Bilangan Pengunjung:

Showing posts with label History. Show all posts
Showing posts with label History. Show all posts

Thursday, January 7, 2010

Memorandum Sejuta Umat Dan Surat PGSS



Memorandum Sejuta Umat Dan Surat PGSS
Oleh: yieMEGA

ISU kebenarang penggunaan Kalimah Allah semakin hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini. Penulis telah menulis mengenainya dalam artikel penulis yang terdahulu, pada kali ini penulis tidak akan mengulas lagi berkenaan isu tersebut kerana dikhuatiri akan dituduh 'menghina mahkamah'. Jadi penerangan penulis mengenai isu tersebut penulis telah lakukanya dalam artikel terdahulu jadi kalau yang belum sempat membacanya boleh membacanya sekarang.

Pada kali ini penulis lebih berminat untuk mengulas berkenaan dengan Memorandum Sejuta Umat dan Surat Persatuan Gereja Seluruh Sabah(PGSS). Penulis menyeru umat Islam di seluruh Malaysia untuk menandatangani Memorandum Sejuta Umat yang dikendalikan oleh Majlis Perundangan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Malaysia.

Marilah bersama-sama menyuarakan bantahan kita dengan menandatangani Memorandum tersebut. Bersatulah demi keutuhan dan kekukuhan Islam, kita tidak mahu satu hari nanti ada diantara anak-anak kita yang menukar agamanya kerana terpengaruh dengan risalah mereka. Apa Lagi jangan membuang masa TANDATANGI SEKARANG.

Surat Persatuan Gereja Seluruh Sabah (PGSS)

Beberapa hari yang lalu, penulis sempat membaca satu surat yang diedarkan melalui internet. Surat ini katanya dikeluarkan oleh "Persatuan Gereja Seluruh Sabah(PGSS)". Antara isi kandungan tersebut PGSS telah memberikan sokongan padu kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada hari ini juga penulis sempat membaca artikel yang ditulis oleh MSO di dalam blognya Merah Tinta MSO dan artikel tersebut bertajuk "Surat Misteri Kaitkan Anwar Sokong Kristian Guna Kalimah Allah".

Pada dasarnya penulis sependapat dengan MSO, di mana Anwar Ibrahim perlulah membuat kenyataan berkenaan surat tersebut, begitu juga pihak yang didakwa mengeluarkan surat tersebut iaitu PGSS supaya tampil memberi penjelasan yang sewajarnya.

Sudah menjadi kebiasaan kalau surat dikeluarkan itu tidak menguntungkan pembangkang maka ia akan dikata palsu, tetapi sekiranya surat dikeluarkan itu menguntungkan pembangkang ia pula dikatakan asli walhal ia sememangnya palsu. Begitulah perangai pembangkang.

Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Sunday, July 27, 2008

Nik Aziz Cadang Bubar UMNO dan PAS kemudian Tubuh Parti Baru

Nik Aziz Nik MatImage via Wikipedia
Laporan Utusan:

Nik Aziz ajak UMNO tubuh parti baru satukan orang Melayu

26/07/2008 7:12pm

MACHANG 27 Julai — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mencadangkan supaya UMNO dan parti itu dibubarkan dengan menubuhkan sebuah parti baru berlandaskan Islam bagi menyatukan orang Melayu dan sebagai tempat berlindung kepada semua pihak termasuk bukan Islam.

Beliau berkata Islam menepati semua matlamat perjuangan termasuk politik dan perlu dijadikan asas kepada perjuangan mana-mana parti politik yang inginkan kepada perjuangan sebenar.

“UMNO bubar PAS pun bubar, tubuh parti lain dengan syarat berdasarkan kepada Islam,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Dewan Ulama Pas Kelantan ke-37 di sini, hari ini.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata UMNO tidak ada sebab untuk menolak dasar Islam yang dicadangkan oleh PAS melalui parti itu kerana Islam milik semua kaum termasuk bukan Melayu di negara ini.

“Kalau tidak kena dengan Islam di mana-mana, cuba beritahu dan kalau UMNO itu benar dan tidak bertentangan dengan agama cuba beritahu,” katanya ketika mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang membayangkan kemungkinan diadakan kerjasama politik dengan PAS suatu masa nanti.

Nik Abdul Aziz berkata dengan cara demikian ia dapat mengembalikan kekuatan Islam di negara ini di samping merapatkan hubungan antara kaum termasuk bukan Islam.

“Islam untuk semua kaum, bukan untuk orang Melayu sahaja atau Cina, India dan Orang Putih, semua perlu bersatu di bawah Islam,” katanya.

— BERNAMA

KOMEN SUARA GENERASI MUDA

Cadangan Mursyidul Am PAS itu boleh dikatakan baik kerana tujuanya untuk menyatupadukan Melayu tetapi kesan negatifnya tetap ada. Contohnya UMNO sebagai parti yang penuh bersejarah.

UMNO dan sejarah memang tidak dipisahkan di Malaysia kerana suatu ketika dahulu perjuangan kemerdekaan negara UMNO adalah di antara perjuangnya tetapi pada masa itu orang Melayu ataupun orang Islam sememangnya bersatu demi menentang penjajahan British di tanah air Malaysia pada ketika itu.

Mungkin padangan Tuan Guru Nik Aziz itu boleh diterima tetapi pada pandangan penulis ia tidak begitu sesuai memandangkan UMNO sebuah parti bersejarah dan setiap barang bersejarah tentu ada nilainya sebagai contoh adakah kita mahu satu artifak sejarah yang kita jumpai dimusnahkan begitu sahaja. Penulis percaya bukan sahaja di pihak UMNO yang tidak akan bersetuju parti itu dibubarkan tetapi Pihak PAS juga mungkin tidak bersetuju dengan pembubaran parti PAS yang memperjuangkan Islam tersebut.

Penulis cadangkan supaya UMNO dan PAS tidak dibubarkan tetapi mereka disatukan di dalam satu bumbung kerana ini adalah lebih baik kerana masing-masing akan boleh menasihati di antara satu sama lain selain perjuangan asal masing-masing tidak akan dikorbankan.
Zemanta Pixie

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin