Bilangan Pengunjung:

Showing posts with label Deputy Prime Minister of Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Deputy Prime Minister of Malaysia. Show all posts

Friday, August 27, 2010

Ke Mana Hilangnya Kemanusiaan Seorang Manusia

Ke Mana Hilangnya Kemanusiaan Seorang Manusia
Oleh: yieMEGA

PADA KALI ini penulis memilih satu topik yang di luar lingkungan isu politik, ia lebih tertumpu kepada isu kemanusiaan yang semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini. Sejak kebelakangan ini sering kita terdengar cerita-cerita yang tidak munasabah apatah lagi ia melibatkan Umat Islam di negara kita yang aman dan damai ini.

Negara kita kecoh dengan isu-isu kemanusiaan seperti pembuangan bayi yang tak berdosa, pembunuhan dan bermacam-macam lagi kejadian atau peristiwa yang langsung tidak boleh diterima oleh akal yang waras ini.

Dalam dua tiga hari yang lepas satu lagi kejadian yang menyayat hati dan tidak boleh diterima oleh akal fikiran kita berlaku lagi. Peristiwa ini amat tragis apabila seorang bapa dilaporkan menyembelih anaknya sendiri yang baru berusia dua tahun.

Mengikut laporan yang diterima, bapa yang menyembelih anaknya iatu seorang pesakit mental dalam bahasa lembutnya atau Gila dalam bahasa kasarnya. Khabarnya juga peristiwa ini terjadi ekoran kegagalan bapa tersebut untuk makan ubat sakit mentalnya.

Kalau kita fikir sekali, memang benar orang gila tidak tahu apa-apa, jadi kejadian itu bukanlah disengajakan, penulis percaya ramai pembaca yang akan berfikir begitu, tetapi cuba kita fikir dahulu secara mendalam.

Adakah Orang Gila hanya wujud pada zaman ini sahajakah? Bukankah sudah berkurun lama orang gila wujud di dunia? Jadi cuba kita renungkan balik kalau sudah ada orang gila kenapa tiada kejadian seumpama ini? tetapi pada zaman serba canggih ini kenapa ada pula orang gila yang melakukan perkara yang tragis seperti ini?

Wujudnya orang gila di zaman dahulu hanya sekadar Gila Sendirian tanpa memudaratkan orang disekelilingnya, tetapi zaman sekarang orang Gila sudah pandai memudaratkan orang lebih-lebih lagi ianya darah daging beliau sendiri.

Bukankah peristiwa tragis ini salah satu bukti bahawa Kemanusiaan Seorang Manusia semakin hilang, dan kebinatangan seorang manusia semakin terserlah. Adakah ini tandanya Kiamat Sudah dekat, atau kiamat semakin hampir dengan kita.

Mungkin dengan kejadian tragis ini mungkin ramai yang akan menunding jari kepada kerajaan, dan kesalahan diletakkan kepada kerajaan 100% itulah kebiasaan yang akan dilakukan di kalangan kita semua.

Namun, tidakah kita terfikir adilkah hanya satu pihak dipersalahkan berhubung kejadian tragis ini? Mari kita fikir sedalam-dalamnya. Sebenarnya dalam sesuatu perkara kita tidak harus menyalahkan satu pihak semata-mata kerana ada banyak lagi faktor penyumbang kepada kejadian yang tragis seumpama ini.

Pertamanya cara Alim Ulama bekerja dalam penyebaran dakwahnya dan juga penceramah-penceramah agama. Dewasa ini kalau kita berkunjung ke masjid-masjid atau surau-surau kita akan dapat mendengar ceramah-ceramah Agama, namun paling mendukacitakan apabila kebanyakkan penceramah agama itu berceramah sekadar melepas batuk di tangga dan juga ceramah yang disampaikan tidak mengikuti keperluan setempat.

Tambah malang lagi, sekiranya penceramah agama menyampaikan ceramah mengikut acuan parti politik anutan masing-masing, semakin bercelaru jadinya. Ini menjadikan ramai dari umat-umat semakin keliru dengan ceramah, yang mana betul dan yang mana salah.

Dewasa ini juga keihklasan seorang Penceramah Agama juga sukar dicari, kebanyakkanya Penceramah Agama ini berceramah kerana habuan kebendaan contohnya wang ringgit, penulis pernah mendengar bahawa ada Penceramah Agama yang sanggup menolak tawaran berceramah Agama kerana bayaranya terlalu sedikit, di mana keikhlasan seorang Guru Agama yang pada waktu dulu, menjalankan dakwah dengan sepenuh hati dan ikhlas.

Penulis ingin memberi contoh, pada zaman dahulu Guru Mengaji Al-Quran tidak mengenakan sebarang yuran untuk orang mendalami Al-quran denganya, sebaliknya ianya digantikan dengan pemberian ikhlas daripada orang yang mendalami Al-Quran itu. Keihklasan seperti ini pada hari ini amat sukar kita cari di kalangan guru-guru Agama di negara kita ini.

Selain daripada itu, keluarga dan persekitaran juga menjadi faktor kenapa peristiwa tragis ini boleh berlaku, keluarga yang mengabaikan tanggungjawab dan juga faktor persekitaran tempat tinggal menjadi pendorong kepada kejadian tragis ini.

Ingatlah Allah tuhan seru sekian alam mengurniakan kita Akal-Fikiran untuk berfikirlah gunanya, jangan sia-sia kan fikiran yang Allah tuhan seru sekian alam kurniakan ini. Fikir-fikirkanlah.
Enhanced by Zemanta

Baca Lagi!

Saturday, August 14, 2010

Ramalan Anwar Berkenaan Bakun

Ramalan Anwar Berkenaan Bakun
Oleh: yieMEGA

PENULIS sebenarnya ingin mengelak berbicara hal politik pada bulan yang penuh kemuliaan ini tetapi membaca satu ulasan Facebook Saudara Mohd Sayuti Omar atau dikenali dengan nama MSO, hati penulis terdetik untuk turut mengulas mengenainya.

Sila Ke Facebook Sayuti Omar di alamat http://www.facebook.com/?ref=home#!/profile.php?id=1693525944

Sekiranya imej yang penulis pamerkan kurang jelas pembaca boleh membacanya di Facebook Sayuti Omar atau baca di bawah ini:

Anwar membayangkan Najib akan menggunakan wang KWSP dan KWAP untuk membayar sebahagian hutang projek Bakun bernilai RM5.75 billion. Kebimbangan Anwar itu ada asasnya. Dalam keadaan wang negara semakin susut di mana Najib nak gagar untuk membayar hutang berkenaan. Kalau ini benar berlaku betapa kejamnya Najib bin Razak? Salam MSO.

Mohd Sayuti Omar

Berdasarkan kenyataan tersebut sudah jelas di Bulan Ramadhan ini bulan yang penuh kemuliaan dan keberkatan pun Anwar telah cuba bersangka buruk terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak. Penulis melihat ini adalah satu tindakan yang tidak bermoral dan mencemarkan kesucian bulan Ramadhan Al-Mubarak ini.

Penulis hairan dengan sikap Anwar Ibrahim ini, kenapa dia nak membayangkan perkara yang belum tentu kesahihanya. Apa yang penulis dapat lihat daripada kenyataan Anwar ini ialah dia cuba untuk menampakkan dirinya lebih bijak daripada Najib, oleh yang demikian tanpa mengira kesucian bulan Ramadhan beliau telah membuat andaian buruk terhadap Najib.

Ada juga kemungkinan, ianya adalah salah strategi Pakatan Rakyat untuk memancing undi untuk pilihan raya yang akan datang. Mereka sudah terlalu yakin mereka bakal menjadi Kerajaan Baru di Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Projek Hidro Elektrik Bakun merupakan satu projek untuk kepentingan rakyat. Walaubagaimanapun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak perlu membuat penjelasan segera berhubung dakwaan Anwar Ibrahim ini kerana kuatir ianya akan diekploitasi oleh Pakatan Rakyat untuk kepentingan politik mereka.

Sekiranya benar bagai didakwa Anwar, penulis turut menentang perbuatan itu, sekiranya tidak benar dakwaan itu, penulis akan menentang Anwar Ibrahim secara habis-habisan. Marilah bersama-sama kita berdoa memohon petunjuk Adakah Anwar Ibrahim benar atau sebaliknya.

Enhanced by Zemanta

Baca Lagi!

Thursday, October 1, 2009

1 Celaan Untuk Isa 1 Undi Tambahan Untuk BN

1 Celaan Untuk Isa 1 Undi Tambahan Untuk BN
Oleh: yieMEGA

PENULIS baru sahaja selesai membaca satu forum di MyKMU.Net dan forum tersebut ditulis dengan forumer yang menggunakan nama "Pres_UKM". Penulis tertarik dengan slogan yang forumer tersebut cadangkan iaitu "1 Celaan Untuk Isa 1 Undi Tambahan Untuk BN" katanya slogan ini amat sesuai kerana sekiranya Isa Samad dicela oleh orang luar makanya ia akan mendatangkan kemarahan orang tempatan kerana mereka begitu serasi dengan Isa Samad. Forum tersebut boleh di ikuti dengan KLIK DISINI.

Bagi penulis slogan tersebut menarik juga, tidak salah kalau BN mahu menggunakan slogan tersebut kerana mungkin ia salah satu strategi yang berkesan buat BN. Namun penulis ingin menegur sedikit BN supaya tidak mengamalkan cara yang sama iaitu menjaja 'Politik Pembangunan' dengan menjanjikan pembangunan-pembangunan kerana penulis merasakan rakyat di Bagan Pinang tidak dahagakan pembangunan.

BN Perlu mencari mekanisme baru kempen politik mereka, agar mereka tidak menggunakan cara yang sama bagi mengharapkan hasil berlainan. Teringat penulis dengan kata-kata seorang Pengurus Agensi sebuah syarikat Insurans yang bernama Nuzihan Zakaria yang berkata "orang yang mengharapkan hasil berlainan tetapi menggunakan cara yang sama adalah orang gila" Penulis yakin petugas BN tidak mahu orang melabelkanya sebagai 'orang gila' jadi gunakalah cara baru untuk meraih undi dari pengundi Bagan Pinang.

Sekali lagi penulis mengingatkan BN jangan sesekali menggunakan pendekatan 'Politik Serang Menyerang' kerana di Permatang Pasir sudah terbukti bahawa Politik Serang Menyerang tidak membuahkan hasil. Sebaliknya jika Calon BN diserang peribadinya, seeloknya BN sekadar mempertahankanya bukan menyerang balas.

Politik Psikologi memang sesuai digunakan di Bagan Pinang, jadi adalah lebih elok BN menggunakan Pendekatan Politik Psikologi, sepertimana yang pernah digunakan di Manek Urai dahulu. Penulis merasakan ini adalah strategi politik terbaik buat masa ini.

Akhir kalam, pengagihan peruntukan seperti bantuan kepada rakyat di Bagan Pinang hendaklah dilakukan dengan seadil-adilnya agar tidak ada rakyat yang keciciran daripada mendapat bantuan yang sewajarnya. Pembahagian Anak Beranak hendaklah dielakkan demi mengelakkan rakyat menghukum BN semasa Pilihan Raya.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Monday, May 18, 2009

Satu Sekolah Untuk Semua !

"Satu Sekolah Untuk Semua, Satu Bahasa Satu Bangsa Satu Negara" satu kempen yang mulia ke arah merealisasikan Matlamat 1Malaysia yang sering diucapkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang keenam iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sebenarnya "Satu Sekolah Untuk Semua" ini banyak faedahnya demi negara yang tercinta. Selain ia boleh memupuk perpaduan antara kaum ia juga boleh mendidik agar anak-anak kita menghormati hak bangsa lain contohnya Hak Istimewa Melayu.

Matlamat 1Malaysia yang sering diperkatakan Perdana Menteri ialah untuk menyatupadukan kaum-kaum yang ada di Malaysia. Semangat 1 Malaysia secara tidak langsung akan membantu mempromosikan Malaysia di mata dunia.

Pada dasarnya penulis bersetuju dengan cadangan "Satu Sekolah Untuk Semua" ini kerana ia mampu memupuk semangat perpaduan antara kaum-kaum yang ada di Malaysia. Bagi penulis amatlah rugi bagi sesiapa yang menentang "Satu Sekolah Untuk Semua" ini.

"Satu Sekolah Untuk Semua" ini bukanlah bertujuan untuk menghapuskan sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan tak kira Cina ataupun Tamil tetapi ia lebih kepada bertujuan untuk menyatupadukan kaum-kaum ada di Malaysia dan menyeru ke arah kedamaian.

Orang yang menentang "Satu Sekolah Untuk Semua" ini boleh dilabelkan sebagai "Pencinta Keganasan" kerana mereka masih mahu semangat Assabiyah diteruskan di Malaysia. Sudah tiba masanya kita membuat transformasi agar "Satu Sekolah Untuk Semua" menjadi realiti.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin