Bilangan Pengunjung:

Showing posts with label bebanan rakyat. Show all posts
Showing posts with label bebanan rakyat. Show all posts

Friday, October 21, 2011

Bajet 2012

Bajet 2012
Oleh: yieMEGA

MUNGKIN penulis agak terlewat sedikit mengulas berhubung Belanjawan atau Bajet 2012 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga merupakan Menteri Kewangan bagi negara bernama Malaysia. Bagi penulis biarlah sedikit terlewat daripada tidak langsung mengulas mengenainya.

Beberapa pengumuman di dalam pembentangan Bajet 2012 baru-baru ini mungkin banyak mengembirakan kebanyakkan rakyat Malaysia terutamanya Kakitangan Awam. Bantuan kepada isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan layak mendapat bantuan  One-Off daripada kerajaan sebanyak RM500.00.

Pada kali ini, penulis tidak mahu mengulas mengenai angka-angka di dalam Bajet tetapi lebih kepada ulasan umum terhadap bajet yang telah dibentangkan di Parlimen oleh Perdana Menteri tersebut. Sepertimana yang penulis tekankan dalam artikel-artikel penulis yang terdahulu iaitu kerajaan perlu mencari mekanisme untuk "mengurangkan bebanan rakyat" kerana saban tahun bebanan rakyat terus meningkat.

Mungkin Bajet 2012 hampir menepati apa yang penulis tekankan sebelum ini, namun apa yang penulis ingin lihat pada bajet-bajet akan datang. Perhatian utama hendaklah diberikan kepada strategi-strategi untuk mengurangkan bebanan rakyat.

Sekiranya bebanan rakyat dapat dikurangkan ia juga akan memberi kesan yang positif kepada ekonomi domestik negara kita, dengan ini kuasa beli rakyat akan meningkat dan membantu merancakkan ekonomi domestik yang pada masa ini masih bergerak perlahan ekoran krisis kewangan yang melanda kebanyakkan negara-negara maju.

Bajet kali ini, mungkin sudah ada meletakkan strategi-strategi untuk membantu mengurangkan bebanan rakyat di ketika mana rakyat terpaksa menghadapi peningkatan bebanan terhadap mereka. Oleh yang demikian, di dalam bajet-bajet yang bakal mendatang hendaklah mengemukakan strategi-strategi terkini untuk membantu meringankan bebanan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat.

Sepertimana bajet-bajet yang terdahulu, peruntukkan kepada sektor pendidikan nampaknya antara peruntukkan tertinggi berbandin dengan peruntukkan-peruntukkan di sektor lain. Ini mungkin pendidikan menjadi sektor terpenting bagi merealisasikan hasrat menjadikan Malaysia negara maju yang berpendapatan tinggi.

Mungkin juga, penulis boleh sifatkan bahawa Bajet 2012 merupakan Bajet yang terbaik pernah dibentangkan berbanding bajet-bajet yang telah dibentang pada tahun-tahun lepas yang sudah lama berlalu. Paling menarik bajet kali ini nampaknya lebih kepada mengutamakan kesejahteraan rakyat.

Apa yang penulis harapkan bahawa apa yang cuba dilakukan oleh Kerajaan ini jangan hanya mati di tengah jalan di mana matlamat perlaksanaanya tidak tercapai kerana apa yang cuba dicapai itu tidak akan dicapai kalau usaha-usaha ke arahnya sekadar hangat-hangat tahi ayam semata-mata.

Baca Lagi!

Thursday, January 6, 2011

Bebanan Rakyat Perlu Dikurangkan

Bebanan Rakyat Perlu Dikurangkan
Oleh: yieMEGA

TELAH lama juga Penulis tidak menambah sebarang artikel baru di dalam blog ini ekoran daripada penulis terlalu sibuk di dalam sehari dua ini, mujurlah hari ini ada kesempatan untuk menulis jadi penulis tidak mensia-siakan masa yang terluang ini untuk menulis artikel terbaru di blog penulis ini.

Idea untuk menulis artikel ini timbul setelah penulis terbaca satu artikel di sebuah Media Alternatif yang dipanggil Harian Mega. Artikel Harian Mega yang bertajuk "Cabaran 2011: Mengurangkan Bebanan Rakyat". Artikel ini adalah bersesuaian dengan senario sekarang ini di mana rakyat terbeban dengan keadaan sekarang ini.

Kalau yang ada di luar sana masih tidak percaya, sila lah pergi tanya salah seorang rakyat Malaysia di luar sana adakah mereka merasa terbeban dengan bebanan mereka yang terus meningkat dari hari ke sehari.

Bebanan Rakyat yang terus meningkat dari hari ke hari ini besar risikonya kepada Kerajaan yang memerintah sekarang kerana ia akan mendorong rakyat memberontak dan menukar selera memilih kerajaan baru.

Jadi, pada pandangan penulis Kerajaan perlu berbuat sesuatu agar dapat mengatasi permasalahan yang dialami rakyat. Masalah ini sekiranya tidak dapat diselesaikan oleh Kerajaan ia akan mengundang padah kepada kerajaan.

Pada masa ini, penulis juga dapat merasai kesulitan rakyat untuk mendapatkan bekalan minyak masak, sehinggakan ada yang terpaksa menggunakan marjerin sebagai alternatif kepada minyak masak.

Tidakkah ini, bermakna rakyat menghadapi kesukaran, biarpun semalam Kerajaan telah mengumumkan bahawa tiada kenaikkan buat minyak masak, namun bekalan minyak masak masih sukar di dapati hingga ke hari ini.

Kerajaan perlu bekerja dengan lebih serius bagi membolehkan permasalahan ini dapat diselesaikan dengan kadar yang seberapa segera.


Baca Lagi!

Thursday, December 16, 2010

Bebanan Rakyat Yang Terus Meningkat

Bebanan Rakyat Yang Terus Meningkat
Oleh: yieMEGA

BERSANDARKAN kepada slogan "rakyat didahulukan", penulis merasakan isu ini memang patut diketengahkan demi kesinambungan sokongan rakyat kepada parti pemerintah. Bagi penulis bebanan rakyat adalah satu komponen yang amat penting dan perlu diberi perhatian oleh kerajaan terutamanya bagi membela rakyat-rakyat yang tergolong dalam kategori marhaen.

Kalau kita perhatikan dari hari ke hari, bebanan rakyat semakin bertambah dan terus bertambah. Bebanan ini ada yang sampai memberi tekanan kepada rakyat. Sebagai kerajaan yang memerintah mereka perlu memberi perhatian yang serius berhubung isu ini. Ini adalah bersesuaian dengan slogan yang dilaungkan-laungkan oleh kerajaan sejak akhir-akhir ini iaitu "Rakyat Didahulukan".

Bukan tujuan penulis mengemukakan artikel ini untuk menjatuhkan kerajaan yang memerintah pada hari ini, ini hanyalah sekelumit pandangan penulis terhadap kerajaan bagi membantu kerajaan menjadi sebuah kerajaan yang kuat dan tidak mudah dijatuhkan.

Sampai bila parti pemerintah sanggup digelar Parti Barang Naik oleh mereka-mereka yang suka menangguk di air yang keruh demi kuasa politik untuk mereka. Kritikan penulis adalah lebih kepada kritikan membina bagi panduan kerajaan dan untuk masa depan kerajaan juga.

Kenaikkan harga barangan utama sejak kebelakangan ini benar-benar memberi tekanan kepada rakyat, apabila bahan mentah seperti minyak dinaikkan secara automatisnya ia mengundang kepada kenaikkan bahan-bahan terumanya makanan dan minuman kerana peniaga tiada pilihan selain memindahkan kenaikkan operasi mereka kepada pengguna.

Cuba bayangkan, setiap bulan ada sahaja barang naik, daripan minuman malt coklat, susu pekat manis, krimer pekat manis, gula dan bermacam-macam lagi. Ia memang benar-benar memberikan bebanan kepada rakyat.

Sebagai kerajaan yang prihatin, kajian terperinci perlu diadakan bagi mencari mekanisme terbaik untuk mengurangkan bebanan yan terpaksa ditanggung oleh rakyat, kerajaan perlu ingat rakyat adalah pelanggan kerajaan adalah peniaga, jadi bermakna pelanggan sentiasa betul.

Berapa lama lagi kita sanggup terus memberikan bebanan kepada rakyat, sebagai kerajaan kita perlu mencari beberapa kaedah yang sesuai untuk membantu rakyat. Jangan jadikan kita sebuah kerajaan yang menindas rakyat.

Akhir kalam, semoga isu ini mendapat perhatian daripada pihak kerajaan demi kesejahteraan rakyat Malaysia. Ingat lagi satu perkara negara tak akan berjaya tanpa usaha daripada rakyatnya. Fikir-fikirkanlah.....

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin