Bilangan Pengunjung:

Showing posts with label aidilfitri. Show all posts
Showing posts with label aidilfitri. Show all posts

Friday, June 30, 2017

Kes Tetak Menjadi-jadi Apa Penyelesaianya?

Kes Tetak Menjadi-jadi Apa Penyelesaianya?
Oleh: yieMEGA

DEWASA ini negara kita dilanda satu permasaalan baru dari sudut jenayah, sejak akhir-akhir kini kes tetak sudah menjadi-jadi ni negara kita. Terbaru satu kes melibatkan seorang remaja yang dijumpai mati dipercayai akibat ditetak di Kampong Pengkalan Nyireh Besut, Terengganu. Sebenarnya ini bukan satu-satunya kes tetak yang berlaku tetapi sebelum ini dilaporkan sudah banyak kali berlaku cuma berlainan tempat dan berlainan waktu sahaja.

Penulis tidak mahu membicangkan tentang kes tetak terbaru itu, penulis lebih suka untuk mengajak pembaca-pembaca setia blog ini sama-samalah kita menyumbang idea dalam membantu pihak berkuasa agar di masa-masa yang akan datang tidak berlaku lagi kes tetak yang penuh kezaliman ini. Penulis percaya sudah ramai pembaca mengetahui bahawa kes terbaru yang melibatkan insiden tetak menetak ini telah mengakibatkan kematian oleh itu kita sudah tidak mahu banyak lagi nyawa melayang akibat daripada insiden tetak menetak ini. 

Pada pandangan anda semua bagaimana kita boleh membantu mengurangkan kes tetak ini agar ianya tidak terus berlaku lagi. Kita tidak mahu rakyat negara kita terus terkorban kerana insiden tetak menetak ini. Pihak berkuasa perlulah sesuatu agar kes seumpama ini tidak terus berulang setidak-tidaknya kalau tak dapat dihapuskan pun tak apa asalkan kita berjaya mengurangkan kes-kes seumpama ini. 

Pada pandangan penulis, di dalam usaha-usaha kita untuk menyelesaikan permasaalahn ini kita hendaklah mengenalpasti apakah punca sebenar yang menjurus kepada manusia sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan wang termasuklah menetak orang hingga mengakibatkan kematian. Tidakkah zalim bunyinya ini?

Baca Lagi!

Wednesday, June 28, 2017

Aidilfitri Hari Kemenangan Umat Islam

Aidilfitri Hari Kemenangan Umat Islam
Oleh: yieMEGA

SETELAH hampir sebulan umat Islam mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadhan Al-Mubarak, kini tiba masanya umat Islam di seantero dunia menyambut hari kemenangan yakni Hari Raya Aidilfitri pada bulan Syawal. Pada hari kemenangan ini ianya disambut meriah tidak kira tua ataupun muda malah kanak-kanak adalah orang yang paling gembira dalam menyambut kedatangan syawal. 

Bersama-samalah kita menyambut hari kemenangan yang penuh bermakna ini dengan bersederhana dan janganlah berlebih-lebihan. Belanjalah ikut kemampuan sepertimana kata pepatah Melayu "Ukurlah baju di badan sendiri" janganlah kita berbelanja di luar kemampuan kita di dalam keghairahan menyambut ketibaan Syawal. Ingat kalau kita terlalu berlebih-lebihan menyambut Syawal ia dikhuatiri akan menyalahi syarak, selain itu ia bakal juga masalah lain kepada kita tanpa disangka-sangka.

Dalam keghairahan kita menyambut Syawal, jangan pula kita lupa pada yang tiada kerana mereka juga berhak merasai kenikmatan menyambut hari kemenangan ini, jika kita berkemampuan dari segi kewangan bantulah mereka sedaya yang anda mampu. Bermacam cara boleh anda gunakan untuk membantu yang tiada mungkin anda boleh belikan mereka baju raya, memberi duit raya dan bermacam-macam cara lagi anda boleh gunakan untuk membantu mereka yang tiada.

Aidilfitri juga merupakan apa yang kita panggil kembali kepada fitrah, apabila umat Islam yang berpuasa sebulan di bulan Ramadhan, kini sudah kembali mengikut fitrah semula jadi manusia iaitu makan mengikut waktu, melayan serakah dengan cara yang sah disisi syarak. Namun, walaupun kita sudah kembali kepada fitrah jangan lupa pula ibadat wajib yang lain dan juga kalau boleh kita cuba terus bawa budaya di bulan Ramadhan kepada bulan-bulan yang lain.

Baca Lagi!

Friday, June 23, 2017

Di Penghujung Ramadhan

Di Penghujung Ramadhan
Oleh: yieMEGA

"Demi masa sesungguhnya manusia kerugian" begitulah kita hari ini begitu pantas masa berlalu sedar tak sedar kita sudahpun berada di penghujung Ramadhan. Jika anda melepaskan peluang mengandakkan ibadat di dalam bulan yang penuh keberkatan ini ternyata anda sememangnya sudah tergolong di kalangan orang yang rugi. 

Kita belum tahu adakah kita sempat untuk menghadapi Ramadhan yang akan datang jadi sia-sialah Ramadhan kali ini sekiranya kita tidak mampu untuk mengandakan ibadah kita. Kita tidak tahu adakah umur kita panjang dan sempat untuk merasai dan beribadah di Ramadhan yang akan datang. oleh yang demikian buatlah yang terbaik untuk Ramadhan kali ini dan kalau boleh buat umpama ianya adalah Ramadhan yang terakhir bagi anda. Janganlah kita menjadi antara manusia yang rugi kerana mensiasiakan masa Ramadhan yang diberi kepada kita pada hari ini.

Jika Ramadhan kali ini anda ditimpa kesusahan, jangan bimbang kerana setiap kesusahan itu ada kesenanganya. Banyak-banyakanlah berdoa ke hadrat Allah tuhan seru sekian alam dan In Shaa Allah doa anda akan dimakbulkan oleh Allah kerana Allah itu Maha Penyanyang. 

Kalau anda terjumpa dengan mereka-mereka yang berada di dalam kesusahan, jangan segan silu untuk membantu mereka. Kalaupun pertolongan anda tidak akan dibalas oleh mereka ia tetap dibalas pahala oleh Allah tuhan seru sekian alam. 


Baca Lagi!

Friday, August 9, 2013

Salam Aidilfitri 1434

Salam Aidilfitri 1434
Oleh: yieMEGA

KELMARIN 8 Ogos 2013 bersamaan dengan 1 Syawal 1434 umat Islam di negara kita menyambut hari raya kemenangan iaitu Hari Raya Aidilfitri selepas sebulan kita menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan Al-Mubarak. Sempena dengan bulan yang mulia ini penulis ingin mengambil kesempatan untuk menyusun sepuluh jari memohon sejuta kemaafan kepada semua pembaca-pembaca setia blog penulis tidak kiralah yang menyukai artikel penulis ataupun yang sebaliknya. Selamat Hari Raya Aidilfitri penulis ucapkan kepada semua umat-umat Islam di Malaysia.

Penulis hanyalah manusia biasa yang tak lekang melakukan kesalahan moga kalau ada silap dan salah harap dimaafkan dan diampunkan dosa semoga tali silaturrahim kita terus berkekalan hingga ke anak cucu. Bercakap mengenai raya ni pasti kita bayangkan makanan-makanan yang ada kaitan dengan raya, ye lah lemang, ketupat, dodol, kuih semprit, Biskut Almond London, lontong dan bermacam-macam lagilah makanan yang boleh kita jumpa sewaktu kita menyambut hari raya.

Kelmarin penulis dapat makan tapai, sate, nasi minyak dan paling istimewa untuk raya kali ini penulis dapat makan spagheti. Mungkin pada tahun ini rumah yang penulis kunjungi ingin membuat kelainan apabila menyediakan spagheti untuk menjadi menu raya kali ini, walaupun penulis tidak menyukai spagheti sekurang-kurangya dapat juga rasa bagaimana rasa spagheti yang sebelum ini penulis hanya dengar namanya dan belum pernah makan tetapi semalam dapatlah juga penulis merasainya. 

Baca Lagi!

Monday, August 6, 2012

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan
Oleh:  yieMEGA

SUDAH masuk tujuh belas hari umat Islam telah menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, di kesempatan ini juga penulis ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua pembaca setia blog Suara Generasi Muda Malaysia yang beragama Islam.

Begitu pantas masa berlalu, itulah yang dinamakan masa kita tidak akan mampu mengejarnya kerana ia akan berlalu pergi tanpa kita sedari. Begitulah hukum alam yang perlu kita akui, namun kita sebagai manusia harus berusaha untuk mengejarnya.

Tambahan pula bulan Ramadhan ini kan bulan untuk menggandakan ibadat kita hendaklah berusaha untuk membuat ibadat sebanyak mungkin yang termampu oleh batang tubuh diri sendiri. Sebelum penulis terlupa izinkan penulis memohon maaf kerana sudah lama tidak mengemaskini blog ini ekoran daripada penulis terlalu sibuk dengan tugas yang menjadi rutin harian penulis sehinggakan tiada masa untuk mengemaskini blog ini.

Kebetulan pada hari ini penulis mempunyai sedikit kelapangan, jadi penulis tidak mensia-siakanya untuk mengemaskini blog milik penulis yang tak seberapa ini. Mungkin banyak juga isu-isu yang penulis terlepas untuk mengulasnya sepanjang bulan Ramadhan Al Mubarak ini kerana terlalu sibuk, tapi mungkin di lain masa dan ketika penulis akan mengulasnya.

Terus terang penulis katakan yang penulis amat merindui untuk mengulas isu-isu semasa sepertimana yang dibuat oleh penulis sebelum ini, tetapi apakan daya masa tak akan dapat kembali. Bercakap mengenai puasa, tak lama lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri dan selepas itu kita akan menyambut Hari Kebangsaaan atau kata lain Merdeka.


Pendek kata tahun ni kita RayaMerdeka, bukan lagi merdeka raya sebab kita raya dulu baru merdeka. Penulis percaya mereka yang berada di luar sana sudah tentu sibuk mempersiapkan persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. Pesan penulis pada mereka sambutlah raya tahun ini dengan penuh bersederhana, jangan nanti lepas raya hutang keliling pinggang. Raya tu raya juga tetapi biarlah berpada-pada.

Oh ya, kelmarin baru sahaja kita dapat lihat misi skuad badminton negara kita mendapat pingat emas ternyata gagal apabila pemain negara kita Datuk Lee Chong Way gagal menumbangkan pemain daripada China iaitu Lin Dan. Nampaknya kita perlu akur bahawa kita perlu terima kekalahan tersebut dengan hati yang terbuka, mungkin nasib masih menyebelahi Lin Dan dan tidak menyebelahi Lee Chong Way. Tak dapatlah kita makan aiskrim free tapi tak mengapa cuba lagi di lain hari.

Bercakap mengenai Olimpik London ni, terfikir juga penulis mampukah negara kita mencapai matlamat untuk mendapat sebutir pingat emas sebagai ole-ole untuk rakyat Malaysia yang dibawa pulang oleh atlit negara kita di london?

Baca Lagi!

Thursday, September 9, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Oleh: yieMEGA



MALAM tadi Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja telah mengumumkan bahawa tarikh Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 1431H ialah pada hari Jumaat 10 September 2010. Ini maknanya hari ini adalah hari terakhir bagi umat Islam di Malaysia bersahur.

Dalam kesempatan ini juga penulis ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf, Zahir dan batin terutamanya kepada pembaca-pembaca setia blog Suara Generasi Muda Malaysia dan juga semua ahli-ahli Politik tanah air tidak kiralah parti mana yang mereka wakili dan juga kepada semua rakyat Malaysia.

Kepada yang dalam perjalanan pulang ke kampung halaman masing, penulis ucapkan semoga selamat tiba ke destinasi yang dituju, berhati-hatilah di jalan raya dan ingatlah orang yang tersayang.

Di kesempatan ini juga penulis ingin memohon maaf kepada semua rakan-rakan di dunia blogawan ini iaitu MSO, Husin Lempoyang, Dr Novandri, Meli Kapak Jangak, Kickdefella, DIY-Dunia Tiger, Panglima Perang, dan semua rakan-rakan seperjuangan di dalam arena blogger ini.

Terima kasih semua diatas kesungguhan anda memperjuangkan apa yang diperjuangkan oleh seorang yang bernama blogger. Semoga Aidilfitri kali ini memberi sejuta makna kepada anda semua.
Enhanced by Zemanta

Baca Lagi!

Tuesday, September 30, 2008

Selamat Hari Raya Aidil Fitri Pada Semua Pembaca!


Get Hari Raya Graphics Here



Assalamualaikum....

Esok kita akan beraya selepas sebulan kita berpuasa di bulan Ramadhan. Esok juga dikatakan hari kemenangan buat kita selepas berhempas pulas menahan dugaan dan rintangan di bulan puasa.

Penulis mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Aidilfitri kepada semua pembaca blog ini. Dan dikesempatan ini jugalah penulis ingin memohon maaf daripada pembaca sekiranya ada salah dan silap sepanjang penulis bergelar blogger ini.

Maaf Dari Hujung Rambut hingga ke hujung kaki. Terima kasih atas sumbangan anda semua bagi menjadi blog ini sebagai blog bermakna dan berguna. Sekian, Wassalam.

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin