Bilangan Pengunjung:

Showing posts with label Malaysian Chinese Association. Show all posts
Showing posts with label Malaysian Chinese Association. Show all posts

Wednesday, May 19, 2010

Judi Bola Lulus!!!!

Judi Bola Lulus !!!
Oleh: yieMEGA

BERCAKAP mengenai Judi sudah tentunya ianya dilarang oleh Agama Islam bahkan haram hukumnya jika kita yang beragama Islam menyertai sebarang bentuk permainan yang berunsurkan perjudian.

Penulis kecewa kerana Kerajaan ingin meluluskan Lesen Judi Bola Sepak untuk Piala Dunia. Biar apa pun alasan perjudian tetap ditolak dan ianya sesuai untuk sebuah negara Islam seperti Malaysia.

Adakah cubaan untuk melulus lesen perjudian ini ada kena-mengena dengan usaha-usaha untuk menarik kembali sokongan kaum Cina kepada Barisan Nasional? Seperti yang semua maklum kegiatan perjudian sudah sinonim dengan kaum cina. Bagi penulis ini bukan caranya untuk menarik kembali sokongan kaum cina terhadap Barisan Nasional banyak lagi cara lain yang boleh digunakan oleh BN untuk menarik balik sokongan kaum Cina terhadap mereka.

Paling memeranjatkan orang yang bertanggungjawap untuk meluluskan lesen perjudian bola sepak Piala Dunia itu berasal daripada Kelantan dan merupakan Calon Menteri Besar pada Pilihan Raya Umum Ke 12 yang lalu. Paling menyedihkan beliau merupakan ahli UMNO dan bukanya MCA mahupun Gerakan.

Walauapapun alasan Judi Bola Diluluskan penulis tetap menentang sekeras-kerasnya usaha-usaha ke arah itu. Malah isu ini sudah pun dipolitikkan oleh Pembangkang terutamanya PAS, mungkin ia juga keluar daripada mulut seorang Pembesar BN, tetapi sekiranya ia keluar daripada mulut Parti Subahat Pakatan Rakyat lain mereka akan membela habis-habisan ataupun mereka hanya sekadar berdiam seribu bahasa. Itulah perangai mereka dari dahulu hingga sekarang.

Walaubagaimanapun idea untuk meluluskan judi bola sepak ini adalah satu idea yang teruk yang penulis pernah dengar, mengapa perlu diluluskan lesen perjudian Bola Sepak sedangkan syarikat rokok pun diharamkan dari menjadi penaja skuad Bola Sepak yang beraksi di dalam Liga Malaysia dan juga Liga Super.

Adalah lebih baik menarik balik pengharaman penajaan syarikat rokok untuk pasukan sepak daripada meluluskan lesen perjudian Bola Sepak yang langsung tiada faedahnya malah bakal merugikan rakyat dengan aktiviti tidak tidak berfaedah seperti judi itu.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Thursday, April 29, 2010

BN Mungkin Sukar Mempertahankan Sibu....

Flag of Barisan Nasional.Image via Wikipedia

BN Mungkin Sukar Mempertahankan Sibu....
Oleh: yieMEGA

PILIHAN RAYA Kecil P212 Sibu semakin hampir, malah calon dari Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat telah kita ketahui. Bagi pembaca yang masih mengetahui siapakah calon-calon yang bakal dipertaruhkan oleh Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat pada PRK itu nanti biarlah penulis jelaskan.

BN mempertaruhkan Robert Lau Hui Yew dari parti komponenya iaitu MCA. Sementara itu, Pakatan Rakyat menerusi Parti Subahatnya iaitu DAP. Sebelum ini kerusi P212 Sibu disandang oleh BN dengan ini bermakna PRK kali ini BN akan mempertahankan kerusi P212 Sibu daripada terlepas ke tangan PAKATAN RAKYAT.

Mungkin ada pembaca yang telah membaca artikel penulis yang terdahulu. Dalam artikel yang terdahulu penulis mengatakan bahawa 'mempertahankan lebih susah daripada kita menawan'. Ini bermakna BN juga akan menghadapi laluan yang sukar untuk mempertahankan kerusi P212 Sibu.

Pandangan penulis ini berlandaskan faktor penolakkan kaum Cina terhadap BN, senario ini jelas berlaku pada PRK Hulu Selangor baru-baru ini. BN perlu kaji secara mendalam kenapa senario ini terjadi mungkin juga menghantar skuad risikan untuk mengetahui apakah sebenarnya yang Kaum Cina mahukan daripada BN.

Sekiranya BN gagal untuk memperbaiki sokongan kaum Cina terhadapnya, berkemungkinan besar BN akan tersungkur di sibu, tambahan pula P212 Sibu mempunyai penduduk majoriti berketurunan Cina. Jika BN tidak berbuat sesuatu sudah pasti mereka akan menghukum BN dalam bentuk undian.

Sindrom kempen 'Lebih Kurang' juga perlu dielakkan memandangkan sindrom ini telah dikesan berlaku pada PRK Hulu Selangor baru-baru ini. Antara puncanya 'peruntukkan tidak sampai ke bawah' oleh demikian ramai yang tak berminat untuk turut berkempen untuk BN. Malah golongan muda lebih suka berkhidmat dengan Pakatan Rakyat kerana ganjaranya lebih lumayan daripada BN.

Menurut maklumat yang penulis terima ada juga petugas kempen yang berkhidmat tanpa apa-apa imbuhan daripada parti atau dengan kata lain mereka dapat 'zero' sedangkan petugas kempen Pakatan Rakyat mendapat 'One'. Biarpun Petugas Pakatan Rakyat mendapat imbuhan yang sedikit namun 'better one than zero'.

BN perlu memastikan yang perkara seumpama ini tidak akan terjadi di Sibu. Biarpun perkara ini nampak remeh, namun ia bukanlah boleh dijadikan sebab mengapa tidak dipedulikan. Ingatlah perkara yang remeh seperti ini pun akan diambil kira oleh pengundi.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Wednesday, April 28, 2010

Dari Hulu Selangor Ke Sibu

Dari Hulu Selangor Ke Sibu
Oleh: yieMEGA

SELESAI sudah Pilihan Raya Kecil P94 kini tiba giliran sebuah parlimen yang letaknya di Malaysia Timur mengadakan pilihan raya kecil. Seperti yang diketahui umum kerusi P94 Hulu Selangor dulunya milik PKR tetapi telah bertukar tangan kepada BN semasa Pilihan Raya Kecil P94 Hulu Selangor baru-baru ini.

Kini P212 Sibu pula akan menjadi rebutan antara Barisan Nasional melalui MCA dan Pakatan Rakyat melalui parti Ultra Kiasu Cina iaitu DAP. Kata orang tua-tua 'mempertahankan' adalah lebih susah daripada 'menawan'. Ini diburukkan lagi dengan majoriti pengundi di parlimen tersebut adalah berbangsa Cina. Sebagaimana yang kita tahu, di dalam PRK P94 Hulu Selangor ternyata undi kaum Cina memihak kepada Pakatan Rakyat.

Besar kemungkinan sindrom ini akan merebak ke Sibu. Mungkin ini akan memberikan kesukaran kepada Barisan Nasional untuk mempertahankan kerusi P212 Sibu. Jadi ini bermakna Barisan Nasional tidak boleh terlalu yakin untuk mempertahankan kerusi parlimen P212 tersebut.

Petugas-Petugas BN perlulah bekerja kuat semasa berkempen dan juga usaha-usahanya perlulah lebih berlipat kali ganda berbanding kempen semasa PRK Hulu Selangor. BN juga perlu memastikan pos-pos BN mendapat peruntukkan yang secukupnya dan tiada kebocoran di dalam mengagihkan peruntukkan untuk pos-pos BN.

Perlu diingatkan DAP akan berjuang bermati-matian untuk merampas kerusi P212 Sibu dan berdasarkan pengalaman di Hulu Selangor nampaknya mereka ada 'Advantage' mereka sendiri dan kemungkinan kemerosotan pengundi cina mengundi BN juga akan berlaku di Sibu.

Dalam pada itu, penulis ingin mengambil kesempatan ini untuk mengulas mengenai MCA yang menunding jari kepada PERKASA kerana ia dikatakan sebab masyarakat Cina kurang memberi sokongan kepada Barisan Nasional semasa di Hulu Selangor baru-baru ini.

Sebenarnya, ini bukanya masa untuk kita bertelagah adalah lebih elok kita kaji secara mendalam kenapa masyarakat cina di Hulu Selangor tidak memihak kepada BN. Mungkin juga untuk BN menghadapi PRK Sibu mereka bolehlah menghantar 'perisik khas' untuk mengetahui apakah sebenarnya yang masyarakat cina mahukan.

Dalam masa yang sama calon PRK Sibu untuk kedua-dua belah pihak kita telah ketahui. BN telah mempertaruhkan Robert Lau Hui Yew dan DAP telah mempertaruhkan Wong Ho Leng. DAP mungkin akan berkempen dengan lebih agresif lagi bagi menebus kekecewaan kekalahan di PRK Hulu Selangor.

Ini bermakna BN perlu lebih berhati-hati di dalam PRK kali ini, mereka juga perlu memastikan agar semasa berkempen mereka tidak akan mengeluarkan kenyataan yang mengguriskan hati masyarakat cina.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Sunday, April 18, 2010

Laluan Sukar Untuk BN di Hulu Selangor

Flag of Barisan Nasional.Image via Wikipedia

Laluan Sukar Untuk BN di Hulu Selangor
Oleh: yieMEGA

PENULIS meramalkan yang Barisan Nasional (BN) akan menghadapi laluan yang sukar untuk memenangi Pilihan Raya Kecil P94 Hulu Selangor. Penulis membuat ramalan sedemikian berdasarkan beberapa faktor.

Terlebih dahulu ingin membuat andaian nisbah kemenangan BN dengan PKR untuk pilihan raya kecil itu. Mungkin 70:30 sesuai untuk pilihan raya kecil pada kali ini. Di mana, 70 untuk PKR dan 30 untuk Barisan Nasional.

Ini adalah berlandaskan beberapa faktor penyumbang yang menjadi penentu kepada siapa yang bakal memenangi Pilihan Raya Kecil itu. Faktor pertama ialah Jentera Pilihanraya BN, menurut maklumat yang penulis terima ialah ada Jentera Pilihan Raya BN yang tidak mendapat peruntukkan sepatutnya, kebetulan pula kebanyakkan petugas-petugas kempen BN mempunyai 'tabiat buruk' iaitu tak ada duit, tak ada kerja. Tidak seperti petugas-petugas PKR yang sanggup bekerja walaupun terpaksa mengeluarkan perbelanjaan sendiri.

Di samping itu, budaya peruntukkan tak sampai ke bawah juga menjadi masalah kepada BN, budaya ini sudah lama bertapak di dalam BN, tak tahulah penulis bila mereka nak muhasabah diri untuk memperbetulkan kesilapan lalu. Kebiasaanya peruntukkan hanya akan tersekat di tengah dan bukan dari atas lagi.

Satu lagi, ialah keikhlasan bekerja bagi petugas-petugas BN, kebanyakkan mereka tapi bukan semua mengharapkan sesuatu daripada kerja yang mereka buat untuk BN. Semangat BN sewaktu dulu sudah hilang yakni keikhlasan di dalam perjuangan.

Begitu juga dengan kesepakatan, mereka sukar untuk bersepakat di dalam melakukan sesuatu perkara. Ini akan merumitkan lagi keadaan dan juga menambahkan lagi jalan-jalan sukar untuk BN menguasai semula P94 Hulu Selangor.

Jadi penulis terpaksa akui, BN berkemungkinan besar akan tewas untuk Pilihan Raya Kecil P94 Hulu Selangor sekiranya perkara seperti di atas tidak diperbaiki dengan segera. Secara tidak langsung penulis bersetuju dengan sepertimana yang dikatakan oleh MSO di dalam blognya.


Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin