Bilangan Pengunjung:

Showing posts with label Kelantan Sultan Ismail Petra. Show all posts
Showing posts with label Kelantan Sultan Ismail Petra. Show all posts

Thursday, October 15, 2009

Perihal Guru Lama Di Sekolah...

Perihal Guru Lama Di Sekolah...
Oleh: yieMEGA

ARTIKEL penulis pada kali ini ialah ingin menyentuh isu pendidikan, isu pendidikan yang dimaksudkan ialah mengenai Guru Lama di sesebuah sekolah, ataupun "Guru Veteran" mungkin ini istilah yang lebih sesuai untuk guru tersebut.

Terlebih dahulu penulis mengingatkan artikel ini bukanlah bertujuan untuk memperlekehkan Guru Veteran tersebut, penulis hanya sekadar ingin menasihati mereka demi matlamat melahirkan modal insan yang berkualiti akan tercapai.

Memang benar dan penulis tidak nafikan "Pengalaman Mendewasakan Kita dan Mematangkan Fikiran" ye itu memang benar. Guru yang berpengalaman dapat memberikan input pendidikan yang lebih baik untuk pelajar sekolah, namun ada juga perkara yang mereka perlu perbaiki.

Berdasarkan pengalaman penulis yang pernah menjadi Kaunselor Pelatih di salah sebuah sekolah di Kota Bharu, Kelantan, di mana penulis merasakan nama sekolah tersebut tidak perlu dinyatakan.

Sekolah ini mengalami masalah pelajar yang suka ponteng kelas dan yang lebih "advance" sedikit suka ponteng sekolah. Memang benar sekolah ini tidak membiarkan perkara ini menjadi barah kepada sekolah, namun apa yang penulis lihat mereka hanya menggunakan pendekatan menghukum, di mana pada zaman ini penulis merasakan pendekatan menghukum tidak lagi sesuai digunakan kerana pelajar sekolah zaman sekarang tidak sama dengan pelajar sekolah zaman dulu.

Berdasarkan kes-kes pelajar yang suka ponteng kelas dan sekolah yang pernah penulis kendalikan sewaktu menjadi kaunselor pelatih dahulu, penulis cuba mencari jawapan mengapa mereka suka ponteng? Hampir 70% klien penulis memberikan respons bahawa tidak suka dengan cara cikgu itu mengajar, bukan dari segi penyampainya tetapi dari etikanya. Maksudnya di sini ialah seperti cikgunya suka sumpah seranah sewaktu mengajar dengan perkataan yang tidak sepatutnya.

Jawapan mereka walaupun sudah menjawap persoalan penulis, tetapi ia tidak dapat memuaskan hati penulis. Nak dijadikan cerita, satu hari penulis ditugaskan menjadi guru gantian di sebuah kelas Tingkatan Satu sekolah tersebut, kebetulan pada waktu itu kelas yang bersebelahan ada guru sedang mengajar dan penulis mendengar memang guru-guru tersebut kerap mengeluarkan kata-kata kesat dan kuat menyumpah seranah, jadi berdasarkan apa yang penulis dengar itulah menunjukkan memang benar dakwaan pelajar-pelajar yang suka ponteng tadi.

Untuk mengesahkan lagi dakwaan itu, penulis cuba juga membuat rondaan sewaktu P&P sedang berjalan, memang benar dan sahih sememangnya guru-guru yang bertaraf veteran di sekolah tersebut memang suka menyumpah seranah ketika mengajar. Malah tingkah laku guru veteran tersebut turut diikuti oleh guru-guru yang baru setahun jagung menjadi pendidik.

Sedangkan Pelajar itu seorang manusia, dan manusia sudah tentu ada hati dan perasaanya sendiri, adakah dengan bertindak menyumpah seranah dapat mendisiplinkan pelajar tersebut? Tidakkah pelajar tersebut akan terikut-ikut menyumpah seranah?

Sebagai Pendidik mereka sepatutnya tidak mengamalkan cara yang sedemikian, mereka sepatutnya lebih kreatif di dalam menarik minat pelajar-pelajar untuk belajar dan bukanya mengamalkan sumpah seranah ia akan menjauhkan minat pelajar untuk belajar.

Kerajaan melalui Kementerian Pelajaran perlu mengambil langkah inisiatif untuk memperbaiki kelemahan guru-guru ini, bukan menghukum mereka tetapi dengan memberikan kursus-kursus pendekatan pembelajaran terkini dan guru tersebut sentiasa "Up-To-Date" dengan perangai pelajar mengikut zamanya yang tersendiri, bukanya mendidik pelajar mengikut zaman guru tersebut sendiri.

Sebagai seorang yang pernah bergelar pelajar, seingat penulis belum ada lagi masa zaman sekolah guru yang mengajar penulis suka menyumpah seranah, kalau guru tersebut nak marah sekalipun dia pasti akan mengeluarkan perkataan-perkataan yang enak di dengar contohnya "Bertuah punya budak", "Cerdik Betul Budak NI" atau dengan kata lain menggunakan pendekatan Psikologi kata berlawanan maksud.

Zaman sekarang ini sudah ramai cikgu yang suka menyumpah seranah, penulis sendiri pun tak tahu kenapa, ada juga pendapat katakan zaman sekarang ni ramai yang jadi Cikgu bukan kerana untuk mendidik tetapi lebih kepada menjana pendapatan, kerana bidang lain sukar mendapat kerja, jadi profesian perguruan ni menjadi pilihan kepada orang yang dah memang tak dapat kerja lain, disebabkan itulah mereka gagal menjadi pendidik yang baik kerana mereka tidak mempunyai "Roh" seorang guru. Kepada guru-guru yang rasa mereka memang suka menyumpah seranah ketika mengajar ubahlah sekarang demi merealisasikan hasrat kerajaan untuk melahirkan modal insan berkualiti dan bukanya bertaraf GIGO (Garbage In Garbage Out).

Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Friday, October 9, 2009

Apabila Port Dikson Dipanggil Bandar Pembiakan Lalat, Kota Bharu Pula Bandar Pembiakkan Apa?

Apabila Port Dikson Dipanggil Bandar Pembiakan Lalat, Kota Bharu Pula Bandar Pembiakkan Apa?
Oleh: yieMEGA

Salahuddin Ayub (jangan salah sebut dia ni bukan Salahuddin Al-Ayubi tapi mungkin Salahudin Al-Lupali), wah mendengar ucapan Salahuddin Ayub ni yang berdegar-degar memang membuatkan kita bersemangat untuk mendengarnya.

Ini nak dikisahkan sewaktu Salahuddin Ayub berceramah semasa kempen Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang berlangsung. Dengan bersungguhnya beliau mendakwa bahawa Port Dikson bandar adalah Bandar Pembiakan Lalat, kesian kat lalat, tak pasal-pasal jadi bahan kempen maklum sahajalah Kelantan kan bebas daripada Lalat.

Paling menjatuhkan air muka orang Port Dikson apabila Salahuddin Ayub ni kata, guna lalat buat jadi maskot bandar Port Dikson. Amboi tak sayang mulut nampak, dalam keghairahan untuk memancing undi sampai mengabaikan perasaan orang Port Dikson, mungkin kemenangan dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini menyebabkan PAS menjadi semakin sombong dan berlagak. Sampai tergamak menghina orang Port Dikson.

Penulis nak nasihatkan sikit kat Salahuddin Ayub tu, sebelum anta menjaga negeri orang, cuba balik tengok sendiri dulu. Pertamanya di Pasar Siti Khatijah, di mana disitu bukan sahaja ada pembiakkan lalat malah tikus gergasi sebesar kucing pun boleh dijumpai di sana. Tak taulah apa kerja adun-adun yang ada kat sini, mungkin kerjanya cukup bulan terima duit gaji je kot.

Keduanya cuba pergi lihat di Medan Selera Buluh Kubu yang juga dikenali dengan nama Padang Bas, memang menjijikkan dah lah kotor, lepas tu bau busuk pulak tu, bagus betul perancangan bandar Kerajaan Pas ini, menikmati makan malam sambil menghidu aroma sampah, memang mengasyikkan.

Inilah yang dinamakan mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Begitu syok sekali berhujah mengenai keadaan di negeri orang, sedangkan negeri sendiri pun lebih teruk daripada itu. Betul lah kata peribahasa "Gajah di depan mata tak nampak, tapi kuman di seberang lautan nampak dengan jelas pulak"

Akhir kalam, sebelum berhujah pastikan yang ianya tak akan jadi mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih, ingat satu jari kita tunjuk ke arah orang, sembilan jari ditunjukkan ke arah kita sendiri, fahamilah kata-kata ini sedalam-dalamnya.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Saturday, August 1, 2009

Bertemunya Dua Pemimpin Berbeza Landasan

Bertemunya Dua Pemimpin Berbeza Landasan
{Petikan: http://karyamelayu2u.blogspot.com}
Satu pagi yang damai
Tanggal 1 Ogos 2009 Tertakdirlah satu peristiwa
Pertemuan Dua Pemimpin Berbeza Landasan yang disertai
Pertemuan yang tidak dijangka dan juga di duga

Bertemulah seorang Perdana Menteri
Disambut oleh Menteri Besar Bergelar Tok Guru
Bukan niat mereka untuk parti dikhianati
Cuma mereka sekadar ingin berpadu

Mengharapkan Kelantan dihadiahkan bantuan
Royalti Petroleum pula diminta
Permintaan Najib Hanyalah Satu iaitu hati orang UMNO hendaklah dijagakan
Barulah senang hati memberi bantuan yang dipinta

Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Menjadi Saksi
Pertemuan dua pemimpin berbeza landasan tetapi matlamatnya sama
Agar Islam di Malaysia berpadu agar dihari esok tiada apa yang perlu ditangisi
Tunas Perpaduan bermula di Kelantan negeri kaya budaya

Walaupun sekadar 20 minit masa diperuntukkan
Namun ia sudah cukup untuk menjadi kayu pengukur
Usah lagi diteruskan persengketaan
Kami sebagai rakyat sudah akur.
[yiemega, D'Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, Kelantan]
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Lebih 20,000 Hadiri Jamuan Rakyat Bersama PM...

Lebih 20,000 Hadiri Jamuan Rakyat Bersama PM
Oleh: yieMEGA

MAJLIS Jamuan Rakyat bersama PM Datuk Seri Najib Tun Razak yang diadakan di Padang Kompleks Sekolah-Sekolah Kota Bharu, Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu Kelantan dihadiri oleh lebih daripada 20,000 orang pengunjung.

Sebelum itu, Perdana Menteri merasmikan Persidangan UMNO Bahagian Empat Peringkat di tempat yang sama. Majlis pada hari ini dimulakan dengan ucapan Ketua Bahagian UMNO Kota Bharu, Datuk Fatmi Salleh (juga Setiausaha Politik PM) dan menyatakan slogan UMNO Bahagian Kota Bharu iaitu 1UMNO 1Kota Bharu yang direka berdasarkan konsep 1Malaysia.

Majlis itu diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan yang juga Menteri Perdagangan dan Industri Datuk Mustapha Mohammed yang lebih mesra dipanggil Datuk Pa. Datuk Pa didalam ucapanya turut menyampaikan Visi Badan Perhubungan UMNO Kelantan iaitu Misi PRU13 dan kebangkitan UMNO Kelantan bermula di Manek Urai.

PM Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan perasmianya menyatakan beliau berterima kasih kepada YAB Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat Menteri Besar Kelantan kerana sudi menyambutnya di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. Beliau juga turut berpesan kepada Tok Guru agar menjaga hati orang UMNO.

Beliau menyifatkan matlamat perjuangan UMNO dan PAS adalah sama cuma mengikut landasan yang berbeza, "UMNO mengikut landasan kita, PAS pula mengikut mengikut landasan mereka tetapi matlamat kita adalah sama".

Jamuan Rakyat itu berjalan lancar walaupun ada pengunjung yang melahirkan rasa tidak puas hati berhubung tiada makanan alas perut yang disediakan untuk pengunjung sementara menunggu jamuan itu diadakan, untuk rekod rata-rata mengungjung datang ke majlis ini sejak awal pagi dengan perut kosong dan menyebabkan mereka terpaksa makan lebih awal dari Perdana Menteri dan mereka berharap di masa-masa akan datang mereka lebih prihatin tentang hal-hal remeh seperti ini.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin