Bilangan Pengunjung:

Friday, October 21, 2011

Bajet 2012

Bajet 2012
Oleh: yieMEGA

MUNGKIN penulis agak terlewat sedikit mengulas berhubung Belanjawan atau Bajet 2012 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga merupakan Menteri Kewangan bagi negara bernama Malaysia. Bagi penulis biarlah sedikit terlewat daripada tidak langsung mengulas mengenainya.

Beberapa pengumuman di dalam pembentangan Bajet 2012 baru-baru ini mungkin banyak mengembirakan kebanyakkan rakyat Malaysia terutamanya Kakitangan Awam. Bantuan kepada isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan layak mendapat bantuan  One-Off daripada kerajaan sebanyak RM500.00.

Pada kali ini, penulis tidak mahu mengulas mengenai angka-angka di dalam Bajet tetapi lebih kepada ulasan umum terhadap bajet yang telah dibentangkan di Parlimen oleh Perdana Menteri tersebut. Sepertimana yang penulis tekankan dalam artikel-artikel penulis yang terdahulu iaitu kerajaan perlu mencari mekanisme untuk "mengurangkan bebanan rakyat" kerana saban tahun bebanan rakyat terus meningkat.

Mungkin Bajet 2012 hampir menepati apa yang penulis tekankan sebelum ini, namun apa yang penulis ingin lihat pada bajet-bajet akan datang. Perhatian utama hendaklah diberikan kepada strategi-strategi untuk mengurangkan bebanan rakyat.

Sekiranya bebanan rakyat dapat dikurangkan ia juga akan memberi kesan yang positif kepada ekonomi domestik negara kita, dengan ini kuasa beli rakyat akan meningkat dan membantu merancakkan ekonomi domestik yang pada masa ini masih bergerak perlahan ekoran krisis kewangan yang melanda kebanyakkan negara-negara maju.

Bajet kali ini, mungkin sudah ada meletakkan strategi-strategi untuk membantu mengurangkan bebanan rakyat di ketika mana rakyat terpaksa menghadapi peningkatan bebanan terhadap mereka. Oleh yang demikian, di dalam bajet-bajet yang bakal mendatang hendaklah mengemukakan strategi-strategi terkini untuk membantu meringankan bebanan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat.

Sepertimana bajet-bajet yang terdahulu, peruntukkan kepada sektor pendidikan nampaknya antara peruntukkan tertinggi berbandin dengan peruntukkan-peruntukkan di sektor lain. Ini mungkin pendidikan menjadi sektor terpenting bagi merealisasikan hasrat menjadikan Malaysia negara maju yang berpendapatan tinggi.

Mungkin juga, penulis boleh sifatkan bahawa Bajet 2012 merupakan Bajet yang terbaik pernah dibentangkan berbanding bajet-bajet yang telah dibentang pada tahun-tahun lepas yang sudah lama berlalu. Paling menarik bajet kali ini nampaknya lebih kepada mengutamakan kesejahteraan rakyat.

Apa yang penulis harapkan bahawa apa yang cuba dilakukan oleh Kerajaan ini jangan hanya mati di tengah jalan di mana matlamat perlaksanaanya tidak tercapai kerana apa yang cuba dicapai itu tidak akan dicapai kalau usaha-usaha ke arahnya sekadar hangat-hangat tahi ayam semata-mata.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin