Bilangan Pengunjung:

Showing posts with label kerajaan terengganu. Show all posts
Showing posts with label kerajaan terengganu. Show all posts

Sunday, November 27, 2011

PAS CUBA AMBIL KESEMPATAN DI ATAS KELEMAHAN AHMAD SAID

PAS CUBA AMBIL KESEMPATAN DI ATAS KELEMAHAN AHMAD SAID
Oleh: yieMEGA

TAK berapa lama dahulu penulis pernah meramalkan bahawa kelemahan Menteri Besar Terengganu bakal memberikan kelebihan kepada PAS. Penulis percaya bagi pembaca setia blog ini masih mengingati artikel berkenaan. Jika dulu ia hanya ramalan tetapi sekarang ia mungkin hampir menjadi kenyataan. 

Masih ingatkah saudara-saudari dengan PAS yang satu masa dahulu bersungguh-sungguh menyokong perlantikan Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu. Patutlah bersunguh-sungguh mereka menyokong Ahmad Said habis-habisan. Kini kenapa PAS begitu bersungguh-sungguh menyokong perlantikan Ahmad Said hampir terjawab.

Kelemahan yang ada pada Ahmad Said akan dimanipulasi oleh PAS untuk menjatuhkan Kerajaan BN Terengganu. Penulis sempat mengambil sedikit sedutan daripada blog MSO " 'Kewakyahan' menteri besar Terengganu Mat Said hari ini tidak diambil kesempatan sepenuhnya oleh Pas". [Sumber: http://msomelayu.blogspot.com/2011/11/simpulan-minda.html ]

Berdasarkan artikel tersebut penulis meramalkan bahawa PAS Terengganu akan menggunakan strategi mempergunakan kelemahan yang ada pada Ahmad Said untuk menumbangkan Kerajaan BN Terengganu. Sekiranya ini berlaku bermakna sokongan PAS selama ini kepada Ahmad Said hanyalah retorik dan ada udang di sebalik batu.

Jika sokongan PAS terhadap Ahmad Said adalah retorik semata-mata, ini bermakna secara automatisnya PAS juga telah menipu rakyat malah lebih teruk lagi menipu Sultan. Sekiranya sokongan PAS selama ini hanyalah sekadar strategi politik dan bukanya akur kepada titah perintah Sultan Terengganu ini maknanya PAS sudah pun menipu Sultan Terengganu.

Sepanjang pasca perlantikan Ahmad Said sebagai Menteri Besar di Terengganu, tidak ada satu pun yang boleh membanggakan rakyat Terengganu yang dilakukan oleh Ahmad Said. Malah tidak keterlaluan sekiranya penulis labelkan Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu yang paling tidak berprestasi malah prestasinya lebih teruk daripada Datuk Seri Amar Diraja Wan Mokhtar Ahmad.

Perkara ini memberikan kelebihan kepada PAS, dan sekiranya PAS berjaya memanipulasi kelemahan yang ada pada Ahmad Said secara automatisnya Kerajaan Terengganu akan jatuh ke tangan mereka. Sudah lama mereka ingin kembali semula menguasai negeri yang diberikan jolokkan "Penyu" ini.

Baca Lagi!

Tuesday, November 24, 2009

InfoBanjir Kota Bharu (3) 2009

Banjir Di Kota Bharu Kian Pulih
Oleh: yieMEGA

BANJIR yang melanda negeri-negeri Pantai Timur Kelantan, Pahang dan Terengganu sudah beransur pulih ini termasuklah banjir yang melanda Kota Bharu, Kelantan apabila ia menampakkan tanda-tanda pemulihan selepas beberapa tempat seperti Kg. Sungai Budor, Jalan Atas Paloh, Hadapan SMJK Chung Hwa dan Chung Cheng, Lorong Che Mat Baba dan kawasan yang berhampiran dengan Bank Kerapu/Muzium Perang/Kelantan Pill Box.

Bacaan paras air sungai Kelantan di Jeti Kastam setakat pukul 6.01 petang tadi menunjukkan berlaku penurunan apabila ia mencatatkan bacaan 5.10 m, walaupun masih di atas paras bahaya namun mengikut rekod berlaku penurunan di dalam bacaan paras air sungai Kelantan di Jeti Kastam tersebut.

Mungkin penduduk di kawasan-kawasan yang digenangi air banjir mula boleh menarik nafas lega apabila air banjir mula surut di beberapa kawasan diikuti dengan paras air sungai Kelantan di Jeti Kastam yang juga mengalami penurunan.

Banjir di Kota Bharu dijangka pulih sepenuhnya menjelang tengahari besok. Mungkin ini berita gembira buat penduduk di kawasan-kawasan yang digenangi air banjir. Semoga banjir di Kota Bharu pulih sepenuhnya besok.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Saturday, August 8, 2009

1Malaysia di Terengganu...

1Malaysia di Terengganu
Oleh: yieMEGA

HARI ini berlansung Program Bakti Remaja anjuran Kerajaan Negeri Terengganu di kawasan DUN Kota Putra, Besut, Terengganu. Kali pertama penulis dapat lihat bangsa selain Melayu menyertai Program Bakti Remaja. Sebelum ini penulis belum pernah melihatnya tetapi ketahui pula penulis adakah Program Bakti Remaja sebelum ini mensyaratkan hanya untuk bumiputera atau tidak itu kena tanya Ahmad Said Selaku Menteri Besar Kaduk Naik Junjung.

Penulis sempat melihat satu baju T yang diberikan secara percuma yang diberikan kepada peserta Program Bakti Remaja pada hari ini, di belakangnya tertulis perkataan "1Terengganu", di mana pada Program Bakti Remaja sebelum ini Baju T yang diberi tertulis perkataan 'Islam Hadhari Terengganu Bestari' diberikan percuma kepada peserta.

Bercakap mengenai Baju T ini penulis ingin mengambil kesempatan ini untuk menegur sedikit, Baju T yang diberikan hanya satu saiz dan tidak sesuai untuk mereka yang berbadan besar dan mungkin yang berbadan besar akan membuatnya sebagai 'Kain Buruk' kerana tidak muat baju T tersebut, cuba bayangkan baju T yang berlambangkan Terengganu dijadikan kain buruk dan dipijak-pijak oleh mereka yang membuatnya sebagai alas kaki. Tidakkah ini satu pembaziran dan satu penghinaan terhadap jata negeri Terengganu. Adalah lebih elok pemberian T Shirt untuk Program Bakti Remaja akan datang hendaklah pelbagai saiz diberikan supaya ianya dapat dipakai oleh semua.

Tulisan 1Terengganu dibelakang T Shirt itu jelas sekali, konsep 1Malaysia juga cuba diserap dan di adaptasikan kepada Kerajaan Negeri Terengganu. Mungkin juga sebelum ini hanya satu bangsa sahaja yang dapat menyertai Program Bakti Remaja ini. Jika salah tolong betulkan sebab sebelum ini penulis belum pernah melihat Bangsa lain di Program Bakti Remaja ini, kehadiran penulis ke tempat program ini bukanlah sebagai peserta tetapi sebagai pemerhati untuk mencari bahan untuk dimuatkan ke dalam blog ini.

Penulis sempat mendengar amanat oleh ADUN Kota Putra, YB Pehimi Yusof yang memperuntukkan masa lebih kurang 5 minit di tempat program itu berlangsung kerana ada banyak lagi program seumpamanya yang perlu dihadiri beliau. Jelas sekali cara beliau bermesra dengan rakyat seolah-olah tiada 'jarak' dengan statusnya sebagai ADUN dengan rakyat. Senyuman sentiasa terukir di bibir beliau. Selain itu ceramah yang disampaikan
walaupun pendek dan ringkas tetapi isinya padat dan tidak membuat orang mengantuk. Namun, apa yang mengecewakan penulis apabila Ucapan Ketua Pemuda Bahagian yang begitu meembosankan dan ada yang tertidur semasa beliau berceramah, tambah merumitkan keadaan ialah beliau syok sendiri semasa berceramah.

Program Bakti Remaja pada hari ini berjalan lancar walaupun pada awalnya ada terdapat sedikit kekalutan iaitu kelewatan kaunter pendaftaran dibuka dan juga semasa pendaftaran berlaku sedikit salah faham apabila peserta mendaftar di lorong yang salah, masalah ini penulis jelas ianya berpunca daripada kelemahan urusetia program dan juga kelemahan kerajaan pimpinan Ahmad Said kerana tidak membuat papan tanda lorong berdasarkan angka giliran peserta, pihak urusetia hanya sekadar membuat pengumuman, bagi penulis ianya belum cukup untuk memuaskan hati semua pihak dan ada peserta yang terpaksa beratur di barisan yang panjang bagi kali kedua. Permasalahan ini haruslah diperbaiki pada masa depan.

Sebelum penulis terlupa, penulis memohon maaf kerana sudah lama tidak mengemaskini blog ini kerana penulis menghadiri satu kursus yang baru aje tamat pada khamis yang lepas, semasa berkursus penulis bukan sahaja tidak dibenarkan menggunakan Peralatan ICT, malah telefon penulis juga tidak dibenarkan guna dan diserahkan kepada penganjur. Manakala selepas kursus itu tamat penulis begitu letih tambahan pula banyak aktiviti lasak yang ada dalam kursus tersebut hari ini sahaja letih penulis hilang dan dapatlah penulis mengemaskini blog ini.

Akhirkalam tahniah kepada semua peserta Program Bakti Remaja, walaupun ada yang mendapat RM500 sedangkan anda mendapat RM200 sahaja jangan cemburu kerana yang dapat RM500 kena kursus 3 hari 2 Malam jadi adilah mereka mendapat daripada anda sedangkan anda hanya mengambil masa tak sampai pun sekerat hari. Semoga anda semua menggunakan dana yang diperolehi untuk jalan kebaikkan elakkan daripada menggunakanya untuk perkara-perkara negatif. 1Malaysia 1Terengganu dan 1Besut.....
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Friday, December 12, 2008

Menjelang PRK P036 Kuala Terengganu dan Debaran Ahmad Said!

Beberapa minggu yang lalu, kita dikejutkan oleh berita kematian mengejut seorang Ahli Parlimen yang juga merupakan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia. Ekoran beliau yang kembali ke Rahmatullah ia akan bermakna akan ada satu pilihan raya kecil yang bakal berlangsung dalam masa terdekat. Parlimen P036 Kuala Terengganu akan menjadi bualan ramai dan topik dalam tempoh 60 hari dari sekarang.

6 Januari 2008 merupakan tarikh penamaan calon bagi PRK Parlimen Kuala Terengganu. 17 Januari 2008 pula merupakan hari membuang undi, pada tarikh ini kita dapat lihat adakah Barisan Nasional masih mampu mengekalkan kawasan parlimen ini ataupun ia bakal menyaksikan servis bertukar tangan dan memihak kepada PAS.

Adakah Peristiwa Penahanan BAS semasa PRU11 yang berlaku di Marang Terengganu bakal berlaku lagi?

Ada kemungkinan ia akan berlaku lagi sekiranya penyokong-penyokong PAS Terengganu tidak berpuas hati dengan perjalanan Pilihan Raya Kecil tersebut memandangkan penyokong-penyokong PAS Terengganu memang terkenal dengan tradisinya yang kalau kita istilahkan dalam loghat Kelantan 'Oghe Pongoh" tidak seperti Penyokong PAS Kelantan yang kelihatan sedikit liberal berbanding PAS Terengganu.

Marilah bersama-sama kita berdoa agar semasa Pilihan Raya Kecil tersebut, tidak akan berlaku sebarang kekakcauan yang boleh menggangu-gugat keselamatan negara dan perjalanan pilihanraya tersebut.

Debaran Ahmad Said (Menteri Besar Terengganu)

Datuk Ahmad Said yang merupakan Menteri Besar Terengganu yang baru dan juga Pengerusi BN Negeri dikatakan berada di dalam keadaan tidak senang duduk kerana bimbang dengan keputusan Pilihan Raya Kecil P036 Kuala Terengganu ini, sekiranya PRK ini lebih memihak kepada PAS, besar kemungkinan usaha-usaha untuk menyingkirkan Datuk Ahmad Said daripada kerusi Menteri Besar Terengganu akan menjadi lebih mudah tambahan pula setakat ini tiada satupun Pembaharuan yang dibuat oleh Datuk Ahmad Said yang boleh memaju Terengganu ke arah sebuah negeri yang maju. "Ungkapan "Memahat Sejarah, Mencipta Tamadun" kini tinggal ungkapan sahaja seperti mana kata pepatah "Indah Khabar dari Rupa".

Untuk mempertahankan kerusi empuk Menteri Besar yang didukinya sekarang, beliau perlu memastikan Barisan Nasional terus mewakili P036 Kuala Terengganu, dalam suasana politik yang tidak menentu sekarang, amat sukar untuk mempertahankan kerusi parlimen tersebut tambahan pula, parlimen tersebut terdiri daripada ramai penyokong UMNO yang pro mantan Menteri Besar dahulu iaitu Datuk Seri Idris Jusoh, tambahan pula kebanyyakan orang di kawasan Parlimen tersebut sekarang melihat, Datuk Ahmad Said lebih mengutamakan Kemaman berbanding daerah-daerah lain termasuklah Kuala Terengganu, besar kemungkinan sejarah yang berlaku pada zaman Wan Mokhtar bakal berlaku lagi sekiranya dibiarkan Ahmad Said terus menerajui Terengganu.

Itulah antara-antara maklumat yang dapat penulis terima daripada pemberi-pemberi maklumat penulis daripada kedua-dua belah pihak, akhir kata nantikanya dengan penuh sabar, semoga kita mendapat yang terbaik.



Baca Lagi!

Friday, July 25, 2008

Pembelian Mercedes E200 Kompressor Menarik Minat BPR

Hari ini Kosmo! Edisi Timur melaporkan bahawa Isu Pembelian Mercedes E200 Kompressor oleh Kerajaan Negeri Terengganu telah menarik minat Badan Pencegah Rasuah (BPR) atau nama barunya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah untuk menyiasat berhubung kemungkinan berlaku penyelewengan berhubung pembelian tersebut.

Turut disiasat ialah kos penyelengaraan Perdana V6 Executive yang dipakai oleh Exco kerajaan negeri sebelum ini ini menjadikan BPR telah mengendalikan dua kes yang bersabit dengan isu pembelian Mercedes E200 Kompressor Oleh Kerajaan Negeri Terengganu. Difahamkan pemandu-pemandu juga telah disoal-siasat oleh BPR untuk membantu siasatan yang dijalankan oleh mereka.

Penulis mengucapkan terima kasih kepada Badan Pencegah Rasuah kerana sudah bertindak kena pada masanya sesuai dengan matlamat badan itu yang agar bergelar suruhanjaya menjadi sebuah badan atau suruhanjaya yang bebas daripada campur tangan kerajaan. Namun, penulis berharap siasatan tersebut tidaklah 'hangat-hangat tahi ayam sahaja'.

Penulis percaya isu ini mungkin telah mendapat sambutan hangat sehinggakan menarik perhatian Badan Pencegah Rasuah untuk turut sama memanaskan isu ini tetapi tidak tahulah penulis sekiranya mereka bertindak sekadar untuk mendapat publisiti murahan sepertimana mereka bertindak kepada mendiang Eric Chia berhubung kes penyelewengan yang melibatkan perwaja.

Namun tidak apalah sekiranya mereka hendak publisiti pun tetapi yang penting mereka perlu menjalankan tanggungjawab mereka dengan penuh berhemah, hikmah, adil, telus dan jujur sebagaimana laungan "Ketelusan dan Keterbukaan" yang sering menjadi modal Pak Lah apabila bercakap walaupun sudah ramai orang yang menyampah dengan fantasinya yang entah apa-apa itu.

Bagi penulis ketelusan dan keterbukaan yang sentiasa menjadi laungan Perdana Menteri bernama Abdullah Haji Ahmad Badawi itu adalah retorik semata-mata sekadar untuk menarik perhatian orang ramai supaya menyokongnya kembali sepertimana barang yang dijual oleh seseorang peniaga tetapi tidak laku jadi ianya terpaksa membuat jualan lelong lalu terndegarlah jeritan seperti "Harga terbabas" "lelong, lelong barang murah" dan bermacam-macam lagi pendekatan yang digunakan untuk melariskan barang jualanya sehinggakan ada yang memilih cara untuk menipu sebagai cara untuk melariskan jualanya. Jadi samalah seperti Abdullah Haji Ahmad jadi fikirlah baik-baik dan sedalam-dalamnya dan ingat kita semestinya berfikir di luar kotak bukan di dalam kotak.

Salam perjuangan....
Berjuanglah Selagi Hayat Dikandung Badan

Baca Lagi!

Wednesday, July 23, 2008

Isu Pembelian Mercedes E200 Kompressor Kerajaan Terengganu

Menteri Besar Terengganu yang baru iaitu Datuk Ahmad Said nampaknya sudah membuka 'topeng' dan menunjukkan wajahnya yang sebenar di sebalik topeng yang dipakainya selepas sebaik sahaja beliau dilantik menjadi Menteri Besar Terengganu yang baru mengantikan Datuk Seri Idris Bin Jusoh.

Topeng apakah yang dipakai oleh Datuk Ahmad Said sebaik sahaja menjawat jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu yang dimaksudkan penulis ialah perangainya dari segi cara percakapanya yang sebelum ini kelihatan cuma menyembunyikan diri beliau yang sebenar.

Beliau sebelum dilantik menjadi Menteri Besar Terengganu terkenal dengan sifat panas baranya, ataupun dalam istilah orang Kelantan "Pongoh" tetapi sebaik sahaja dilantik menjadi Menteri Besar Terengganu yang baru beliau cuba menyembunyikan perangai sebenarnya dengan berpura-pura bercakap lembut, namun kata orang 'kebiasaan akan menjadi terbiasa', hari ini beliau telah menonjolkan dirinya yang sebenar apabila apabila beliau menjawab soalan mengenai isu pembelian Mercedes E200 Kompressor yang terhangat di pasaran di ketika ini, pada pemerhatian penulis cara beliau menjawab soalan yang dikemukan oleh wartawan boleh dikatakan agak kasar tambahan pula nadanya berbunyi keras.

Sahlah Datuk Ahmad Said sudah hipokrit sebelum ini, demi jawatan beliau sanggup menjadi hipokrit. Penulis tidak mahu komen lebih lagi pasal ahmad said biarlah dia terjun dengan jawatanya, lebih baik kita tumpukan kepada isu pembelian Mercedes E200 Kompressor oleh Kerajaan Negeri Terengganu untuk kegunaan exconya.

Penulis tegas dengan pendirian penulis berhubung pembelian Mercedes E200 Kompressor yang adalah membazir dan bukanya menjimatkan wang rakyat, berhubung kos penyelengaraan pula sekiranya tak mahu menampung kos penyelengaraan yang tinggi adalah lebih baik kerajaan negeri Terengganu membeli Perdana V6 Executive yang baru dan kalau boleh buat perjanjian dengan proton supaya mereka memperuntukkan Extra Warranty untuk kenderaan tersebut.

Kalau Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri pun menggunakan Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi kenapa tidak Exco dan Menteri Besar menaiki kereta yang sama. Kalau nak jimat lagi kerajaan negeri belilah motosikal untuk menjadi Kenderaan Rasmi Menteri Besar dan Exco ia tentu lagi menjimatkan dan setidak-tidaknya mereka secara tidak langsung akan merasai kesusahan yang dialami oleh rakyat sebelum ini, kos penyelengaraan dia pun tidak lah tinggi. Hasilnya wang rakyat dapat dijimatkan.

Baca Lagi!

Monday, July 21, 2008

Berjimat Cara Ahmad Said











Kerajaan Negeri Terengganu telah membuat keputusan untuk membeli Mercedes E200 Kompressor bagi mengantikan Perdana V6 yang sebelum ini menjadi kenderaan rasmi Exco Kerajaan Negeri Terengganu.

Ramai yang telah membantah keputusan Kerajaan negeri Terengganu tersebut kerana ia dikatakan membazir. Namun, Menteri Besar Terengganu yang baru iaitu Datuk Ahmad Said mempertahankan tindakan Kerajaan Negeri Terengganu itu atas alasan mahu menjimatkan kos penyelengaraan yang mana katanya penyelengaraan bagi Proton Perdana V6 amatlah tinggi jadi lebih baik kerajaan negeri membeli kereta baru untuk mengantikan Perdana V6 tersebut.

Penulis sangat tidak bersetuju dengan alasan yang diberikan oleh Datuk Ahmad Said itu, mari kita pergi kepada kos pembelian Mercedes E200 Kompressor itu terlebih dahulu, Kos pembelian bagi sebuah kereta Mercedes E200 Kompressor tersebut ialah RM245,000 dan Kerajaan Negeri Terengganu melalui Menteri Besarnya Datuk Ahmad Said membuat keputusan untuk membeli 14 buah kereta Mercedes E200 Kompressor ini bermakna jumlah kesuluruhan pembelian itu ialah lebih kurang RM3.4 Juta. Jadikah inikah yang dikatakan langkah menjimatkan kos penyelengaraan.

Pada pandangan penulis penyelengaraan Mercedes E200 Kompressor adalah lebih tinggi berbanding penyelengaraan Perdana V6 dan mungkin ramai yang tahu alat ganti Mercedes adalah antara alat ganti termahal di negara ini jadi mungkinkah ia mampu menjimatkan kos penyelengaraan?

Penulis tidak tahu apa untungnya kepada Datuk Ahmad Said dengan membuat keputusan yang tidak popular ini , mungkinkah Datuk Ahmad Said mendapat komisyen daripada pihak pengedar Kereta Mercedes E200 Kompressor itu? Kemungkinan itu tetap ada namun penulis tidak suka menuduh tetapi kemungkinan itu tetap ada.

Apa yang penulis dapat lihat kali ini ialah pemikiran Datuk Ahmad Said adalah sama dengan pemikiran Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di dalam mengambil langkah berjimat. Penulis merasakan Datuk Ahmad Said tidak layak untuk menjadi Menteri Besar Terengganu dan penulis mendesak Datuk Ahmad Said meletak jawatan dengan segera.

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin