Bilangan Pengunjung:

Showing posts with label pas perak. Show all posts
Showing posts with label pas perak. Show all posts

Thursday, August 14, 2008

Kalau Dengan DAP Boleh Kenapa Tidak Dengan UMNO - Nasharuddin Mat Isa


Sebut sahaja Nasharuddin Mat Isa sudah tentu pasti ramai yang mengenalinya sesuai dengan kedudukan beliau sebagai Timbalan Presiden PAS apatah lagi beliau merupakan seorang Ahli Parlimen yang mewakili masyarakat daripada daerah Bachok Kelantan walaupun beliau bukanlah orang Kelantan. Bagi penulis tidak kisah dia asal daripada mana pun asalkan mereka sanggup menjadi kuli kepada rakyat, bukan rakyat menjadi kuli untuk mereka.

Semasa Muktamar Pemuda PAS yang ke 49 yang berlangsung di Ipoh, Perak semalam beliau mengeluarkan kenyataan yang mengatakan kita boleh bekerjasama dengan DAP yang sejak dulu sampai sekarang tidak dapat menerima Islam, tidak pula ada yang menentang di samping itu beliau menyifatkan bahawa tindakan ahli-ahli yang membantah keputusan Muqabalah UMNO-PAS yang telah mendapat restu Majlis Syura PAS sebagai melanggar disiplin parti.

Mengikut rekod Nasharuddin selaku Timbalan Presiden PAS yang senada dengan TG Datuk Seri Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS dalam cadangan Muqabalah UMNO-PAS dan beliau antara orang yang paling kuat bekerja agar Muqabalah UMNO-PAS menjadi kenyataan demi memelihara kesatuan umat Islam dan umat Melayu di Malaysia.

KOMEN SUARA GENERASI MUDA

Pada pandangan penulis, kenyatan Timbalan Presiden PAS tersebut boleh dikatakan ada kebenaranya. Fahamilah dengan menggunakan akal fikiran yang waras kurniaan Allah tuhan seru sekian alam. DAP yang sejak dari dulu sampai sekarang terang-terang memusuhi Islam atau tidak keterlaluan kalau penulis memanggilnya 'kafir harbi' tetapi boleh bekerjasama dengan PAS tanpa apa-apa bantahan daripada ahli PAS.

Tiba pula masa Muqabalah UMNO-PAS, ramai pula dikatakan membantah terutamanya 'Stealth Soldier' Anwar Ibrahim di dalam PAS. Sedangkan ahli UMNO itu majoritinya Melayu dan Melayu menurut Perlembagaan Malaysia bermaksud seseorang yang beragama Islam, mengamalkan sifat dan cara hidup Melayu dan bertutur dalam bahasa Melayu. Tidakkah perkara ini pelik bukan? Pada pandangan penulis tindakan Muqabalah UMNO-PAS yang cuba diambil oleh PAS sebagai satu langkah memperbetulkan kesilapan mereka sebelum ini yang memandang jijik dan hina kepada UMNO. Jadi kenalah pada masanya PAS berbuat demikian.

'Stealth Soldier' Anwar Ibrahim pasti tidak mahukan ini semua kerana ia akan menguggat orang yang dipujanya nanti upacara pemujaan menjadi susah banyak halangan yang timbul nanti. Bagi mereka yang tidak mengerti apakah yang dimaksudkan dengan "Stealth Soldier' Anwar Ibrahim mungkin kerana ketinggalan artikel penulis yang lepas. "Stealth Soldier' Anwar Ibrahim merujuk kepada askar-askar halimunan yang dihantar oleh Anwar Ibrahim untuk membolehkanya menguasai PAS dan mungkin juga cuba untuk mengubah perjuangan PAS secara senyap sepertimana kata pepatah 'musuh dalam selimut, gunting di dalam lipatan, Musuh anda adalah kawan anda' dan bermacam-macam lagi. Semoga pembaca faham dengan penerangan ringkas penulis ini berkenaan 'Stealth Soldier' Anwar Ibrahim di dalam PAS.

Baca Lagi!

Tuesday, July 29, 2008

UMNO Perak Sedia Kongsi Kuasa Dengan PAS

Kelmari diberitakan bahawa UMNO Perak sedia berkongsi kuasa dengan PAS membentuk kerajaan di Perak sekiranya DAP terus memberi tekanan kepada PAS. UMNO Perak melalui jurucakapnya iaitu Datuk Seri Tajol Rosli menegaskan bahawa UMNO Perak sanggup berkongsi kuasa dengan PAS walaupun Menteri Besar Perak adalah yang berasal daripada PAS.

Tawaran UMNO Perak tersebut memang baik untuk menyatupadukan orang Islam dan Melayu di Malaysia. UMNO Perak pula nampaknya bersedia memberikan jawatan Menteri Besar kepada pihak PAS walaupun jika dibandingkan bilangan kerusi UMNO dan PAS, bilangan kerusi daripada pihak UMNO adalah lebih banyak. Namun, UMNO Perak nampaknya sedia berkorban walaupun sekiranya mereka bergabung tentulah UMNO yang lebih layak menerajui kerajaan negeri memandangkan bilangan kerusi UMNO memang banyak tetapi mereka sanggup berkorban demi menjaga kepentingan umat Islam khasnya dan Melayu amnya.

Pada pandangan penulis PAS sepatutnya mempertimbangkan cadangan yang dikemukakan oleh UMNO Perak tersebut kerana ia tidak akan memberi kerugian terhadap mana-mana pihak atau apa yang boleh katakan sebagai situasi menang-menang atau 'win-win situation'. PAS tidak akan rugi apa-apa sekiranya menerima tawaran ini kerana jelas mereka tetap menguasai pucuk pimpinan kerajaan negeri Perak kerana UMNO Perak telah memberi jaminan mereka sanggup memberikan jawatan Menteri Besar kepada Pihak PAS.

Sudah lama penulis menanti saat pengabungan UMNO dan PAS, harap-harap penggabungan UMNO dan PAS dapat menjadi kenyataan. Demi menyatupadukan umat Islam di Malaysia yang boleh diibaratkan seperti 'retak menanti belah' dan 'telur di hujung tanduk. Penyatuan Umat Islam penting di dalam menjadikan kita sebuah negara Islam yang maju dan berpontensi jauh.



Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin