PRU 14: NEGARAKU UBAH SEKALI
Oleh: yieMEGA
Di dalam PRU13 yang lalu kita telah membuat kesilapan besar dengan mengundi Barisan Nasional atau dengan kata lain memangkah lambang dacing. Mungkin masa tu pada pandangan kita dacing belum senget lagi, tapi sekarang selepas sepenggal mereka berkuasa sudah terang lagi bersuluh dacing sudah menjadi senget. (Meminjam ungkapan Usop Wilcha) bermacam-macam isu yang timbul dari 1MDB, kehilangan pesawat MAS MH370, pesawat mas MH17 dibedil, Banjir Besar 2014 di pantai timur (Bah Kuning), pembunuhan abang Presiden Korea Utara, Jho Low, pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Shafie Afdal dan yang paling baru sekali pembunuhan Pensyarah Universiti Kuala Lumpur Warganegara Palestin dipercayai dibunuh oleh perisik asing. Itulah rentetan peristiwa-peristiwa yang melanda negaraku Malaysia sepanjang era pemerintahan Datuk Seri Najib Tun Razak (Perdana Menteri Sementara) dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansur (mahu dirinya dipanggil mak cik Rosmah mungkin juga dipanggil nenek Rosmah) yang juga boleh disifatkan sebagai Emelda dan Marcos Malaysia.
Baca Lagi!





