Bilangan Pengunjung:

Showing posts with label Dewan Undangan Negeri. Show all posts
Showing posts with label Dewan Undangan Negeri. Show all posts

Sunday, June 14, 2009

Politik Pembangunan Tidak Akan Laku Di Manik Urai !

Official logo of United Malays National Organi...Image via Wikipedia


Pilihan Raya Kecil DUN Manik Urai akan berlangsung pada bulan julai ini. Pilihan Raya yang berkemungkinan berlaku pertandingan dua penjuru antara PAS dengan Barisan Nasional di mana calonya adalah dari UMNO.

"Politik Pembangunan" jelas sekali tidak laku dijaja semasa Pilihan Raya Umum Ke 12 yang lalu. Namun nampaknya BN terus menggunakan agenda 'Politik Pembangunan' untuk memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Manik Urai itu dengan membuat janji akan menjadikan Manik Urai sebagai kawasan 'Anak Angkat' untuk pembangunan. Nampaknya BN tidak serik lagi menggunakan ideologi politik pembangunan mereka.

Perlu diingat di sini Pengundi Manik Urai bukanlah boleh dikategorikan sebagai pengundi yang 'dahagakan' pembangunan. Mereka lebih kepada bersikap bersederhana sahaja di dalam kehidupan mereka sehari-hari. "Wassatiyah" sentiasa menjadi pegangan pengundi Manik Urai mereka tidak lapar dengan pembangunan duniawi seperti yang dijanjikan oleh BN.

Faktor yang bakal menentukan kemenangan di Manik Urai ialah calon, BN perlu memastikan calon yang dipilih adalah benar-benar berjiwa rakyat, boleh jumpa di kedai kopi, boleh berbual-bual seperti rakyat Biasa, boleh memberi pertolongan ketika rakyat memerlukan dan bukanya calon yang suka 'hipokrit'.

Selain itu, BN juga perlu belajar "Ilmu Ikhlas" untuk menambat hati pengundi DUN Manik Urai. Apa yang dimaksudkan dengan "Ilmu Ikhlas" di sini ialah seadainya BN mahu membuat apa-apa projek di Manik Urai terus sahaja buat tanpa perlu menabur janji-janji manis biar rakyat sendiri yang menilaikanya. Fikir-fikirkanlah!!!.

Sementera itu penulis bersetuju dengan pandangan yang diberikan oleh penulis Moh Sayuti Omar yang turut dikenali dengan nama MSO berhubung isu yang sama sepertimana yang dimuatkan di dalam blognya Merah Tinta MSO
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Friday, May 22, 2009

ADUN PAS MANIK URAI MENINGGAL DUNIA!

KOTA BAHARU 22 Mei — Anggota Dewan Undangan Negeri Manik Urai, Ismail Yaacob, 60, meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini kira-kira 5.55 pagi tadi kerana sakit jantung.

Beliau dimasukkan ke hospital tersebut untuk menerima rawatan sejak bulan lepas.

Allahyarham meninggalkan isteri Siti Zaharah Ibrahim dan 10 orang anak.

Ismail yang mewakii PAS mula memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai pada pilihan raya umum 1985.

Bagaimanapun pada pilihan raya umum 2004, beliau tidak mempertahankan kerusi tersebut, sebaliknya diwakili oleh Zamzuri Mat Lazim.

Namun Ismail dipilih semula bertanding di DUN berkenaan pada pilihan raya umum tahun lalu dan menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Mohamed Zulkifli Omar dengan majoriti 1,352 undi.

Beliau merupakan Timbalan Yang Dipertua PAS bahagian Kuala Krai.

Manik Urai terletak di dalam kawasan Parlimen Kuala Krai, yang turut mempunyai DUN Dabung, Guchil dan Mengkembang. - Bernama

Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Wednesday, May 20, 2009

Seperti yang dijangka Khir Toyo digantung setahun !


Sebelum ini penulis menjangkakan Ketua Pembangkang Selangor yang juga bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr. Khir Toyo berkemungkinan akan digantung oleh Dewan Undangan Negeri Selangor dan akan hilang hak kelayakkan sebagai seorang ADUN selama setahun akhirnya cakap-cakap tersebut menjadi realiti apabila Dr. Khir sah digantung setahun oleh Dewan Undangan Negeri Selangor.

Jelas sekali sekarang ini Kerajaan Negeri Selangor mengamalkan "Politik Balas Dendam" dan "Politik Ugutan" sepertimana yang penulis bincangkan pada artikel pertama berkenaan isu ini di blog ini. Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor perlu ingat jatuhnya Kerajaan PAS Terengganu pada tahun 2004 adalah kerana mereka mengamalkan "Politik Balas Dendam" atau "Politik Ugutan" ini.

Penulis langsung tidak terkejut dengan tindakan menggantung Dr. Khir ini kerana speaker Dewan Undangan Negeri Selangor sebelum ini telah memberi pembayang dengan mengatakan "I Can Punnish Everyone" dan sekaligus terbukti Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor menggunakan kuasanya sesuka hati atau dengan kata lain membabi-buta.

Tindakan mengantung Khir Toyo dari tugas sebagai seorang Ahli Dewan Undangan Negeri dan juga Ketua Pembangkang ini bakal mengundang kemarahan orang ramai terhadap Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dan tindakan ini boleh dikira zalim dan tidak bezanya Kerajaan Pakatan Rakyat dengan Kerajaan Barisan Nasional.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Tuesday, May 19, 2009

BN Konsisten dengan Pendirian Tidak Bertanding di Penanti !

Malaysian Minister of Defense, Najib Razak, pi...Image via Wikipedia

Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Penanti, Pulau Pinang akan diadakan tidak lama lagi. Barisan Nasional sebelum mengandaikan mereka tidak mahu bertanding di "Penanti", semalam Dewan Tertinggi Barisan Nasional memutuskan "BN Tidak Akan Bertanding di PRK DUN Penanti".

Selepas beberapa pihak di dalam BN yang memberikan pandangan berhubung cadangan supaya BN tidak bertanding di PRK DUN Penanti, akhirnya pendirian BN tetap konsisten dengan tidak bertanding di Penanti.

Sebelum ini Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad menentang cadangan tidak bertanding di Penanti kerana katanya nanti pihak pembangkang akan mengatakan BN "Penakut", "Dayus" dan bermacam-macam lagi. Namun pandangan Tun Dr. Mahathir itu sedikitpun tidak dipedulikan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dan tetap dengan pendirian beliau tidak bertanding di Penanti.

Selain itu, UMNO Pulau Pinang sebelum ini turut menentang cadangan tidak bertanding di PRK DUN Penanti, namun ianya juga tidak diendahkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau masih konsisten dengan keputusanya untuk tidak bertanding di Penanti.

Bagi Penulis keputusan BN tidak bertanding di PRK DUN Penanti ini adalah satu tindakan bijak kerana pada masa ini masa tidak sesuai untuk BN menyertai sebarang pilihan raya kerana pada masa ini ialah masa untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan yang ada di dalam BN untuk melakukan penambahbaikan demi kesinambungan kepimpinan BN di Malaysia.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Thursday, May 14, 2009

Penahanan Dr. Ramzi Konspirasi atau Realiti ???

Penulis percaya ramai di kalangan pembaca setia blog Suara Generasi Muda Malaysia sudah mengetahui mengenai isu 10 orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu yang menerima SMS Ugutan baru-baru ini.

Bagi pembaca yang mengambil berat mengenai isu-isu semasa yang berlaku di dalam arena politik tanah air atau dengan kata lain "ambil cakna" sudah tentu mengetahui bahawa sebelum ini pihak Polis telah memberi tempoh tiga hari kepada Bekas Setiausa Politik Datuk Seri Idris Jusoh untuk menyerah diri kerana beliau disyakki terlibat dengan 'SMS Ugutan' tersebut. Selepas tempoh tiga hari yang diberikan pihak Polis tamat, akhirnya pihak Polis terpaksa mengeluarkan "Waran Tangkap" untuk menahan Dr. Ramzi bagi membantu siasatan.

Polis juga mengeluarkan kenyataan bahawa pihak Polis mempunyai cukup bukti untuk menyabit dan mendakwa Dr. Ramzi terlibat di dalam kes SMS Ugutan kepada sepuluh orang ADUN tersebut.

Rosol Wahid Dakwa Satu Konspirasi...

Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Ajil iaitu Datuk Rosol Wahid mendakwa penahanan Dr. Ramzi merupakan satu "konspirasi" pihak yang mendakwa Rosol dan 9 orang rakan-rakanya yang lain cuba menjatuhkan "kepimpinan Kerajaan Negeri" sekarang dan beliau amat yakin bahawa Dr. Ramzi tidak bersalah berhubung insiden ini. Kenyataan Datuk Rosol dikeluarkan di blog milik beliau {http://drosol.blogspot.com/}.

Berdasarkan kenyataan Datuk Rosol penulis percaya wujud satu konspirasi untuk mempersalahkan Dr. Ramzi berhubung insiden 10 Orang ADUN yang menerima SMS ugutan baru-baru ini, ada juga kemungkinan Dr. Ramzi "forward" SMS Ugutan yang beliau terima kepada 10 orang ADUN dan Polis mengesan ia datang dari Dr. Ramzi walhal SMS itu datang daripada lain cuma Dr. Ramzi "forward" SMS tersebut untuk memberi peringatan agar mereka semua berjaga-jaga.



Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Wednesday, May 13, 2009

Sekejap Nizar, Sekejap Zambry.....

Coat of arms of PerakImage via Wikipedia

"Sekejap Nizar, Sekejap Zambry" mungkin itulah yang dapat digambarkan kepada situasi yang berlaku di Perak pada masa ini. Sebelum ini Mahkamah meisytiharkan bahawa Nizar Jamaluddin masih merupakan Menteri Besar Perak yang sah. Namun, tidak sampai 24 jam Mahkamah meisytiharkan Zambry boleh terus menjalankan tugas-tugas Menteri Besar sementara menunggu keputusan rayuan oleh Mahkamah.

Politik di Perak semakin bercelaru, penulis percaya sudah ada yang mula naik jelak dan muak untuk membincangkan isu yang berkait dengan Kerajaan negeri Perak kerana sampai sekarang isu itu masih diperkatakan sehinggakan ia telah membuat orang ramai sudah merasa bosan untuk memperkatakan mengenainya.

Penulis sendiri pun sudah naik muak untuk memperincikan isu ini, kerana bagi penulis seolah-olah isu ini tiada berkesudahan. Pada pandangan penulis "kedua-dua belah pihak" baik kerajaan mahupun pembangkang perlu mengambil peranan dalam menyelesaikan isu yang berbangkit ini.

Penulis merasakan isu ini akan selesai dengan aman sekiranya pembubaran Dewan Undangan Negeri dilakukan dengan kadar seberapa segera dan kembalikanya kepada rakyat untuk menentukanya.

Jika pihak kerajaan memikirkan sekiranya Pilihan Raya diadakan ia akan membazirkan wang rakyat, adalah lebih baik kerajaan mempercepatkan Pilihan Raya Umum ke 13 kerana dengan cara ini ia mampu mengurangkan kos berbanding melakukan Pilihan Raya Kecil. Sudah tiba masanya kedua-dua belah pihak berfikir secara rasional menggunakan akal fikiran yang waras demi kepentingan bersama.

Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Saturday, May 9, 2009

POLIS TERENGGANU BERI TEMPOH DR RAMZI 3 HARI

Polis Terengganu semalam mengeluarkan kenyataan memberi tempoh tiga hari kepada Dr Ramzi (bekas setiausaha politik Idris Jusoh) untuk tampil memberi kenyataan kepada Polis Terengganu. Dr Ramzi diperlukan polis Terengganu untuk membantu siasatan Kes Ugutan terhadap 10 orang ADUN Terengganu baru-baru ini.

Penulis dengan ini menasihati agar Dr. Ramzi tampil segera untuk membantu Pihak Polis menyelesaikan kes yang membabitkan kepentingan ramai ini. Dr. Ramzi tidak perlu takut, sepatutnya sekiranya dia di pihak yang benar, tampil lah segera kerana doa orang yang dizalimi lazimnya dimakbulkan tuhan.

Usah takut, mari membantu Polis Terengganu menyelesaikan kes ini, sekiranya kes ini selesai dapatlah kita tahu siapa dalang sebenar di sebalik insiden ugutan terhadap 10 orang Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu ini.

KERJASAMA ORANG RAMAI

Orang ramai juga boleh membantu mengesan kedudukan Dr. Ramzi pada masa ini, kerana kes seperti perlu diselesaikan dengan secepat mungkin, jika tidak ia akan terus dilanda pelbagai spekulasi dan persepsi.

Marilah bersama-sama membantu pihak Polis menyelesaikan kes ini dengan seberapa segera dengan memberi kerjasama yang sewajarnya demi Agama, Bangsa dan Negara.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Thursday, April 16, 2009

Perangai Ahmad Said Sebenar....

Beberapa Hari Lalu keluar isu akan ada usul undi tidak percaya pada Datuk Ahmad Said Menteri Besar Terengganu. Kelmarin timbul pula isu 10 ADUN Terengganu memboikot Sidang Dewan Undangan Negeri kerana bimbang keselamatan mereka.

Kelmarin juga Ahmad Said membuat kenyataan berhubung insiden tersebut, turut membuat kenyataan tersebut ialah Mantan Menteri Besar Terengganu iaitu Datuk Seri Idris Jusoh. Apa kaitan Ahmad Said dengan insiden tersebut? Mungkin klip video di bawah ini ada jawapanya:


Reblog this post [with Zemanta]



Baca Lagi!

Tuesday, April 7, 2009

Batang Ai Kekal Milik Barisan Nasional

Keputusan Pilihan Raya Kecil Batang Ai telah diketahui ia menyaksikan calon Barisan Nasional berjaya memenangi Kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak Batang Ai dengan undian sebanyak 3,907 Undi dan Undi Majoriti sebanyak 1,854 undi. Ini bermakna Calon Barisan Nasional yakni Malcom Mussem Lamoh dengan menewaskan calon daripada PKR yakni Jawah Gerang yang hanya mendapat 2,053 Undi.

Keputusan ini bermakna Barisan Nasional berjaya mengekalkan kedudukanya di kerusi Dewan Undangan Negeri Ini. Sementara itu, beberapa penganalisis politik meramalkan ia adalah kemenangan tunggal bagi Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Kecil 2 Bukit 1 Batang ini.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Wednesday, July 30, 2008

Tawaran UMNO Perak: Pas mungkin beri jawapan esok

PAS President, Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul...Image via Wikipedia
LAPORAN UTUSAN:

Pas jawab esok - Hadi dijangka umum pendirian tawaran UMNO kongsi tadbir Perak

KUALA LUMPUR 29 Julai – Pendirian Pas berhubung cadangan penubuhan kerajaan gabungan dengan UMNO di Perak akan ditentukan pada Khamis ini.

Utusan Malaysia difahamkan satu mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat dijadual diadakan di ibu pejabat parti itu di Jalan Raja Laut di sini, Khamis ini bagi membincangkan isu tersebut.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijangka mengumumkan keputusan yang dicapai selepas mesyuarat itu.

Menurut sumber, isu penggabungan untuk membentuk kerajaan negeri baru di Perak itu adalah antara beberapa ‘perkara yang memerlukan keputusan kepimpinan tertinggi Pas’.

Selain isu penggabungan, topik hangat yang turut dibincangkan ialah mengenai muqabalah yang dijangka bakal menyaksikan satu keputusan dibuat oleh parti itu, kata sumber tersebut.

Tambah sumber itu, keputusan dibuat berdasarkan maklum balas semua peringkat dalam parti dengan mengambil kira harapan masyarakat Islam dan berdasarkan perkembangan dalam Pakatan Rakyat.

“Kami bebas membuat apa sahaja keputusan tanpa tekanan mana-mana pihak,” tegas sumber itu lagi.

Semalam, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali menawarkan kepada Pas untuk bergabung bagi menubuhkan kerajaan di negeri itu sebagai simbol perpaduan politik Melayu dan Islam.

Usaha mengadakan siri pertemuan UMNO-Pas telah mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat Islam dan orang Melayu yang tidak lagi mahu melihat kaum itu berpecah-belah.

Bagaimanapun, DAP melalui Pengerusinya, Karpal Singh memberi kata dua supaya kedudukan Pas dalam Pakatan Rakyat dikaji semula kerana menganggap perbincangan dengan UMNO boleh menggugat perpaduan dalam pakatan itu yang turut dianggotai oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ketika ini, Barisan Nasional (BN) memiliki 28 wakil rakyat dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak manakala pakatan pembangkang 31 kerusi.

DAP mempunyai 18 kerusi di DUN Perak, PKR memenangi tujuh kerusi, manakala Pas hanya memiliki enam wakil rakyat termasuk Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin yang dilantik sebagai Menteri Besar.

Jika Pas, UMNO dan parti komponen BN lain bergabung membentuk kerajaan, ia mempunyai 34 kerusi dalam DUN Perak.

Sementara itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Kamaruddin Jaafar yang dihubungi hari ini berkata, hanya dua individu yang dibenarkan membuat ulasan mengenai isu itu iaitu Abdul Hadi dan timbalannya, Nasharudin Mat Isa.

Bagaimanapun Abdul Hadi dan Nasharudin gagal dihubungi.

Tak sabar menanti jawapan mungkin itu soalan itu yang tergiang-giang di telinga pihak-pihak yang terlibat, bermula dengan isu muzakarah kemudian ditukar menjadi Muqabalah dan timbul pula tawaran yang dibuat oleh Badan Perhubungan UMNO Perak untuk membuat perkongsian kuasa dengan PAS bagi menubuhkan kerajaan baru di Perak.

Semalam UMNO Perak membuat tawaran kepada PAS yang mereka sanggup untuk berkongsi kuasa dengan PAS walaupun Menteri Besar kerajaan yang mungkin akan ditubuh adalah dari PAS walaupun bilangan kerusi jika dibandingkan UMNO dan PAS, memang jauh lebih banyak UMNO berbanding PAS.

Ramai yang ternanti-nati keputusan yang bakal dibuat oleh kepimpinan tertinggi PAS berhubung tawaran yang telah dibuat oleh UMNO Perak tersebut. Difahamkan Pucuk pimpinan tertinggi PAS juga akan membuat keputusan berhubung Muqabalah UMNO-PAS yang sedang rancak dicanangkan ke seluruh negara melalui bukan sahaja media arus perdana tetapi juga media alternatif yang menjadi sumber rujukan anak-anak muda zaman sekarang.

NIK AZIZ CADANG PELAKSANAAN HUDUD DAN QISAS

Pada dasarnya penulis amat bersetuju dengan pandangan atau cadangan yang diberikan oleh Mursyidul Am Pas yang juga Menteri Besar Kelantan iaitu YAB Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat. Cadangan ini sepatutnya dipertimbangkan oleh UMNO kerana di dalam menongkah arus kemodenan dan penjajahan bentuk baru yang melibatkan penjajahan minda yang dilakukan oleh kapitalis-kapitalis barat. Lihat sahaja hari ini apa sudah jadi pada anak-anak kita, langkah terbaik ialah dengan melakukan penerapan nilai-nilai Islam dan juga perlaksanaan hukum Hudud dan Qisas adalah jalan terbaik untuk mengelakkan anak-anak kita terus menjadi mangsa penjajahan minda oleh barat.

Sudah berapa lama kita mempergunakan undang-undang barat atau dulu lebih dikenali dengan undang-undang penjajah, penulis merasakan sudah tiba masanya kita mula menerima pakai Hukum Hudud di dalam perlaksanaan undang-undang kita demi mengharmonikan kesucian Islam di negara kita.

Kita sebenarnya sudah banyak berkorban untuk bangsa dan agama lain jadi salahkan kita berkorban untuk bukan sahaja rakan sebangsa malah seagama dengan kita. Demi Islam kita perlu lakukankanya dan ini adalah satu titik pertemuan ke arah menyatu padukan umat Islam.

KOMEN MCA BERHUBUNG MUQABALAH UMNO-PAS

Nampaknya MCA sudah senada dengan DAP, penulis berharap MCA jangan jadi macam DAP, MCA sepatutnya faham tentang pentingnya menyatupadukan umat Islam yang boleh diibaratkan sebagai berpecah belah yang bakal memberi kecelakaan yang besar kepada umat Islam sekiranya tidak dibendung.

Nasihat penulis kepada MCA jangan jadi DAP kedua dan jangan cuba untuk menjadi kafir harbi yang kedua. Usah dibimbangi perpaduan kami kerana perpaduan kami tidak akan memudaratkan kamu semua, percayalah. Sekiranya kami berpadu kami tetap akan berlaku adil pada anda semua.

HARAPAN PENULIS

Penulis amat berharap perkongsian kuasa antara UMNO-PAS menjadi kenyataan demi menjaga kepentingan dan membela nasib umat Islam yang sudah berada di tahap paling kritikal pada ketika ini. Penulis juga berharap agar masing-masing mengenepikan ego masing-masing demi perpaduan umat Islam.

Ingat lah Islam lemah sekiranya kita tidak bersatu, Islam kuat apabila kita bersatu. Berbaiklah-baiklah kamu sesama rakan seagama. Bersatu teguh bercerai roboh.
Zemanta Pixie

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin