Bilangan Pengunjung:

Showing posts with label kerajaan kelantan. Show all posts
Showing posts with label kerajaan kelantan. Show all posts

Saturday, February 27, 2010

PAS Jangan Terlalu Selesa Dengan Royalti

PAS Jangan Terlalu Selesa Dengan Royalti
Oleh: yieMEGA

SETELAH sekian lama penulis menyepi, tetapi bukanlah kerana penulis tidak mahu menulis oleh kerana kesibukkan tugas penulis terpaksa memberhentinkan penulisan artikel di blog ini kerana tugas-tugas penulis perlulah diutamakan.

Hari ini penulis memilih tajuk "PAS Jangan Terlalu Selesa dengan Royalti" untuk mengisi artikel terbaru untuk blog ini. Kalau kita lihat semenjak dua menjak ini semakin galak PAS 'menjaja isu royalti' namun bukan bermakna penulis menentang tindakan PAS itu, kerana apa salahnya sambil menyelam kita minum air.

Penulis merasa terpanggil untuk memberikan sedikit pandangan kepada mereka, penulis tahu yang penulis ini bukanlah pemimpin-pemimpin mereka, bukan juga ulama dan juga bukan umara' namun tidak salahkan kalau kita sampaikan pendapat kita, terpulang kepada mereka nak terima atau tak nak terima pendapat penulis ini.

Penulis ingin bertanya kepada pembaca adakah pembaca masih ingat di mana Kerajaan PAS Terengganu satu masa dulu pun pernah menjaja isu royalti untuk negeri Terengganu, oleh kerana mereka terlalu yakin bahawa dengan isu royalti itu mereka dapat mempertahankan pemerintahan mereka di Terengganu, akhirnya membawa padah apabila Kerajaan PAS Terengganu telah ditumbangkan oleh Barisan Nasional pada tahun 2004.

Begitulah kisahnya, hari ini kalau kita lihat seakan-akan pemimpin-pemimpin begitu selesa dengan menjaja isu royalti, mungkin baginya boleh mendatangkan satu kelebihan untuk mempertahankan Kerajaan PAS Kelantan, namun sepatutnya mereka tidak boleh begitu cepat untuk selesa kerana mereka perlu juga belajar daripada kejatuhan Empayar PAS Terengganu.

Mungkin PAS sudah boleh dijenamakan semula, di mana pemimpin-pemimpinya yang bertaraf 'kereta buruk' perlu direhatkan. Pemimpin-pemimpin yang ingin menjadi pemimpin seumur hidup juga perlu diundurkan untuk beri laluan kepada golongan muda mengambil alih teraju kepimpinan PAS.

Penulis berharap agar 'isu royalti' tidak menjadi senjata makan tuan bagi PAS, sepertimana sebelum ini media alternatif juga sudah menjadi senjata makan tuan bagi PAS.

Akhir kalam, artikel penulis pada kali ini berakhir di sini, mungkin di artikel yang akan datang penulis akan membincangkan berhubung iklan isu tuntutan royalti Kerajaan Kelantan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan.

Baca Lagi!

Friday, January 15, 2010

Kapak Besi Melayang Tidak Berjaya Tutup Mulut Kickdefella

Flag of KelantanImage via Wikipedia

Kapak Besi Melayang Tidak Berjaya Tutup Mulut Kickdefella
Oleh: yieMEGA

BARU-BARU ini kecoh di kebanyakkan media massa tak kiralah arus perdana ke media alternatif semuanya melaporkan bahawa blogawan(meminjam istilah Datuk A. Kadir Jasin) Kickdefella telah diancam dengan kapak besi melayang yang menjadikan kereta Kickdefella sebagai mangsa.

Ramai orang yang beranggapan kickdefella akan serik menulis perkara-perkara negatif yang berkaitan Kerajaan Negeri Kelantan pimpinan Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat. namun ternyata tanggapan mereka silap apabila Kickdefella terus mengkritik negeri yang diterajui oleh Kepimpinan Ulama' itu. Ini terbukti apabila beliau mengeluarkan artikel terbaru yang bertajuk "Rakyat Kelantan kehilangan 50 Juta Angkara Almenantunya Nik Aziz bernama Ariffahmi".

Mungkin juga Kickdefella membuat pendedahan itu atas prinsip berani kerana benar dan dengan niat yang ikhlas. Kalau betul-betul niat Kickdefella ini ikhlas dan pendedahan itu dibuat atas dasar berani kerana benar, kita boleh memuji tindakan kickdefella ini.

Namun, sekiranya Kickdefella ada niat lain yang tersembunyi di balik pendedahan ini, tak perlulah kita memujinya atau menyanjungnya, penulis sendiri tidak akan bersetuju dengan kickdefella kalau beliau ada niat lain yang tersembunyi di sebalik pendedahan itu.

Adalah lebih elok pihak yang terlibat seperti Sensa Timur tampil membuat kenyataan berhubung kekeliruan isu yang timbul ini. Setakat ini penulis hanya mendengar penjelasan dari Kerajaan Negeri Kelantan dan PMBK, namun tidak pernah lagi kita mendengar penjelasan daripada Sensa Timur, oleh yang demikian diminta Sensa Timur berbuat demikian dengan kadar seberapa segera.

Sekiranya perkara yang didedahkan oleh Kickdefella itu benar, maknanya negara kita mempunyai satu lagi "Menantu Pemimpin yang Memimpin Pemimpin" atau dengan kata lain kita boleh kata sebagai "Angkara Menantu".

Mari kita imbas kembali "Menantu Pemimpin Memimpin Pemimpin Episod 1" atau "Angkara Menantu Episod 1" di mana menantu Perdana Menteri pada masa itu akhirnya terpaksa berundur dek kerana 'menantunya' atau almenantunya(meminjam istilah Kickdefella). Kini kita akan dapat lihat "Menantu Pemimpin Memimpin Pemimpin Episod 2" atau "Angkara Menantu Episod 2".

Akhirkalam, marilah sama-sama kita berdoa untuk Allah tuhan seru sekian alam memberi petunjuk kepada kita siapakah yang benar dan siapakah yang salah dalam isu ini. Bersama-samalah kita berdoa agar orang yang bersalah akan menerima balasan yang setimpal dengan perbuatanya.

Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Thursday, December 17, 2009

Perkembangan Terkini Isu Bazaar Tok Guru Di Kelantan

Perkembangan Terkini Isu Bazaar Tok Guru Di Kelantan
Oleh: yieMEGA

SEBELUM ini penulis telah mengulas berkenaan isu Bazaar Tok Guru yang timbul di negeri Cik Siti Wan Kembang Tanah Serendah Sekebun Bunga ini di dalam artikel yang bertajuk "Isu Bazaar Tok Guru Di Kelantan".

Bagi memberikan ulasan mengenai beberapa perkembangan terkini yang berlaku berhubung isu tersebut, penulis telah membaca blog-blog lain untuk mendapatkan sedikit maklumat. Antaranya ialah Blog Harian Cahaya menerusi artikelnya yang bertajuk "Isu Bazaar Tok Guru Semakin Celaru" yang disiarkan menerusi ruangan Pena Cahaya blog tersebut.

Selain itu, tidak ketinggalan blog yang menjadi kegemaran penulis iaitu Blog MSO atau Merah Tinta MSO menerusi artikelnya yang bertajuk "Bila Tulisan Saya 300% Palsu". Dengan pembacaan blog-blog tersebut dapatlah penulis membuat sedikit ulasan mengenai isu tersebut.

Pertamanya, tahniah penulis ucapkan kepada MSO kerana telah menjadi blogawan yang baik dengan memberikan peluang kepada orang yang terlibat membela diri di dalam blognya dan juga beliau cuba menjadi blogawan yang beretika sepertimana saranan Perdana Menteri.

Keduanya, tahniah juga penulis ucapkan kepada wakil peniaga yang berani memberi penjelasan perkara sebenar yang terjadi. Namun, penulis tidak boleh mempercayai 100% yang orang yang mendakwa dirinya salah seorang yang hadir ini adalah benar-benar wujud, penulis meletakkan hanya 35% penulis percaya dengan jurukomen yang mengelarkan dirinya Arif ini.

Kenapa penulis berpendirian sedemikian? Zaman serba canggih ini kita tidak boleh mempercayai orang kerana penipuan mereka pasti secanggih zamanya. Kita lihat internet adalah dunia tanpa sempadan, jadi macam-macam orang lakukan untuk menipu termasuklah menyamar lagipun latar belakang seperti gambar dan nama penuh orang yang memberikan komen itu tiada, ini juga membuatkan kita boleh mempersoalkan adakah benar beliau salah seorang daripada peniaga yang hadir.

Mungkin apabila kita membaca kenyataanya seperti mana di bawah:

Demi Allah dan Rasul apa yang saya katakan dialami sendiri,bukan dengar cakap.


Orang akan mengatakan beliau telah bercakap benar kerana telah bersumpah dengan nama Allah. Persoalanya bolehkah kita mempunyai sumpah ini sedangkan Sumpah Saiful pun tidak dipercayai orang.

Penulis tetap berpendirian yang orang yang mendakwa dirinya salah seorang daripada mereka yang hadir dalam pertemuan itu supaya tampil mendedahkan dirinya, beliau tak perlu takut kerana takut kerana salah, berani kerana benar.

Penulis maaf kalau artikel penulis ini tidak sependapat dengan pembaca, namun itulah hakikatnya tiada salahnya kalau kita berbeza pendapat. Penulis turut mengalu-alukan apa jua pandangan daripada pembaca asalkan komen yang pembaca berikan itu tidak emosional dan juga mulai hari ini komen tanpa nama atau annnymous tidak akan disiarkan lagi sepertimana sebelum ini bagi mengelakkan mereka yang tidak bertanggungjawab membuat sesuatu yang boleh menjejaskan keselamatan negara.

Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Monday, December 14, 2009

Isu Bazaar Tok Guru di Kelantan

Isu Bazaar Tok Guru di Kelantan
Oleh: yieMEGA

BAZAAR Tok Guru merupakan salah satu projek pembinaan yang dikendalikan oleh Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Menteri Besar Kelantan. Mengikut maklumat yang penulis terima peniaga-peniaga daripada Pasar Lambak Arked UDA akan ditempatkan di Bazaar berkenaan dan juga mereka dinjanjikan tingkat bawah oleh Kerajaan Negeri.

Namun akhirnya Bazaar Tok Guru itu tiba-tiba sahaja bertukar menjadi isu apabila seorang blogawan yang mengelarkan dirinya sebagai Kickdefella menerbitkan artikel terbaru di dalam blognya yang bertajuk "Dari Bazaar Tok Guru Menjadi Busut Almentantunya".

Penulis mendapati daripada isu tersebut seolah-olah kickdefella cuba mengaitkan isu ini dengan Timbalan Menteri Besar Kelantan iaitu Ahmad Yaakob yang juga dikenali oleh orang tempatan dengan nama "Ustaz Mat". Penulis tidak tahu apakah motif sebenar yang cuba dilakukan oleh kickdefella ataupun syed azidi tersebut.

Cuma seingat penulis, sebelum ini diwar-warkan bahawa Ustaz Mat ini sesuai menjadi pengganti Tok Guru Nik Aziz, adakah artikel kickdefella itu dipengaruhi oleh sesiapa penulis tidak mahu membuat spekulasi mengenainya kerana Allah itu Maha Mengetahui.

Pembinaan Bazaar Tok Guru akhirnya menerima pertikaian antara peniaga Pasar Lambak Uda dengan Kerajaan Negeri Kelantan. Untuk rekod, Ustaz Mat baru sahaja mengambil tanggungjawab mengenai Bazaar Tok Guru ini daripada seorang yang melepaskan tanggungjawabnya kepada Ustaz Mat. Pertikaian itu timbul kerana tidak peniaga tidak puas hati apabila Kerajaan Negeri Mungkir janji yang telah dibuat dengan mereka di mana sepatutnya mereka diberi hak untuk menyewa tingkat bawah Bazaar berkenaan, namun di dalam perjanjian antara Sensa Timur meletakkan tingkat bawah di bawah penguasaanya sebagai syarat di dalam perjanjian.

Secara tak semena-mena, Ustaz Mat yang baru sahaja diamanahkan untuk memikul tugas berkenaan menjadi mangsa keadaan dengan isu ini. Penulis curiga dengan kenyataan
Syed Azidi bahawa Ustaz Mat telah memaki hamun peniaga yang datang berjumpanya dengan perkataan yang tidak sepatutnya seperti "Bodoh".

Setahu penulis Ustaz Mat ini seorang yang pendiam dan payah melenting orangnya dan agak mustahil perkataan "Bodoh" itu keluar daripada mulutnya. Penulis juga bersetuju dengan artikel blog MSO yang bertajuk "Betulkah Ustaz Mat Bodohkan Peniaga?". Penulis juga ingin menyatakan pendirian penulis yang ragu-ragu tentang artikel yang diterbitkan oleh Kickdefella tersebut.

Penulis musykil bagaimana pula Ustaz baru mengambil tanggungjawap ini terus di hujani pelbagai kritikan oleh peniaga yang seakan-akan sudah mengetahui bahawa Ustaz Mat yang dipertanggungjawabkan berkenaan projek ini. Adakah ada orang tertentu sudah membocorkanya ataupun ia adalah sebahagian daripada rancangan orang tertentu untuk menjatuhkan kredibiliti Ustaz Mat? Hanya Allah tuhan seru sekian alam sahaja yang mengetahuinya.

Sekiranya ialah perancangan daripada orang tertentu maknanya sudah ada Musuh Dalam Selimut menyelinap ke dalam PAS. Oleh yang demikian semua pemimpin parti berkenaan haruslah berhati-hati tambahan pula "Musuh Kita Adalah Kawan Kita" juga perlu diberi perhatian kerana kawan kita kadang-kadang lebih berbahaya daripada musuh kita.

Dengan tercetuskan Isu Bazaar Tok Guru ini ia sebenarnya mendatangkan keraguan pada penulis sekiranya Ditakdirkan Kerajaan Persekutuan menukar keputusan daripada memberikan Wang Ihsan kepada Royalti yang dibayar terus kepada Kerajaan Negeri adakah ia akan berakhir dengan isu seumpama ini juga. Kalau begitu nanti royalti dapat tetapi rakyat merempat tiada gunanya jika royalti dibayar tetapi rakyat tidak mendapat nikmat.

Berkenaan dengan Isu Tuntutan royalti penulis akan memberikan cadangan khas penulis kepada Perdana Menteri bagi menyelasaikan isu tuntutan royalti ini, ia sekadar cadangan namun terpulang kepada PM untuk menerimanya atau tidak dalam artikel blog penulis yang akan datang.

Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Tuesday, May 27, 2008

Skim Takaful Kifalah Bermasalah?

Penulis baru sahaja meluangkan sedikit masa membaca blog Merah Tinta MSO yang ditulis oleh Mohd Sayuti Omar yang turut dikenali dengan nama MSO, penulis rasa tak perlulah penulis dedahkan MSO ini daripada kalangan penyokong parti mana kerana penulis merasakan umum dah mengetahui MSO ini merupakan penyokong parti mana jadi faham-faham ajelah.

Di bawah ini adalah petikan daripada blog MSO:

BERGEMBIRALAH sekalian orang yang selama ini mengharap dan mendoakan agar si baju petak-petak merah dinobatkan menjadi MB Kelantan sebagai mengganti Nik Aziz Nik Mat. Kesempatan si baju petak-petak merah menjadi pemangku MB Kelantan atas takdir kerana Ahmad Yaakub tidak boleh menjadi pemangku setelah diserang sakit jantung secara tiba-tiba sesuatu anugerah buatnya. Takdir Allah taala itu merupakan kesempatan baik kepada si baju petak-petak merah.

Tetapi satu hakikat yang kena terima, orang baju petak-petak merah ini hanya menjadi pemangku selama 14 hari sahaja. Bermula hari ini dan berakhir pada 9 Jun nanti.

Justeru usah terlalu mengharap beliau membawa banyak perubahan dalam masa amat terhad itu. Atau menyelesaikan beberapa masalah yang tertangguh di Kelantan kini. Beliau hanya menjadi MB selama 14 hari atau kira-kirsa 336 jam sahaja. Sekiranya ditolak tiga jam sehari untuk beliau sembahyang, makan dan tidur, bermakna beliau menjadi pemangku selama 294 jam sahaja, di mana 42 jam terbuang atau kira-kira dua hari ini menjadikan beliau memangku jawatan itu hanya 12 hari saja.

Namun ia cukup baik untuk beliau merasai bagaimana aura menjadi MB. (Kita berdoa biarlah selepas ini beliau terus menjawat jawatan MB Kelantan!).

Sedangkan di Kelantan kini banyak masalah yang belum selesai. Kalau umpama orang baru lepas kenduri (selepas baru selesai menghadapi pilihan raya), banyak mangkuk pinggan yang masih belum dibasuh. Kawah juga masih belum dicuci. Perkakasan kenduri masih berselerakan. Hutang piutang juga masih belum dilunasi semuanya.

Semalam di Parlimen saya sempat berbual dengan ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail (foto atas). Saifuddin seakan merunggut terhadap apa yang berlaku di Kelantan pada masa ini. Menurutnya selepas pilihan raya keadaan di Kelantan sedikit kucar kacir dan kesannya tidak baiknya kepada rakyat. Ini mungkin kerana peralihan kuasa yang diharapkan tidak berlaku!

Bagaimana pun beliau tidak mempersoalkan tentang peralihan kuasa yang tidak berlaku selepas pilhan raya lalu, tetapi mengenai sikap Kerajaan negeri seakan mengabaikan beberapa tanggungjawab mereka kepada rakyat. Apa yang dimaksudkan keperihatinan Kerajaan kepada rakyat sedikit berubah.

Dalam pada itu katanya para pemimpinnya seakan belum habis bercuti bagi menghilangkan penat lelah, - menghadapi pilihan raya dengan berihat atau makan angin di luar negara. Ada yang ke Jakarta, ke Asia Barat dan sebagainya. (Ketika ini isu orang baju petak-petak merah menjadi pemangku MB belum timbul lagi).

Beliau sedikit kesal dengan keadaan itu di mana hal-hal kebajikan rakyat tidak diatasi dengan baiknya. Sebagai contoh katanya mengenai skim Kifalaah, iaini pemberian wang insuran kepada keluarga wargatua selepas mereka kematian. Saifuddin adalah bekas Pengarahnya.

Katanya Kifalaah ini sedikit bermasalah, di mana wang segera sebanyak RM500 yang sepatutnya diberikan kepada keluarga bila berlaku sesuatu kematian tidak dapat dilunaskan. Pembayarannya kini ada yang tertangguh sehingga berminggu-minggu. Ini katanya berbeza dengan apa yang berlaku sebelum pilihan raya dulu di mana wang bayaran RM500 akan diberikan on the spot kepada keluarga si mati.

Keadaan ini katanya sepatutnya tidak berlaku. Soal kebajikan kepada rakyat tidak boleh dilengahkan. Kerajaan sepatutnya mengambil berat soal ini. Menurut Saifuddin masalah ini timbul bukan sangat kerana kekurangan kewangan sebaliknya kelemahan sistem penyampaian (pelaksanaan).

Keadaan ini ketara berlaku apabila beliau tidak lagi menjadi Pengarah skim berkenaan apabila selesai pilihan raya. Khabarnya tempat Saifuddin hendak diganti dengan orang baru yang mana kewibawaanya boleh dipertikaikan!

Bagi Saifuddin masalah Kifalaah ini tidak boleh diabaikan. Skim berkenaan telah membawa jasa besar kepada Pas semasa pilihan raya lalu. Kifalaah jugalah menyebabkan Umno Kelantan pening kepala. Pengundi di saluran satu kebanyakan wargaemas meningkat kepada Pas ialah kerana keramat skim berkenaan!

Sekiranya apa yang disuarakan Saifuddin secara ikhlas itu benar, maka Kerajaan harus menumpukan kepada isu Kifalaah berkenaan. Pemangku MB Kelantan hendaklah menyelesaikan masalah ini segera. Peruntukan sebanyak RM3 juta setahun untuk skim berkenaan tidak banyak jika dibandingkan dengan peruntukan atau kegunaan wang Kerajaan untuk tujuan lain. Kita percaya atas prihatin dan kebijaksanaan pemangku MB itu beliau boleh menyelesaikannya.

Adalah tidak elok kalau skim itu proaktif semasa menjelang pilihan raya saja kemudian malap selepas pilihan raya selesai. Tidak sepatutnya rakyat diperdayakan dengan perkara-perkara sebegitu. Kebajikan rakyat harus diberikan berterusan tanpa mengira masa, keadaan, fahaman politik dan sebagainya.

Ada munsabahnya juga kalau Saifuddin menyuarakan kebimbangan itu jika mas

alah ini dibiarkan. Kematian sesuatu yang tidak dapat diatasi dan diduga. Kadar kematian wargaemas di Kelantan puratanya ialah 360 orang sebulan.

Bayangkan kalau keadaan berlaku kini berterusan menyebabkan masalah pembayaran itu akan menjadi berlonggok dan ini membebankan. Seperkara lagi kekurangan kewangan menyebabkan caruman tidak boleh dilakukan. Akibat caruman tidak boleh dilakukan maka premium sebanyak RM2,000 yang layak diterima oleh wargaemas selepas caruman mereka matang tidak dapat dikeluarkan. Ini menjadi masalah.

Sudah pasti kalau ini berlaku ia akan menjadi isu politik. Paling ditakuti kita tidak mahu selepas ini timbul persepsi kepada rakyat mereka hanya dipergunakan atau pun dilayan sewaktu menjelang pilihan raya saja, selepas semua kerja selesai mereka dibiarkan ataupun menguruskan soal kematian bersendirian!

Hendaknya skim Kifalah hari ini yang membawa rahmat tetapi empat tahun lagi ia tidak akan bertukar menjadi petaka. Kita pecaya pemangku MB berkebolehan dan mampu selesaikan masalah skim Kifalaah ini dalam tempoh 294 jam itu di samping isu-isu lain yang ada dalam pengetahuannya!
Mohd Sayuti Omar (MSO)
http://www.msomelayu.blogspot.com

Komen Suara Generasi Muda:
Sudah terang lagi bersuluh Skim Takaful Kifalah bermasalah, dan juga 'sindrom memberi semasa pilihanraya sahaja' juga sudah mula berjangkit kepada PAS atau dengan bahasa lebih mudah "Virus Flip-Flop' Sudah menjangkiti PAS.

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin