Bilangan Pengunjung:

Thursday, March 22, 2018

Lebuh Raya Bebas Tol, Adakah Orang Sabah dan Sarawak sahaja Rakyat Malaysia

Lebuh Raya Bebas Tol, Adakah Orang Sabah dan Sarawak sahaja Rakyat Malaysia
Oleh: yieMEGA

PENULIS percaya bahawa umum sudah mengetahui bahawa Orang Sabah dan Sarawak telah disogokkan dengan Lebuh Raya Bebas Tol yang dikenali dengan nama Lebuh Raya Pan Borneo. Di sini membuktikan Kerajaan Persekutuan telah mengambil pendekatan 'berat sebelah' di mana Lebuh Raya yang begitu panjang di Sabah dan Sarawak ini dibina dan apabila siap kelak tiada sebarang tol yang dikenakan terhadap pengguna lebuh raya tersebut.

Ini berbeza pula dengan Rakyat Malaysia yang berada di semenanjung mereka dipaksa membayar tol di kebanyakkan lebuh raya. Memang ada lebuh raya yang sudah dikecualikan tol tetapi ia 'berapa kerat' sangat yang tak mengenakan tol tapi yang kena tol tu banyak, malah rakyat Malaysia yang tinggal di Semenanjung sememangnya terbeban dengan bayaran tol tersebut.

Timbul persoalan di sini, mengapa lebuh raya yang begitu panjang tidak dikenakan tol tetapi kalau lebuh raya di semanjung lebuh raya yang pendek pun dikenakan tol. Ini salah satu bentuk ketidakadilan yang berlaku dan ianya bertentangan dengan konsep 'federalisme' yang sepatutnya bersikap adil dengan semua negeri tanpa perlu 'pilih bulu'. Adakah lebuh raya tersebut di bina hanya untuk mencemarkan 'maruah' orang Sabah dan Sarawak. Mungkin Yang Amat Berkuasa Najib Razak ingin memperdaya  orang Sabah dan Sarawak agar terus memberi sokongan kepada beliau dan juga parti yang kini sudah menjadi 'milik beliau' kerana mungkin dia ingat orang Sabah dan Sarawak ini tidak bermaruah.


Apa pun alasanya sebagai ketua KERAjaan beliau seharusnya berlaku adil tetapi tidak kelihatan pemerintahan beliau 'berat sebelah' apabila lebih mementingkan orang Sabah dan Sarawak daripada orang semenajung, pendek kata Sabah dan Sarawak diberi kemewahan, manakala semenanjung pula terus dizalimi. Inilah yang dikatakan "Kera di hutan di susukan, tapi anak di rumah mati kelaparan".

Pendekatan seperti ini telah membuktikan bahawa Yang Amat Berkuasa Najib Tun Razak sudah menganggap orang semenanjung seolah-olah sudah tidak penting. Tidak keterlaluan kalau penulis katakan kita di semenanjung sudah dilayan bagai warga asing pendatang haram. Inilah Kerajaan Barisan Najib mereka hanya mementingkan kuasa agar mereka terus berkuasa dan bermaharajalela.

Ayuh bangkitlah rakyat-rakyat Malaysia yang tinggal di Semenanjung Malaysia jadikan PRU14 ini medan untuk mengajar cukup-cukup Kerajaan Barisan Najib ini kerana mereka sudah terlalu lama memerintah Malaysia kalau kita nak ibaratkan ia Kerajaan Barisan Najib yang ada pada hari ini boleh diibaratkan seperti kereta buruk yang sudah layak kita jual pada pengutip besi buruk.

Jangan kita lemah dengan pemberian wang ringgit, apa yang mereka bagi kita boleh ambil tapi masa undi jangan sesekali memangkah lambang Dacing. Lambang dacing sudah ketinggalan zaman kerana zaman sekarang kita sudah tidak guna dacing tetapi kita guna 'penimbang digital' yang akan menimbang secara lebih tepat. Anggaplah sahaja Pakatan Harapan adalah 'penimbang digital' tersebut. Fikir-fikirkanlah.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin