Bilangan Pengunjung:

Showing posts with label Datuk Seri Anwar Ibrahim. Show all posts
Showing posts with label Datuk Seri Anwar Ibrahim. Show all posts

Saturday, February 20, 2010

Hadi Awang Bantah Campur Tangan Australia

Hadi Awang Bantah Campur Tangan Australia
Oleh: yieMEGA

UTUSAN ONLINE melaporkan bahawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah membuat kenyataan yang berupa membantah tindakan campur tangan Australia dalam urusan hal ehwal dalam negara Malaysia berhubung isu pendakwaan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim. [Laporan tersebut boleh dirujuk di sini].

Tahniah diucapkan kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana beliau telah membuktikkan bahawa beliau seorang yang tak suka negara-negara asing mencampuri sebarang urusan dalaman Malaysia lebih-lebih lagi negara tersebut bukanlah negara Islam. Nampaknya, walaupun kenyataan 50 MP Australia itu mungkin akan mengungtungkan bos Hadi Awang atau juga Bos Pakatan Rakyat, namun ia tidak sekali-kali membela tindakan yang dibuat oleh MP Australia itu.

Bercakap mengenai MP Australia, timbul persoalan di hati sanubari penulis, adakah sudah tiada perkara lain yang hendak dibincangkan oleh MP Australia itu sehinggakan mereka membincangkan perkara yang tiada kaitan langsung dengan mereka ataupun mereka sengaja membuat kenyataan berkenaan untuk mengalihkan pandangan rakyat mereka berhubung isu dalaman yang berlaku dalam negara mereka, jadi mereka memilih mencampuri urusan dalaman Malaysia dan mengkhianati amanah rakyat mereka sendiri dengan tidak memberi tumpuan terhadap hal dalaman negara mereka tetapi lebih suka menyibuk dalam hal ehwal dalaman negara lain.

Penulis secara jujurnya membantah sebarang campur tangan negara-negara lain terhadap urusan-urusan dalaman negara kita. Penulis ingin mendesak kepada negara-negara lain agar tidak mencampuri urusan dalaman negara ini, berikan apa yang berlaku di dalam negara kita diselesaikan dengan cara kita, negara asing tiada hak untuk mencampuri urusan dalam kita.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Thursday, January 7, 2010

Memorandum Sejuta Umat Dan Surat PGSS



Memorandum Sejuta Umat Dan Surat PGSS
Oleh: yieMEGA

ISU kebenarang penggunaan Kalimah Allah semakin hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini. Penulis telah menulis mengenainya dalam artikel penulis yang terdahulu, pada kali ini penulis tidak akan mengulas lagi berkenaan isu tersebut kerana dikhuatiri akan dituduh 'menghina mahkamah'. Jadi penerangan penulis mengenai isu tersebut penulis telah lakukanya dalam artikel terdahulu jadi kalau yang belum sempat membacanya boleh membacanya sekarang.

Pada kali ini penulis lebih berminat untuk mengulas berkenaan dengan Memorandum Sejuta Umat dan Surat Persatuan Gereja Seluruh Sabah(PGSS). Penulis menyeru umat Islam di seluruh Malaysia untuk menandatangani Memorandum Sejuta Umat yang dikendalikan oleh Majlis Perundangan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Malaysia.

Marilah bersama-sama menyuarakan bantahan kita dengan menandatangani Memorandum tersebut. Bersatulah demi keutuhan dan kekukuhan Islam, kita tidak mahu satu hari nanti ada diantara anak-anak kita yang menukar agamanya kerana terpengaruh dengan risalah mereka. Apa Lagi jangan membuang masa TANDATANGI SEKARANG.

Surat Persatuan Gereja Seluruh Sabah (PGSS)

Beberapa hari yang lalu, penulis sempat membaca satu surat yang diedarkan melalui internet. Surat ini katanya dikeluarkan oleh "Persatuan Gereja Seluruh Sabah(PGSS)". Antara isi kandungan tersebut PGSS telah memberikan sokongan padu kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada hari ini juga penulis sempat membaca artikel yang ditulis oleh MSO di dalam blognya Merah Tinta MSO dan artikel tersebut bertajuk "Surat Misteri Kaitkan Anwar Sokong Kristian Guna Kalimah Allah".

Pada dasarnya penulis sependapat dengan MSO, di mana Anwar Ibrahim perlulah membuat kenyataan berkenaan surat tersebut, begitu juga pihak yang didakwa mengeluarkan surat tersebut iaitu PGSS supaya tampil memberi penjelasan yang sewajarnya.

Sudah menjadi kebiasaan kalau surat dikeluarkan itu tidak menguntungkan pembangkang maka ia akan dikata palsu, tetapi sekiranya surat dikeluarkan itu menguntungkan pembangkang ia pula dikatakan asli walhal ia sememangnya palsu. Begitulah perangai pembangkang.

Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Thursday, June 4, 2009

Awas Bahaya New World Order...

U.S. Secretary of Defense William S. Cohen (ri...Image via Wikipedia

"New World Order" tiga perkataan menjadi satu ungkapan yang begitu popular pada masa kini. Dalam teori hubungan antarabangsa, tempoh "orde dunia baru" merujuk untuk satu masa yang baru sejarah membuktikan satu perubahan yang dramatik dalam pemikiran politik dunia dan imbangan kuasa. Bagaimanapun, dalam teori konspirasi, tempoh "Orde Dunia New" (huruf-huruf besar itu membezakan) merujuk untuk kedatangan satu cryptocratic atau kerajaan dunia.


Di teras kebanyakan teori, satu kumpulan yang berkuasa dan suka berahsia globalists adalah berkomplot untuk akhirnya memerintah dunia terus satu kerajaan dunia berautonomi, yang akan menggantikan negeri-negeri raja dan pemeriksaan lain dan diimbangkan dalam perjuangan-perjuangan kuasa antarabangsa. Peristiwa-peristiwa penting dalam politik dan perniagaan diramalkan akan disebabkan oleh satu bidang tanah sangat berpengaruh dijalankan melalui banyak pertubuhan di depan. Berkali-kali peristiwa-peristiwa bersejarah dan semasa dilihat sebagai campur tangan satu bidang tanah berterusan bagi mencapai penguasaan dunia terutamanya melalui rahsia perhimpunan politik dan proses-proses pengambilan keputusan.

Menurut G William Domhoff, pada masa lalu, pengkomplot itu telah biasanya dikatakan sebagai tersembunyi komunis penyokong yang merupakan niat apabila membawa Amerika Syarikat kurang satu rakyat biasa kerajaan dunia dengan Soviet Union, tetapi pembubaran KRSS pada 1991 potongan muka teori itu. Domhoff mencatat paling ahli-ahli teori konspirasi berubah tumpuan mereka ke Bangsa-bangsa Bersatu sebagai mungkin pasukan pengawalan dalam satu kolektivis birokratik New World Order, satu idea yang adalah dijejaskan oleh ketidakupayaan PBB dan keengganan sederhana teratur dalam orang Amerika Establishment untuk berikan ia sesuatu hanya satu tugas terhad.

Pengkritik-pengkritik sosial mempunyai menyatakan kebimbangan yang sintesis teori-teori paranoid tentang seorang konspirasi New World Order, yang adalah bila terhad untuk para penonton paling kanan Amerika, telah memberi tarikan sejumlah besar mereka dan dibolehkan mereka untuk menjadi biasa dalam media massa, dengan itu memulakan satu tidak setanding budaya popular conspiracism di Amerika Syarikat mendiang ke-20 dan cepat abad ke-21. Beberapa mengingatkan yang pembangunan ini mungkin mempunyai kesan-kesan negatif pada kehidupan politik Amerika, seperti producerist prinsip demagog dan ketakutan moral mempengaruhi pilihan raya-pilihan raya serta dasar tempatan dan asing.

Di Malaysia beberapa tokoh yang turut dikaitkan dengan New World Order antaranya ialah Bekas Timbalan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berjaya menumbangkan Allahyarham Tun Ghafar Baba semasa Pemilihan Agung UMNO. Kini Datuk Seri Anwar Ibrahim ialah merupakan Ketua Pembangkang yang mengetuai Pakatan Rakyat. Walaupun sudah lama bergelar 'bekas Timbalan Perdana Menteri' namun beliau tetap berusaha untuk memegang jawatan Perdana Menteri seolah-olah ayam yang gilakan sangkak, tak bertelur pun masih mahu mengeram di sangkak. Jadi Fikir-fikirkanlah.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Tuesday, August 26, 2008

'Juara' Permatang Pauh Milik Anwar

Anwar Ibrahim being escorted by the police to ...Image via Wikipedia


Laporan Utusan Online:

Keputusan Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh

26/08/2008 10:15pm

KEPUTUSAN/RESULTS - PULAU PINANG P44:PERMATANG PAUH:PP:58,459 1.Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR) 31,195 undi.
2.Hanafi Mamat (AKIM) 92 undi.
3.Datuk Arif Shah Omar Shah (BN)15,524 undi.
Jumlah mengundi/Votes cast 38,144
Peratus/Percentage 65.25 peratus
Undi rosak/Spoilt votes 447 undi
Majoriti/Majority 15,671 undi.
Penyandang/Incumbent:Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail(PKR)
Undi diperolehi/Votes Polled:2008:30,348
Majoriti/Majority:13,398

BERNAMA

Seperti yang penulis jangkakan yang BN sukar untuk memenangi Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh memandangkan itu adalah wilayah Anwar (meminjam slogan Celcom) ini berdasarkan secara pukul rata boleh diibaratkan seperti seorang yang nak pukul seseorang di kampung seseorang, akibatnya ia dipukul teruk oleh orang kampung tersebut.

Samalah kalau kita nak bandingkan perebutan tiga penjuru di Permatang Pauh di antara Anwar, Arif Shah dan Hanafi Mamat. Sudah tentunya orang kampung yang menang kerana mendapat bantuan orang kampung yang sama.

Mungkin kemenangan Anwar ini akan menambahkan keyakinan ahli-ahli Pakatan Rakyat bahawa pemimpin yang mereka taksub ini yang juga memegang gelaran "PM in Waiting" bakal menjadi Perdana Menteri dan pada masa yang sama menumbangkan Kerajaan Malaysia dikelolai oleh Barisan Nasional yang diketuai oleh seorang Perdana Menteri lembik bernama Abdullah Haji Ahmad dan rejimnya.

Ironinya sekiranya Anwar Ibrahim berjaya menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional yang diketuai Abdullah, pastinya kejayaan beliau menguburkan karier politik Allahyarham Tun Ghafar Baba suatu ketika dahulu sehingga menyebabkan Allahyarham Tun Ghafar 'merajuk' dari dunia politik dengan menggunakan senjata rahsia(pada ketika itu) berulang kembali.

Dengan kemenangan Anwar Ibrahim ini sudah tentu ahli-ahli Pakatan Rakyat telah menganggap Anwar sudah melangkah salah satu daripada kakinya ke Putrajaya dan bakal menerajui Malaysia dan menjadi Perdana Menteri Malaysia yang Keenam.

Manakala bagi Barisan Nasional pula mereka mula memikirkan masa depan mereka dan apa akan terjadi pada 16 September 2008 (Tarikh yang Anwar ramalkan Katak-katak akan melompat kepada Pakatan Rakyat).

Keputusan Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh ini juga merupakan satu petunjuk bahawa kepimpinan Abdullah Haji Ahmad Badawi perlu disingkirkan segera daripada terus menerajui UMNO kerana selagi Abdullah Haji Ahmad dan kerabat-kerabatnya mengetuai UMNO/BN selagi itulah Barisan Nasional akan terus mengalami kekalahan.

Pemilihan Agung UMNO 2008 perlu dijadikan penentu oleh ahli-ahli UMNO agar Abdullah Haji Ahmad Disingkirkan segera dan beri peluang kepada sesiapa sahaja yang bebas daripada isu yang bakal terus merudumkan prestasi sebuah parti yang digelar 'Parti Keramat Orang Melayu' suatu ketika dahulu.

Fikir-fikirkanlah dan buatlah keputusan drastik bagi memastikan Barisan Nasional terus menguasai Malaysia ingat selagi Abdullah Haji Ahmad menjadi Presiden UMNO selagi itulah BN akan dirundum malang.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin