Mampukah Shahrir Samad Selamatkan Felda?
Oleh: yieMEGA
Tak berapa lama lagi FELDA akan menyambut hari peneroka, berkebetulan sebentar tadi dalam slot Soal Jawab yang disiarkan oleh Sistem Televisyen Malaysia Berhad subsidiari Media Prima melalui TV3 telah menampilkan Pengerusi FELDA yang baru iaitu Datuk Shahrir Samad yang menggantikan Datuk Isa Samad, Datuk Shahrir mempunyai misi tersendiri iaitu misi menyelamatkan FELDA.
Penulis percaya umum sudah mengetahui kebelakangan ini beberapa isu-isu panas yang membelenggu FELDA jadi Datuk Shahrir dalam misinya untuk membersihkan FELDA daripada anasir-anasir jahat dan isu-isu panas yang boleh membuatkan rakyat terutamanya peneroka hilang kepercayaan terutamanya kepada Kerajaan Persekutuan Malaysia yang berada di bawah pemerintahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Paling menghangatkan ialah isu berkenaan Felda Global Ventures (FGV) dan juga Felda Investment Corporation (FIC). Isu melibatkan FGV adalah tunggakan hutang daripada sebuah syarikat dari Dubai sebanyak AS$8.3 Juta manakala isu yang melibatkan FIC pula isu pembelian sebuah hotel di kota London, Britain lebih mahal pada harga sebenar sehinggakan mendorong Suruhanjaya Pencengahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat siasatan ke atas kedua-dua subsidiari FELDA terbabit. Isu melibatkan FGV boleh rujuk di sini. Isu mengenai FIC boleh rujuk di sini.
Baca Lagi!




