Bilangan Pengunjung:

Showing posts with label PEMILIHAN AGUNG UMNO 2008. Show all posts
Showing posts with label PEMILIHAN AGUNG UMNO 2008. Show all posts

Saturday, September 27, 2008

UMNO Bahagian Mesti Bersuara!

Semua UMNO Bahagian Mestilah Bersuara itulah diantara petikan kata-kata calon Presiden UMNO iaitu YBM Tengku Razaleigh Hamzah selepas diminta memberi komen berhubung penangguhan Pemilihan Agung UMNO yang ditangguhkan sehingga Mac 2009 nanti. Beliau juga yang turut dikenali dengan nama Ku Li turut menggesa semua Bahagian-Bahagian UMNO seluruh negara menolak keputusan penangguhan yang diistiharkan oleh Majlis Tertinggi UMNO itu.

Selain Ku Li, anak kepada Mantan Presiden UMNO iaitu Datuk Mukhriz Mahathir juga mempersoalkan tindakan penangguhan itu. Pada pandangan penulis, pandangan yang diberikan oleh kedua-dua pemimpin ini sememangya ada asasnya. Lagipun berapa kali nak tangguh Pemilihan tersebut, kerja bertangguh tidak akan selesai dan matlamatnya tidak akan tercapai.

Sementara itu, penulis mendapat maklumat daripada beberapa forumer MYKMU yang mengatakan Datuk Seri Najib juga menentang penangguhan Pemilihan Agung UMNO tersebut. Namun, penulis tidak pasti kesahihan maklumat tersebut. Mengikut mereka lagi, Kenyataan-kenyataan Najib yang dikatakan 'menyokong penangguhan' tersebut sebenarnya hasil 'manipulasi media' yang di dalangi beberapa individu tertentu untuk menyelamatkan kedudukan Presiden AAB buat masa ini.

Berbalik pula dengan komen Ku Li yang mencadangkan supaya semua UMNO Bahagian menolak ketetapan penagguhan Pemilihan Agung UMNO yang dibuat oleh Majlis Tertinggi Tersebut. Secara dasarnya penulis amat bersetuju dengan cadangan Ku Li tersebut, kenapa kita perlu tunggu lama lagi, tambahan pula punca masalah adalah Presiden AAB sendiri. Jadi untuk selesaikan masalah kita kena selesaikan punca masalah bukan simptomnya.

Bahagian-Bahagian UMNO mesti berani bersuara, usah difikirkan hendak menjaga hati sesiapa dalam menyuarakan pandangan. Sebelum kita menjaga hati seseorang pastikan orang yang kita jaga hatinya menjaga hati kita dahulu dan jangan pula hujan kain pelikat membuat sesebuah bahagian UMNO berubah kain pelikat boleh dibeli, tapi kuasa tidak boleh dibeli.

Baca Lagi!

Friday, September 26, 2008

"Life Jacket" Abdullah (Presiden AAB)

Najib Tun Razak, Deputy Prime Minister of Mala...Image via Wikipedia
Sepertimana yang kita tahu desas-desus mengenai kemungkinan Pemilihan Pucuk Pimpinan UMNO mungkin bakal ditangguhkan kini sudah menjadi realiti. Wah menarik sekali kali ini, desas desus pun dah jadi kenyataan.

Nampaknya, keputusan Majlis Tertinggi UMNO untuk menangguhkan Pemilihan Pucuk Pimpinan UMNO Disember mendapat "sokongan" daripada kesemua Ahli Majlis Tertinggi termasuklah Tan Sri Muhyidin Yasin dan Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri.

Penulis tidak hairan kenapa Datuk Seri Najib setuju dengan penangguhan tersebut kerana dia memang suka mengambil langkah-langkah 'playsafe' dalam percaturanya, namun di dalam politik kita tidak boleh terlalu 'playsafe' kerana tindakan tersebut mungkin bakal memakan diri.

Tindakan penangguhan pemilihan pucuk pimpinan UMNO ini secara tidak langsung memberi ruang kepada Abdullah untuk menyembunyikan yang mana perlu. Secara sinisnya, penulis boleh memanggil tindakan Presiden AAB ini sebagai "Life Jacket" Abdullah demi mereka dan keluarga mereka.

Mengenai komen Tan Sri Muhd Muhd Taib Ketua Penerangan UMNO yang mengatakan tindakan tersebut bagi meredakan keadaan secara ikhlasnya penulis tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut kerana kita tidak boleh menghilangkan masaalah dengan cuma menyelesaikan simptomnya, tetapi kita hanya boleh selesaikan masalah dengan menyelesaikan punca masalah tersebut. Di sini, siptomnya ialah Ketegangan dan Masalahnya ialah Presiden AAB sendiri jadi keadaan tidak akan menjadi tenang selagi Presiden AAB masih menjadi Presiden.

Mengenai Komen Ku Li di dalam SIDANG MEDIA yang mengatakan Presiden AAB dan Najib macam budak-budak dan menjadikan negara kita sebagai Republik Pisang. Di mana "republik pisang" adalah merupakan istilah sindiran, asalnya merujuk kepada perkembangan di Amerikan Latin, kepada negara yang kurang stabil dan mundur yang dikuasai oleh segelintir elit yang korup, kaya dan pentingkan diri sendiri. Penulis amat bersetuju dengan pandangan ini. Manakan tidak, ini penangguhan untuk kali kedua adakah boleh dijamin tidak ada penangguhan kali ketiga?

Menurut permerhatian penulis, beberapa tindakan Presiden AAB dalam bulan-bulan kebelakangan ini telah berjaya menjadikan UMNO sebuah Parti yang tangguh-menangguh. Bukankan kerja bertangguh tidak digalakkan bukan sahaja di dalam dunia Melayu bahkan di dalam Dunia Islam? Cuba bayangkan apa akan jadi selepas anda berak, tapi anda tangguhkan masa untuk membasuhnya untuk buat kerja-kerja lain terlebih dahulu, sudah tentu anda akan tahu kesanya. Di dalam Islam juga, kita tidak digalakkan untuk menangguhkan waktu solat dan bersolat sebaik sahaja masuk waktunya. Panduan ini memang jelas ternyata Islam memang tidak menggalakkan tangguh-menangguh. Hentikan tangguh-menangguh itu.


Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Thursday, September 25, 2008

Bantahan Penangguhan Pemilihan Agung UMNO

Official logo of United Malays National Organi...Image via WikipediaDiberitakan bahawa Majlis Tertinggi UMNO akan bermesyuarat lagi esok di dalam Persidangan Khas Majlis Tertinggi UMNO hanya beberapa hari selepas Mesyuarat MT diadakan baru-baru ini. Mengikut sumber-sumber yang diketahui penulis Mesyuarat tersebut dikatakan akan membincangkan untuk menangguhkan Pemilihan Agung UMNO yang dijadual berlangsung oktober ini sehinggalah Disember.

Penulis turut diberitahu bahawa mesyuarat MT UMNO Khas itu juga akan membincangkan mengenai isu "Peralihan Kuasa" yang dijadualkan akan dilakukan pada Jun 2010 dan mungkin akan diawalkan kepada Jun 2009. Namun, begitu maklumat ini masih dikira desas-desus tetapi sebagai langkah menyediakan payung sebelum hujan jadi penulis perlu mengulasnya dengan seberapa segera.

Penulis percaya ramai ahli UMNO akar umbi tidak begitu senang dengan cadangan menangguhkan Pemilihan Agung UMNO ini tambahan pula ia seperti menyekat kemaraan calon-calon yang akan bertanding di Pemilihan Agung UMNO yang bakal berlangsung.

Kenapa Presiden AAB mahu menagguhkan Pemilihan Agung UMNO?

Kelmarin, penulis ada mendengar kenyataan NGO yang ditubuhkan untuk menyelamatkan Presiden AAB berkata yang "akar umbi masih mahukan Presiden AAB" tapi mengapa pula Presiden AAB takut hendak berhadapan dengan Pemilihan ini? Tiga patah perkataan keramat mungkin dapat menerangkan keadaan ini iaitu "Berani Kerana Benar" dan "Takut Kerana Salah".

Tindakan Presiden AAB dilihat oleh penulis sebagai tindakan tergesa-gesa untuk menyelamatkan kedudukanya dan menambah peluang dia terus berkuasa untuk 9 Bulan lagi sekiranya "Peralihan Kuasa" yang begitu popular dan sering keluar dari mulut birat Presiden AAB.

Adakah Presiden AAB, dapat merasakan dia bakal tewas dalam Pemilihan Agung UMNO Disember nanti dan menyebabkan beliau terpaksa memanggil Mesyuarat MT UMNO Khas ini untuk menangguhkan Pemilihan tersebut. Adakah kenyataan seorang negarawan yang juga "Putera Raja" membuatkan Presiden AAB takut untuk menghadapinya?.

Sekiranya Presiden AAB takut untuk menghadapinya ternyata Presiden AAB seorang Presiden UMNO yang dayus, bacul dan pengecut. Sepertimana yang kita tahu, Putera Raja ini pernah bertanding untuk jawatan yang sama satu masa dahulu dengan mantan Presiden UMNO yang sanggup berhadapan dengan pertandingan jawatan no 1 di dalam UMNO itu.

Adakah Presiden AAB memerlukan masa untuk menyembunyikan sesuatu? Mungkinkah cubaan Presiden AAB untuk menangguhkan Pemilihan tersebut adalah disebabkan beliau ingin menyembunyikan sesuatu? Jika benar, lupakan saja kerana tindakan itu seolah-olah "menyorokkan gumpalan kertas di bawah karpet" lambat laun orang akan tahu jua.

Sekiranya Presiden AAB berani menghadapi Pemilihan Agung UMNO dalam tempoh yang telah ditetapkan mungkin kita boleh beri sedikit pujian kepadanya kerana mungkin dia berani kerana benar, tetapi jika sebaliknya sudah tentu dia salah.

Penulis tetap dengan pendirian penulis, Pemilihan Agung UMNO hendaklah dibuat mengikut seperti mana yang telah dijadualkan dan tidak perlu di tangguh-tangguh lagi. Berapa kali nak ditangguh, selepas tangguh terus tangguh kemudian diteruskan dengan penangguhan. Perlu ingat UMNO bukan parti tangguh menangguh.

Sedikit Nasihat Kepada Ahli UMNO akar umbi!

Suarakan bantahan anda mengenai penangguhan Pemilihan Agung UMNO Kepada ahli-ahli Majlis Tertinggi agar mereka dapat mengekalkan Pemilihan Agung UMNO sepertimana yang telah dijadualkan menerusi SMS terus kepada nombor-nombor Telefon Bimbit mereka:

012-3083000
012-2888899
012-3072151
012-7169559
012-2777111
019-2010000
019-6844444
019-5115005
019-7000007
019-5788888
019-4545111
0197000007

Hantarkan bantahan kepada mana-mana nombor yang anda suka, sekiranya mampu hantar kepada semua sekali. Beranikan Diri Anda untuk bersuara walaupun kita bukan NGO tetapi Perjuangan Kita Masih Belum Selesai. Selamat Berjuang, Berjuanglah selagi hidup!
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Wednesday, September 10, 2008

Peluang Semakin Cerah Buat Ku Li

Laporan Malaysiakini:

Sanusi: Dr M sokong Ku Li
S Pathmawathy | Sep 9, 08 5:59pm

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan menyokong bekas lawannya Tengku Razaleigh Hamzah untuk bertanding jawatan presiden Umno, menentang Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, kata bekas setiausaha agung Umno, Tan Sri Sanusi Junid.

Beliau memberitahu Malaysiakini bahawa Dr Mahathir telah memutuskan untuk menyokong ahli Parlimen Gua Musang itu yang pernah mencabarnya bagi jawatan presiden Umno pada 1987.

"Saya boleh mengesahkan bahawa beliau (Dr Mahathir) menyokong Tengku Razaleigh," kata Sanusi, yang merupakan rakan karib Dr Mahathir.

Bagaimanapun Sanusi enggan mengesahkan sama ada Dr Mahathir yang masih mempunyai pengaruh kuat dalam Umno, akan kembali ke pangkuan parti itu.

Akhbar the Star melaporkan hari ini bahawa mantan perdana menteri itu telah dipujuk supaya kembali semula ke Umno, selepas keluar parti itu tiga bulan lalu.

Dr Mahathir, yang kecewa dengan kepimpinan Abdullah, mahu perubahan dalam pucuk pimpinan Umno, yang menjadi tunggak Barisan Nasional.

The Star juga melaporkan bahawa naib presiden Umno, Tan Dri MuhyiddinYassin adalah antara mereka yang menghadiri pertemuan dengan Dr Mahathir.

Sementara itu, khabar tersebar luas bahawa Tengku Razaleigh mungkin memilin Muhyiddin sebagai regunya untuk jawatan timbalan presiden, menentang regu Abdullah-Najib dalam pemilihan Umno Disember depan.


Selepas tersebarnya berita yang mengatakan mantan Perdana Menteri yang juga Mantan Presiden UMNO iaitu Tun Dr. Mahathir bakal sertai semula UMNO bagi memberikan sokongan kepada satu-satunya pencabar Abdullah, iaitu YBM Tengku Razaleigh Hamzah yang turut dikenali dengan nama Ku Li.

Boleh dikatakan pada masa ini kedudukan Pak Lah (Bukan nama sebenar) atau nama sebenarnya Abdullah Haji Ahmad sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri semakin goyah walaupun dia cuba sedaya upaya untuk menyekat kemaraan Anwar kerana bimbang kehilangan jawatan itu, namun pendekatan beliau tak ubah seperti menutup sarang tebuan sedangkan sarang lebah masih terbuka.

'Hujan Kain Pelikat' yang lazimnya menjadi 'senjata' beliau bagi mempertahankan jawatan itu mungkin pada kali ini mungkin tidak dapat menyelamatkanya lagi tambahan pula 'floating boat' Abdullah pun dah 'bocor'.

Abdullah memang lupa dengan ungkapan 'pemenang yang terbaik ialah orang yang menang di dalam senyap' tetapi Abdullah lebih takutkan 'pemenang yang cakap tak berhenti-henti dan penuh dengan angan-angan bak mat jenin' dan mencari pelbagai helah untuk menyekat kemaraan 'pemenang banyak cakap' ini.

Namun, Pemilihan Agung UMNO yang bakal diadakan di penghujung tahun ini adalah penentunya, siapa yang kuat, siapa yang hebat dan siapa yang tepat. Penulis berharap sekiranya Tun Dr. Mahathir dapat membuat pengembalian semula kepada UMNO ia akan menambahkan lagi 'keyakinan ahli UMNO' untuk menukar pucuk pimpinan tertinggi negara dan parti itu.

Mungkin orang beranggapan mustahil berhubungan kerjasama Dr. M dan Ku Li ini kerana ada yang menganggap mereka berdua adalah musuh. Namun, Ku Li berkata Dr. M bukan musuhnya apa yang berlaku cuma beza pendapat dan ianya adalah perkara yang berbeza. Mungkin juga Dr. M tidak juga pernah menggangap Ku Li musuhnya tetapi persepsi orang yang menyebabkan beliau dilabel sebagai musuh 'Ku Li'.

Baca Lagi!

Tuesday, September 9, 2008

Video Ucapan Ku Li EGM UMNO Gua Musang

Bahagian 1


Bahagian 2


Bahagian 3


Bahagian 4

Baca Lagi!

Monday, September 8, 2008

Tun Dr. M Bakal Kembali Ke Pangkuan UMNO untuk beri sokongan pada Ku Li

Petikan dari blog AM Ubaidah/Akramshah:

Tun Dr M Akan Menyertai Semula UMNO Untuk Menyokong Usaha KuLi Merebut Jawatan Presiden UMNO

Ingin saya memberi pengesahan di sini bahawa khabar angin yang kini tersebar melalui sms yang Tun Dr Mahathir Mohamad akan menyertai kembali UMNO tidak lama lagi untuk menyokong usaha KuLi merebut jawatan Presiden UMNO Disember ini adalah berita yang sahih.

Untuk memastikan kesahihan berita ini, silalah sujuk kepada dua orang bekas Setiausaha Agong UMNO, Tan Sri Sanusi Junid dan Tan Sri Sabaruddin Chik. Niat kembalinya semula Tun Dr M ke UMNO ikhlas, untuk menyelamatkan negara dari ancaman kelembapan berterusan kepimpinan Pak Lah.

Soalnya sekarang, adakah kepimpinan UMNO akan dengan ikhlas menerima kembalinya Tun Dr M? Atau adakah pelbagai halangan dan 'spin' baru yang akan menjelma? Walau dalam bulan Ramadhan Mubarak? Kita saksikanlah nanti...

Kemaskini 1...

Desas-desus menyatakan yang Tan Sri Muhyiddin Yassin terlibat dalam usaha mengembalikan Tun Dr M ke pangkuan UMNO. Sekiranya benar, sudah tentu ia akan memperkuatkan kedudukan TS Muhyiddin untuk merebut apa-apa jawatan sekalipun dalam pemilihan UMNO kelak.

Menarik juga maklum-balas sms yang menyatakan pertandingan Presiden UMNO pada Disember ini mungkin sekali antara KuLi dan Najib. Bicara kegentingan UMNO selesai PRK Permatang Pauh tempohari, disusuli tindakan kepimpinan Bahagian-Bahagian UMNO Pulau Pinang mempertahankan kedudukan Dato' Ahmad Ismail dengan sinis membisik penolakan kepimpinan Pak Lah.

Persoalan kedua, mampukah 'hujan kain pelekat' yang pasti akan datang menyelamatkan Pak Lah sekarang?

Kemaskini 2...

Usaha Datuk Seri Anwar Ibrahim merebut kuasa menjelang 16 September adalah antara pemangkinkan usaha mengembalikan Tun Dr M ke UMNO. Ternyata Tun Dr M lebih berupaya menangkis dakyah Anwar dari kepimpinan sekarang. Antara sorotan yang membimbangkan masyarakat Melayu, baik UMNO, PAS mahupun berkecuali adalah kemungkinan kerajaan Anwar bermajoriti bukan Melayu dan bukan Islam!{http://thoughtsintangents.blogspot.com/2008/09/tun-dr-m-akan-menyertai-semula-umno.html}
Petikan dari Blog Rokckybru's / Ahiruddin Atan {http://rockybru.blogspot.com/}

Dr M to return to Umno, Ku Li for President


It's confirmed, Dr Mahathir is backing Tengku Razaleigh Hamzah to become the next President of Umno in December (read here). It is also true that Dr Mahathir will re-join Umno for this purpose. The man credited for persuading the former PM to return to the party is Muhyiddin Yasin (read here).
On Saturday, Mukhriz confirmed that he will stand in the way of Khairy Jamaluddin's dream to be the Umno Youth chief (read here). Two enter the fray.
{http://rockybru.blogspot.com/2008/09/dr-m-to-return-to-umno-ku-li-for.html}

Nampaknya daripada perkembangan-perkembangan yang ditunjukkan oleh blog-blog sepertimana di atas memungkinkan mantan Perdana Menteri yang juga Mantan Presiden UMNO akan balik ke pangkuan UMNO untuk memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Calon Presiden UMNO untuk menentang Rejim Abdullah Haji Ahmad pada Pemilihan Agung UMNO yang dijadualkan berlangsung pada hujung tahun ini.

Pada pandangan penulis, Tengku Razaleigh atau lebih dikenali dengan nama Ku Li kini mempunyai peluang yang makin cerah untuk membuat perubahan di dalam pucuk pimpinan sebuah parti keramat bagi orang Melayu iaitu UMNO.

Penulis sebelum ini pernah juga mencadangkan penyokong Ku Li dengan penyokong Ayahnda Tun Dr. Mahathir bergabung bagi merealisasikan impian untuk memberi kepimpinan baru menerajui UMNO dan bukan lagi Abdullah Haji Ahmad.

Alhamdullilah akhirnya cadangan penulis menjadi kenyataan apabila perkara ini direalisasikan oleh kedua-kedua pemimpin yang sudah bergelar negarawan ini. Terima kasih dan tahniah juga penulis ucapkan kepada Tan Sri Muhyidin Yasin yang berjaya membuat penggabungan ini. Mungkin ahli UMNO tidak perlu fikir dua kali untuk melantik beliau sebagai Timbalan Presiden UMNO yang baru.

'Banjir Kain Pelikat' Abdullah semakin menjadi-jadi, namun tidak mustahil satu masa nanti orang akan muak dan jelak dengan 'kain pelikat Abdullah', mungkin pada kali ini kain pelikat tidak akan dapat lagi menyelematkan Abdullah bahkan ia bakal menjadi 'pembunuh' Abdullah.

Penulis sememangnya ternantikan-nantikan apakah perubahan yang bakal dibuat oleh Tengku Razaleigh sekiranya beliau berjaya menaiki takhta Presiden UMNO. Penulis berharap Tengku Razaleigh tidak akan mensia-siakan 'kemenangan beliau'.

Izinkan penulis melabelkan Tengku Razaleigh sebagai 'The New Era Leader From The Past' sesuai dengan statusnya sekarang yang sudah bergelar negarawan. Penulis juga amatlah berharap agar hasil gabungan dua kumpulan yang boleh dikatakan 'kumpulan gergasi' di dalam UMNO dapat menumbangkan kerajaan 'Pakatan Keluarga Abdullah' bagi mengembalikan semula kepercayaan rakyat terhadap terhadap UMNO khasnya dan Barisan Nasional amnya.

Baca Lagi!

11 Tuntutan Siswa UNITAR


Sebelum ini Laporan Eksklusif Suara Generasi Muda Malaysia mengetengahkan isu yang menghimpit Siswa Universiti Tun Abdul Razak atau UNITAR. Kali ini penulis ingin mengetengahkan beberapa tuntutan yang dikemukakan oleh Siswa UNITAR untuk tindakan UMNO yang memiliki UNITAR secara tidak langsung menerusi Yayasan PINTAR. Penulis berharap ia akan mendapat perhatian para perwakilan yang akan bersidang pada Persidangan UMNO 2008.

Setelah berjumpa dengan Siswa UNITAR, mereka mencadangkan agar penulis mengetengahkan beberapa tuntutan mereka untuk menjadikan UNITAR sebagai Universiti milik bumiputera yang berprestij dan mesra siswa.

Berikut adalah cadangan atau tuntutan siswa UNITAR:

(1) Meminta Yuran Tahunan sebanyak RM500 dihapuskan kerana bagi mereka untuk apa mereka bayar sedangkan mereka tidak dapat apa-apa kelebihan daripada bayaran itu. Bayaran untuk fasiliti merupakan salah satu sebab yuran tersebut dikenakan, tetapi fasiliti masih ditakuk lama dan fasiliti itu langsung tidak memberi sebarang faedah kepada siswa.

(2) Meminta Kampus Induk UNITAR di Kelana Jaya membenarkan kampus-kampus cawangan menawarkan kursus Ijazah kerana dengan ini ia akan menambahkan kembali kemasukkan siswa ke UNITAR.

(3) Menggesa Pihak Pengurusan UNITAR menambahkan tenaga pengajar bagi memenuhi keperluan siswa-siswa UNITAR di kampus induk dan cawangan.

(4) Menggesa Pengurusan UNITAR membaik pulih kampus-kampus cawangan dan juga beberapa kelengkapan di kampus-kampus cawangan.

(6) Menggesa supaya semua kursus boleh diadakan di semua kampus cawangan.

(7) Penyediaan Teks yang lengkap kepada Siswa di dalam bentuk buku tanpa memerlukan Siswa membuat salinan fotokopi untuk dijadikan nota.

(8) Kurangkan karenah Birokrasi.

(9) Pendekatan Pihak Pengurusan hendaklah mesra siswa dan bukanya memaksa siswa.

(10) Sistem Belajar Dahulu Bayar Kemudian Hendaklah Diperkenalkan.

(11) Pengurangan atau Diskaun terhadap Yuran Pengajian juga hendaklah dilakukan.
Penulis berharap perkara ini juga diberi keutamaan oleh perwakilan UMNO semasa Persidangan UMNO 2008 nanti kerana Siswa UNITAR adalah sebahagian rakyat Malaysia dan mereka bakal menjadi pemimpin pelapis pada satu masa kelak.

Penulis juga berharap, agar pihak perwakilan tidak memandang remeh berhubung tuntutan ini. Sebagai Universiti yang menjadi tanggungjawab kepada UMNO secara tidak langsung hendaklah UMNO berbuat sesuatu agar Universiti ini tidak akan mengalami kepupusan tambahan pula universiti ini bernamakan seorang yang besar namanya dan jasanya kepada negara.

Baca Lagi!

Sunday, September 7, 2008

Semoga Berjaya Datuk Mukhriz


SEMOGA BERJAYA, mungkin itulah kata-kata yang penulis patut ucapkan kepada Datuk Mukhriz Mahathir yang juga Ahli Parlimen Jerlun selepas beliau membuat pengumuman akan bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang dikosongkan oleh Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein.

Bagi penulis, Datuk Mukhriz memang layak untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO, sesuai dengan kredibiliti dan kelebihanya yang tidak bertindak sebagai 'yes man' berbanding yang lain.

Beliau juga memang amat diperlukan bagi membuat perubahan di dalam pucuk pimpinan sayap kanan UMNO itu. Penulis boleh juga mengibaratkan kemenangan beliau sebagai Ketua Pemuda UMNO sebagai 'satu kemenangan rakyat' memandangkan beliau memang disenangi rakyat.

Penulis amat berharap agar ahli UMNO akar umbi akan memilihnya sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia pada Pemilihan Agung UMNO yang akan datang Disember ini. Adalah penulis berharap juga, jawatan Presiden UMNO akan berpindah milik kepada orang lain semasa Pemilihan Agung UMNO disember ini untuk membolehkan perubahan secara total dapat dilakukan bagi 'membersihkan UMNO' daripada najis-najis.

Baca Lagi!

Friday, September 5, 2008

Surat Ku Li Kepada Menteri Luar Malaysia

TERJEMAHAN TIDAK RASMI

YB Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim
Menteri Luar Negeri
Kementerian Luar Negeri
No 1, Jalan Wisma Putra,
Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62602 PUTRAJAYA Post & Fax No 8889 2855

Saya membaca akhbar hari ini yang anda telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa anda akan menghormati keputusan ICJ dan Malaysia akan melibatkan diri dalam perbincangan teknikal mengenai pelbagai aspek di zon yang didakwa Singapura sebagai wilayah perairan dan ekonomi mereka.

Tidak syak lagi ini telah dibuat dengan kelulusan Perdana Menteri dan Kabinet.

Saya ingin melahirkan rasa tidak gembira dengan timbangtara antarabangsa mengenai keputusan Pulau Batu Putih.

Saya terkejut dan kecewa yang kepentingan johor yang tidak pernah dibawa untuk perhatian mahkamah.

Mungkin saya sepatutnya menunjukkan untuk anda bahawa Malaysia adalah satu Federasi negeri-negeri berdaulat dan Johor mengekalkan kuasa wilayah di beberapa perkara, termasuk nya lautan wilayah. Perkara ini adalah amat penting.

Ia adalah untuk sebab ini yang saya berfikir bahawa prosiding timbangtara adalah masih tidak lengkap. Johor mempunyai satu hak menjadi satu pihak untuk prosiding ini dan untuk mencari perbezaan-perbezaan mustahak, terutamanya berkaitan dengan mengenai kedaulatan sekeliling lautan Batu Putih, yang telah selalu berada dalam tangan-tangan Johor dan tidak pernah pasrah untuk Kerajaan orang British ataupun ke Singapura.

Dengan menyatakan yang anda menerima keputusan ICJ tanpa sebarang bantahan, dan perkecimpungan dalam perbincangan teknikal dengan Singapura di perkara-perkara yang melibatkan kedaulatan Johor, Kerajaan telah komited satu pencerobohan yang serius hak-hak Constitutional negeri Johor.

Saya berharap kerajaan hendaklah menahan diri daripada membuat apa-apa kenyataan lanjut atau perkecimpungan dalam perbincangan teknikal dengan Singapura di perkara-perkara ini.

Saya ingin merakamkan kekecewaan dan tidak setuju saya cara yang mana Kerajaan telah menjalankan kes dalam ICJ dan perbuatan kemudiannya.

Ini ialah barang-barang bernilai berhubung kedaulatan dan akibat-akibat yang terdapat serius jika kelakuan seperti sekarang diteruskan.


Yang Ikhlas,

YBM Tengku Razaleigh Hamzah


Baca Lagi!

Wednesday, September 3, 2008

Kejadian yang tak pernah berlaku sebelum ini!

Laporan Utusan Online:

Ketua UMNO cawangan parah disimbah asid

03/09/2008 3:39pm

KOTA BHARU 3 Sept. – Ketua UMNO Cawangan Limau Manis, Datuk Azaha Abdul Rani, cedera parah disimbah asid oleh seorang lelaki yang tidak dikenali, di perkarangan rumahnya di Kampung Chekok, Panji, dekat sini awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi itu, Azaha, 48, yang mengalami lecur di muka dan badan kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian dan keadaannya dilaporkan stabil.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner II, Amir Hamzah Ibrahim berkata, kejadian berlaku ketika mangsa dan isterinya keluar dari kereta sebaik tiba di rumah.- Utusan.


Laporan di atas adalah merujuk kepada perkara yang sebelum ini tidak pernah terjadi dalam tahun-tahun sebelum ini. Sebelum laporan di atas sudah ada seorang yang mati ditembak yang juga daripada UMNO. Kadang-kadang terfikir juga adakah politik Malaysia telah beredar ke era keganasan?

Apa yang menghairankan penulis, perkara tersebut tidak pernah berlaku semasa era pemerintahan empat Perdana Menteri sebelum ini. Tambah menarik pula perkara ini berlaku selepas kontroversi kenyataan Ketua UMNO Bukit Bendera yang di sama ertikan sebagai "perkauman" oleh bangsa lain terutamanya bangsa cina.

Kadang-kadang terbayang juga pada penulis apa bangsa lain akan kata sekiranya Melayu berkata itu adalah perbuatan 'perkauman' yang dilakukan oleh bangsa lain terhadap bangsa Melayu, sudah tentu Melayu akhirnya akan tetap dipersalahkan dan dilabel "perkauman", namun bukanlah niat penulis untuk meniup semangat "perkauman" di kalangan rakyat Malaysia khasnya Melayu cuma penulis ingin sedarkan sedikit bangsa lain kenapa Melayu sering dipersalahkan sedangkan Melayu telah banyak berkorban untuk bangsa lain, sebagai contoh pengorbanan paling besar Melayu ialah tidak begitu melulu menggunakan perundangan Islam di Malaysia sehinga Melayu terpaksa berbalah sesama Melayu sampai sekarang tidak padam-padam perbalahan itu.

Namun, bukanlah penulis mempunyai niat untuk memperkatakan insiden-insiden yang berlaku itu bermotifkan perkauman, namun kemungkinanya tetap ada.

Di samping itu, kebarangkalian insiden-insiden yang berlaku itu ada kaitan dengan PEKIDA ada juga kemungkinanya. Mungkin ramai yang tidak tahu kalau di Kelantan orang yang menjadi ahli PEKIDA adalah orang yang tidak mahu keretanya ditarik kiranya 'terlekat hutang' atau dengan kata lain PEKIDA ada kaitan dengan 'penarik kereta' atau dengan ungkapan yang lebih tepat lagi PEKIDA ada kaitan dengan samseng.

Penulis juga tidak menolak kemungkinan, insiden-insiden tersebut ada kaitan dengan pemilihan UMNO yang sedang rancak berlaku pada masa ini, mungkin juga lawan-lawan mereka tidak senang dengan kedudkan mereka pada masa ini.

Boleh jadi juga ia adalah bertujuan untuk menakut-nakutkan para perwakilan yang bakal memilih orang yang tidak dikehendaki mereka dan mempertahankan orang yang mereka kehendaki.

Jika benar, kenapa "Wild Politic" ini sudah nampak seperti menjadi-jadi dan menguasai pentas arena politik tanah air, bagi ahli-ahli UMNO cuba fikirkan sejenak kenapa perkara seumpama ini tidak berlaku di zaman presiden-presiden UMNO yang sebelum ini.

Penulis ingin mendesak supaya 'wild politic' ini dibanteras dengan seberapa segera sebelum luka kecil bertukar menjadi luka yang parah, dan apa yang penulis kesalkan kenapa tiada 'kenyataan' yang dikeluarkan oleh Presiden UMNO pada masa ini berhubung isu tersebut? Adakah kerana ianya ada kaitan dengan Presiden UMNO?.


Baca Lagi!

Tuesday, August 5, 2008

15 Lagi Cawangan Mahukan Tengku Razaleigh

15 Kelantan Umno Branches Want Razaleigh To Be Nominated For Party President

TUMPAT, Aug 3 (Bernama) -- Fifteen branches of the Tumpat Umno Division have approved resolutions expressing the desire for Gua Musang Member of Parliament Tengku Razaleigh Hamzah to be nominated for the post of president in the Umno elections in December.

Padang Pohon Tanjung Umno Branch head Mohamad Ismail said his branch and 14 other branches had resolved unanimously that the Tumpat Division nominate Tengku Razaleigh to contest the presidency.

"It is felt that he (Tengku Razaleigh) is the most qualified person to lift Umno out of its current dire situation," he told Bernama.

So far, all the 116 branches of the Gua Musang Umno Division have resolved to have Tengku Razaleigh nominated to contest the post of president as well.

BERNAMA

[http://www.bernama.com.my/bernama/state_news/news.php?id=350243&cat=et]

Alhamdulillah Tengku Razaleigh yang merupakan satu-satunya ahli UMNO yang sanggup menentang Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bertambah lagi. Kali ini 15 lagi cawangan UMNO memberikan sokongan kepada Tengku Razaleigh Hamzah untuk bertanding jawatan Presiden UMNO untuk menentang Presiden 'berlagak baik' Abdullah Haji Ahmad.

Nampaknya Abdullah Haji Ahmad cuba menggunakan strategi menurunkan harga minyak untuk meraih sokongan ahli-ahli UMNO agar terus menyokong beliau sebagai Presiden UMNO walaupun di zamanya UMNO melalui zaman kejatuhan dan tunggu masa untuk rebah di pintu neraka sahaja.

Ramai juga yang berada di luar UMNO menanti saat kemenangan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Presiden UMNO yang baru untuk melihat apakah perubahan yang bakal dilakukan oleh YBM Tengku Razaleigh atau lebih dikenali dengan nama 'Ku Li' di kalangan rakyat tempatan ini.

Sebagaimana ramai yang tahu Ahli Parlimen Permatang Pauh yang kini bergelar 'bekas' Ahli Parlimen telah membuat pengumuman melepaskan jawatan beliau sebagai ahli Parlimen. Ini bermakna Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pasti akan mengumumkan pilihan raya kecil untuk kawasan Parlimen Permatang Pauh mungkin dalam masa 60 hari lagi dari tarikh ahli parlimen tersebut melepaskan jawatan. Mungkin ini akan dijadikan 'kayu pengukur' oleh Kera Jaan Abdullah untuk menguji kekuatan beliau selepas beliau mengumumkan 'peralihan kuasa' yang kononya akan diadakan pada pada tahun 2010 nanti.

Kedudukan Permatang Pauh yang merupakan Wilayah Anwar, peluang Barisan Nasional pimpinan Abdullah Haji Ahmad 'amatlah' tipis dan memang boleh dikatakan 'jauh panggang dari api' BN akan memenangi kerusi tersebut. Namun, mungkin sekiranya berlaku pertambahan undi kepada BN dan mengurangkan majoriti yang dimenangi PKR pada Pilihan Raya Umum 13 yang lalu mungkin Abdullah Haji Ahmad akan beranggapan bahawa 'sokongan terhadap beliau telah bertambah' dan ia akan dijadikan modal untuk berkempen untuk mengekalkan jawatan Presiden UMNO tersebut.

Penulis membuat andaian ini agar ahli-ahli UMNO tidak tertipu semasa Pemilihan Agung UMNO Disember ini jadi sebelum Abdullah Haji Ahmad menjadikan pertambahan undi di Permatang Pauh sebagai modal untuk berkempen semasa Pemilihan Agung UMNO Disember ini. Penulis berharap ahli-ahli UMNO dapat Fikir-fikirkanlah mengenainya dengan menggunakan akal yang waras kurniaan Allah tuhan seru sekian alam.


Baca Lagi!

Monday, July 21, 2008

Tengku Razaleigh Dapat 6 Lagi Pencalonan Cawangan


38 Branches want to see Ku Li becomes UMNO President

KOTA BARU: Thirty-eight Umno branches have to date proposed resolutions calling on their divisions to nominate former finance minister Tengku Razaleigh Hamzah for the post of president at the party election in December.

Of these, 32 are from Tengku Razaleigh’s own Gua Musang division, one from the Kelana Jaya Baru branch in Petaling Jaya Utara division, one from the Muar division, and two each from the Pokok Sena and Kuala Kedah divisions.

In Gua Musang, most branches did not suggest any name for the post of Umno deputy president, which is held by Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.

The branches are currently holding their AGM and election of office bearers, and the 191 divisions nationwide will begin their AGMs in October.

Tengku Razaleigh, is currently the only Umno member to offer himself as a candidate for the post of Umno president which requires a minimum of 30% nominations from the 191 divisions to qualify to contest.

State Umno information head Datuk Md Alwi Che Ahmad said the branches were free to propose any resolution, but it could only be passed at the divisional level.

He said Kelantan had more than 8,000 branches, so the resolutions could not be considered a notable political development until they reached the divisional level.

The Star Online

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/7/21/nation/21877010&sec=nation

KOMEN SUARA GENERASI MUDA:

Memang menakjubkan kerana pertambahan enam lagi pencalonan cawangan dan juga pencalonan baru ini bukan berasal daripada UMNO Bahagian Gua Musang tetapi di luar kawasan UMNO Gua musang. Satu daripada cawangan Kelana Jaya Baru daripada Bahagian Petaling Jaya Utara, satu daripada Bahagian Muar dan Dua lagi bagi setiap Bahagian Kuala Kedah dan Pokok Sena.

Ini mungkin satu berita yang mengembirakan, peluang kepada Tengku Razaleigh untuk bertanding jawatan Presiden UMNO semakin cerah. Penulis berharapa di masa-masa akan datang lebih ramai lagi cawangan yang akan mencalonkan Tengku Razaleigh.

Satu petanda baik buat penyokong-penyokong Tengku Razaleigh yang berada di seluruh negara. Teruskan kerja keras anda semoga anda semua beroleh kemenangan. Penulis yakin ramai juga di luar sana mahu menyaksikan kemenangan Tengku Razaleigh Hamzah bagi melihat apa agenda beliau untuk menstabilkan semula ekonomi negara dan juga mengurangkan beban rakyat.

Penulis percaya juga ramai yang berada di luar UMNO tentunya menanti-nantikan saat kemenangan Tengku Razaleigh Hamzah untuk melihat apakah perubahan-perubahan yang beliau akan buat sekiranya diberi peluang. Bukan sahaja di dalam UMNO malah di kalangan Pembangkang terutamanya PAS pasti ternanti-nanti adakah Tengku Razaleigh akan berjaya memandangkan mereka pernah mewujudkan kerjasama dengan Tengku Razaleigh Hamzah satu waktu dulu.

Penulis mendoakan agar Tengku Razaleigh Hamzah berjaya di dalam pusingan kelayakkan untuk menentang Presiden UMNO yang amat lemah pada waktu dan ketika ini. Semoga beliau dapat memberi nafas yang baru kepada UMNO selepas ia disesakkan oleh Rejim Abdullah Al-Bohongi Haji Ahmad.

Kepada ahli UMNO seluruh negara ingat satu falsafah inggeris yang berbunyi "When leaders goes wrong, nothing goes right" yang bermaksud sekiranya pemimpin itu tidak kena, tidak ada sesuatu pun yang akan jadi betul. Fahamilah sedalam-dalamnya.

Baca Lagi!

Friday, July 18, 2008

Pemilihan UMNO 2008


Penulis pasti kebanyakkan cawangan-cawangan UMNO sudah mula membuat mesyuarat untuk menentukan siapa yang akan menduduki jawatan-jawatan di dalam UMNO. Penulis ramalkan semakin banyak cawangan UMNO akan bersidang untuk menentukan siapakah yang layak menduduki jawatan-jawatan yang dipertandingkan pada pemilihan kali ini.

Namun beberapa isu yang timbul berhubung pemilihan UMNO yang akan disempurnakan pada Disember ini, antara isu-isu hangat ialah timbul cadangan supaya jawatan No 1 dan 2 tidak dipertandingkan kerana mitosnya mungkin akan berlaku perpecahan di dalam UMNO dan perpecahan Melayu. Macam-macam lagi mitos yang kendengaran.

Komen Mengenai Pertandingan Jawatan No 1 dan 2 UMNO

Hari ini pula disiarkan komen ahli Majlis Tertinggi UMNO Dr. Mohd Hilmi Yahya yang mengatakan jawatan No 1 dan 2 di dalam UMNO tidak perlu dipertandingkan kerana ia akan menjejaskan perpaduan di dalam UMNO dan Melayu. Penulis kurang bersetuju dengan pandangan ini, kenapa kita sering menjadikan perpaduan sebagai alasan? Kenapa pula kita perlu kambing hitamkan 'perpaduan' demi menjaga pangkat seseorang. Penulis suka memberi PAS sebagai contoh sudah banyak kali mengamalkan pertandingan di dalam jawatan No 1 dan 2 di dalam parti tersebut tetapi tiada perpecahan yang besar berlaku di dalam PAS. Jadi ini membuktikan pertandingan jawatan No 1 dan 2 tidak akan menyebabkan perpecahan.

Jelas membuktikan jika jawatan No 1 dan 2 dipertandingkan akan mengakibatkan perpecahan di kalangan ahli UMNO dan Melayu jelas sekali mitos semata-mata. Sampai bila kita nak menggunakan pemikiran kolot ini. Cuba lah guna kemahiran "Critical Thinking" di dalam memikirkan sesuatu perkara, kita mestilah fikirkan sesuatu perkara dengan pandangan atau fikiran yang melihat kepada "Big Picture" kita juga kena fikir ada keuntungan juga jika jawatan No 1 dan 2 dipertandingkan. Kita sering menyebut "Kita mesti fikir di luar kotak" tetapi apa gunanya kalau ia hanyalah ungkapan kita sahaja tetapi kita tidak amalkan samalah seperti kita berak tetapi tak basuh. Jadi pada kiraan penulis pertandingan jawatan No 1 dan 2 mesti diteruskan utuk kebaikan semua ahli UMNO.

KELUHAN SEORANG AHLI UMNO TERHADAP PENULIS

Di saat kehangatan isu Pemilihan Agung UMNO, pada ketika ini ahli-ahli UMNO cawangan lain yang sedang sibuk mencadangkan dan menentukan siapakah yang bakal menerajui jawatan-jawatan yang ada di dalam UMNO, penulis secara tidak sengaja terjumpa dengan seorang ahli UMNO dan apabila penulis mengutarakan "Bila UMNO cawangan nak buat persidangan" dia dengan selamba menjawab "saya dah letih dengan semua tu" jawapan beliau membuatkan penulis terkejut. Dengan perasaan penuh ingin tahu penulis terus menanyakan soalan kepada beliau. Beliau Menjawab "Ye lah kita kerja letih-letih kita tak dapat apa-apa, sebaliknya kaum kerabat mereka je yang dapat, tak macam zaman Tun Dr. Mahathir dahulu semua orang dapat apatah lagi orang yang bekerja kuat untuk parti".

Suasana ini amat membimbangkan sekiranya satu tindakan drastik tidak diambil kerana ia dikhuatiri akan mengakibatkan UMNO terus lemah dan tahap kepercayaan ahli kepada Parti semakin lemah dan tidak mustahil satu masa lagi jika perkara ini tidak dibendung penulis pasti UMNO akan dikapankan dan dikuburkan.

Memang mungkin ada yang menganggap perkara ini perkara yang remeh tetapi perlu ingat "Something small can be bigger because everything was start at small" maksudnya sesuatu yang kecil boleh menjadi besar kerana semua benda bermula daripada yang kecil contohnya manusia ia bermula daripada kecil dahulu baru menjadi besar bukanya menjadi terus besar. Jadi tidak mustahil perkara kecil sebegini akan menjadi besar. Jadi langkah membendung perlu diambil segera.

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin