabila Ustaz Nasharuddin Mat Isa kekal Timbalan Presiden PAS untuk penggal kedua berturut-turut. Itulah kisahnya berakhirnya karier politik anak Musa.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Sunday, March 8, 2009

Cara Betul Menjadi Pejuang Bahasa

Artikel penulis hari ini adalah berkenaan dengan pejuang bahasa sesuai dengan isu semasa pada hari ini yang hangat diperkatakan iaitu Gerakan Mansuhkan PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris). Sepertimana yang kita tahu manusia-manusia yang menggelarkan diri mereka sebagai pejuang bahasa telah membuat perarakan ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandom memansuhkan PPSMI.

Berhubung dengan perlaksanaan PPSMI, pada dasarnya penulis tidak bersetuju dengan perlaksanaanya namun tidak pula penulis menyokong pejuang-pejuang bahasa ini. Bahasa adalah jiwa bangsa, bagi penulis bahasa ibunda kita perlu dipertahankan namun tidak guna hanya menjadi pejuang bahasa yang terpekik-terlolong di jalanan walhal pada masa yang sama tidak berusaha untuk memperbanyakkan terjemahan-terjemahan buku-buku rujukan yang kebanyakkan dalam Bahasa Inggeris.

Pejuang Bahasa tidak boleh retorik dan hipokrit, tak puas hati terpekik-terlolong di sini umpama kera kena belacan, tindakan itu langsung tidak melambangkan mereka seorang yang profesional tetapi tidak keterlaluan jika penulis samakan mereka dengan binatang yang baru terlepas daripada zoo.

Paling malang sekali apabila pejuang-pejuang politik turut mengambil kesempatan untuk meraih populariti murahan atau dengan lain publisiti murahan dengan menjadikan isu ini menjadi terus parah dan membesar seperti barah yang bakal merobek nyawa manusia.

Nasihat penulis bagi pejuang-pejuang bahasa ialah agar mereka lebih profesional di dalam perjuangan bahasa mereka, untuk mempertahankan bahasa, pejuang-pejuang bahasa perlulah memperkasakan bahasa terlebih dahulu agar ia tidak dapat diibaratkan sebagai dahan yang rapuh.

Penyediaan lebih banyak buku-buku rujukan dalam Bahasa Inggeris dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu perlu diperbanyakkan kerana kalau kita lihat hari ini buku-buku rujukan dalam Bahasa Melayu di pasaran Malaysia masih belum mencukupi dan sekiranya pejuang bahasa yang asli, mereka sepatutnya berjuang memperbanyakkan lagi bilangan buku-buku rujukan dalam Bahasa Melayu.

Ahli-ahli politik pula jangan menambahkan lagi kecelaruan isu ini, apa yang penulis nampak mereka tidak habis-habis berpolitik untuk kepentingan diri berselindung di sebalik perjuangan bahasa walhal ada di antara mereka tidak menggunakkan Bahasa Melayu tetapi sebaliknya menggunakan Bahasa Campuran Arab Melayu.

Apa yang penulis dapat lihat pada hari ini ialah kebanyakkan ahli politik yang berselindung di sebalik kononya perjuangan bahasa ini lebih kepada usaha-usaha untuk 'menangguk di air yang keruh" dan juga "mengeruhkan air yang sudah keruh".

Sudah tiba masanya kita memikirkan perkara ini secara rasional dan bukan emosional kerana jika kita bertindak secara emosional, kita juga yang rugi nanti "yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran"


Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin