Bilangan Pengunjung:

Tuesday, August 26, 2008

'Juara' Permatang Pauh Milik Anwar

Anwar Ibrahim being escorted by the police to ...Image via Wikipedia


Laporan Utusan Online:

Keputusan Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh

26/08/2008 10:15pm

KEPUTUSAN/RESULTS - PULAU PINANG P44:PERMATANG PAUH:PP:58,459 1.Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR) 31,195 undi.
2.Hanafi Mamat (AKIM) 92 undi.
3.Datuk Arif Shah Omar Shah (BN)15,524 undi.
Jumlah mengundi/Votes cast 38,144
Peratus/Percentage 65.25 peratus
Undi rosak/Spoilt votes 447 undi
Majoriti/Majority 15,671 undi.
Penyandang/Incumbent:Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail(PKR)
Undi diperolehi/Votes Polled:2008:30,348
Majoriti/Majority:13,398

BERNAMA

Seperti yang penulis jangkakan yang BN sukar untuk memenangi Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh memandangkan itu adalah wilayah Anwar (meminjam slogan Celcom) ini berdasarkan secara pukul rata boleh diibaratkan seperti seorang yang nak pukul seseorang di kampung seseorang, akibatnya ia dipukul teruk oleh orang kampung tersebut.

Samalah kalau kita nak bandingkan perebutan tiga penjuru di Permatang Pauh di antara Anwar, Arif Shah dan Hanafi Mamat. Sudah tentunya orang kampung yang menang kerana mendapat bantuan orang kampung yang sama.

Mungkin kemenangan Anwar ini akan menambahkan keyakinan ahli-ahli Pakatan Rakyat bahawa pemimpin yang mereka taksub ini yang juga memegang gelaran "PM in Waiting" bakal menjadi Perdana Menteri dan pada masa yang sama menumbangkan Kerajaan Malaysia dikelolai oleh Barisan Nasional yang diketuai oleh seorang Perdana Menteri lembik bernama Abdullah Haji Ahmad dan rejimnya.

Ironinya sekiranya Anwar Ibrahim berjaya menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional yang diketuai Abdullah, pastinya kejayaan beliau menguburkan karier politik Allahyarham Tun Ghafar Baba suatu ketika dahulu sehingga menyebabkan Allahyarham Tun Ghafar 'merajuk' dari dunia politik dengan menggunakan senjata rahsia(pada ketika itu) berulang kembali.

Dengan kemenangan Anwar Ibrahim ini sudah tentu ahli-ahli Pakatan Rakyat telah menganggap Anwar sudah melangkah salah satu daripada kakinya ke Putrajaya dan bakal menerajui Malaysia dan menjadi Perdana Menteri Malaysia yang Keenam.

Manakala bagi Barisan Nasional pula mereka mula memikirkan masa depan mereka dan apa akan terjadi pada 16 September 2008 (Tarikh yang Anwar ramalkan Katak-katak akan melompat kepada Pakatan Rakyat).

Keputusan Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh ini juga merupakan satu petunjuk bahawa kepimpinan Abdullah Haji Ahmad Badawi perlu disingkirkan segera daripada terus menerajui UMNO kerana selagi Abdullah Haji Ahmad dan kerabat-kerabatnya mengetuai UMNO/BN selagi itulah Barisan Nasional akan terus mengalami kekalahan.

Pemilihan Agung UMNO 2008 perlu dijadikan penentu oleh ahli-ahli UMNO agar Abdullah Haji Ahmad Disingkirkan segera dan beri peluang kepada sesiapa sahaja yang bebas daripada isu yang bakal terus merudumkan prestasi sebuah parti yang digelar 'Parti Keramat Orang Melayu' suatu ketika dahulu.

Fikir-fikirkanlah dan buatlah keputusan drastik bagi memastikan Barisan Nasional terus menguasai Malaysia ingat selagi Abdullah Haji Ahmad menjadi Presiden UMNO selagi itulah BN akan dirundum malang.
Reblog this post [with Zemanta]

No comments:

Blog Widget by LinkWithin