Bilangan Pengunjung:

Showing posts with label United Malay National Organisation. Show all posts
Showing posts with label United Malay National Organisation. Show all posts

Sunday, October 26, 2008

Deklarasi Janda Baik Para Blogger

DEKLARASI JANDA BAIK

Memandangkan keadaan politik negara yang gawat, cabaran dan gugatan terhadap kepimpinan Melayu yang lemah oleh pihak-pihak tertentu, dari dalam dan luar negara serta keadaan ekonomi dunia yang kucar kacir dewasa ini, maka KAMI, para penulis, wartawan dan blogger yang prihatin terhadap nasib Bangsa, Agama dan Tanah Air, yang bersidang di Janda Baik, Pahang mengambil sikap dan pendirian seperti berikut:-

1. KAMI mendesak dan menuntut agar para pemimpin Melayu dari berbagai fahaman politik mengembelengkan tenaga, kerjasama dan buah fikiran demi mempertahankan keluhuran dan kekeramatan PERLEMBAGAAN MALAYSIA TANPA KOMPROMI
.
2. KAMI memberi amaran kepada para pemimpin politik Melayu dari semua fahaman ideologi agar jangan menjadi pemimpin Pak Pandir yang hanya menang sorak tetapi kampung halaman dan negara terjual kepada pihak asing.

3. KAMI juga memberi amaran keras kepada pihak-pihak tertentu yang memainkan sentimen perkauman dan mempertikaikan HAK ISTIMEWA MELAYU sepertimana yang termaktub dalam PERLEMBAGAAN NEGARA agar jangan mencetuskan permusuhan antara kaum, antara agama dan antara budaya oleh kerana mereka menganggap kepimpinan Melayu lemah dan boleh diperdagangkan untuk memenuhi agenda perkauman mereka.

4. KAMI juga memberi amaran keras kepada para pemimpin Melayu, khasnya UMNO, agar mereka jangan menjadi pengkhianat BANGSA, AGAMA DAN TANAH AIR hanya kerana didorong oleh nafsu kekayaan kebendaan, kuasa yang dipinjamkan Allah, hingga melupai tanggungjawab mereka terhadap generasi Melayu akan datang.

5. KAMI menggesa seluruh umat Melayu yang menjadi para pejuang BANGSA, AGAMA DAN TANAHAIR tanpa mengira aliran politik agar memilih barisan pemimpin mereka yang terbaik dan bersih dari korupsi, berbagai skandal yang memalukan, yang berwibawa, berilmu dan berjiwa dinamik untuk menerajui kerajaan dan badan-badan amanah lainnya.

6. KAMI memberi peringatan dan teguran ikhlas bahawa UMNO mesti melakukan revolusi mental dan perombakan pemikiran yang dekaden, konservatif, materialistik yang melampau, anti ilmu, berpuak-puak, mementingkan diri, kaum keluarga dan para kroni hingga sanggup memperjudikan nasib BANGSA, AGAMA DAN TANAHAIR
.
7. KAMI memberi amaran keras dan peringatan yang tulus ikhlas bahawa kepimpinan UMNO yang lemah, korup, rakus dan gila kuasa boleh menggerhanakan masa depan generasi muda Melayu dan rakyat yang telah memberikan sokongan mereka sejak 51 tahun UMNO memimpin kerajaan Malaysia.

8. KAMI juga ingin mengingatkan para pemimpin Melayu yang berkuasa agar jangan terlalu banyak berkompromi dengan golongan-golongan tertentu yang mempunyai agenda tertentu untuk melemahkan kepimpinan Melayu.

9. KAMI juga ingin mengingatkan para pemimpin Melayu yang berkuasa bahawa kelemahan kekuasaan politik Melayu akan membawa kehancuran dan penghapusan kuasa orang Melayu di bumi Malaysia yang bertuah ini.

10. KAMI menyeru dan menggesa rakyat Melayu bertindak proaktif dalam berbagai bidang kehidupan untuk menjamin kekuasaan politik Melayu tidak terhakis dan ketuanan Melayu dan Islam kekal subur selagi ada matahari dan bulan

11. KAMI merafak sembah memohon agar Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu mempertahankan kedaulatan baginda seperti mana yang termaktub dalam PERLEMBAGAAN MALAYSIA dengan memberi sokongan moral kepada perjuangan umat Melayu dan Islam dalam berbagai lapangan hidup. Perlulah dihayati kedaulatan dan kedudukan Raja-Raja Melayu akan berterusan sekiranya rakyat Melayu dan umat Islam memperjuang dan mempertahankan institusi Raja tersebut.

12. KAMI dengan penuh takzimnya memohon Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan kaum kerabat baginda agar jangan mengkhianati dan melakukan sesuatu tindakan yang boleh menjejaskan institusi Raja dan melukai perasaan umat Melayu yang mempertahankan institusi Raja selama ini.

13. KAMI juga menyeru kepada kerajaan agar melaksanakan KEADILAN dan TANGGUNGJAWAB sebagai pemerintah kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum memandangkan Malaysia negara majmuk.

14. KAMI ingin memberi peringatan kepada bukan Melayu agar berpegang teguh pada kontrak sosial dan PERLEMBAGAAN NEGARA demi menjaga keharmonian hubungan antara kaum serta kesejahteraan dan keamanan yang kita sama-sama mempertahankannya.

15. KAMI yakin dan percaya bahawa Kebebasan suara Rakyat dan amalan Demokrasi mestilah dipertahankan oleh kerana rakyat yang memberi mandat dan amanah kepada parti-parti politik tertentu untuk berkuasa. Oleh hal demikian KAMI akan bekerjasama dengan siapa saja, dan dari golongan mana sekali pun, demi memperjuangkan hak dan kebebasan Rakyat serta amalan Demokrasi di bumi Malaysia yang bertuah ini.

Inilah deklarasi yang tulus ikhlas yang KAMI abadikan sebagai cetusan rasa dari buah fikiran KAMI demi memperjuangkan hak dan kepentingan Rakyat, Keamanan dan Kesejahteraan Negara Malaysia.

KAMI rakamkan cetusan hati nurani Rakyat yang bernama DEKLARASI JANDA BAIK, bertempat di kediaman Sdr Syed Hussein Al-Attas, bertarikh 26 Oktober 2008.{Wadi Hussein (Kediaman Pak Habib), Janda Baik, Pahang)

Buat pertama kalinya di Malaysia blogger mengeluarkan deklarasi khas berkenaan dengan isu-isu semasa yang berlaku di tanah air. Dekralasi ini adalah bertujuan untuk mendesak pihak-pihak tertentu yang telah menghuru-harakan politik Malaysia dengan pelbagai isu tanpa menyedari bahaya dan bahana yang akan tiba sekiranya permainan isu itu terus menjadi ikut-ikutan.

Dikisahkan deklarasi tersebut bermula apabila seorang ahli perniagaan iaitu Abdul Aziz Chemor yang mengadakan perjumpaan dengan beberapa blogger tanah air yang mana pertemuan tersebut dipanggil pertemuan Ceise Fire.

Deklarasi Janda Baik ini adalah lanjutan daripada Majlis Ceise Fire yang dianjurkan oleh ahli perniagaan tersebut. Deklarasi ini juga disempurnakan dan dizahirkan oleh Sdr Yassin Salleh mewakili kumpulan mereka itu.

Penulis tidak berkesempatan untuk menghadiri kedua-dua majlis yang bersejarah buat blogger itu kerana kesibukkan tugas, namun terima kasih kepada rakan blogger penulis iaitu Tuan MSO kerana telah memaklumkan perkembangan terkini berkenaan kedua-dua majlis tersebut di dalam blog beliau.

Sokongan Deklarasi Janda Baik

Penulis dengan sepenuh hati tanpa dipengaruhi oleh mana pihak-pihak baik di pihak kerajaan atau di pihak pembangkang menyokong penuh deklarasi Janda Baik ini kerana ia akan membantu meredakan keadaan politik tanah air yang sedikit tegang pada masa ini.

Penulis juga merasakan Deklarasi Janda Baik ini adalah salah satu cara untuk mempertahankan Perlembagaan Negara lebih-lebih lagi yang melibatkan Islam dan hak serta keistimewaan Melayu sebagai Pribumi.

Para blogger yang masih belum menyatakan sokongan terhadap Deklarasi Janda Baik ini bolehlah berbuat demikian dengan memuatkan Deklarasi Janda Baik di dalam blog masing-masing demi Agama, Bangsa dan Negara dan ingatlah panas tidak selalu ke petang. Fikir-fikirkanlah.


Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Wednesday, September 24, 2008

NGO SOKONG PRESIDEN AAB!

Hari ini penulis mendapat tahu bahawa Presiden AAB mendapat sokongan NGO dan mereka meminta "Peralihan Kuasa" tetap dilaksanakan pada Jun 2010. Wah nampaknya NGO sudah nak masuk campur urusan UMNO sekarang ini.

Kalau tak salah penulis, sebelum ini tidak pernah NGO yang memberikan sokongan untuk menyelamatkan pemimpin tertentu yang berada di dalam UMNO. Lain pula jadinya, di zaman kepimpinan Presiden AAB sudah ada NGO yang mula mencampuri urusan UMNO dan cuba mempertahankan kepimpinan Presiden AAB di dalam UMNO.

Perkara ini menyebabkan timbulnya keraguan di dalam diri penulis. Adakah sebenarnya NGO tersebut sememangya untuk memberi sokongan kepada Presiden AAB atau sebenarnya NGO tersebut adalah inisiatif Presiden AAB untuk menyelamatkan kedudukanya dan menantunya.

Hairan juga penulis, semenjak dua menjak ni makin banyak NGO ditubuhkan, macam ada sesuatu tidak kena denganya. Kalau sebelum ini Presiden AAB dikenali dengan Bapa Segala Suruhanjaya mungkin pada kali ini Presiden AAB bakal dikenali dengan Bapa Segala NGO yang tidak berapa jelas motif penubuhanya.

Penulis berpendapat, NGO tidak harus mencampuri urusan dalaman UMNO, bagi penulis tindakan seperti ini lebih kepada 'campur tangan' sebagai contoh sebuah negara lain yang ingin mencampuri urusan dalaman sesebuah negara.

PANDANGAN PENULIS TERHADAP DATO' JINS SHAMSUDDIN

Penulis tahu dia merupakan ahli UMNO, tetapi sebagai Senator dan juga Orang Kuat Filem, penulis berpendapat beliau tidak seharusnya menyertai aktiviti-aktiviti yang memberikan sokongan kepada Presiden AAB.

Tugasnya untuk memartabatkan dunia perfileman negara hendaklah diutamakan bukanya mencampuri dan mendokong usaha-usaha untuk menyelamatkan kedudukan Presiden AAB. Hari ini, penulis lihat dunia perfileman kita masih ditakuk lama dan tak berubah, adakah Dato Jins Shamsuddin sedar denganya.

Penulis percaya ramai ahli UMNO akar umbi lebih suka sekiranya Datuk Jins Shamsuddin menumpukkan usaha-usaha untuk memartabatkan filem Malaysia di mata dunia berbanding usaha-usaha untuk menyelamatkan kedudukan Presiden AAB.

Dato Jins Shamsuddin perlu ingat "Keep quiet more safe that we talk a lot". Kita juga tidak mampu meramalkan apa yang bakal terjadi dalam masa-masa yang akan mendatang kerana kita hanya mampu merancang tuhan seru sekian alam sahaja yang menentukanya.

Secara peribadinya penulis lebih suka Dato' Jins Shamsuddin yang tidak banyak bercakap mengenai kepimpinan UMNO pada masa dulu berbanding Dato Jins Shamsuddin pada sekarang. Satu pesan untuk Dato Jins Shamsuddin "You can't rules people by just your voices, but you can rules peoples by peoples voices"
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Monday, September 22, 2008

Ku Li Tetap Lawan Presiden AAB

Tengku Razaleigh HamzahImage via WikipediaDiberitakan sekali lagi calon Presiden UMNO YBM Tengku Razaleigh Hamzah sekali lagi menegaskan dia tetap akan bertanding jawatan Presiden pada Pemilihan Agung UMNO yang bakal mendatang. Nampaknya, keberanian Tengku Razaleigh atau Ku Li sememangnya wajar dipuji.

Tambahan pula Presiden AAB masih dengan pendirianya hanya akan melakukan "Peralihan Kuasa" pada Jun 2010 kelak. Memang ini masa terbaik ahli-ahli UMNO di akar umbi membuat pertimbangan yang sewajarnya demi menyelamatkan UMNO.

Apa yang penulis dapat lihat daripada Kerabat Diraja Kelantan ini yang juga diberi gelaran "Putera Raja Berjiwa Rakyat" ini ialah kenyataanya sentiasa konsisten dan tidak berubah-berubah tidak seperti Presiden AAB yang selalu membuat kenyataan yang berubah-ubah berhubung sesuatu isu atau turut di panggil "Flip-Flop" .

Ku Li memang terkenal dengan sikapnya yang tegas dalam menangani sesuatu isu, beliau juga ada semangat perjuangan Melayu yang kental bagi membela bangsanya. Selain itu, kepakaran ekonomi yang ada padanya juga merupakan satu kelebihan untuk memulihkan ekonomi yang terjejas ekoran krisis dua syarikat Amerika iaitu AIG dan Lehman Brothers yang kini sedang ditimpa masalah.

Cara beliau berinteraksi dengan rakyat juga dapat menambat hati penulis dan ia menjadikan penulis kagum. Walaupun beliau adalah "Putera Raja" namun perkara tersebut tidak menjadikan Ku Li sebagai orang yang sombong. Kemesraanya dengan rakyat jelas terasa di dalam majlis-majlis Ku Li yang pernah penulis hadiri. Sifatnya yang sentiasa tersenyum membuatkan ia benar-benar pemimpin berjiwa rakyat walaupun sebenarnya adalah seorang putera raja.

Mungkin juga pada masa ini Ku Li merupakan satu-satunya 'bot penyelamat' yang dapat menyelamatkan anak-anak kapal UMNO daripada mati kelemasan. Mungkin tidak keterlaluan kalau penulis katakan yang dengan adanya semangat yang ditunjukkan oleh Ku Li ia akan memberikan sejuta RAHMAT buat UMNO.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin