Bilangan Pengunjung:

Showing posts with label Ramadan. Show all posts
Showing posts with label Ramadan. Show all posts

Tuesday, August 24, 2010

Tidak Adakah Pemimpin Lain Mencontohi Tengku Razaleigh?


Tidak Adakah Pemimpin Lain Mencontohi Tengku Razaleigh?
Oleh: yieMEGA

TENGKU RAZALEIGH HAMZAH dilaporkan telah menganjurkan majlis berbuka puasa di rumahnya. Tambah menarik majlis berbuka puasa di rumahnya ini juga disertakan dengan Solat Maghrib, Isyak dan Terawikh berjemaah.

Terlebih dahulu penulis memohon dan berharap agar pembaca tidak menyalahertikan artikel penulis pada kali ini, penulis tiada apa-apa kepentinganpun dengan Tengku Razaleigh Hamzah, tidak juga penulis diupah untuk mengeluarkan artikel ini, kalau sebelum ini penulis tidak bersetuju dengan Tengku Razaleigh tidak bermakna semua yang Ku Li buat penulis tidak bersetuju, cuma yang baik dipandang baik, yang buruk dipandang buruk.

Penulis sendiri tertanya-tanya adakah pemimpin-pemimpin lain terutamanya pemimpin UMNO mengadakan program seumpama ini, maksud penulis bukan setakat berbuka puasa sahaja, diikuti dengan Solat Maghrib, Isyak dan Sunat Terawikh berjemaah? Sepanjang pengetahuan penulis setakat tak ada lagi pemimpin sepertinya.

Kenapa tidak pemimpin-pemimpin UMNO yang lain turut mencontohi apa yang dilakukan oleh Tengku Razaleigh, adakah mereka semua tidak berminat menganjurkan program-program seumpama ini memandangkan mereka tidak nampak keuntunganya. Ya memang kita tidak keuntungan dunia, tetapi keuntungan akhirat banyak untungnya dengan menganjurkan majlis seumpama ini.

Bukankah lebih baik bulan yang mulia ini yakni Ramadhan Al-Mubarak kita hiasinya dengan aktiviti-aktiviti keagamaan seperti ini, bukankah ini salah satu cara untuk mengimarahkan bulan Ramadhan.

Mungkin pemimpin-pemimpin UMNO lain juga bolehlah membina surau-surau di kediaman masing-masing untuk diimarahkan bukan sahaja di bulan yang mulia ini, bulan-bulan lain pun boleh juga, besar juga pahalanya. Berguna juga untuk pelaburan akhirat.

Penulis akui pemimpin-pemimpin UMNO lain ada juga yang menganjurkan majlis berbuka puasa tetapi majlis itu sekadar berbuka puasa dan terus pulang, adalah lebih menarik kalau ianya dibuat dengan pengisian-pengisian yang boleh meningkatkan semangat Ramadhan.

Seperti yang penulis katakan tadi bukan maksud penulis untuk memuji Ku Li, tetapi apa yang baik hendaklah kita katakan baik kerana bukan selama-lamanya orang itu akan buat apa yang tak baik.

Tambahan pula program-program keagamaan seumpama ini boleh juga merapatkan jurang hubungan antara pemimpin dengan rakyat. Bukankah ia akan lagi kelihatan seperti berjiwa rakyat.
Enhanced by Zemanta

Baca Lagi!

Friday, August 13, 2010

Sajak Ramadhan

Sajak Ramadhan

Kedatanganmu dinanti
Kedatanganmu membawa seribu keberkatan
Kedatanganmu mendidik kesabaran kami
Kedatanganmu mengajar erti kehidupan

Ramadhan Al-mubarak nama diberi
Bulan yang penuh dengan ibadat mengejar keberkatan
Disiangnya kami berpuasa, menahan lapar dan dahaga dan juga diri
Ramadhan kali ini kami berdoa agar terus diberi kesempatan

Gandakan amal ibadatmu di bulan ini
Tambahkan pahala mu di bulan penuh keberkatan
Kurangkan dosa mu di bulan ini
Hindarkan perbuatan yang menjadi larangan

Puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga
Mulut, Mata, Telingga dan semua anggota badan
Hendaklah dijaga dengan sempurna
Agar tidak puasa hanya untuk meletihkan badan

Moga kedatanganmu kali ini memberi seribu erti kepada kami
Moga kehadiranmu kali ini memberi keberkatan
Moga dosa dapat dihindarkan kami
Moga pahala dapat ditambah demi mengejar keberkatan
[ yieMEGA, D'Lorong Che Mat Baba, Kota Bharu, Kelantan]

Enhanced by Zemanta

Baca Lagi!

Sunday, September 27, 2009

Salam Aidilfitri, Isu Selcat dan Rumah Terbuka Nasharuddin Mat Isa

Salam Aidilfitri, Isu Selcat dan Rumah Terbuka Nasharuddin Mat Isa
Oleh: yieMEGA

Salam Aidilfitri Buat Semua Pengunjung Blog SGMM

PEJAM-Pejam Celik Ramadhan telah meninggalkan kita dan kini kita berada di bulan Syawal di mana 'mood' Hari Raya Aidilfitri masih dirasai. Di hari yang baik bulan yang baik ini saya memohon maaf pertamanya kepada semua pengunjung setia blog Suara Generasi Muda Malaysia kerana terlewat sedikit membuat ucapan Aidilfitri kerana penulis sibuk dengan aktiviti-aktiviti ziarah menziarahi dan keduanya sebagai kelaziman apabila menyambut hari kemenangan umat Islam ini.

Aidilfitri kali ini banyak pengalaman yang dapat penulis lalui. Pendek kata penulis mampu bergembira pada Aidilfitri kali ini walaupun sedikit sedih kerana Ayahnda tercinta sudah tiada dan tidak dapat menyambut Aidilfitri bersama dengan penulis lagi. Namun ia tidak merencatkan sambutan Aidilfitri penulis.

Tak Lupa juga kepada seorang pengunjung yang memberikan komen yang berbunyi "Salam Hari Raya" pengunjung itu yang menggunakan Nama Nik Amir, terima kasih kerana mengucap salam tersebut, penulis menghargainya dan kesempatan ini penulis memohon maaf sekiranya penulis sebelum ini pernah membuatkan Nik Amir terasa hati, almaklum sahajalah penulis ni seorang manusia biasa yang tak lekang dari melakukan kesalahan.

Isu Selcat

PANAS dan hangat isu Selcat sehinggakan ia membawa kepada Pesuruhjaya PAS Selangor Dr. Hassan Ali 'berperang' dengan Khalid Samad berhubung tindakan Dr. Hassan Ali mengkritik tindakan Selcat sehinggakan dipaksa di ambil tindakan ke atas Dr. Hassan Ali. Malam tadi penulis sempat menonton Buletin Utama TV3, di mana Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharuddin Mat Isa membuat kenyataan bahawa beliau tidak nampak keperluan untuk membuat apa-apa tindakan terhadap Dr. Hassan Ali katanya lagi hanya kerana mengkritik tak kanlah nak dihukum.

Sebenarnya penulis menyokong tindakan Dr. Hassan Ali itu dan juga bersetuju dengan kenyataan Timbalan Presiden PAS tersebut. Sebagai seorang pemimpin Dr. Hassan Ali memang ada hak untuk mengkritik ataupun menegur, sekiranya mereka tidak mahu dikritik ataupun ditegur makanya mereka seorang yang bodoh sombong, "Cerdik Tak Boleh Tumpang, Bodoh Tak Boleh Nak Di ajar".

Adakah mereka lupa sejarah yang telah tercatat di atas Kesilapan Kerajaan PAS Terengganu dalam beberapa tahun dahulu. Di mana mereka membuat perkara yang hampir sama dengan Selcat ke atas Kakitangan Kerajaan Negeri, contohnya seorang Qadi Daerah yang ditukar ke hulu Terengganu dan dipaksa makan gaji buta hanya kerana tidak meluluskan permohonan seorang ADUN untuk menjadi jurunikah walhal keputusan itu dibuat kerana sememangnya ADUN itu tidak layak menjadi jurunikah. Nak dijadikan cerita akhirnya Qadi tersebut telah masuk bertanding dalam PRU11 melawan ADUN yang menjadi punca beliau ditukar dan berjaya menjadi ADUN dan Kerajaan PAS Terengganu pun tumbang kerana isu tersebut antara isu yang berjaya diekploitasi oleh BN.

Sepatutnya Kerajaan Selangor menjadikan Peristiwa Kejatuhan Kerajaan PAS Terengganu sebagai rujukan untuk mereka agar tidak melakukan kesalahan yang sama, tetapi nampak jelas mereka tidak belajar daripada peristiwa tersebut kerana mungkin menjangkakan mereka akan berkuasa buat selama-lamanya. Tidak Mustahil Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor bakal senasib dengan Kerajaan PAS Terengganu satu masa dahulu.

Rumah Terbuka Nasharuddin Mat Isa

TIMBALAN Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa turut tidak melepaskan peluang untuk turut sama mengadakan rumah terbuka Aidilfitri. Khabarnya Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin turut menjadi pengunjung rumahnya selain Lim Kit Siang dan Ketua Pemuda DAP. Jelas semangat Aidilfitri menyatukan mereka. Namun, apa yang mengecewakan rumah terbuka tersebut seakan-akan dipulau oleh beberapa pemimpin PAS yang tidak sehaluan dengan Nasharuddin.

Penulis pun kadang-kadang hairanlah sikit sedangkan kedudukan Nasharuddin dalam Parti dikira setaraf dengan kedudukan Tan Sri Muhyidin Yassin dalam parti. Lebih-lebih lagi dia bakal memangku jawatan Presiden tak lama lagi, namun dia mengalami situasi yang berbeza dengan Muhyidin, di mana rumah terbuka TS Muhyidin Yasin akan dihadiri oleh semua menteri kabinet dengan melupakan persengketaan demi semangat Aidilfitri namun ianya tidak dirasai oleh Nasharuddin apabila rumah terbuka beliau seakan-akan dipulau oleh pemimpin-pemimpin PAS yang tidak sehaluan, adakah ini dinamakan sebuah parti mengamalkan ajaran Islam sebenar dengan bertindak memutuskan hubungan silaturrahim dengan sesama umat Islam dan juga Sesama Ahli Parti yang memperjuangkan Islam.

Cuba kita lihat sedangkan Khairy Jamaluddin dari UMNO merupakan parti lawan bagi PAS sanggup meluangkan masa mengeratkan Silaturrahim dan melupakan seketika persengketaan politik demi menghormati kesucian perayaan kemenangan umat Islam ini, namun pemimpin PAS tidak pula begitu. Sepatutnya mereka perlu hadir ke Rumah Nasharuddin bagi menghormati Aidilfitri, namun mereka tetap memilih untuk terus bermusuhan.

Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Monday, August 31, 2009

Genaplah 52 Tahun Malaysia Merdeka...



Genaplah 52 Tahun Malaysia Merdeka...
Oleh: yieMEGA

Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! laungan keramat itulah bergema setiap kali 31 Ogos di setiap tahun bermula pada tahun 1957 di mana pada waktu laungan itu dilakukan oleh Perdana Menteri Pertama Tengku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Laungan keramat itulah yang membuka lembaran baru kepada Tanah Melayu (Sekarang Malaysia) detik itulah memberi banyak kegembiraan terutamanya pejuang-pejuang kemerdekaan yang tidak putus-putus berjuang demi memerdekakan bumi bertuah ini.

Setiap kali Sambutan Ulangtahun kemerdekaan tidak lengkap tanpa tema sambutan. Tema Sambutan Hari Kemerdekaan ke 52 pada kali ini ialah 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian diutamakan menjadi pelengkap kepada tema-tema sambutan hari kebangsaan sebelum ini.

Apa yang istimewanya sambutan kemerdekaan pada tahun ini ialah pertama kali ianya di adakan di dalam bulan yang penuh keberkatan iaitu Ramadhan Al-Mubarak. Tinjauan penulis di Kota Bharu buat pertama kalinya sambutan ambang merdeka tanpa percikan bunga api penulis tidak pasti di negeri-negeri lain adakah mengalami situasi yang serupa, bagi penulis percikan bunga api tidaklah sepenting erti kemerdekaan itu sendiri.

Bercakap dengan erti kemerdekaan, nampaknya masih ramai yang masih belum mengerti apakah erti kemerdekaan terutamanya kanak-kanak dan remaja. Tinjauan penulis tadi kanak-kanak sibuk mengayuh basikal beramai sambil melaungkan merdeka dan dibasikalnya berkibar megah, malah ada yang menjadikan jalur gemilang sebagai kain superman manakala bagi yang remaja pula bermotosikal beramai-ramai berarak dari hulu ke hilir, bagi golongan ini itulah yang dinamakan Merdeka! bebas melakukan apa sahaja termasuklah perkara-perkara yang boleh membahayakan diri mereka sendiri.

Tidak kurang pula anak-anak gadis kita yang dijadikan 'gulai' untuk kenduri malam merdeka bagi memuaskan nafsu serakah pihak-pihak tertentu. Setiap kali merdeka kita akan pasti mendengar berita berapa banyak anak-anak gadis yang berstatus 'dara' dikorbankan. Itulah yang terjadi kepada anak Malaysia pasca merdeka kerana mereka tidak memahami ertikata kemerdekaan yang sebenar.


Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Monday, August 24, 2009

Salam Ramadhan......

SALAM RAMADHAN

Oleh: yieMEGA

PENULIS ingin mengucapkan salam Ramadhan kepada semua pembaca blog Suara Generasi Muda Malaysia. Terlebih dahulu penulis ingin memohon maaf di atas kelewatan mengemaskini blog ini kerana talian internet di rumah penulis mengalami gangguan beberapa hari yang lalu. Ini pun penulis menggunakan Celcom Broadband Prepaid kalau tak guna tak dapat lah penulis mengemaskini blog ini.

Pada kesempatan ini penulis ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat di dalam menjayakan blog SGMM ini, Alhamdulilllah bilangan pengunjung blog ini semakin meningkat dari hari ke hari. Tanpa kehadiran pembaca apa maknanya blog ini.

Ramadhan ini banyak memberi makna kepada penulis, penulis berharap Ramadhan kali ini adalah yang terbaik berbanding Ramadhan sebelum ini, penulis akan cuba berusaha agar dapat menjadikan Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan terbaik berbanding dahulu, Penulis pun berharap pembaca-pembaca sekalian dapat juga berusaha untuk menjadikan Ramadhan kali ini yang terbaik bagi diri mereka.

Penulis juga ingin menyarankan agar yang berkemampuan perbanyakkanlah sedekah kerana ia dapat membantu mempertingkatkan ekonomi umat Islam. Sebenarnya puasa adalah satu simulasi di mana kita di bawa merasai keperitan fakir miskin sebelum ini, di waktu enak makan mereka masih tidak menjamah walaupun sesuap nasi.

Walaupun bulan Ramadhan penulis merasakan tidak salah jika penulis ingin membicangkan hal politik, namun mungkin ia akan dibincangkan pada artikel yang akan datang. Cuma penulis berharap sesiapa memberi komen janganlah terlalu emosional hormatilah Bulan Ramadhan, nanti tak pasal-pasal kita hanya dapat lapar dan dahaga sahaja.

Pada kesempatan ini penulis ingin memohon maaf sekali lagi kerana kurang memberi liputan terhadap Pilihan Raya Kecil Permatang Pasir, bukan kerana penulis tidak mahu memberi liputan tetapi kerana talian internet di rumah penulis mengalami gangguan insyaALLAH kalau kerja-kerja pembaikkan dapat disiapkan hari ini penulis akan cuba membuat liputan mengenainya.

Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Sunday, August 31, 2008

Marhaban Ya Ramadhan Al-Mubarak

Esok kita akan menyambut kedatangan bulan yang penuh keberkatan di dalam Islam iaitu bulan yang dikenali dengan nama Ramadhan Al-Mubarak. Pada bulan ini umat Islam akan menyempurnakan rukun Islam yang ketiga iaitu berpuasa di bulan Ramadhan.

Puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga sahaja ia bulan yang boleh mendidik umat Islam supaya berdisiplin dan menambahkan amal dan mengurangkan sebanyak mungkin kemungkaran.

Penulis bertekad mahu jadikan puasa kali ini sebagai puasa yang terbaik berbanding tahun-tahun yang sudah berlalu. Pada kesempatan ini penulis ingin mengucapkan Selamat Menyambut Kedatangan Bulan Sejuta Rahmat ini kepada para pembaca blog ini yang terus setia membaca blog ini.

Penulis berharap agar pembaca blog ini akan bertekad untuk menjadikan bulan yang penuh keberkatan ini sebagai bulan yang terbaik, kepada ahli-ahli politik tanah air kalau boleh kurangkan kontroversi tetapi tingkatkanlah prestasi. Kepada para pembaca adalah penulis harapkan jangan pula terlupa untuk menunaikan Solat Sunat Terawih di malamnya ketepikan seketika kesibukkan dunia, belilah saham-saham akhirat dan jadikanlah bulan Ramadhan ini bulan membeli saham akhirat kerana hidup kita tidak menongkat langit daripadaNYA kita datang kepadaNYA kita pergi.

Apabila bulan Ramadhan menjelma pasti di siang harinya ada tempat-tempat untuk membeli juadah berbuka yang dikenali dengan Bazar Ramadhan, kalau boleh cubalah elakkan pembaziran semasa membeli di Bazar Ramadhan, membeli itu tak salah tetapi janganlah terlampau menurut nafsu kerana kalau turut nafsu satu Bazar Ramadhan pun rasa boleh habis dimakan waktu berbuka tetapi apabila sampai waktu berbuka paling banyak pun satu perkara sahaja yang sempat dijamah.

Akhir kalam, semoga Ramadhan kali ini Ramadhan yang terbaik buat penulis dan juga para pembaca blog ini yang setia dan tidak jemu-jemu membaca artikel yang ditulis oleh penulis.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin