Bilangan Pengunjung:

Showing posts with label nazri aziz. Show all posts
Showing posts with label nazri aziz. Show all posts

Monday, April 23, 2018

PRU 14: NEGARAKU UBAH SEKALI

PRU 14: NEGARAKU UBAH SEKALI
Oleh: yieMEGA

HARI berganti hari silih berganti, kini bahang Pilihan Raya Umum Ke 14 semakin panas, cuma tinggal beberapa hari sahaja lagi hari penamaan calon dan ini juga bermakna detik bersejarah bagi negaraku Malaysia apabila rakyat di seluruh pelusuk tanah air akan menunaikan kewajipan mereka dengan memilih parti mana yang mereka mahu untuk membentuk kerajaan negeri mahupun Kerajaan Malaysia. Pada 9 Mei 2018 kita akan dapat tahu adakah Kerajaan Sementara (caretaker government) sekarang akan membentuk kerajaan mahupun Pembangkang sekarang yang akan membentuk kerajaan. 

Di dalam PRU13 yang lalu kita telah membuat kesilapan besar dengan mengundi Barisan Nasional atau dengan kata lain memangkah lambang dacing. Mungkin masa tu pada pandangan kita dacing belum senget lagi, tapi sekarang selepas sepenggal mereka berkuasa sudah terang lagi bersuluh dacing sudah menjadi senget. (Meminjam ungkapan Usop Wilcha) bermacam-macam isu yang timbul dari 1MDB, kehilangan pesawat MAS MH370, pesawat mas MH17 dibedil, Banjir Besar 2014 di pantai timur (Bah Kuning), pembunuhan abang Presiden Korea Utara, Jho Low, pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Shafie Afdal  dan yang paling baru sekali pembunuhan Pensyarah Universiti Kuala Lumpur Warganegara Palestin dipercayai dibunuh oleh perisik asing. Itulah rentetan peristiwa-peristiwa yang melanda negaraku Malaysia sepanjang era pemerintahan Datuk Seri Najib Tun Razak (Perdana Menteri Sementara) dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansur (mahu dirinya dipanggil mak cik Rosmah mungkin juga dipanggil nenek Rosmah) yang juga boleh disifatkan sebagai Emelda dan Marcos Malaysia.  

Baca Lagi!

Wednesday, March 14, 2018

PILIHAN RAYA UMUM KE 14 MALAYSIA MILIK SIAPA?

PILIHAN RAYA UMUM KE 14 MALAYSIA MILIK SIAPA?
Oleh: yieMEGA

KEHANGATAN Pilihan Raya Umum Ke 14 semakin jelas terasa apabila semakin hari semakin banyak viral mengenai tarikh pembubaran Parlimen, tarikh penamaan calon dan juga tarikh hari pembuangan ini semakin banyak tersebar seumpama debu yang beterbangan di padang pasir. Begitu juga dengan semakin banyak pemimpin-pemimpin mula memberi ucapan retorik seumpama sudah mula berkempen untuk Pilihan Raya yang dianggap 'ibu segala Pilihanraya' itu.

Janji-janji manis sudah mula ditabur di merata-rata tempat, Yang Amat Berkuasa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sudah mula melakukan 'road show' di serata negeri. Katanya tiada parti-parti lain yang boleh jadi sehebat Barisan Nasional di dalam mentadbir negaraku Malaysia ini jadi jangan sekali-kali memberi undi kepada pembangkang terutamanya Pakatan Harapan dengan memberi contoh kegagalan Kerajaan Pakatan Harapan menangani isu masalah bekalan air yang berlaku di Selangor baru-baru ini. Dengan mendakwa bagaimana Pakatan Harapan ingin memerintah Malaysia sedangkan masalah air pun mereka gagal selesaikan. Mungkin juga beliau telah ketandusan atau kehabisan 'modal' di dalam isu untuk berhadapan dengan Pakatan Harapan pada pilihan raya umum yang akan diadakan tidak lama lagi sehingga sanggup memperbesarkan isu masalah bekalan air di Selangor ini. Rakyat perlu sedar masalah bekalan air ini bukan hanya dihadapi oleh rakyat di Selangor sahaja, malah negeri-negeri yang diimamkan oleh Imam Besar Mazhab 1Malaysia Transformasi Nasional 2050 juga turut mengalami masalah bekalan air tetapi tidak pula diperbesarkan oleh media-media yang sudah menjadi Anjing Lapar bagi Kerajaan Pimpinan DS Najib Tun Razak. 

Adakah BN sudah mula takut dengan kebangkitan rakyat di dalam menentang pemerintahan yang sudah sekian lama membuatkan rakyat menderita. Tidak keterlaluan sekiranya penulis katakan bahawa kemenangan Pakatan Harapan di dalam PRU14 adakah kemenangan rakyat. Tiba masanya kita sebagai rakyat marhaen memberi 'pengajaran' yang sudah tentunya tidak akan dilupakan oleh BN buat selamanya. Rakyat perlu fikir betulkah kata Najib tiada parti yang mampu menjadi sehebat BN di dalam mengurus negara, macam mana kita nak menilai sedangkan kita belum lagi memberi peluang kepada Pakatan Harapan untuk membentuk Kerajaan Malaysia.

"Acu Cuba Try Test Gak Sekali" itulah ungkapan yang popular di Pantai Timur sekarang ini. Bila lagi kita nak mencuba sesuatu yang baru. Ingatlah BN sekarang boleh diibaratkan seperti sebutir mempelam yang sudah buruk yang langsung tidak di makan lagi walaupun kita buang bahagian yang buruk itu ia tetap tak boleh dimakan kerana buruknya sudah sampai ke bijinya, oleh yang demikian kita perlu mempelam baru yang masih tiada buruknya dengan ini kita boleh makanya dengan begitu sahaja kerana sememangnya mempelam tersebut masih tiada bahagian yang rosak ataupun buruk.

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin