Bilangan Pengunjung:

Showing posts with label Datuk Seri Najib Tun Razak. Show all posts
Showing posts with label Datuk Seri Najib Tun Razak. Show all posts

Friday, October 21, 2011

Bajet 2012

Bajet 2012
Oleh: yieMEGA

MUNGKIN penulis agak terlewat sedikit mengulas berhubung Belanjawan atau Bajet 2012 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga merupakan Menteri Kewangan bagi negara bernama Malaysia. Bagi penulis biarlah sedikit terlewat daripada tidak langsung mengulas mengenainya.

Beberapa pengumuman di dalam pembentangan Bajet 2012 baru-baru ini mungkin banyak mengembirakan kebanyakkan rakyat Malaysia terutamanya Kakitangan Awam. Bantuan kepada isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan layak mendapat bantuan  One-Off daripada kerajaan sebanyak RM500.00.

Pada kali ini, penulis tidak mahu mengulas mengenai angka-angka di dalam Bajet tetapi lebih kepada ulasan umum terhadap bajet yang telah dibentangkan di Parlimen oleh Perdana Menteri tersebut. Sepertimana yang penulis tekankan dalam artikel-artikel penulis yang terdahulu iaitu kerajaan perlu mencari mekanisme untuk "mengurangkan bebanan rakyat" kerana saban tahun bebanan rakyat terus meningkat.

Mungkin Bajet 2012 hampir menepati apa yang penulis tekankan sebelum ini, namun apa yang penulis ingin lihat pada bajet-bajet akan datang. Perhatian utama hendaklah diberikan kepada strategi-strategi untuk mengurangkan bebanan rakyat.

Sekiranya bebanan rakyat dapat dikurangkan ia juga akan memberi kesan yang positif kepada ekonomi domestik negara kita, dengan ini kuasa beli rakyat akan meningkat dan membantu merancakkan ekonomi domestik yang pada masa ini masih bergerak perlahan ekoran krisis kewangan yang melanda kebanyakkan negara-negara maju.

Bajet kali ini, mungkin sudah ada meletakkan strategi-strategi untuk membantu mengurangkan bebanan rakyat di ketika mana rakyat terpaksa menghadapi peningkatan bebanan terhadap mereka. Oleh yang demikian, di dalam bajet-bajet yang bakal mendatang hendaklah mengemukakan strategi-strategi terkini untuk membantu meringankan bebanan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat.

Sepertimana bajet-bajet yang terdahulu, peruntukkan kepada sektor pendidikan nampaknya antara peruntukkan tertinggi berbandin dengan peruntukkan-peruntukkan di sektor lain. Ini mungkin pendidikan menjadi sektor terpenting bagi merealisasikan hasrat menjadikan Malaysia negara maju yang berpendapatan tinggi.

Mungkin juga, penulis boleh sifatkan bahawa Bajet 2012 merupakan Bajet yang terbaik pernah dibentangkan berbanding bajet-bajet yang telah dibentang pada tahun-tahun lepas yang sudah lama berlalu. Paling menarik bajet kali ini nampaknya lebih kepada mengutamakan kesejahteraan rakyat.

Apa yang penulis harapkan bahawa apa yang cuba dilakukan oleh Kerajaan ini jangan hanya mati di tengah jalan di mana matlamat perlaksanaanya tidak tercapai kerana apa yang cuba dicapai itu tidak akan dicapai kalau usaha-usaha ke arahnya sekadar hangat-hangat tahi ayam semata-mata.

Baca Lagi!

Friday, January 22, 2010

Sang Kelembai Di Lantik Pegawai Perdana Menteri?


Sang Kelembai Di Lantik Pegawai Perdana Menteri?
Oleh: yieMEGA

SANG KELEMBAI pasti pembaca masih ingat dengan Sang Kelembai bukan? Seorang blogawan yang tidak kurang terkenalnya, malah istilah 'Kerajaan Anak Beranak' pun berasal dari blogawan Sang Kelembai seorang blogawan yang begitu lantang mengkritik pentadbiran Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Penulis kagum dengan Sang Kelembai kerana tindakan berani beliau itu juga telah menjadikan beliau seorang blogger yang berani menentang menteri mahupun Perdana Menteri yang dikatakan lemah, penulis tahu tujuan Sang Kelembai tidak lain selain untuk memberikan yang terbaik buat rakyat Malaysia dan bukan sengaja menentang.

Hendak dijadikan cerita pagi tadi, penulis sempat membaca blog MSO iaitu Merah Tinta MSO, MSO memberitahu bahawa beliau mendapat maklumat yang Sang Kelembai telah dilantik menjadi Pegawai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Artikel tersebut bertajuk "Sang Kelembai Jadi Pegawai Perdana Menteri".

Sekiranya khabar ini benar, penulis bersetuju 100% dengan perlantikkanya sebagai Pegawai Perdana Menteri, sekurang-kurangnya blogawan hebat seperti Sang Kelembai ini boleh juga memberikan idea-idea bernas kepada Perdana Menteri sekaligus mengangkat martabat para blogawan tanah air.

Penulis juga bersetuju sekiranya PM mahu melantik MSO sebagai Pegawai Khas beliau sekurang-kurangya pandangan MSO itu turut boleh digunakan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri untuk merealisasikan hasrat 1Malaysia rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

Dalam masa yang sama, penulis ingin mencadangkan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak agar memberikan ruang dan peluang kepada blogawan lain menjawat jawatan yang berkaitan dengan politik seperti calon pilihan raya dan sebagainya.


Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Thursday, December 3, 2009

Ihsan atau Royalti?

Ihsan atau Royalti?
Oleh: yieMEGA

WANG ihsan atau royalti? itulah menjadi tajuk artikel penulis pada kali ini. Bersesuaian dengan isu yang hangat diperkatakan kini iaitu isu tuntutan royalti oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Doa untuk memusnahkan masa depan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak jika tidak memberikan royalti kepada Kelantan dan bukanya wang ehsan.

Persoalanya sekarang yang mana lebih baik, wang ehsan ataupun royalti? Kebetulan pagi tadi penulis berkunjung ke Terengganu di mana Terengganu sekarang telah menerima wang royalti berbeza dengan dulu negeri sang penyu ini menerima wang ehsan. Jadi alang-alang penulis telah ke Terengganu penulis cuba mendapatkan maklumat atau pandangan daripada beberapa rakyat Terengganu yang penulis jumpa.

Pertama sekali penulis mencuri dengar perbualan beberapa rakyat Terengganu yang bersidang di Kedai Kopi. Ada yang meluahkan rasa hairan sejak Terengganu menerima pembayaran wang royalti semula, di mana sebelum ini negeri ini menerima Wang Ehsan seolah-olah tiada apa-apa yang dibuat oleh Kerajaan Negeri untuk kebajikan rakyat.

Menurutnya, kalau kita lihat tiada satu pun projek pembangunan yang wujud selepas Terengganu menerima pembayaran royalti. Hairan sungguh kemana perginya wang royalti tersebut, adakah menteri besar yang nikmati?. Katanya lagi "Cuba kita lihat projek-projek yang sediaada pun seakan-akan diperlahankan pembinaanya dan ada yang tak bergerak langsung sepertimana Jerteh Souq.

Seorang rakanya seakan bersetuju denganya dengan mengatakan kalau kita lihat ibu negeri Terengganu yakni Kuala Terengganu, Menyesal dulu aku sokong kembalikan Wang Royalti ke Terengganu, kalau aku tahu jadi begini tak mahu pula aku menuntut wang royalti dikembalikan. Seolah-olah tak ada makna Wang Royalti yang diterima untuk rakyat Terengganu.

Itulah antara maklumat-maklumat yang penulis dapat kumpulkan ketika berada di Terengganu. Sebelum ini penulis telah juga mengumpulkan maklumat daripada beberapa rakyat Kelantan mengenai Wang Ehsan dan royalti.

Menurut maklumat yang penulis terima daripada beberapa rakyat Kelantan sebelum ini menunjukkan ada yang setuju Kelantan terima wang royalti, ada yang setuju Kelantan terima Wang Ihsan dan ada juga yang mengambil sikap berkecuali.

Bagi yang bersetuju Kelantan terima wang royalti mereka memberikan hujah bahawa kerajaan negeri memerlukan dana untuk membuat pembangunan di dalam negeri Kelantan tanpa wang royalti projek pembangunan tidak dapat dijalankan dengan jayanya.

Bagi yang bersetuju Kelantan terima wang ehsan memberikan hujah bahawa dengan ini penggunaan peruntukkan wang ehsan akan terkawal sedikit kerana ianya diuruskan oleh Kerajaan persekutuan dan kerajaan persekutuan mempunyai pengalaman untuk membuat pembangunan.

Bagi yang berkecuali memberikan hujah bahawa tak kiralah wang ehsan ke wang royalti janji wang itu dapat dinikmati oleh semua lapisan rakyat Kelantan dan bukanya mengenyangkan Exco dan membuncitkan perut Menteri Besar sahaja, jangan pula selepas dapat wang royalti mereka jadi 'kelabu mata' dengan duit. Mereka juga melahirkan rasa bimbang terhadap seorang Exco yang bersungguh-sungguh untuk menuntut wang royalti tersebut seakan-akan ada agenda yang tersebunyi di sebaliknya jadi jalan terbaik adalah beri sahaja wang royalti tetapi penggunaanya di kawal selia oleh Kerajaan Persekutuan ini adalah cara yang terbaik.

Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Saturday, August 1, 2009

Lebih 20,000 Hadiri Jamuan Rakyat Bersama PM...

Lebih 20,000 Hadiri Jamuan Rakyat Bersama PM
Oleh: yieMEGA

MAJLIS Jamuan Rakyat bersama PM Datuk Seri Najib Tun Razak yang diadakan di Padang Kompleks Sekolah-Sekolah Kota Bharu, Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu Kelantan dihadiri oleh lebih daripada 20,000 orang pengunjung.

Sebelum itu, Perdana Menteri merasmikan Persidangan UMNO Bahagian Empat Peringkat di tempat yang sama. Majlis pada hari ini dimulakan dengan ucapan Ketua Bahagian UMNO Kota Bharu, Datuk Fatmi Salleh (juga Setiausaha Politik PM) dan menyatakan slogan UMNO Bahagian Kota Bharu iaitu 1UMNO 1Kota Bharu yang direka berdasarkan konsep 1Malaysia.

Majlis itu diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan yang juga Menteri Perdagangan dan Industri Datuk Mustapha Mohammed yang lebih mesra dipanggil Datuk Pa. Datuk Pa didalam ucapanya turut menyampaikan Visi Badan Perhubungan UMNO Kelantan iaitu Misi PRU13 dan kebangkitan UMNO Kelantan bermula di Manek Urai.

PM Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan perasmianya menyatakan beliau berterima kasih kepada YAB Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat Menteri Besar Kelantan kerana sudi menyambutnya di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. Beliau juga turut berpesan kepada Tok Guru agar menjaga hati orang UMNO.

Beliau menyifatkan matlamat perjuangan UMNO dan PAS adalah sama cuma mengikut landasan yang berbeza, "UMNO mengikut landasan kita, PAS pula mengikut mengikut landasan mereka tetapi matlamat kita adalah sama".

Jamuan Rakyat itu berjalan lancar walaupun ada pengunjung yang melahirkan rasa tidak puas hati berhubung tiada makanan alas perut yang disediakan untuk pengunjung sementara menunggu jamuan itu diadakan, untuk rekod rata-rata mengungjung datang ke majlis ini sejak awal pagi dengan perut kosong dan menyebabkan mereka terpaksa makan lebih awal dari Perdana Menteri dan mereka berharap di masa-masa akan datang mereka lebih prihatin tentang hal-hal remeh seperti ini.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Wednesday, July 29, 2009

PM Dijadual Lawat Kelantan 1 Ogos 2009

PM Dijadual Lawat Kelantan Pada 1 Ogos 2009
Oleh: yieMEGA

PERDANA Menteri Malaysia yang keenam iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak dijadualkan akan melawat Kelantan pada 1 Ogos 2009 ini (hari Jumaat). Lawatan itu merupakan Lawatan kedua Najib selepas bergelar Perdana Menteri. Untuk Rekod, lawatan pertama beliau di Kelantan ialah di Manek Urai, Kelantan.

Lawatan ini mungkin akan memberi kesempatan kepada rakyat Kelantan untuk bertemu dengan lebih dekat dengan Perdana Menteri yang melaungkan konsep 1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Mengikut beberapa ahli UMNO Kelantan, mereka berharap agar lawatan PM Najib Tun Razak itu akan memberikan 'nafas baru' kepada UMNO Kelantan, tambahan pula prestasi UMNO Kelantan yang meningkat pada Pilihan Raya Kecil Manek Urai baru-baru ini.

Manakala, rakyat Kelantan pula menyambut baik kedatangan Najib ke Kelantan terutamanya peniaga-peniaga kecil yang teringin sangat bertemu dengan Perdana Menteri. Mereka juga berharap Najib akan melawat tempat-tempat penjaja seperti Medan Selera Buluh Kubu dan juga Pasar Malam Wakaf Che Yeh untuk memudahkan mereka menyampaikan permasalahan yang di alami mereka.

Harapan penjaja kecil ialah supaya mereka juga akan dilawat Najib sepertimana Najib melawat penjaja kecil di Lembah Klang baru-baru ini kerana dengan lawatan Najib itu mereka lebih mudah untuk menyampaikan apa yang mereka mahukan.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Tuesday, July 28, 2009

Perginya Seorang Tokoh 1Malaysia...

Perginya Seorang Tokoh 1Malaysia
Oleh: yieMEGA

BEBERAPA hari yang lalu kita dikejutkan dengan pemergian Pengarah Filem yang terkenal iaituJustify Full Yasmin Ahmad. Pengarah filem yang pernah mengarah beberapa filem Melayu berkonsepkan 1Malaysia seperti Sepet dan bermacam-macam lagi. Tidak keterlaluan jika penulis katakan beliau seorang tokoh 1Malaysia berdasarkan filem-filem yang diarahkanya.

Pemergian beliau memberi kehilangan besar di dalam industri perfileman Malaysia kerana karya beliau mempunyai mesej yang tersendiri walaupun kadang-kadang dilanda kontroversi. Penulis mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarhama Yasmin Ahmad. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

Selepas ini mungkin sukar kita hendak mencari pengarah filem yang sanggup menerbit dan mengarahkan filem bersesuaian dengan konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang Keenam iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak.

Semoga selepas ini Pengarah seperti Allahyarham Yasmin Ahmad dapat dilahirkan di Malaysia bagi meneruskan perjuangan seni Allahyarham. Kata orang 'Patah tumbuh Hilang Berganti' namun ia tidak sama dengan apa yang diberikan oleh Allahyarham Yasmin Ahmad sebelum ini.

Dalam merealisasikan impian 1Malaysia semoga selepas ini banyak pengarah seperti Yasmin Ahmad dengan menghasilkan filem-filem yang menitik beratkan perpaduan kaum di Malaysia sebagai sebuah negara multi-bangsa.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Saturday, July 11, 2009

100 Hari Najib Menjana perubahan...

100 Hari Najib Menjana Perubahan
Oleh: yieMEGA

Hari ini genaplah 100 hari Perdana Menteri Malaysia yang Keenam iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak membawa perubahan kepada Malaysia. 100 Hari dikatakan tempoh eddah bagi seseorang ahli politik ataupun dengan kata lain ia merupakan tempoh 'Percubaan" sebagai Perdana Menteri.

Biasanya insan politik akan, berusaha-usaha bersungguh-sungguh dalam eddah yang dinyatakan ini bagi memastikan kepimpinan beliau diterima oleh rakyat dari setiap genap lapisan masyarakat yang bertaraf 'MultiCultural' di Malaysia ini. DS Najib perlu berusaha untuk memuaskan hati semua pihak di dalam tempoh ini dan juga tempoh selepas ini.

Kalau kita lihat 100 hari DS Najib sebagai Perdana Menteri banyak juga perubahan yang beliau telah lakukan yang bersifat serampang dua mata iaitu memberi kesenangan kepada rakyat dan dalam masa yang sama memperkukuhkan semula kedudukan Barisan Nasional sebagai parti pemerintah di Malaysia.

Antara perkara-perkara baru yang diperkenalkan beliau adalah konsep 1Malaysia di mana menyeru ke arah masyarakat berbilang bangsa di Malaysia menghormati antara satu sama lain dan bernaung di bawah payung bernama Malaysia. Ia adalah usaha ke arah perpaduan nasional. Namun, adat manusia sukar berpuas hati dengan pendekatan orang lain jadi ada juga yang mendakwa bahawa konsep 1Malaysia ini hanyalah retorik semata-mata.

DS Najib juga telah memperkenalkan Biasiswa Nasional yang diberikan secara merit yang membawa maksud hanya yang betul-betul layak sahaja dapat. Biasiswa ini telah sedikit sebanyak mendatangkan kemarahan sesetengah pihak, penulis sendiri pernah mengkritik penubuhan biasiswa ini kerana penulis rasakan ia seolah-olah terlalu gelojoh untuk mengembalikan kepercayaan bangsa lain terhadap BN, namun setelah penulis mengkaji semula ada baiknya juga penubuhan Biasiswa Nasional ini.

Dalam masa yang sama, 100 hari sebelum ini DS Najib telah melaksanakan beberapa 'revolusi ekonomi' dengan meliberalkan ekonomi dalam usaha memulihkan ekonomi Malaysia hasil daripada kelembapan ekonomi dunia.

Selain itu, beliau juga dikatakan berusaha sedaya upaya untuk menghapuskan 'identiti' bangsawan yang berada di dalam susuk tubuhnya itu, ini jelas apabila beliau 'turun padang' kepada banyak kawasan yang menjadi permasalahan rakyat seperti LRT, tempat penjaja dan bermacam-macam lagi.

Setakat ini, maaf cakap penulis boleh memberikan Najib 98% markah di atas kesungguhan beliau untuk melakukan perubahan di Malaysia, markah ini penulis berikan berdasarkan apa yang telah dilakukan oleh beliau 100 hari sebelum ini, permakahan seterusnya akan menyusul selepas 100 hari akan datang.


Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Friday, July 3, 2009

Khutbah Jumaat(3.7.2009): Pelihara Solat Anda..

Alhamdulillah hari ini penulis bersyukur ke hadrat Ilahi kerana tetap memberi kekuatan kepada penulis untuk mengerjakan solat jumaat, walaupun cuaca di Kota Bharu, Pada waktu tengahari tadi agak panas, rasanya macam kulit penulis sudah masak seolah-olah dipanggang di atas bara api, tapi tak mengapa penulis tetap bertahan itu baru panas dunia belum lagi panas di hari pembalasan tambahan pula kiamat sudah dekat!.

Hari ini penulis menunaikan solat Jumaat di Masjid Muhammadi Kota Bharu, Tajuk Khutbah hari ini penulis simpulkan dengan "Pelihara Solat Anda", khutbah jumaat hari ini agak bagus untuk penulis bermuhasabah diri dan menambah apa yang kurang di dalam diri penulis yang juga insan biasa yang tidak 'maksum' daripada melakukan kesilapan.

Penulis merasakan tidak salah jika penulis berkongsi dengan pembaca blog ini tentang apa yang penulis fahami daripada khutbah yang disampaikan oleh Khatib Masjid Muhammadi ini, tetapi penulis memohon maaf tidak dapat tahu siapakah gerangan Khatib pada kali ini.

Apa yang lebih penting ialah intisari khutbahnya agar dapat diterima oleh hati sanubari muslimin dan muslimat di seluruh Malaysia dan mengaplikasinya ke dalam kehidupan seharian. Penulis berharap jika 'apa yang penulis faham' tentang khutbah hari ini tidak kena atau ada berunsur kesalahan janganlah segan untuk menegur penulis dengan cara yang hikmah bukanya cara yang emosional.

SOLAT merupakan komponen terpenting di dalam agama kita yakni Islam ini diyakinkan lagi dengan ungkapan "Solat Tiang Agama" yang seringkali telinga kita dengari sejak dari kecil hinggalah kita dewasa. Apa pula yang dimaksudkan oleh 'tiang'? Tiang ialah bahagian yang menyokong pembinaan sebuah-buah rumah dalam konteks pembinaan rumah, secara jujurnya jika 'tiang' sesebuah rumah itu tidak kukuh, rumah akan roboh menyembah bumi.

Begitu jugalah dengan 'solat', tanpa solat 'kekukuhan' kita terhadap agama Islam juga bakal 'tergugat', senario hari ini kita dapati sudah ramai umat Islam yang bukan sahaja melalaikan 'solat' malah ada yang 'mengabaikan' terus solat mereka mungkin ada beberapa faktor penyebab yang menjadikan semakin ramai Umat Islam yang mengabaikan Solat di Bumi Malaysia ini.

Penulis mengambil kesempatan ini untuk menggesa Perdana Menteri Malaysia yang memegang slogan "Rakyat Di dahulukan, Pencapaian Diutamakan" iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak supaya 'memperhebatkan' usaha-usaha untuk 'memberikan kesedaran' kepada 'umat Islam di Malaysia dengan 'kepentingan solat' ia bukan sahaja melalui medium-medium seperti ceramah agama ataupun Forum Perdana yang beronrientasikan agama. Adalah lebih molek dan elok jika Kerajaan merangka satu peruntukkan bagi membolehkan "Solat" dijadikan satu mata pelajaran di sekolah-sekolah bawah seliaan Kementerian Pelajaran. Solat juga perlu dijadikan subjek wajib untuk 'lulus peperiksaan awam' dengan cara ini ia secara tidak langsung membantu menyedarkan rakyat tentang kepentingan Solat.

Hari ini kalau kita lihat semakin ramai anak-anak muda yang sudah tidak lagi bersolat lima waktu dan Islam mereka hanya sekadar nama. Berdasarkan pengalaman penulis sebagai seorang Kaunselor penulis mendapati kebanyakkan pelajar sekolah yang tidak bersolat dan juga bermasalah disiplin ialah ibu dan bapa mereka turut mengabaikan solat mungkin kerana mereka ingat pekerjaan mereka lebih penting daripada 'Solat', ternyata perkiraan mereka silap sebenarnya perbuatan mereka telah menjadi salah satu sebab kenapa Umat Islam ketinggalan jauh ke belakang.

Para ibu-bapa sepatutnya mencontohkan perkara yang baik buat anak mereka kerana anak mereka menganggap mereka sebagai 'role model' lagipun tak kanlah ketam nak mengajar anaknya berjalan lurus walhal dia sendiri berjalan tak betul. Sikap ibu-bapa yang terlalu mendewakan 'pencarian rezeki' menyebabkan mereka 'mengabaikan' solat dan keputusanya anak mereka menjadi 'rosak'. Itulah hakikat yang mereka terima.

Penulis ingin berpesan kepada semua muslimin-muslimat di Seluruh Malaysia supaya jangan mengabaikan solat, kerana tanpa solat 'kekuatan kita' untuk melawan 'godaan syaitan' untuk mendorong kita melakukan perkara-perkara yang mungkar menjadi lemah, jadilah jagalah solat anda dan anak anda sebaik mungkin. Penulis juga turut berpesan pada diri penulis sendiri agar tidak 'alpa' di dalam menjaga 'Solat Penulis'.

Akhir kalam penyudah bicara penulis akhiri dengan ungkapan kata-kata mutiara yang berbunyi " Jika anda memperoleh ilmu jangan takut untuk berkongsinya kerana jika salah orang yang lebih tinggi ilmunya akan memperbetulkanya dan berpesan-pesanlah kamu ke arah kebenaran".
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Saturday, June 6, 2009

Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Menjunjung Tahniah...


Hari ini tanggal 6 Jun 2009 merupakan hari bersejarah bagi negara apabila Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung Tuanku Mizan Zainal Abdin Ibni Al Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Bilal Shah meraikan Hari Keputeraan Baginda dan Pada Kesempatan ini Patik Pacar yang hina menjunjung Tahniah diatas sambutan Hari Keputeraan Tuanku.

Patik Doakan agar Tuanku dikurniakan Kesihatan yang baik dan dapat Memerintah Malaysia dengan penuh hikmah yakni Bijaksana ke hadrat Allah Tuhan Seru Sekalian Alam. Sepanjang pemerintahan Tuanku patik merasa sungguh selesa dek kerana Kebijaksanaan Tuanku Memerintah dengan Adil dan Bijaksana.

Patik juga berharap agar Tuanku dapat terus memberi pandangan yang berguna kepada Memanda Perdana Menteri ke enam iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak. Patik juga ingin menjunjung Kasih di atas pemerintahan Adil dan Saksama yang Tuanku berikan pada patik dan rakyat jelata sebelum ini. Moga Allah merahmati Tuanku, demikianlah sudah ucapan menjunjung Tahniah patik untuk DYMM Tuanku akhir kata, Tuanku Payung Rakyat Negara ini.

Daulat Tuanku Daulat Tuanku Daulat Tuanku Daulat Tuanku Daulat Tuanku Daulat Tuanku Daulat Tuanku
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Tuesday, May 19, 2009

BN Konsisten dengan Pendirian Tidak Bertanding di Penanti !

Malaysian Minister of Defense, Najib Razak, pi...Image via Wikipedia

Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Penanti, Pulau Pinang akan diadakan tidak lama lagi. Barisan Nasional sebelum mengandaikan mereka tidak mahu bertanding di "Penanti", semalam Dewan Tertinggi Barisan Nasional memutuskan "BN Tidak Akan Bertanding di PRK DUN Penanti".

Selepas beberapa pihak di dalam BN yang memberikan pandangan berhubung cadangan supaya BN tidak bertanding di PRK DUN Penanti, akhirnya pendirian BN tetap konsisten dengan tidak bertanding di Penanti.

Sebelum ini Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad menentang cadangan tidak bertanding di Penanti kerana katanya nanti pihak pembangkang akan mengatakan BN "Penakut", "Dayus" dan bermacam-macam lagi. Namun pandangan Tun Dr. Mahathir itu sedikitpun tidak dipedulikan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dan tetap dengan pendirian beliau tidak bertanding di Penanti.

Selain itu, UMNO Pulau Pinang sebelum ini turut menentang cadangan tidak bertanding di PRK DUN Penanti, namun ianya juga tidak diendahkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau masih konsisten dengan keputusanya untuk tidak bertanding di Penanti.

Bagi Penulis keputusan BN tidak bertanding di PRK DUN Penanti ini adalah satu tindakan bijak kerana pada masa ini masa tidak sesuai untuk BN menyertai sebarang pilihan raya kerana pada masa ini ialah masa untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan yang ada di dalam BN untuk melakukan penambahbaikan demi kesinambungan kepimpinan BN di Malaysia.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Monday, May 18, 2009

Satu Sekolah Untuk Semua !

"Satu Sekolah Untuk Semua, Satu Bahasa Satu Bangsa Satu Negara" satu kempen yang mulia ke arah merealisasikan Matlamat 1Malaysia yang sering diucapkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang keenam iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sebenarnya "Satu Sekolah Untuk Semua" ini banyak faedahnya demi negara yang tercinta. Selain ia boleh memupuk perpaduan antara kaum ia juga boleh mendidik agar anak-anak kita menghormati hak bangsa lain contohnya Hak Istimewa Melayu.

Matlamat 1Malaysia yang sering diperkatakan Perdana Menteri ialah untuk menyatupadukan kaum-kaum yang ada di Malaysia. Semangat 1 Malaysia secara tidak langsung akan membantu mempromosikan Malaysia di mata dunia.

Pada dasarnya penulis bersetuju dengan cadangan "Satu Sekolah Untuk Semua" ini kerana ia mampu memupuk semangat perpaduan antara kaum-kaum yang ada di Malaysia. Bagi penulis amatlah rugi bagi sesiapa yang menentang "Satu Sekolah Untuk Semua" ini.

"Satu Sekolah Untuk Semua" ini bukanlah bertujuan untuk menghapuskan sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan tak kira Cina ataupun Tamil tetapi ia lebih kepada bertujuan untuk menyatupadukan kaum-kaum ada di Malaysia dan menyeru ke arah kedamaian.

Orang yang menentang "Satu Sekolah Untuk Semua" ini boleh dilabelkan sebagai "Pencinta Keganasan" kerana mereka masih mahu semangat Assabiyah diteruskan di Malaysia. Sudah tiba masanya kita membuat transformasi agar "Satu Sekolah Untuk Semua" menjadi realiti.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Saturday, April 25, 2009

Nilai 1 Malaysia Bahagian 1: Budaya Kecermelangan...

Pada artikel penulis pada kali ini bersesuaian dengan Visi Perdana Menteri Malaysia yang keenam iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak dengan berlandaskan Moto "One Malaysia", ia adalah satu visi baru yang dicanangkan oleh Perdana Menteri Kita yang baru beberapa bulan menerajui Malaysia itu.

Pada Kali ini penulis ingin membincangkan Bahagian 1 didalam Visi "One Malaysia" yang menekankan tentang "Budaya Kecermelangan". "Budaya Kecermelangan" ini bermaksud menjadi kecermelangan, peningkatan prestasi, dan prinsip ketepatan atau dengan kata lain menjadikan kecermelangan sebagai budaya setiap Rakyat Malaysia.

Ketepatan dari segi pengukuran, dari segi menguruskan masa, dari segi jadual penyampaian, dari segi kualiti. Jika Malaysia dikenali sebagai sebuah negara yang menekankan kualiti dan kecemerlangan, maka setiap produk yang datang dari Malaysia, setiap perkhidmatan yang berasal dari Malaysia akan dilihat seperti mempunyai kualiti dan nilai cemerlang yang diinginkan oleh dunia.

Patuh Ketepatan dari segi pengukuran, dari segi menguruskan masa, dari segi jadual penyampaian, dari segi kualiti. Jika Malaysia dikenali sebagai sebuah negara yang menekankan kualiti dan kecemerlangan, maka setiap produk yang datang dari Malaysia, setiap perkhidmatan yang berasal dari Malaysia akan dilihat seperti mempunyai kualiti dan nilai cemerlang yang diinginkan oleh dunia.

Patuh Pada Masa

Rakyat Malaysia juga perlu mengubah cara hidup, dan menukar daripada budaya "Tidak Tepati Masa" kepada Budaya orang yang sering menghargai masa dan menganggap masa itu lebih mahal daripada emas atau logam-logam bernilai yang lain.

"Masa itu Emas" ataupun "Masa Itu Wang" hendaklah digunapakai oleh setiap rakyat Malaysia, tidak patut lagi ada rakyat Malaysia yang menganggap kehilangan masa itu sebagai kehilangan yang remeh temeh, sikap suka menangguh hendaklah dielakkan kerana budaya itu telah membuatkan kita jauh ketinggalan di belakang.

Budaya "Esok Masih Ada" hendaklah dibuang daripada diri seorang insan yang bergelar rakyat Malaysia dalam mengejar kecermelangan diri serta kecermelangan negara. Kakitangan Kerajaan juga hendaklah mempertingkatkan prestasi kerjanya dan mengurangkan "Masa Minum Kopinya" kerana kebanyakkan kakitangan kerajaan menghabiskan banyak masanya di Kedai Kopi dan ini adalah salah satu punca mengapa banyak kerja-kerja yang berkaitan dengan Kerajaan tertangguh.

Penulis berharap Rakyat Malaysia berusaha untuk merubah diri ke arah kebaikkan, mempertingkatkan prestasi dan sentiasa mengejar kecermelangan demi Agama, Bangsa dan Negara. Penulis akan menyambung artikel ini dengan Bahagian 2 di dalam Visi "One Malaysia" pada artikel penulis yang akan datang.

Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Saturday, April 18, 2009

Lagi-Lagi Tol.......

TOL satu ungkapan yang sering menjadi isu dalam akhbar-akhbar arus perdana mahupun arus alternatif. Kekerapan kenaikan harga TOL menyebabkan rakyat akan marah dan melenting, mahu tidaknya jika tugas harian mereka memerlukan mereka melalui jalan yang bertol sudah tentu mereka terpaksa membayar TOL setiap hari.

Keangkuhan syarikat-syarikat pemegang konsensi juga menjadi punca harga TOL terpaksa dinaikkan, Apabila Harga TOL dinaikkan bukan sahaja rakyat yang menderita tetapi juga kerajaan juga terpaksa mendengar kutukan, herdikan dan desakan rakyat melalui pelbagai cara termasuklah Perhimpunan Jalanan.

Isu TOL pada masa ini sudah menjadi barah bagi Kerajaan Malaysia, Barah tersebut mungkin akan membunuh Kerajaan Barisan Nasional bila-bila masa dari sekarang, kata orang "sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya", jangan nanti "Sudah Terhantuk Baru Nak Tergadah".

Kerajaan tidak boleh berdiam diri, kerajaan perlu berbuat sesuatu agar rakyat akan sentiasa merasa selesa duduk di bawah kerajaan yang ditunjangi Barisan Nasional. Pada Pandangan penulis, pengambil alihan syarikat konsesi TOL oleh Kerajaan mungkin Alternatif terbaik untuk menghalang kenaikkan harga TOL.

Penulis juga berpendapat, sudah tiba masanya Kerajaan mengkaji semula keperluan TOL di negara ini. Mungkin juga Kerajaan boleh memperkenalkan Sistem Kutipan TOL bermusim, melalui cara ini Kutipan TOL hanya dikenakan sekiranya sesebuah Lebuhraya memerlukan penyelengaraan. Harga Kutipan TOL juga biarlah munasabah dan tidak membebankan rakyat, Kerajaan Perlu ingat dengan PM yang Keenam iaitu DS Najib Tun Razak bahawa era "Kerajaan Sentiasa Betul telah berakhir" jangan hanya ia sekadar bertanam tebu di pinggir bibir sahaja.

Baca Lagi!

Sunday, April 5, 2009

Selamat Jalan Pak Lah, Selamat Bertugas Najib

Malaysian Minister of Defense, Najib Razak, pi...Image via Wikipedia

Penulis percaya ramai di kalangan rakyat Malaysia yang sudah mengetahui bahawa Perdana Menteri Malaysia yang Kelima telah meletak jawatan atau dengan kata lain bersara daripada menjadi ketua bagi sebuah negara yang bernama Malaysia.

Pak Lah yang kini bergelar Tun Abdullah setelah berkhidmat selama sepenggal lebih sebagai Perdana Menteri Malaysia an kini tugasnya diambil alih dan bertukar tangan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Legasi Kepimpinan negara kini sudah bertukar tangan, rata-rata rakyat Malaysia amat berharap agar Perdana Menteri Yang Keenam itu membuat perubahan demi perubahan untuk kepentingan rakyat dari rakyat untuk rakyat.

Terbaru setelah "Peralihan Kuasa" berjalan dengan licin, dan Datuk Seri Najib Tun Razak pun sudah bergelar Perdana Menteri, akhirnya UMNO menerima berita baik apabila Mantan Perdana Menteri yang juga mantan Presiden UMNO iaitu Ayahnda Tun Dr. Mahathir mengistiharkan hasratnya untuk kembali ke pangkuan UMNO.


Ada juga yang akan mengikuti jejak langkah Tun Dr. Mahathir untuk masuk ke UMNO namun setakat ini tidak dipastikan siapa yang akan menjejak langkah Tun Dr. Mahathir dengan kembali ke dalam UMNO. Sama-samalah kita nantikanya dengan penuh sabar.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin