Bilangan Pengunjung:

Showing posts with label Allah. Show all posts
Showing posts with label Allah. Show all posts

Friday, June 16, 2017

Segala-Galanya Allah Yang Punya

Segala-Galanya Allah Yang Punya
Oleh: yieMEGA

"Ini harta Ahmad Albab Yang Punya" mungkin anda masih ingat lagi dialog ini bukan, dialog dalam filem Ahmad Albab yang dibintangi oleh seniman agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Sudah tentu dialog tersebut diingati sampai sekarang. Namun, ianya hanyalah sebuah lakonan untuk menghiburkan kita semata-mata.

Apa yang penulis nak sampaikan di sini ialah "Ini harta bukan Ahmad Albab yang punya dan bukan juga punya sesiapa tetapi ianya Allah yang punya. Sekiranya kita hari seorang yang berada dan kaya raya, jangan lupa ianya bukan milik mutlak anda ianya milik Allah bila-bila masa sahaja Allah boleh menarik balik kekayaan anda. Janganlah berbangga dengan kekayaan anda. Jangan jadi seorang kedekut gunakanlah harta anda di jalan Allah dan jangan lupa kepada fakir miskin kerana mereka turut berhak mendapat nikmat daripada kekayaan anda. Ingatlah sekiranya kita membantu fakir-miskin harta kekayaan kita tidak berkurang malah terus bertambah sekiranya terus mengamalkan sedekah dan jangan lupa zakat kerana zakat itu akan menyucikan harta kita.

Ada yang berbangga dengan pangkat mereka, jangan angkuh dan sombong kerana pangkat mereka itu tidak ke mana kerana pangkat itu pun Allah yang punya. Bila-bila masa Allah boleh tarik balik daripada anda. Jika anda mempunyai pangkat dengan kedudukan yang tinggi laksanakan dengan penuh amanah dan bertangunggjawab. Sekiranya anda Perdana Menteri sekalipun pastikan orang bawahan anda senang bekerja dengan anda, jadilah fasilitator bukan seorang yang diktator dan belajarlah mendengar kritikan atau pandangan orang bawah kerana tanpa orang bawah kita tak akan dapat pangkat atau kedudukan seumpama hari ini. Belajarlah menjadi seorang ketua yang amanah, adil dan saksama dan ingatlah "Everything go up must be come down" maksudnya apa-apa sahaja yang naik ke atas pasti akan turun ke bawah. Jadi jangan berbangga dengan pangkat dan kedudukan anda kerana ianya sementara dan berkekalan ia cuma dipinjam dari Allah s.w.t tuhan seru sekian alam.

Populariti juga menjadi kebanggaan setiap artis-artis. Mereka berbangga dengan populariti mereka hingga mereka lupa bahawa populariti mereka bukanlah untuk selamanya dan juga bukan milik mereka tetapi ianya milik Allah. Bila-bila masa sahaja Allah boleh tarik populariti yang ada pada mereka. Jadi kepada artis-artis di luar sana janganlah kamu berbangga dengan populariti kamu kerana ianya sementara dan tidak berkekalan. Jika Allah memberikan anda populariti gunakanlah ia sebaiknya dengan memberi contoh teladan yang baik terhadap penonton-penonton atau peminat setia anda. Jadilah seorang Idola yang berpewatakkan positif dan hindarilah perkara-perkara negatif.

Baca Lagi!

Saturday, January 30, 2010

Khalid Samad Digantung 6 Bulan

Official Logo of Pan-Malaysian Islamic Party (...Image via Wikipedia


Khalid Samad Digantung 6 Bulan
Oleh: yieMEGA

GANTUNG tak bertali mungkin itulah yang boleh kita katakan terhadap Khalid Samad yang digantung oleh Jawatankuasa Disiplin PAS. Sepertimana yang dilaporkan oleh UTUSAN ONLINE. Manakalah Dr. Hassan Ali diberi surat amaran.

Keputusan itu dibuat setelah Jawatankuasa Disiplin PAS mendapati Khalid Samad bersalah mengeluarkan kenyataan yang menjejaskan imej parti serta mendedahkan kerahsian parti di dalam blognya.

Jawatankusa itu dipengerusikan oleh Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Jawatankuasa turut memutuskan bahawa Pesuruhjaya PAS Selangor bersalah tetapi tiada hukuman dikenakan terhadapnya kecuali surat amaran atas tuduhan mengkritik secara terbuka pentadbiran Kerajaan Selangor.

Mereka juga berdua dilarang membuat kenyataan media yang boleh menjejaskan imej parti, walaubagaimanapun merek dibenar membuat kenyataan media yang tidak akan menjejaskan parti.

Penulis merasakan hukuman yang dikenakan terhadap Khalid Samad itu memang wajar, dan lagi wajar sekiranya Jawatankuasa Disiplin PAS turut mengambil tindakan terhadap kenyataan Khalid Samad yang seolah-olah cuba menderhakai Titah Sultan Selangor berhubung Penggunaan nama Allah oleh agama lain.

Hukuman yang terbaik bagi kesalahan ini ialah beliau dipecat dari semua jawatan di dalam Parti kerana tindakan beliau itu bukan sahaja menjejaskan imej PAS malah merosakkan kredibiliti Pakatan Rakyat.

Dalam masa yang sama, penulis sedikit terkilan adakah kini pemimpin PAS sudah kebebasan bersuara, di mana kebebasan bersuara sering dilaung-laungkan oleh PAS, salahkah kalau kita menegur pentadbiran sesebuah kerajaan kalau kita rasa tindakan kerajaan itu tidak betul.

Dulu bukankan PAS pejuang kebebasan bersuara, tetapi apabila terjadi isu yang melibatkan ahli mereka sendiri, mereka cuba pula sekat kebebasan bersuara. Jadi ini menampakan sikap double standard PAS mungkin selepas ini semua pemimpin-pemimpin PAS kena fikir lapan belas kali sebelum membuat kenyataan media.

Bercakap mengenai kenyataan media yang boleh menjejaskan imej parti, Mursyidul Am PAS sendiri sudah banyak kali mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan imej parti tetapi tidak pula dikenakan tindakan, ataupun kerana TGNA ada kuasa pengampunan yang sama seperti paderi-paderi di gereja Kristian atau kerana TGNA seorang pemimpin diktaktor, autokratik dan kuku besi.

Sekiranya PAS benar-benar ingin menjaga imej parti, Jawatankuasa Disiplin PAS hendaklah mengambil tindakan terhadap Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat di atas beberapa kenyataanya sebelum ini.



Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Saturday, January 2, 2010

Apabila Nama Allah Boleh Digunakan Mereka...

A green version of http://commons.wikimedia.or...Image via Wikipedia

Apabila Nama Allah Boleh Digunakan Mereka...
Oleh: yieMEGA

HANGAT diperkatakan dan dibicarakan apabila Mahkamah memutuskan pendakwah Kristian dibenarkan menggunakan nama Allah sebagai ganti perkataan 'God' dalam risalah dakwah berbahasa Melayu mereka. Seperti biasa ada yang bersetuju dan ada juga yang menentang dengan alasan dan perkiraan mereka sendiri.

Penulis tidak bersetuju dengan kebenaran untuk menggunakan nama Allah untuk risalah-risalah mereka kerana dengan cara itu ia akan timbul kekeliruan terutamanya remaja-remaja Islam kita yang masih mentah pemikiranya. Penulis tak faham kamus apakah yang digunakan yang menafsirkan 'God' itu adalah Allah, setahu penulis "GOD" merujuk kepada Tuhan.

Jika ada Pendakwah Kristian yang menuntut menggunakan nama Allah untuk digantikan dengan 'God' kerana agama itu ialah salah satu Agama dalam tiga Agama terbesar dalam umat terdahulu dan Agama yang datang dari tuhan yang sama yakni Allah. Penulis membangkangnya kerana yang betul-betul Kitab yang sebenar diterima Allah hanya ada empat iaitu Taurat, Injil, Zabul dan Al-Quran. Dimana Kitab 'Bible' adalah hasil daripada penyelewengan dan pengubahsuaian juga ditokok tambah oleh penganut-penganutnya yang menyeleweng selepas kewafatan Nabi Musa a.s. Sekaligus ia telah membuktikan bahawa 'Kristian' adalah agama ciptaan manusia dan mereka tidak berhak untuk 'menuntut' bahawa tuhan mereka adalah sama dengan tuhan Pengganut Agama Islam.

'Bahaya Besar' menanti umat Islam sekiranya kebenaran menggunakan nama Allah oleh Pendakwah Kristian diteruskan. Mungkin akan berlaku 'murtad beramai-ramai' terutamanya anak muda yang mudah terpengaruh dengan dakyah-dakyah mereka. Dalam hal ini semua umat Islam di Malaysia harus bersatu di dalam memastikan 'kebenaran ini ditarik balik'.

Penulis mencadangkan, Kerajaan mengkaji satu akta yang hanya memberikan 'kuasa' kepada hakim-hakim yang beragama Islam di dalam memutuskan sesuatu perkara yang melibatkan Agama Islam kerana "Hanya Kita yang Memahami Diri kita".

Penulis mengutuk sekeras-kerasnya penggunaan nama Allah di dalam risalah dakwah Kristian di negara ini. Kebebasan beragama pun perlu ada hadnya, kesamarataan pun perlu ada hadnya. Tidak mustahil perkara yang lebih teruk daripada berlaku sekiranya Umat Islam di negara ini masih tidak bersatu. Bersatulah demi Islam.


Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Thursday, December 10, 2009

Nga Kor Ming Tidak Patut Persoalkan Pembinaan Masjid

Ubudiah Mosque, Masjid Ubudiah is Perak's roya...Image via Wikipedia

Nga Kor Ming Tidak Patut Persoalkan Pembinaan Masjid
Oleh: yieMEGA

YB Nga Kor Ming merupakan Ahli Parlimen Taiping membuat kenyataan dengan mempersoalkan dan mengungkit perbelanjaan kerajaan membina Masjid di Seluruh negara. penulis melihat tindakan YB tersebut seolah-olah untuk menyemarakkan api permusuhan antara Islam dan Bukan Islam, sebelum ini YB inilah yang menggunakan Ayat Al-Quran semasa berceramah dan di bela oleh segelintir umat Islam yang mengatakan itu tandanya orang bukan Islam telah berminat untuk memeluk Islam.

Ternyata pandangan-pandangan yang keluar daripada mereka yang mendakwa lebih mendalam pengetahuanya tentang agama adalah meleset. Tindakan mempersoalkan pembinaan masjid ini membuktikan bacaan ayat Al-Quran oleh beliau sebelum ini bukan ikhlas tetapi sekadar 'sandiwara politik' untuk memperbodohkan orang yang mendakwa diri lebih cerdik daripada orang lain.

Kalau benar-benar YB tersebut ikhlas ingin memeluk Islam beliau tidak akan bertindak dengan membuat kenyataan mengungkit perbelanjaan yang digunakan oleh Kerajaan untuk membina masjid di seluruh negara. Nah inilah yang dikatakan bahawa Allah tuhan seru sekian alam itu Maha Kaya dan Maha Besar, mungkin inilah cara untuk Allah membuka kesedaran kepada umat Islam di Malaysia.

Jangan pula selepas ini ada umat Islam yang berdiri teguh di belakangnya menyokong beliau dan dalam masa yang sama terus bermusuhan sesama umat Islam. Sepertimana yang dilakukan oleh Blogawan KhairilAzuar yang mempertahankan tindakan YB ini membaca ayat Al-Quran ini ketika berceramah sepertimana yang dikeluarkan di dalam artikel blognya.

Beberapa pihak telah tampil membuat kenyataan media berhubung tindakan Nga Kor Ming itu antaranya ialah Presiden Perkasa yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas Datuk Paduka Ibrahim Ali dengan menyifatkan tindakan Nga itu seperti menyalakan api dalam sekam sepertimana yang dilaporkan oleh Utusan Online.

Selain itu, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria turut membuat kenyataan bahawa tindakan Nga itu bakal membangkitkan sentimen permusuhan antara orang Islam dengan orang Bukan Islam itu dan juga cuba mengapikan sentimen kebencian antara kaum yang juga dilaporkan oleh Utusan Online.

Manakala pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) turut membuat kenyataan menerusi Ketua Pengarahnya yang berkata Kor Ming sengaja tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan yang hanya memperuntukkan kepada pembangunan Agama Islam. Katanya lagi sikap ihsan kerajaan sebelum ini (peruntukkan kepada institusi ibadat untuk agama lain) tidak dihargai sepertimana yang dilaporkan oleh Utusan Online.

Penulis dengan ini mendesak YB Nga Kor Ming supaya memohon maaf kepada Umat Islam di Malaysia berhubung kenyataan beliau tersebut dan juga menggesa Kerajaan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap YB ini.

Penulis juga ingin mendesak pemimpin mana-mana parti sekalipun jangan sesekali mempersoalkan hal-hal yang berkaitan dengan Islam dan cuba membeza-bezakanya dari segi peruntukkanya.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Monday, October 19, 2009

Exco PAS Tumbuk Tamu Rumah Terbuka?

Exco PAS Tumbuk Tamu Rumah Terbuka?
Oleh: yieMEGA

MEMBACA posting blog Sayuti Omar iaitu Merah Tinta MSO yang bertajuk "Exco Tumbuk Tetamu Raya" pada mulanya penulis agak terkejut juga dan seakan-akan tidak percaya dengan artikel blog berkenaan tetapi setelah penulis mengenali stail penulisan MSO yang biasanya bercorak investigatif jadi penulis cuba menyelidikinya secara invetigatif juga.

Setelah MSO mengeluarkan posting kedua yang mengenai perkara yang sama di dalam posting blognya yang bertajuk "Exco Tumbuk Tamu Raya 2 - Nik Aziz Kenal Exco dan Tamu Berkenaan" penulis semakin pasti bahawa insiden tersebut bukan insiden rekaan ataupun cerita hampeh semata-mata.

Berdasarkan artikel kedua mengenai insiden yang sama ditulis MSO tersebut, insiden itu memang benar-benar terjadi, namun MSO tidak menyatakan dengan terus siapakah Exco yang dimaksudkan dia hanya memberikan klu seorang Exco di sebuah negeri dan Nik Aziz mengenali Exco tersebut, mungkin juga MSO tidak mahu mengaibkan pemangsa dan mangsa tersebut jadi bagi penulis nama siapa pemangsa dan mangsa itu tak begitu penting. Apa yang penting insiden tersebut benar-benar memalukan.

Sepatutnya sebagai seorang yang bergelar pemimpin bertaraf khalifah tidak sepatutnya terlibat dengan insiden bodoh dan agak kebudak-budakkan tersebut. Mereka sepatutnya menjadi role model yang baik untuk rakyat yang dipimpin. Sepertimana dengan orang celik memimpin orang buta melintas jalan, tak kanlah orang buta nak pimpin orang celik lintas jalan? Cuba fikir dengan rasional....

Penulis juga cuba membelek media-media arus perdana kot-kot ada berita insiden ini dilaporkan tetapi setakat artikel ini ditulis tiada lagi ianya dilaporkan oleh media arus perdana, malah Media Alternatif pun tidak menyiarkan insiden ini, baguslah kalau tidak ia pasti menjadi tajuk utama akhbar-akhbar berkenaan dan secara tidak langsung ia seperti menghidangkan harimau dengan daging yang telah siap disiang.

Sebenarnya kejadian pemimpin gedebe bukanlah pertama kali ianya berlaku malah sebelum ini sudah banyak yang berlaku contohnya di Kelantan ada ADUN BN yang menerajang ADUN PAS semasa Sidang DUN, Di Terengganu pula Menteri Besar Terengganu sekarang iaitu Datuk Ahmad Said pernah mengajak ADUN Wakaf Mempelam dan kini merupakan Ahli Parlimen Kuala Terengganu untuk bertumbuk, namun walaupun gedebe ia tetap disokong menjadi Menteri Besar oleh PAS mungkin PAS suka dengan orang yang gedebe ni kot.

Namun apa yang membezakan pemimpin gedebe yang lepas-lepas adalah tempatnya dan waktunya sahaja, apa yang tidak manis kejadian itu berlaku di tempat Rumah Terbuka Hari Raya yang sepatutnya datang untuk bermaaf-maafan bukan untuk berkelahi-lahian. Semangat dan Roh hari raya langsung tiada di dalam roh pemimpin berkenaan mungkin kemenangan besar PRU12 menyebabkan pemimpin ini semakin angkuh walhal Allah tuhan seru sekian alam menguji manusia dengan pelbagai cara termasuklah dengan memberikan seorang yang tiada kuasa, kuasa dan sepertimana pepatah Inggeris "Power Can Change People" inilah jadinya ingatlah tak semua manusia jahat itu jahat, tak semua manusia baik itu baik fikir-fikirkanlah.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Monday, July 6, 2009

Merisik Khabar Di Manek Urai...

Merisik Khabar Di Manek Urai....
Oleh: yieMEGA
Penyatuan Islam

Terlebih dahulu penulis ingin memohon maaf kerana kelewatan menyiarkan artikel berkenaan dengan Penamaan Calon Untuk Pilihan Raya Kecil Manek Urai, sebenarnya penulis merancang untuk menerbitkan pada petang tadi sekitar pada pukul enam petang, namun setelah penulis mendapat komen daripada PKR Bahagian Seremban jadi penulis memberi laluan untuk menjawab komen PKR Bahagian Seremban tersebut untuk mengelakkan penulis terlupa untuk menjawab komen tersebut nanti apa pula kata mereka, manalah tahu mereka akan kata penulis 'tong sampahkan' komen mereka.

Oleh yang demikian penulis telah menggunakan peluang yang ada pada petang tadi untuk menjawab komen PKR Bahagian Seremban itu, sekali lagi penulis mengucapkan Terima Kasih kepada PKR Bahagian Seremban kerana tidak memberi komen yang bersifat emosional dan subversif. Cara mereka komen wajar dicontohi oleh 'jurukomen' lain blog ini tidak kiralah mereka bernaung di bawah bendera mana sekalipun tetapi jagalah budi bahasa dalam memberikan komen dan janganlah menjadikan komen anda yang boleh dikategorikan sebagai 18SG ataupun 18SX.

Setakat itu sahaja penulis akan menyentuh mengenai kenapa penulis lewat menerbitkan artikel berkenaan dengan Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai. Penulis ingin terus bercerita mengenai Penamaan Calon di Manek Urai. Alhamdulillah tiada 'pergeseran' yang berlaku di Manek Urai, penulis amat gembira dengan situasi ini. Mungkin ini adalah kerana 'pengaruh Kerajaan Perpaduan' masih melekat di kalangan penyokong parti walaupun ianya telah 'ditalkinkan' baru-baru ini.

Kegembiraan penulis makin jelas terpancar apabila melihat gambar detik penamaan calon di umumkan yang menunjukkan kedua-dua calon dan 'orang penting' bagi parti yang diwakili calon berdiri bersama-sama sambil mengangkat tangan sama-sama. Ini menandakan satu revolusi telah berlaku di dalam arena politik tanah air. Inilah yang penulis mahukan dan penulis juga percaya ramai dari rakyat Malaysia yang mahu keadaan seperti ini.

Penulis boleh sifatkan satu Pilihan Raya Kecil yang aman (buat masa ini) dan penulis berharap ianya terus menjadi 'pilihan raya kecil' yang aman selepas ini sehingga Pilihan Raya ini melabuhkan tirainya.

Penulis akui kehadiran penyokong BN di Manek Urai untuk mengiringgi calon BN tidaklah seramai penyokong yang mengiringi calon PAS. Ini bermakna BN perlu melalui 'jalan yang sukar' untuk memenangi DUN Manek Urai tambahan pula penulis yakin bahawa calon PAS iaitu Fauzi Abdullah walaupun beliau hanyalah seorang pemborong ikan tetapi tentu beliau ada kelebihanya sendiri 'satu perkara yang pelayar/pembaca perlu ingat pemborong ikan ada kelebihanya sendiri' tak perlulah penulis menceritakan 'kelebihan' tersebut dengan lebih mendalam.

Dalam pada itu, izinkan penulis 'menegur' sedikit MSO (Mohd Sayuti Omar) mengenai artikelnya yang bertajuk "Pusingan Pertama PAS Telah Menang". Ya penulis akui beliau seorang penulis berpengalaman luas dalam bidang politik, penulis memang 'tak setaraf' denganya tetapi tidak salah kalau penulis memberi teguran. Penulis berharap MSO dapat menerima teguran ini. Memang benar kehadiran penyokong BN mengiringi calon partinya tidak seramai penyokong PAS yang mengiringi calonya ini memang penulis tidak nafikan.

Mungkin ada sebab tertentu bilangan penyokong BN mengiringi calon BN tidak seramai PAS, penulis masih ingat pesan Pengerusi SPR yang meminta agar parti yang bertanding tidak membawa begitu ramai penyokong semasa proses penamaan calon, jadi ada juga kebarangkalian ketidakhadiran mereka adalah disebabkan mereka 'taat' kepada arahan SPR.

Apa yang penulis bimbangi ialah serangan 'virus senyap' yang pernah menyerang PAS pada 2004 dan juga BN pada 2008 di Kelantan. Sepertimana yang penulis kata dalam artikel penulis sebelum ini, orang kelantan ada keunikan mereka sendiri, mereka marah dalam senyap tetapi tidak menzahirkan 'marah' mereka di dalam keadaan bentuk tindakan fizikal. Jadi MSO tidaklah boleh terlalu yakin membuat tafsiran berdasarkan 'bilangan penyokong' yang mengiringi calon kerana apa sahaja boleh terjadi di dalam 'politik'.

Memang kalah dan menang adat pertandingan, penulis juga tidak memperlekehkan kebolehan 'calon PAS', namun apa yang perlu ingat ialah mengenai 'virus senyap' kerana susah untuk kita mengesanya, mungkin jika mereka marah kepada PAS dan kemarahan mereka pada BN sudah reda mereka akan mentafsirkan dalam bentuk 'pangkah dacing', namun jika mereka masih tidak dapat 'memadamkan' kemarahan mereka kepada BN mereka pasti akan 'memangkah bulan'.

Penulis masih ingat dengan satu mutiara kata yang berbunyi "Meninggi diri mengundang kegagalan, merendah diri mengundang kejayaan" jadi fikir-fikirkanlah dengan akal yang dikurniakan Allah tuhan seru sekian alam.


Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Sunday, June 21, 2009

Kriteria Pemilihan Calon untuk PRK Manek Urai

Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai akan berlangsung tak lama lagi. Terdahulu penulis telah menerbitkan satu artikel yang bertajuk "Petua Kempen Manek Urai". Kali ini penulis ingin mencadangkan beberapa kriteria perlu diteliti untuk memiliha calon yang benar-benar layak menjadi pemimpin di Manek Urai.

Calon yang dipilih hendaklah mempunyai kriteria ONE MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN. Ciri yang dimaksudkan penulis gambarkan sepertimana yang di bawah:

OK untuk bersama rakyat tanpa mengira darjat
Nasionalisme sentiasa berada dalam diri materialisme tolak tepi
Empati dengan masalah yang dialami rakyat

Mesra dan Merasai Jerit Payah Rakyat
Amalkan Senyum Sokmo (Sentiasa Senyum) bila berhadapan dengan rakyat
Liberasikan sebarang bantuan kepada rakyat tanpa mengira fahaman politik
Agihkan peruntukkan untuk tujuan kesejahteraan rakyat bukan mengkayakan kroni
Yakinkan rakyat dengan kebolehan anda
Sesuaikan diri dengan kehidupan rakyat
Ikhlas dalam memimpin
Ambil prihatin permasalahan rakyat dan tepati janji.

Respons kenyataan pembangkang dengan berbudi bahasa
Agama Islam perlu menjadi agenda utama perjuangan
Kenangkan sentiasa pengundi anda
Yasin perlu selalu dibaca
Akhiri setiap pertemuan dengan rakyat dengan ramah mesra dengan rakyat
Tentukan apa yang diperlukan rakyat setempat

Dirikan Solat jangan tinggal dan kalau boleh sentiasa berada di Masjid
Ikhtiarkan pertolongan yang diperlukan rakyat
Dermalah kepada yang memerlukan
Ambil prihatin dengan jemputan kenduri rakyat
Hindari Gejala Rasuah dan jalankan kehidupan berintergriti
Usah memberi kenyataan yang agak sombong atau agah dalam loghat Kelantan
Lindungi rakyat yang ditimpa kesusahan
Ubah cara hidup dan bersederhana di dalam hidup
Kenali rakyat Anda dengan mengunjungi kedai-kedai kopi
Atasi kesulitan yang dialami rakyat dengan berhemah
Nasib anda ditentukan oleh rakyat sentiasa perlu diingati

Prestasi anda perlu sentiasa meningkat
Emosional perlu diketepikan
Negeri Kelantan perlu disayangi
Cepat, Cekap Dan Cermelang di dalam tugas
Akhiri penderitaan rakyat termiskin di kawasan anda
Perpaduan mesti diutamakan jangan berperang mulut dengan pembangkang
Amalkan Bekerja Kerana Allah
Ikhtibar dari sesuatu kejadian hendaklah diselami
Adili setiap permohonan rakyat dengan seadilnya
Nadi seorang Ahli Politik ialah Rakyat perlu diingati sentiasa

Dedikasi didalam melaksanakan tugas
Implikasi setiap perbuatan perlu difikirkan terlebih dahulu
Usahakan apa sahaja yang boleh menguntungkan rakyat
Tak perlu beli kereta mewah
Ambil kira setiap kritikan yang diberikan rakyat
Mesra dengan sesiapa sahaja termasuk pembangkang
Anak Rakyat perlu diberi perhatian serius
Kemiskinan rakyat mesti dihapuskan
Amalkan pengurusan masalah rakyat yang bijak
Natijah setiap keputusan perlu dikaji sedalam-dalamnya

Adalah lebih elak calon-calon yang disenarai pendek hendaklah menjalankan Teknik Kerusi Kosong (Satu Teknik Kaunseling) untuk membawa mereka merasai kepayahan dan kesusahan rakyat.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Saturday, June 13, 2009

Derita Saudara Seagamaku Di Selatan Thai

Derita Saudara Seagamaku Di Selatan Thai
{Nukilan: yiemega}
dipetik dari: http://karyamelayu2u.blogspot.com/

Penderitaan saudara seagamaku di selatan Thai
Turut sama aku rasai di sini penuh simpati
Aku memohon pada yang esa agar mereka dikesiani
Tersentak jantungku melihat saudara seagamaku di sana kini

Mereka menderita dan dintindas di sana
Anak-anak kecil sentiasa berada dalam ketakutan di sana
Apa dosa mereka sehinggakan mereka diperlakukan sebegitu rupa
Apa salah mereka? Salahkah mereka untuk beribadat kepada Allah yang tuhan Esa

Wahai kafir laknat
Mengapa kau lakukan ia terhadap saudara seagamaku yang sedang beribadat
Apa yang menimbulkan kemarahan kamu sehingga yang tak berdosa terlibat
Kami tidak akan maafkan kamu wahai kafir laknat

Derita saudara seagamaku di sana bilahkan kan berakhir
Tahun berganti Tahun, Masa berganti masa tetapi penderitaan mereka masih tidak berakhir
Selatan Thai terus bergolak, nyawa-nyawa terus melayang tanpa akhir
Kekejaman yang durjana terus bermaharajalela tanpa keamanan di akhir

Al-Fatihah aku sedekahkan buat yang terkorban di sana
Walau mereka berlainan negara
Namun mereka tetap saudara seagama
Kezaliman atas mereka umpama kezaliman atas kami saudara seagama

Sampai bila mereka akan terus diperlakukan begitu
Sampai kiamatkah mereka akan tetap dilayan begitu
Sampai bila lagi wahai kafir laknat yang melayan mereka begitu
Sampai kamu berkuasa di sana baru kamu tidak melayan mereka begitu?
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Sunday, June 7, 2009

Berakhirnya Karier Anak Musa....


Muktamar tahunan PAS sudahpun melabuhkan tirainya, calon-calon yang bertanding untuk jawatan-jawatan di dalam PAS yang dipertandingkan sudah diketahui siapa pemenangnya. Paling menarik dan hangat pada Muktamar PAS kali ini ialah kedudukan kerusi Timbalan Presiden PAS yang boleh dikatakan 'kerusi panas' semasa Muktamar dijalankan.

Bagi merebut jawatan Timbalan Presiden PAS tiga orang dicalonkan untuk merebut 'kerusi panas' tersebut. Calon-calonya ialah Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Mat Sabu dan Juga Hussam Musa. Lebih menghangatkan lagi pertandingan untuk merebut jawatan Timbalan Presiden PAS ialah 'perlumbaan dua kelompok besar di dalam PAS' iaitu kelompok kepimpinan Ulama' yang diketuai DS Abdul Hadi Awang dan bergandingan bersama Ustaz Nasharuddin Mat Isa dan juga kelompok kepimpinan Endorgan yang cuba menjadikan PAS parti liberal yang diketuai Hussam Musa.

Penulis ingin membawa kembali kenangan lalu yang berlaku semasa dua kelompok besar ini berkempen untuk memenangi hati para perwakilan. Kumpulan Endorgan yang diketuai Hussam Musa kelihatan lebih 'agresif' menjalankan kempen untuk merebut jawatan no 2 di dalam PAS itu, Ustaz Nasharuddin popularitinya 'tenggelam' sewaktu kumpulan Endorgan mengadakan kempen yang agresif. Namun nasib nampaknya lebih menyebelahi Ustaz Nasharuddin Mat Isa dan mungkin juga Allah tuhan seru sekian alam tidak merestui Hussam Musa menjadi antara tonggak utama PAS.

Dengan kekalahan yang memalukan itu, penulis membayangkan karier politik anak musa ini akan berakhir sampai di sini dan cita-cita untuk beliau menjadi MB bagi mengantikan TG Nik Aziz juga akan hanya tinggal cita-cita umpama debu-debu berterbangan ditiup angin. Dengan sekarang anak Musa ini hanyalah Ketua PAS Kawasan Kubang Kerian, pemimpin kedua kerdil di dalam PAS, besar kemungkinan populari dan aura Hussam Musa akan hilang begitu sahaja.

Kalau kita imbas kembali kempen yang dibuat oleh anak Musa ini memang agresif sehinggakan ada penulis blog berperang untuk mempertahankan beliau, agar beliau terus dilihat 'putih bersih' sampai bila-bila, dan di satu pihak lagi mengatakan bahawa anak Musa ini sudah dilihat seolah-olah baju putih yang terpalit selut di sana-sini dan akhirnya orang yang mengatakan Anak Musa ini umpama baju putih yang terpalit selut di sana sini mencapai kemenanganya apabila Ustaz Nasharuddin Mat Isa kekal Timbalan Presiden PAS untuk penggal kedua berturut-turut. Itulah kisahnya berakhirnya karier politik anak Musa.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Saturday, June 6, 2009

Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Menjunjung Tahniah...


Hari ini tanggal 6 Jun 2009 merupakan hari bersejarah bagi negara apabila Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung Tuanku Mizan Zainal Abdin Ibni Al Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Bilal Shah meraikan Hari Keputeraan Baginda dan Pada Kesempatan ini Patik Pacar yang hina menjunjung Tahniah diatas sambutan Hari Keputeraan Tuanku.

Patik Doakan agar Tuanku dikurniakan Kesihatan yang baik dan dapat Memerintah Malaysia dengan penuh hikmah yakni Bijaksana ke hadrat Allah Tuhan Seru Sekalian Alam. Sepanjang pemerintahan Tuanku patik merasa sungguh selesa dek kerana Kebijaksanaan Tuanku Memerintah dengan Adil dan Bijaksana.

Patik juga berharap agar Tuanku dapat terus memberi pandangan yang berguna kepada Memanda Perdana Menteri ke enam iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak. Patik juga ingin menjunjung Kasih di atas pemerintahan Adil dan Saksama yang Tuanku berikan pada patik dan rakyat jelata sebelum ini. Moga Allah merahmati Tuanku, demikianlah sudah ucapan menjunjung Tahniah patik untuk DYMM Tuanku akhir kata, Tuanku Payung Rakyat Negara ini.

Daulat Tuanku Daulat Tuanku Daulat Tuanku Daulat Tuanku Daulat Tuanku Daulat Tuanku Daulat Tuanku
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Friday, June 5, 2009

Khutbah Jumaat 05 Jun 2009: Umat Islam Diseru Memperkasakan Perpaduan…

Lokasi: Masjid Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim

Tajuk Khutbah: Umat Islam Diseru Memperkasakan Perpaduan

Khutbah Jumaat di Masjid Muhammadi, Kota Bharu Kelantan hari ini bertajuk“Umat Islam Diseru Memperkasakan Perpaduan”. Antara intisari khutbah ialah mengajak umat Islam seluruh Malaysia untuk mengerakkan perpaduan di kalangan umat-umat Islam di seluruh Malaysia.

Perpecahan di kalangan umat Islam di Malaysia pada hari ini begitu teruk sekali disebabkan beberapa faktor yang menyumbang ke arah perpecahan Umat Islam di Malaysia. Persengketaan antara umat Islam sering berlaku dewasa ini.

Ketika umat-umat Islam di Malaysia bersengketa sesama mereka, golongan kafir pulak bertepuk tangan riang gembira kerana mereka telah berjaya membuat orang Islam di Malaysia berpecah mengikut kabilah-kabilah tertentu.

Bagi golongan kafir mereka sudah merasai kejayaan misi mereka untuk memecahbelahkan umat Islam di Malaysia untuk memudahkan mereka menyebarkan agama-agama mereka kepada penganut agama Islam.

Khatib turut memberi contoh dengan penggunaan nama Allah untuk Kitab Kristian Versi Melayu dan tidak digunakan di dalam Versi Bahasa Inggeris yang boleh mendatangkan syak turut menjadi punca kepada perpecahan umat Islam dan sebenarnya penggunaan nama Allah tidak boleh sama sekali digunakan di kitab-kitab agama lain sekiranya ia boleh mendatangkan syak wasangka.

Umat Islam seluruh Malaysia diseru merpehebatkan dan menyokong usaha-usaha untuk menyatupadukan semula umat-umat Islam di seluruh Malaysia agar kiambang bertaut kembali. Sama-samalah kita bersatu untuk menegakkan syiar Islam di Malaysia.

Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Wednesday, May 20, 2009

Anak Raja Petra Kamaruddin Mengaku Salah Mencuri !

Malaysia's most prominent blogger Raja Petra K...Image by AFP/Getty Images via Daylife

Anak kedua penulis blog dan juga pengendali blog Malaysia Today iaitu Raja Petra Raja Kamaruddin mengaku salah di Mahkamah Majistret Shah Alam semalam terhadap empat pertuduhan termasuk tiga tuduhan mencuri.

Nampaknya penulis blog Malaysia Today iaitu Raja Petra Kamaruddin tidak pandai menjaga anak kerana sibuk "mengutuk" dan mengadakan cerita-cerita untuk menjatuhkan orang tertentu. Mungkin ini adalah balasan yang diberikan Allah tuhan seru sekian alam ke atasnya kerana membuat cerita-cerita yang berorientasikan fitnah semata-mata untuk mencapai cita-cita politik.

Teringat Penulis dengan satu pepatah melayu yang berbunyi "Gajah depan mata tak nampak, tapi kuman di seberang lautan nampak" pepatah ini mungkin boleh dihubungkaitkan dengan Raja Petra Kamaruddin.

Sesungguhnya Allah melindungi orang yang dizalimi dan doa orang yang di zalimi makbul. Tindakan cerita bukan-bukan tentang seorang boleh diertikan sebagai tindakan menzalimi seseorang itu.

Mungkin juga beliau terlalu sibuk dengan blog Malaysia Today beliau sehinggakan tak ada masa untuk menguruskan anak-anak dan keluarga dan membuatkan anak beliau terbiar kerana baginya politik lebih penting daripada anaknya dan keluarga.

Penulis berharap selepas ini Raja Petra Kamaruddin akan insaf dengan perbuatanya dan kembali ke pangkal jalan dan tidak lagi mengada-adakan cerita yang bukan-bukan tentang seseorang di blognya.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Tuesday, May 19, 2009

Apa Agenda Sebenar Hussam Musa?

Penulis percaya pembaca sudah tentu kenal jika penulis sebut "Hussam Musa" kerana beliau memang terkenal tambahan dia antara nama-nama yang disebut bakal menggantikan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar Kelantan.

Baru-baru ini dilaporkan bahawa Hussam Musa telah membuat pertemuan dengan Tengku Razaleigh Hamzah yang popular dengan panggilan Ku Li. Penulis difahamkan bahawa tujuan pertemuan tersebut adalah bagi menyelesaikan "Krisis Politik" di Perak. Kalau itu tujuanya Alhamdullilah itu adalah salah satu cara penyelesaian yang amat baik.

Persoalanya adakah agenda tersembunyi Hussam mengadakan pertemuan dengan Tengku Razaleigh Hamzah? Perjumpaan dengan beliau sekadar hanya untuk menyelesaikan krisis politik Perak semata-mata sudah tentu ada agenda yang tersirat yang lain mungkin yang agak peribadi untuk diceritakan.

Khabarnya Pembantu Peribadi Hussam Musa sendiri tidak berapa menyukai beliau kerana ada sebab-sebab yang tidak boleh diceritakan jika mahu mengetahuinya bolehlah cuba mencungkil sendiri dengan bertanya dengan Pembantu Peribadi Hussam Musa tersebut.

Khabarnya juga beberapa rakyat Kelantan yang tinggal di Hulu Kelantan juga "marah" dengan Hussam Musa atas satu tindakan yang tidak perlu penulis ceritakan kerana kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang.

Adakah agenda tersirat Hussam membuat pertemuan dengan Tengku Razaleigh sebagai langkah untuk "menyambung nyawa" kerjaya politiknya, itu hanya Allah tuhan seru sekian alam sahaja yang mengetahuinya. Bersama-sama kita nantikan apakah agenda tersirat Hussam Musa.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin