Bilangan Pengunjung:

Showing posts with label Nik Ahmad Yaakob. Show all posts
Showing posts with label Nik Ahmad Yaakob. Show all posts

Thursday, December 17, 2009

Perkembangan Terkini Isu Bazaar Tok Guru Di Kelantan

Perkembangan Terkini Isu Bazaar Tok Guru Di Kelantan
Oleh: yieMEGA

SEBELUM ini penulis telah mengulas berkenaan isu Bazaar Tok Guru yang timbul di negeri Cik Siti Wan Kembang Tanah Serendah Sekebun Bunga ini di dalam artikel yang bertajuk "Isu Bazaar Tok Guru Di Kelantan".

Bagi memberikan ulasan mengenai beberapa perkembangan terkini yang berlaku berhubung isu tersebut, penulis telah membaca blog-blog lain untuk mendapatkan sedikit maklumat. Antaranya ialah Blog Harian Cahaya menerusi artikelnya yang bertajuk "Isu Bazaar Tok Guru Semakin Celaru" yang disiarkan menerusi ruangan Pena Cahaya blog tersebut.

Selain itu, tidak ketinggalan blog yang menjadi kegemaran penulis iaitu Blog MSO atau Merah Tinta MSO menerusi artikelnya yang bertajuk "Bila Tulisan Saya 300% Palsu". Dengan pembacaan blog-blog tersebut dapatlah penulis membuat sedikit ulasan mengenai isu tersebut.

Pertamanya, tahniah penulis ucapkan kepada MSO kerana telah menjadi blogawan yang baik dengan memberikan peluang kepada orang yang terlibat membela diri di dalam blognya dan juga beliau cuba menjadi blogawan yang beretika sepertimana saranan Perdana Menteri.

Keduanya, tahniah juga penulis ucapkan kepada wakil peniaga yang berani memberi penjelasan perkara sebenar yang terjadi. Namun, penulis tidak boleh mempercayai 100% yang orang yang mendakwa dirinya salah seorang yang hadir ini adalah benar-benar wujud, penulis meletakkan hanya 35% penulis percaya dengan jurukomen yang mengelarkan dirinya Arif ini.

Kenapa penulis berpendirian sedemikian? Zaman serba canggih ini kita tidak boleh mempercayai orang kerana penipuan mereka pasti secanggih zamanya. Kita lihat internet adalah dunia tanpa sempadan, jadi macam-macam orang lakukan untuk menipu termasuklah menyamar lagipun latar belakang seperti gambar dan nama penuh orang yang memberikan komen itu tiada, ini juga membuatkan kita boleh mempersoalkan adakah benar beliau salah seorang daripada peniaga yang hadir.

Mungkin apabila kita membaca kenyataanya seperti mana di bawah:

Demi Allah dan Rasul apa yang saya katakan dialami sendiri,bukan dengar cakap.


Orang akan mengatakan beliau telah bercakap benar kerana telah bersumpah dengan nama Allah. Persoalanya bolehkah kita mempunyai sumpah ini sedangkan Sumpah Saiful pun tidak dipercayai orang.

Penulis tetap berpendirian yang orang yang mendakwa dirinya salah seorang daripada mereka yang hadir dalam pertemuan itu supaya tampil mendedahkan dirinya, beliau tak perlu takut kerana takut kerana salah, berani kerana benar.

Penulis maaf kalau artikel penulis ini tidak sependapat dengan pembaca, namun itulah hakikatnya tiada salahnya kalau kita berbeza pendapat. Penulis turut mengalu-alukan apa jua pandangan daripada pembaca asalkan komen yang pembaca berikan itu tidak emosional dan juga mulai hari ini komen tanpa nama atau annnymous tidak akan disiarkan lagi sepertimana sebelum ini bagi mengelakkan mereka yang tidak bertanggungjawab membuat sesuatu yang boleh menjejaskan keselamatan negara.

Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Monday, December 14, 2009

Isu Bazaar Tok Guru di Kelantan

Isu Bazaar Tok Guru di Kelantan
Oleh: yieMEGA

BAZAAR Tok Guru merupakan salah satu projek pembinaan yang dikendalikan oleh Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Menteri Besar Kelantan. Mengikut maklumat yang penulis terima peniaga-peniaga daripada Pasar Lambak Arked UDA akan ditempatkan di Bazaar berkenaan dan juga mereka dinjanjikan tingkat bawah oleh Kerajaan Negeri.

Namun akhirnya Bazaar Tok Guru itu tiba-tiba sahaja bertukar menjadi isu apabila seorang blogawan yang mengelarkan dirinya sebagai Kickdefella menerbitkan artikel terbaru di dalam blognya yang bertajuk "Dari Bazaar Tok Guru Menjadi Busut Almentantunya".

Penulis mendapati daripada isu tersebut seolah-olah kickdefella cuba mengaitkan isu ini dengan Timbalan Menteri Besar Kelantan iaitu Ahmad Yaakob yang juga dikenali oleh orang tempatan dengan nama "Ustaz Mat". Penulis tidak tahu apakah motif sebenar yang cuba dilakukan oleh kickdefella ataupun syed azidi tersebut.

Cuma seingat penulis, sebelum ini diwar-warkan bahawa Ustaz Mat ini sesuai menjadi pengganti Tok Guru Nik Aziz, adakah artikel kickdefella itu dipengaruhi oleh sesiapa penulis tidak mahu membuat spekulasi mengenainya kerana Allah itu Maha Mengetahui.

Pembinaan Bazaar Tok Guru akhirnya menerima pertikaian antara peniaga Pasar Lambak Uda dengan Kerajaan Negeri Kelantan. Untuk rekod, Ustaz Mat baru sahaja mengambil tanggungjawab mengenai Bazaar Tok Guru ini daripada seorang yang melepaskan tanggungjawabnya kepada Ustaz Mat. Pertikaian itu timbul kerana tidak peniaga tidak puas hati apabila Kerajaan Negeri Mungkir janji yang telah dibuat dengan mereka di mana sepatutnya mereka diberi hak untuk menyewa tingkat bawah Bazaar berkenaan, namun di dalam perjanjian antara Sensa Timur meletakkan tingkat bawah di bawah penguasaanya sebagai syarat di dalam perjanjian.

Secara tak semena-mena, Ustaz Mat yang baru sahaja diamanahkan untuk memikul tugas berkenaan menjadi mangsa keadaan dengan isu ini. Penulis curiga dengan kenyataan
Syed Azidi bahawa Ustaz Mat telah memaki hamun peniaga yang datang berjumpanya dengan perkataan yang tidak sepatutnya seperti "Bodoh".

Setahu penulis Ustaz Mat ini seorang yang pendiam dan payah melenting orangnya dan agak mustahil perkataan "Bodoh" itu keluar daripada mulutnya. Penulis juga bersetuju dengan artikel blog MSO yang bertajuk "Betulkah Ustaz Mat Bodohkan Peniaga?". Penulis juga ingin menyatakan pendirian penulis yang ragu-ragu tentang artikel yang diterbitkan oleh Kickdefella tersebut.

Penulis musykil bagaimana pula Ustaz baru mengambil tanggungjawap ini terus di hujani pelbagai kritikan oleh peniaga yang seakan-akan sudah mengetahui bahawa Ustaz Mat yang dipertanggungjawabkan berkenaan projek ini. Adakah ada orang tertentu sudah membocorkanya ataupun ia adalah sebahagian daripada rancangan orang tertentu untuk menjatuhkan kredibiliti Ustaz Mat? Hanya Allah tuhan seru sekian alam sahaja yang mengetahuinya.

Sekiranya ialah perancangan daripada orang tertentu maknanya sudah ada Musuh Dalam Selimut menyelinap ke dalam PAS. Oleh yang demikian semua pemimpin parti berkenaan haruslah berhati-hati tambahan pula "Musuh Kita Adalah Kawan Kita" juga perlu diberi perhatian kerana kawan kita kadang-kadang lebih berbahaya daripada musuh kita.

Dengan tercetuskan Isu Bazaar Tok Guru ini ia sebenarnya mendatangkan keraguan pada penulis sekiranya Ditakdirkan Kerajaan Persekutuan menukar keputusan daripada memberikan Wang Ihsan kepada Royalti yang dibayar terus kepada Kerajaan Negeri adakah ia akan berakhir dengan isu seumpama ini juga. Kalau begitu nanti royalti dapat tetapi rakyat merempat tiada gunanya jika royalti dibayar tetapi rakyat tidak mendapat nikmat.

Berkenaan dengan Isu Tuntutan royalti penulis akan memberikan cadangan khas penulis kepada Perdana Menteri bagi menyelasaikan isu tuntutan royalti ini, ia sekadar cadangan namun terpulang kepada PM untuk menerimanya atau tidak dalam artikel blog penulis yang akan datang.

Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Monday, May 26, 2008

Sultan Murka Nik Ahmad Yaakob?

Timbalan Menteri Besar Kelantan iaitu Nik Mohd Yaakob yang kini terlantar di hospital dikatakan kerana Sultan Kelantan Murka apabila mendapat tahu ada penyelewengan tanah yang di dalangi oleh beliau. Mengikut sumber-sumber yang boleh dipercayai tanah itu sebenarnya diberikan kepada YAKIN dengan pajakkan 99 tahun dan beliau mengarahkan tanah itu diserahkan kepada sebuah syarikat yang diusahkan oleh pengusaha berbangsa Cina dan dipajak selama 66 Tahun.

Penyelewengan tanah ini akhirnya dapat diketahui oleh Sultan Kelantan dan maklumat daripada Istana mengatakan yang Sultan memanggil Pegawai Tanah untuk mengadap pada pukul tiga pagi beberapa hari yang lalu. Difahamkan pegawai tanah ini sudah mendedahkan segala-galanya kepada Sultan Kelantan.

Sultan Kelantan kemundianya memanggil mengadap Nik Ahmad Yaakob untuk menjelaskan perkara ini, Sultan Kelantan difahamkan jatuh murka kepada Nik Ahmad Yaakob dan telah memarahi Nik Ahmad Yaakob dan menyoal siasat kenapa beliau meluluskan tanah tersebut.

Ada juga sumber mengatakan Nik Ahmad Yaakob mendapat bayaran setinggi RM5 Juta jika meluluskan tanah tersebut, namun dakwaan tersebut masih belum dapat disahkan kebenaranya. Penulis percaya Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan, Sultan yang adil lagi saksama. Daulat Tuanku.

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin