Bilangan Pengunjung:

Showing posts with label Sarawak. Show all posts
Showing posts with label Sarawak. Show all posts

Thursday, March 22, 2018

Lebuh Raya Bebas Tol, Adakah Orang Sabah dan Sarawak sahaja Rakyat Malaysia

Lebuh Raya Bebas Tol, Adakah Orang Sabah dan Sarawak sahaja Rakyat Malaysia
Oleh: yieMEGA

PENULIS percaya bahawa umum sudah mengetahui bahawa Orang Sabah dan Sarawak telah disogokkan dengan Lebuh Raya Bebas Tol yang dikenali dengan nama Lebuh Raya Pan Borneo. Di sini membuktikan Kerajaan Persekutuan telah mengambil pendekatan 'berat sebelah' di mana Lebuh Raya yang begitu panjang di Sabah dan Sarawak ini dibina dan apabila siap kelak tiada sebarang tol yang dikenakan terhadap pengguna lebuh raya tersebut.

Ini berbeza pula dengan Rakyat Malaysia yang berada di semenanjung mereka dipaksa membayar tol di kebanyakkan lebuh raya. Memang ada lebuh raya yang sudah dikecualikan tol tetapi ia 'berapa kerat' sangat yang tak mengenakan tol tapi yang kena tol tu banyak, malah rakyat Malaysia yang tinggal di Semenanjung sememangnya terbeban dengan bayaran tol tersebut.

Timbul persoalan di sini, mengapa lebuh raya yang begitu panjang tidak dikenakan tol tetapi kalau lebuh raya di semanjung lebuh raya yang pendek pun dikenakan tol. Ini salah satu bentuk ketidakadilan yang berlaku dan ianya bertentangan dengan konsep 'federalisme' yang sepatutnya bersikap adil dengan semua negeri tanpa perlu 'pilih bulu'. Adakah lebuh raya tersebut di bina hanya untuk mencemarkan 'maruah' orang Sabah dan Sarawak. Mungkin Yang Amat Berkuasa Najib Razak ingin memperdaya  orang Sabah dan Sarawak agar terus memberi sokongan kepada beliau dan juga parti yang kini sudah menjadi 'milik beliau' kerana mungkin dia ingat orang Sabah dan Sarawak ini tidak bermaruah.

Baca Lagi!

Monday, July 10, 2017

Malaysia Sudah Selamat, Betul Ke Bohong???

Malaysia Sudah Selamat, Betul Ke Bohong???
Oleh: yieMEGA

PERDANA MENTERI Datuk Seri Najib Tun Razak telah mendakwa bahawa tiada apa pun yang perlu diselamatkan kerana semuanya sudah selamat dengan matlamat cuba menyelar tindakan pembangkang di dalam gerakkan mereka di dalam misi untuk menyelamatkan Malaysia. Malaysia sudah selamat? Betul ke bohong ni?.

Tidak dinafikan pada masa kini Malaysia berada di dalam keadaan aman damai, namun ianya tidak bermakna negara kita sudah pun selamat, hanya orang tidak waras sahaja yang akan berkata begitu. Jikalau yang berfikiran waras akan faham bahawa Malaysia masih belum selamat. 

Kapitalis-kapitalis yang berada di luar sana akan cuba bermacam cara untuk membuatkan Malaysia menjadi tidak selamat. Salah satu contoh ialah tindakan Kerajaan Negeri Sarawak yang merujuk syarikat guaman di United Kingdom (UK) berkenaan Perjanjian Malaysia (Malaysia Agreement 1963) berhubung hak negeri dalam konteks Sabah dan Sarawak membayangkan bahawa Kerajaan Negeri Sarawak sendiri kurang yakin Jabatan Peguam Negara mampu memberi penafsiran yang bebas dan adil sehinggakan mereka lebih percayakan orang luar daripada orang dari dalam negara mereka sendiri. Ini akan meletakkan Malaysia dalam keadaan 'bahaya' ia berkemungkinan akan mengudang campur tangan asing dalam menyelesaikan isu ini. Sila rujuk laporan Sinar Harian di sini

Penubuhan syarikat minyak milik Kerajaan Negeri Sarawak, PETRAS sudah membayangkan mereka sudah kurang yakin dengan Kerajaan Persekutuan Malaysia. Ini berkemungkinan tanda-tanda awal mereka sudah tidak mahu bernaung di bawah Kerajaan Persekutuan Malaysia nanti. 

Baca Lagi!

Tuesday, April 12, 2016

Rakyat Tetap Hormat Tun Mahathir Tetapi Hilang Hormat Pada Zahid Hamidi dan Meluat Dengan Najib Razak

Rakyat Tetap Hormat Tun Mahathir Tetapi Hilang Hormat Pada Zahid Hamidi dan Meluat Dengan Najib Razak
Oleh: yieMEGA

BARU-BARU ini Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi telah membuat kenyataan yang meminta Tun Dr. Mahathir supaya tidak melakukan perkara yang boleh membuatkan rakyat hilang hormat padanya. Mendengar kenyataan Zahid Hamidi itu membuatkan penulis rasa ingin ketawa dengan kenyataan itu. Mana tidaknya baru sahaja dilantik jadi TPM baru-baru ini sudah membuat beberapa kenyataan yang boleh dikatakan sebagai berlagak, apa nak jadi ni baru jadi TPM sudah berlagak entahlah apa akan jadi sekiranya Zahid Hamidi menjadi PM nanti. 

Penulis menasihatkan Zahid Hamidi agar duduk diam-diam, kerana walaupun sekarang beliau adalah TPM tapi belum tentu beliau akan jadi PM. Kemungkinan besar Zahid Hamidi akan menerima nasib sepertimana Muhyiddin, ya mungkin buat masa ini Najib Razak masih percaya dengan manusia bernama Zahid Hamidi ini, selain daripada itu manusia bernama Zahid Hamidi ini mudah diperalatkan oleh manusia bernama Najib Razak. Zahid Hamidi perlu ingat dengan peribahasa "Habis Madu sepah dibuang" itulah apa yang berlaku kepada Muhyiddin sekarang mungkin juga akan berlaku pada manusia bernama Zahid Hamidi kalau dia tidak bertindak sekarang. 

Zahid Hamidi tidak perlu lagilah membela manusia bernama Najib Razak, sebaliknya beliau perlu berusaha dengan apa cara sekalipun untuk mengambil jawatan Najib Razak dengan seberapa segera. Buat apa dikekalkan 'sampah' dalam rumah kita lebih baik kita buang ke dalam tong sampah di luar rumah. Kalau kita terus simpan 'sampah' di dalam rumah lama kelamaan ia akan membuatkan rumah berbau busuk. Najib Razak sudah tak berguna buat UMNO kerana ia boleh diibaratkan sebagai sampah dan secara tidak langsung 'mencalit' imej buruk buat UMNO. Adakah orang seperti ini kita masih mahu kekalkan memimpin UMNO terpulang kepada ahli UMNO sendiri yang sudah diberikan akal dan fikiran untuk menentukan adakah baik membela Najib Razak ataupun buruk membela Najib Razak. 

Apa yang dilakukan oleh Tun Mahathir itu tidak sedikitpun menghilangkan rasa hormat rakyat pada Tun Mahathir, rakyat menganggap apa yang dibuat oleh Tun Mahathir itu adalah demi kebaikkan dan kesejahteraan rakyat. Malah mereka lebih meluat melihat kepimpinan Najib Razak yang semakin hari semakin teruk ini. Mana tidaknya Najib Razak Perdana Menteri Kerajaan Yang Dipilih rakyat sebenarnya menyusahkan rakyat, rakyat terus dibebani dengan GST, kenaikkan harga barang, kenaikan kos sara hidup, semakin hari rakyat terus terbeban dengan kerajaan yang dipilih rakyat ini. 

Baca Lagi!

Thursday, April 7, 2016

Pilihan Raya Negeri Sarawak (PRN Sarawak)



PILIHAN raya negeri Sarawak akan diadakan tidak lama lagi. Sudah tentu rakyat Sarawak sudah tidak sabar-sabar lagi untuk memangkah kertas undi PRN tersebut. Mungkin PRN tersebut akan dijadikan oleh Najib Razak sebagai medium untuk mengukur sokongan rakyat kepada beliau. Pendek kata sekiranya BN menang dengan majoriti 2/3 di Sarawak maknanya ia menandakan rakyat masih menerima pemerintahanya walaupun sebenarnya iklim politik Sarawak adalah berbeza dengan semenanjung. 


Pilihan Raya Negeri Sarawak (PRN Sarawak)
Oleh: yieMEGA


Pilihan sudah tentu ada pada tangan rakyat Sarawak untuk memilih parti mana yang dikatakan layak untuk menerajui Kerajaan Negeri Sarawak. Cuma tepuk dada tanya iman. Sekiranya Sarawak mahukan perubahan kepimpinan di peringkat Pusat mereka perlu berbuat sesuatu untuk memastikan Sarawak mendapat lebih daripada Kerajaan Persekutuan. Jangan mudah tertipu dengan janji-janji pembangunanan yang sebenarnya hanya menguntungkan kroni-kroni pemakan dedak tertentu. 

Rakyat Sarawak perlu ingat, Kewujudan GST yang dibuat oleh kerajaan yang dipilih mereka dahulu benar-benar menyusahkan mereka dan juga telah merosakkan ekonomi negara. Kuasa beli rakyat juga berkurangan sejak GST diperkenalkan. Jadi gunakan hak anda sebagai rakyat untuk membantah GST dengan meterjemahkanya dengan tidak mengundi BN dan memberikan undi kepada pembangkang mahupun dengan memboikot PRN tersebut.

Kepimpinan Najib Razak perlu ditukar segera, jadi bersesuaian dengan PRN Sarawak ini adalah masa yang sesuai bagi rakyat Sarawak menyampaikan mesej yang mereka menolak kepimpinan Najib Razak. Marilah kita bersama-sama menafikan majoriti 2/3 Kerajaan BN Sarawak dan biarkan Kerajaan BN Sarawak dibentuk hanya dengan majoriti mudah. Jangan terpedaya dengan dedak-dedak pilihan raya, ingat anda adalah rakyat yang tidak makan dedak, yang makan dedak ialah binatang seperti lembu, ayam dan itik. 

Baca Lagi!

Sunday, April 10, 2011

PILIHAN RAYA NEGERI SARAWAK

Flag of Malaysian state of Sarawak.Image via Wikipedia
PILIHAN RAYA NEGERI SARAWAK
Oleh: yieMEGA

LAMA juga penulis tidak mengemaskini blog ini disebabkan terlalu banyak tugas yang perlu diselesaikan, secara kebetulan hari ini penulis ada masa terluang jadi penulis tidak mensia-siakan masa keemasan ini untuk mengemaskini blog ini.

SEPERTIMANA yang umum sudah mengetahui bahawa ketika ini, kebanyakkan rakyat Malaysia berada di dalam "mood" Pilihan Raya Negeri Sarawak. Penulis merasakan masih belum terlambat untuk kita meramalkan keputusan PRN Sarawak.

Mengikut firasat penulis, Barisan Nasional bukan mudah juga untuk mengekalkan penguasaan terhadap Sarawak walaupun negeri ini dilabel sebagai 'simpanan tetap' BN oleh kebanyakkan orang. Label ini bukanlah berkekalan lama dan tidak boleh dijadikan kayu pengukur oleh BN untuk menghadapi pilihan raya.

Ada banyak faktor yang memungkinkan BN akan mempertahankan Sarawak dari terjatuh ke tangan pembangkang. Faktor paling utama ialah Ketua Menteri Sarawak itu sendiri, walaupun beliau sudah memberi jaminan akan berundur selepas PRN, namun jaminan itu bukanya dipercayai semua rakyat Sarawak dan penulis percaya ada rakyat Sarawak masih samar dengan jaminan yang diberikan oleh Ketua Menteri Sarawak itu.

Sekiranya ini gagal diambil perhatian dan ditangani oleh BN, penulis percaya kemungkinan sarawak akan terlepas ke tangan pembangkang. Jika BN tidak mahu Sarawak yang selama ini menjadi simpanan tetap BN terlepas ke tangan pembangkang, BN perlu meyakinkan rakyat yang Ketua Menteri Sarawak sekarang akan berundur selepas Pilihan Raya Negeri.

Sekiranya BN gagal meyakinkan rakyat Sarawak nescaya padah akan menimpa BN dan keputusan PRN Sarawak tidak akan berpihak kepada BN. Selain itu jentera-jentera BN tidak boleh berkempen secara melepas batuk di tangga semata-mata , kerana tindakan ini akan membahayakan kedudukan BN di sarawak.

Penulis memberi peringatan ini adalah untuk panduan BN di Sarawak terpulanglah kepada BN Sarawak untuk menerima atau tidak peringatan ini. Kalau mereka merasakan panduan ini berguna buat mereka jadi jangan abaikanya, kalau tidak abaikan saja.
Enhanced by Zemanta

Baca Lagi!

Thursday, March 17, 2011

KM Sarawak Berundur Patut atau Tidak?

Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud, Chief Mi...Image via Wikipedia
KM Sarawak Berundur Patut atau Tidak?
Oleh: yieMEGA

KETUA MENTERI Sarawak berundur patut atau tidak dipilih menjadi tajuk artikel penulis pada kali ini. Ini adalah bersesuaian dengan Pilihan Raya Negeri Sarawak semakin dekat. Sebagai memenuhi tanggungjawap penulis adalah lebih elok penulis mengulas mengenainya.

Penulis percaya persoalan yang timbul di kalangan rakyat-rakyat Sarawak termasuk juga pemimpin-pemimpin di Sarawak adalah patut atau tidak Ketua Menteri Sarawak sekarang ini berundur sebelum Pilihan Raya Negeri. Itulah persoalan yang penulis ingin rungkaikan pada hari ini.

Umum mengetahui Tan Sri Abdul Taib Mahmud sudah lama menjadi Ketua Menteri Sarawak. Pada pandangan penulis ia patut berundur dan memberi peluang kepada pemimpin-pemimpin muda, masa yang terbaik adalah sebelum Pilihan Raya Negeri Sarawak.

Sebarang tindakan yang kita buat haruslah yang kurang risikonya, pada pandangan penulis sekiranya Abdul Taib Mahmud terus mengetuai Kerajaan Negeri Sarawak ia akan mendatang risiko yang besar terutamanya terhadap BN, Abdul Taib perlu mengambil ikhtibar dengan peristswa kejatuhan Kerajaan BN Terengganu pada tahun 1999 ekoran daripada keenganan Tan Sri Wan Mohktar Ahmad melepaskan jawatan akhirnya membawa padah apabila Kerajaan BN Terengganu BN tumbang pada tahun 1999.

Dalam Islam sendiri pun, mengalakkan umatnya membuat sesuatu perkara yang kurang dari segi risikonya atau dengan kata lain kurang musibahnya. Sebelum nasi menjadi bubur adalah lebih elok dan molek benar kalau Abdul Taib Mahmud berundur. Perlu ditegaskan di sini, tujuan penulis menulis artikel ini bukanya untuk menjatuhkan Abdul Taib tetapi sebagai teguran membina demi memastikan kesinambungan pemerintahan BN di Sarawak.

Tempoh pemerintahanya juga sudah melayakkan beliau untuk mengundurkan diri dan melepaskan jawatan yang dipegangnya sekarang kepada individu lain. Penulis percaya sekiranya ini keputusan yang dibuat oleh Abdul Taib rakyat Sarawak sendiri akan gembira dengan keputusan yang dibuatnya.
Enhanced by Zemanta

Baca Lagi!

Wednesday, May 5, 2010

Membetulkan Yang Silap

Membetulkan Yang Silap
Oleh: yieMEGA

HARI ini artikel penulis bertujuan untuk membetulkan apa yang silap semasa artikel penulis yang terdahulu disiarkan. Baru-baru ini salah seorang pembaca blog ini telah menegur penulis di atas kesilapan maklumat di dalam artikel penulis terdahulu.

Penulis akui memang penulis tersalah maklumat mengenai Calon Barisan Nasional untuk P212 Sibu dalam artikel terdahulu penulis katakan ia berasal dari MCA. Alhamdulillah, ada juga pembaca yang prihatin yang menegur dan memperbetulkan kesilapan penulis, begitulah kiranya kalau seorang manusia tidak lepas dari melakukan kesalahan.

Terlebih dahulu izinkan penulis siarkan semula komen daripada seorang Pembaca yang Hanya mahu dikenali dengan nama John:

Robert Lau not from MCA but SUPP

John

Penulis ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada John kerana keprihatinanya semasa membaca artikel penulis. Sehubungan dengan itu penulis dengan ini mengisytiharkan bahawa Robert Lau bukan dari MCA sepertimana yang penulis cakap di dalam artikel yang terdahulu dan secara automatisnya kenyataan penulis di dalam artikel terdahulu yang mengatakan Robert Lau dari MCA terbatal dengan sendirinya.


Penulis memohon maaf kepada pembaca-pembaca sekalian kerana sememangnya kesilapan itu tidak disengajakan oleh penulis. Mungkin kesilapan itu berlaku kerana perasaan tidak sabar-sabar penulis untuk mengeluarkan artikel tersebut.


Dengan ini penulis memohon maaf kepada pembaca blog ini sekalian. Harap maklum


Baca Lagi!

Tuesday, April 7, 2009

Batang Ai Kekal Milik Barisan Nasional

Keputusan Pilihan Raya Kecil Batang Ai telah diketahui ia menyaksikan calon Barisan Nasional berjaya memenangi Kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak Batang Ai dengan undian sebanyak 3,907 Undi dan Undi Majoriti sebanyak 1,854 undi. Ini bermakna Calon Barisan Nasional yakni Malcom Mussem Lamoh dengan menewaskan calon daripada PKR yakni Jawah Gerang yang hanya mendapat 2,053 Undi.

Keputusan ini bermakna Barisan Nasional berjaya mengekalkan kedudukanya di kerusi Dewan Undangan Negeri Ini. Sementara itu, beberapa penganalisis politik meramalkan ia adalah kemenangan tunggal bagi Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Kecil 2 Bukit 1 Batang ini.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin